Pages

Monday, October 8, 2012

Selepas Semuanya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah thumma alhamdulillah~

Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang Mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan Mu

~melodi yang beralun sama petang ini :)~

Kata ukhti;
"Allah akan menguji pada titik kelemahan kita"

sejak dari hari pertama saya menjejakkan kaki semula ke Jordan, selepas 3 bulan, hati ini entah berapa kali cuba digagahkan. Keadaannya bukan main 'berlambat-lambat'. Perasaan hubb-dunya (cinta dunia) itu saya rasa seakan menguasai. Tapi saat pertemuan muhasabah bersama teman-teman, gelisah itu makin hilang, sudah tentu selepas mencurah-curah air mata ini mengalir.

pelangi memang takkan sentiasa ada menemani dada langit. Untuk pelangi muncul semula, perlu ada panas, mendung, angin kuat dan hujan. Ada kalanya, sangat terasa letih dengan segala perjalanan dan hari-hari, yang memang 'paksa' menguatkan diri untuk melaluinya. Rasa tidak kuat. 'Bukan aku orangnya yang sanggup melakukan semua ini'. Ada kalanya, 'cemburu' melihat bagaimana boleh dia bergoyang kaki dan senang lenang berfikir? Aktiviti rutin penuh perkara yang digemari, enjoy sungguh menjayakannya sehingga bosan, dan terus sambung sambung sambung. Dalam hati terlintas idea-idea yang sungguh tidak bernas, pada pandanganNya. Na'3udzubillahi min dzalik~



“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui” 
( Ar-Rum:64 )


Tempoh hari ketika dalam penerbangan dari Malaysia ke Jordan, saya cuba mengisi masa di dalam flight dengan menjadi nostalgist. Eh. Saya ingat kembali peristiwa dulu, dan segala yang berlaku sehingga saya telah 'tercampak' dalam gerabak tarbiyyah ini. Saya catatkan perkara-perkara pahit, manis, kelat, masin dan secukup rasa, sejak dari saya tadika sehinggalah habis sekolah menengah. Sebenarnya, setiap kali saya merasa lemah, saya akan merenung kembali kelebihan-kelebihan dan anugerah Allah yang sepatutnya saya syukuri sesyukur-syukurnya. :'(

di saat itu, saya akan ter'spark'..
selepas semua yang Allah aturkan untuk saya, tidak mudah untuk saya sewenang-wenangnya menyerah kalah pada ujian dan bisikan nafsu. Betul kan? Agak bergenang air mata bila cuba menyingkap apakah sebenarnya hikmah yang Allah nak beri ini??  Kerana ada masanya, memang kita sangat rasa diri tidak mampu untuk menerima yang ini, yang itu...satu selesai, datang pula yang lain menguji dan terus menguji. Mengambil dan menuntut segalanya dari kita. Masa, tenaga, fikiran, perasaan ,.....oh, letih!~

mari cuba, luaskan minda pula... luaskan kronologi.
Kronologi yang tidak dihadkan hanya dari usia kita lahir sehingga habis sekolah menengah,..tapi mula saat Rasulullah lahir sehingga saat sekarang ini. Kalau mampu, kronologi sejak Allah Menciptakan nabi Adam, dan meninggikan darjatnya dari seluruh makhluk, dan manusia adalah sebaik-baik makhlukNya.
Pasti banyak sungguh yang telah Allah berikan pada kita. Allah kurniakan pada kita. Allah lebihkan pada kita.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. 
(Ali 'Imraan:110)


bila banyak kali jatuh, jangan berhenti untuk bangun.
walau ia sangat menyakitkan. 
sebentar sahaja lagi, akan rasa seolah tidak pernah terluka~ :)
(proses menghadam kata-kata ini T.T)



Ya Allah,
sesungguhnya aku sangat lemah, maka kuatkanlah aku.
Ya Allah, 
sesungguhnya aku sangat lemah, maka kuatkanlah aku.
Ya Allah, 
sesungguhnya aku sangat lemah, maka kuatkanlah aku.


Bayt Israa,
Irbid, Jordan.



Saturday, August 4, 2012

diri sendiri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Kaki melangkah pantas, menyusun langkah menuju ke kantin.
Kelihatan ramai sekali akhawat menuju ke sana, bersiap untuk berbuka puasa.
MasyaAllah, jarang sekali peluang sebegini datang. Berbuka puasa beramai-ramai dengan akhawat-akhawat yang berjuang di medan masing-masing. Teringat suasana sekolah dulu, berbuka puasa selepas khidmat diri dan mendengar daurah.


Selesai menghabiskan sisa makanan di pinggan, saya segera bangun dari bangku. Meletakkan cawan, pinggan di dalam besen yang disediakan dan mencuci tangan. Telinga saya tertarik mendengar bunyi aliran sungai di sebelah. Sekali lagi, masyaAllah..jarang sekali peluang merasa kehadiran sungai berdekatan lebih-lebih lagi di tanah Jordan. Tatkala meneruskan langkah, seorang ukhti menegur saya. Ukhti yang saya panggil 'Kak'. Ukhti yang sama sekali saya tak pernah sangka dapat bertemu dan mengenali dia saat awal perkenalan pertama kami di Jordan 2 tahun lalu. Dan, kini..saya bertemunya semula semasa saya bercuti di Malaysia. MasyaAllah...benarlah betapa kita akan pasti bertemu selagi kita berada di jalan yang sama. Jalan dakwah yang kita cinta.


Tapi... ada suatu perasaan malu dan keseganan dalam hati saya. Saya sungguh tidak menyukai perasaan itu untuk bertandang dalam diri. Ketika kak itu melemparkan senyuman dan saya membalas dengan senyuman kembali, dan saya tidak tahu apakah maksud di sebalik senyuman saya yang terukir itu.


" Aisya...awak tak menulis untuk saya lagi ke? Sekali tu je dulu awak tulis..."


Saya tergamam. Perasaan bersalah datang membunuh-bunuh. Saya terdiam di sebalik senyuman kelat. Berlari kata-kata untuk saya tutur dan susunkan pada kak yang terlalu saya hormati dan kagumi. MasyaAllah '3alaiha..
rasanya, kini saya harus menyusun kata-kata untuk dilemparkan pada diri sendiri.

---------------------



Dewan yang terletak betul-betul di bawah dormitori kami mula penuh. Akhawat mula memenuhi kerusi-kerusi yang kosong, bersedia untuk mengisi 'minyak' lagi untuk suatu perjalanan yang sangat panjang selepas ini. Kelihatan Syeikh Muhd Hameed tegak berdiri di hadapan, sambil ditemani penterjemah yang bakal mengulangi semula pertuturan Syeikh Hameed dalam bahasa Melayu. Bayangan zaman lepasan SPM dulu terbayang di fikiran saya. Ketika itu juga kali pertama saya mendengar pengisian dari Syeikh Hameed., selepas 2 tahun...saya berpeluang bertemu dan mendegar darinya lagi. Penterjemah juga orang yang sama..huhu..
Alhamdulillah, segala kenikmatan datang dari Allah dan kita penanggung amanahNya. Allahu Akbar!~

bila saya melihat tajuk daurah, saya tahu ia berkisar suatu yang sangat sangat penting. Jika tidak, takkanlah tajuk ini dipilih untuk diisi dalam slot program sekali setahun ini. Khusyuk mendengar pengisian, tak kurang ramai juga yang 'bergusti' dengan mata masing-masing. Menahan ngantuk, mengelak dari terlelap. Fenomena perjuangan biasa bila mendengar daurah.T_T.  Sesekali Syeikh Hameed menepuk tangannya;

    " Jika saya berbuat seperti ini, itu bermakna saya ternampak ada orang tidur.. ", Syeikh memberi amaran, tapi penuh mesra. Senyuman syeikh masih bisa dipandang sejuk.

  " Ya akhawatii..kita sedang berbicara tentang Qawiyyul Jism (kuat tubuh badan), bagaimana saya boleh bercerita pada anda semua, tetapi keadaan anda tersengguk-sengguk begini..? ", Syeikh Hameed sekali lagi memberi saranan, mengharap motivasi datang. Serentak kedengaran tawa dan ceria akhawat. Mula sedar diri agaknya.

    Perbincangan pada hari itu adalah berkisar 10 Muwassofat Tarbiyyah dan kaitannya dengan 38 kewajipan  akh. Meneliti pengisian 10 MT ini, memang sangat banyak yang tertembak dan mengena pada diri. Menjelaskan lagi arah dan metode dalam melengkapi sifat-sifat tarbiyyah yang harus dibina dalam diri. Kenapa kena 10 MT?..dari mana datang semua ni? Semuanya dicerahkan, insyaAllah. Benar, 10 MT memang tak asing untuk kita dengar. Selalu dicanang ke mana-mana. Poster pun banyak, beraneka rupa, macam-macam bentuk ada.


     Cuma yang paling saya 'terketuk' sekali adalah pada permulaan daurah. Syeikh terlebih dahulu menerangkan tentang pentingnya tarbiyyah diri. Ops...jangan keliru dengan tarbiyyah jamaie' atau kolektif. Pada dasarnya, kita ada 2 jenis tarbiyyah...tarbiyyah jamaie, iaitu secara beramai-ramai atau kolektif seperti usrah, daurah, jaulah..dsb yang kita buat bersama-sama dengan orang lain. Namun, ramai yang terlupa pada proses untuk mentarbiyyah diri sendiri, yang sering muncul pada waktu-waktu senggang, di rumah, ketika shopping, dan dalam pelbagai urusan kita yang bersifat kendiri.

     Yeh, benar akhi/ukhti, kita mudah untuk melakukan kerja bila bersama dengan ikhwah akhawat yang turut sama melakukan kerja dakwah. Ceria bertukar senyuman dan pendapat di dalam usrah, aktif sungguh kita melafazkan isi-isi dan input yang kita dapat pada rakan-rakan lain. Khusyuk dengar daurah, kadang-kadang akan megurut dan diurut bila simptom 'mengangguk' mula kerap berlaku. Rehlah dan jaulah apatah lagi...semangat kita mentadabbur alam sambil disapa angin mahupun pasir, yang semuanya kita pandang sebagai nikmat Allah.

     Tapi jarang sekali benda itu berlaku bila kita di rumah atau selepas kita pulang. Eh..bukan kata takde orang yang boleh macam tu ye, tapi cuma kebanyakannya.

   " apa yang lebih penting sebenarnya adalah apa yang awak lakukan selepas awak berusrah.", tutur Syeikh Hameed.
   " bagaimana awak membina diri awak sendiri. Medan pertama kamu adalah diri sendiri."

    Saya memandang buku nota sambil berfikir betapa benarnya kata-kata Syeikh Hameed. Patutlah femomena kefuturan boleh berlaku pada seorang rijal dakwah. Ketika mana dia melupakan tarbiyyah dirinya sendiri. Kadang-kadang terfikir kenapa bila bersama akhawat, kita boleh berakhlak mesra, baik, sopan dan semangat untuk bertegur sapa. tapi, tidak pula bila berada bersama golongan lain yang tertentu?? Sebab waktu selepas itulah, bila kita tidak berada dalam lingkungan ikhwah/akhawat... bersabar untuk terus membina muwassofat tarbiyyah dalam diri. Sehingga kita berjalan membawa akhlak islami ke mana sahaja kita pergi. Bergaul dengan keluarga, menyiapkan makanan, mungkin juga ketika kita melipat kain..apakah cara kita untuk mentarbiyyah diri sendiri dalam aktiviti rutinitas kita? (tiba2 broken-indon..)

   "Kekuatan dakwah terletak pada kekuatan diri dan ia datang dari dalam, iaitu hubungan dengan Allah.."

Kata-kata ini memang sangat 'menampar' diri saya. Tempoh hari apabila membuat sharing Tarbiyah Dzatiyah  bersama adik junior sekolah, saya merasakan setiap apa yang saya ucapkan adalah lebih untuk saya sebenarnya, Menguatkan orang lain tapi tidak menguatkan diri sendiri... Ah, macam mana itu???



---------------------------

" akak...ya Allah, saya minta maaf sangat. Masa tu saya tak sempat nak re-edit lagi. Saya pun dah lama tak menulis..blog saya pun lama tak update jugak (huhu..anda nampak kan? =( )",saya menjawab semampunya.


"..=)...sebenarnya pada diri sendiri~ ", kak itu membalas sambil satu senyuman dilontarkan buat saya.
" Awak kena fikir Aisya,..2 tahun lagi awak balik, awak kena bekerja dengan saya....".










ucapannya seolah memberi jalan mati untuk saya. Itu yang saya fikirkan. Jalan mati bahawa ' awak kena jugak! awak harus kuatkan diri awak sendiri..you have to!' Macam mana caranya pun, saya harus mentarbiyyah diri saya pandai mengurus masa, mantapkan hati dan dalam serta luar.
 Demi DnT ini.
Untuk Allah.


Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki ibadahku padaMu.
Jom panjatkan doa tinggi-tinggi padaNya, agar kita tidak dibiarkan lupa pada diri sendiri.


 “Dan janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang lupakan Allah, maka Dia (Allah) melupakan mereka terhadap diri mereka sendiri, mereka itulah orang-orang yang fasik”.

Friday, February 17, 2012

promo JOM!~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang







*ini cover contoh*
Layari: http://majalahjom.blogspot.com/ Jom! jadi fan kami di:http://www.facebook.com/majalahjom
Untuk siapa yang di Jordan, anda boleh dapatkan majalah ini dari wakil jualan;
 Khadijah Mohd Nizam
JUST, Medik


Irbid, Jordan.
^^,

Thursday, February 16, 2012

tenang dalam 'sakit'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hati rasa tersentak- sentak. Lebih lagi bila melihat tarikh latest post sudah berlalu berbulan lamanya.
Itulah. Susah nak menulis bila hati tiada rasa =(. Sekalung permohonan maaf pada 'badan blog' yang kering dari suatu yang membasahkan, dan pengujung-pengunjung yang ibarat menanti bulan jatuh ke riba. =.=..
Aasifah jiddan. Saya terhibernate.

Alhamdulillah,
bukan nak kata tiada benda/modal untuk cerita. Bahkan, banyak sangat ,
yang berlaku pada perjalanan hati, emosi dan fikiran. Iman paling-palingnya.
Bumi Ireland dan UK yang saya tidak pernah terfikir untuk menjejakinya semudah ini,
Allah telah pun sampaikan saya di sana.
Tapi pernah juga dulu menanam angan-angan untuk tiba ke sana,
menikmati penuh asyik kehijauan, termenung di tasik-tasik memerhati itik-itik putih dan hitam berkejaran,
berjalan di kota penuh khusyuk menahan kesejukan, persis dalam movie-movie Eropah lah.
Wah, bestnyaaaaaaaaaa!
Tapi Alhamdulillah,
Allah telah Memberi suatu yang lebih baik dari itu. Berganda-ganda baiknya. Maha Suci Allah yang selalu memberi kebaikan lebih dari apa yang kita pernah angankan/impikan.
Saat hati terasa sangat berat meninggalkan jejak-jejak yang dibuat,
berpindah dari satu tanah ke tanah yang lain. Setiap tanah itu ada goresan manis dan hangat dalam hati. Berkaca-kaca rasanya.

"bukan tempat yang menentukan seseorang itu mulia. tapi adalah amal-amalnya."

(nanti cerita post lain yang khusus untuk Jaulah. InsyaAllah).

*****************************

Sepulang aku dari jaulah, aku tahu ada sesuatu yang berbeza. Saat tapak kaki memijak semula bumi Syam barakah ini, bagai ada angin yang lalu, mengkhabarkan pada
hati,
diri,
perasaan,
IMAN
bahawa keadaan seharusnya sudah lain sekarang. Ada sesuatu yang engkau bawa pulangkan sepanjang musafir panjang ini. Buat kader-kader, generasi dan saudara seaqidahmu yang menagih suatu untuk dirasa. Kesedaran yang betul-betul membekas.


Terkadang terlalu penat hati ini untuk berbicara
letih tubuh menahan lelah yang bagai bertali arus, tidak henti-henti. Sekejap merasa tenang, sekejap merasa penat semula. Sekejap bagai rasa diterima, sekejap penolakan pula yang datang. Penat, datang silih berganti .
Tetapi yang sekejap-sekejap itu yang mengajar aku banyak perkara. Terlalu banyak 'extravaganza', dalam suatu masa. Lebih puas rasanya dari puasnya seorang alim yang menghabiskan sebuah kitab dalam suatu malam.


Dalam jalan dakwah ini, yang mengajar aku untuk memilih kata
jalan dakwah ini, yang mengajar aku bertindak seadanya
jalan dakwah ini yang mengajar aku mengarahkan emosi pada yang sepatutnya
selalu dengar mereka-mereka berkata 

"dalam jalan ini seolah kita belajar bercinta.."

dan aku tika itu sangat musykil. Geli pun ada. Bercinta? biasa sahaja bagi aku. dengan akhawat-akhawat bermesra dan berbaik. Apa yang cinta sangat itu? Aku diamkan.

dan sekarang ini, kini...baharulah aku betul-betul memaknai kata-kata bercinta itu.
serius, memang rasa macam tengah bercinta.
Alhamdulillah, cinta yang halal.
tidak kami harapkan melainkan redha Allah semata.


 "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,."

dengan keindahan DAKWAH ini,dan keindahan SYAHADAH yang kita ucap utamanya..
lemah itu bukan suatu kewajaran. Apatah lesu,bosan,letih, penat..bukan!bukan!
bila kita sedar bahawa kita hanyalah RUH yang mengalir dalam jasad,
jiwa daie jiwa menyebarkan itu berintimasi dalam diri ke mana sahaja tapak kaki ini jatuh.
sesekali penolakan itu datang, beribu penerimaan menanti di hujung jalan.
sesekali resah itu bergejolak, beribu ketenangan nanti akan lembut menyapa.

kerana tanah kita, medan kita
                                                     SANGAT LUAS

senyum saudara-saudariku fillah~



Irbid, Jordan
Bayt Ar-Raqaiq


:::ShareThis:::

Tanya-tanya.