Pages

Friday, March 21, 2008

'storm' meLanDa bRAIN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Salam.Post kali ini ana ingin meletakkan sebuah gambar,agak menarik jugakla..utk kita sama2 kongsi pendapat dan berfikir,memerah otak utk menginterpret serta menganalisis..(btol ke ayat nie?)




Gambar ini sebenanrnya diambil dr sebuah laman web,dan ana pernah mengemelkan gambar nie kpd .......Jadi,emm sama2 lah kite fikir apa maksud yang hendak disampaikan melalui gambar ini kemudian mampu mengambil sedikit sebanyak 'ibrah darinya.Walau sesiapapun anda(ceh..),kongsi2knlah apa yang bermain di fikiran ktk anda melihat gambar ini..Sila melahirkan buah fikiran anda di ruang komen ..bukan ruang shoutbox.
Sekian.Jazaka/killahu khairan kathira.Barakallahu laka,fi malika wa ahlika.

Wassalam.:)
p/s:Tindakan dlm 1 minggu ini kemungkinan akan menentukan yang "seterusnya"....

Thursday, March 20, 2008

*SatU BiNTanG*




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum...



Mentari gembira.Bulan menunggu bersinar.Alam berzikir padaNya.Berbeza dengan manusia ada yang lalai,ada yang leka,namun x kurang juga ada yang menunggu terbitnya "indah damai" hari ini.Suatu yang dinanti-nantikan oleh mereka yang merindui akan HabibaLLAH...



(langit pagi 12 RabiulAwwal)

~Teringat ku pada kisah Bilal bin Rabbah,seorang muazzin. Sedih hatinya selepas kewafatan Rasulullah S.A.W yang tercinta.Begitu sedih hingga apabila tiba melaungkan "Asyhadu anna muhammadur rasulullah..".Pilu hatinya tidak dapat menahan sebak menangisi akan pemergian Insan Agung,yang AMAT2 DikasiHi .... ,begitulah,stp kali melaungkan azan,air mata pasti akan mengalir..sehingga penduduk yang lain turut menitiskan air mata kerinduan.Sehingga Bilal meminta izin akan Khalifah Abu Bakar untuk berpindah dr Madinah...



Maka,andai sahabat yang berjuang
bersama Rasulullah,telah bersua dengan Rasulullah telah menitiskan air
mata,bagaimana dgn kita yang x pernah nampak akan wajah Rasulullah yang
mulia,pernahkah kita menitiskan air mata krn rindu akan Rasulullah?



"Telah datang pada kalian seorang Rasul dari dirimu sendiri.Ia merasa berat dengan apa yang kalian derita.Sangat sayang kepadamu,lemah lembut kepada orang-orang yang beriman" (At-Taubah:128)



Shalla 'alaikallah,Ya Rasulallah....



~Ketika saat Rasulullah sedang sakit sehingga baginda tidak dapat mengimamkan solat.....suatu ketika,Rasulullah memanggil Abbas dan Ali r.a untuk memapahnya keluar dari kamar.Beliau menyingkap tabir yang memisahkan kediamannya dengan masjid.Ternyata kaum Muslimin lainnya sedang menunaikan shalat.



Terpaku beliau memandang mereka.Memandang wajah-wajah mereka yang penuh BeRKaH dan jasad-jasad mereka yang suci.Setiap orang dr mereka pasti pernah mendapat musibah di jalan Allah.Diantara mereka ada yang tangannya terpotong,matanya tercongkel dan ada yang tubuhnya dipenuhi bekas luka.



Beliau selalu solat,berjihad dan bermajlis bersama mereka.Berapa pun malam yang baginda gunakan untuk solat malam,mereka pasti melaluinya juga dgn solat.Berapapun jumlah hari yang beliau lalui dengan puasa,mereka pasti melaluinya juga dengan puasa.Betapa mereka sabar menerima ujian bersama Rasulullah,memanjatkan doa yang tulus bersama baginda. ~Berapa banyak dari mereka yang rela berpisah dengan keluarga dan saudaranya,demi menolong agama Allah.,meninggalkan orang yang tercinta dan tanah air mereka.Antara mereka ada yang terkorban,sementara yang lain menunggu giliran.Mereka x sekali pun mengubah haluan.



Tetapi di hari itu baginda S.A.W akan berpisah meninggalkan mereka,menuju alam akhirat.Alam yang mereka pun tlh rindu utk segera menghuninya.Rasulullah tersenyum melihat mereka sedang solat.Senyuman itu membuat wajahnya berseri bagai bulan purnama.....~
(dipetik dr buku "malam pertama di alam kubur")...



Dialah yang diutuskan oleh Allah sebagai rahmat untuk sekalian alam.Dialah yang sangat menyayangi akan orang2 yang beriman,merasa berat akan penderitaan mereka,biar shj semua kesakitan Sakaratul-Maut menimpanya drpd menimpa umatnya.Dialah yang menyebut "Ummati,ummati,ummati.."tika nyawa ingin menuju ke Kekasihnya.Dialah yang amat merindui umatnya yang tiada pernah menujumpainya tetapi beriman kepadanya.Dialah pembawa Mujidunnur...cahaya yang gemilang ..



~Dalam cerita Muhammad:Utusan Terakhir (yg blom tengok,amat disarankan utk tengok)..begitu b'semengat tinggi akan penduduk Mekah yang hatinya terbuka menerima iman keluar malam2..untuk mendengar seruan Rasulullah...Mereka keluar malam2 untuk mendengar akan kebenaran,untuk memberi makan kepada roh mereka,untuk mendampingi Rabb mereka...Sekarang???Keluar malam2 utk buat apa?....Ya Rasulullah,umatmu kini semakin jauh dari kebenaran yang Haq.....


Ya Allah,tetapkan hati kami di jalanMu,jadikan cinta utama kami terhadapMu kemudian rasulMu..


Wasiat shadiqil wafiy :


"Marilah mengenggam erat sunnah Rasulullah.Marilah menyusuri jalan yang dialuinya.Marilah menyambung perjuangannya yang mulia.Marilah menyucikan hati dari 'moden jahiliyyah'.Marilah melunaskan tanggunjawab.Krn kita kelak akan disoal..."


Allahumma shalli 'ala muhammad wa 'ala alihi wa shahbihi ajma'in, wal hamduliLLAHI Rabbil A'lamin


Salam Maulidur Rasul



Jazaka/killahu khairan kathira.Barakallahu laka, fi malika, wa ahlika


Wassalam

Wednesday, March 19, 2008

sEbUaH peRjaLanaN



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh....


<<16>>



Malam disingkap.Subuh menjelma.Bagi mereka yang 'golongan sedikit' , "Alhamdulillahilladzi ahyana ba'dama amatana wa ilaihi nnusyur" meniti di bibir insan2 yang memulai hari demi mencari keredhaan Tuhan.



7:30 (lbh kurang):Kereta mula bergerak,meninggalkan perkarangan al-bait yang akan start sepi sementara.Dalam ekspedisi kali ini,syukur padaNya ,berjaya secret laa ...............




10:00 (lbh kurang):Alhamdulillah,destinasi selamat dituju.Mata yang terlelap sebentar "menguak",pandangan dilontar ke luar tingkap.Sayup.Redup.Hijau dan putih.jelas,Destinasi terakhir di dunia.Subhanallah.Suatu hari,pasti aku,malah stp jiwa yang berada dalam genggamanNya akan ditempatkan di situ atau cawangannya...~




~Tiba di simpang,




"Nak belok ke kanan ke x ?"....."bolehlah.



.",Kereta di park di hadapan sbuah kedai,ya,kedai yang ingin dituju.Tapi,mataku terhenti pada kedai di sebelahnya..."Zam Mal Enterprise".Menarik perhatian.Baru kali ini aku perasan akan kewujudannya..Lantas,selepas meminta izin,aku segera mengatur langkah,menyimpan hasrat agar dapat diambil sedikit cahaya dari pelita2nya yang menerangi kegelapan.


~Tupperwear disusun bertingkat di luar.Menjadi tempat diamnya zabib yang terdiri daripada pelbagai jenis.Langkah pertama aku ambil.Tersusun risalah2 agung di sudut tepi,juga tafsiran kepadanya dr pelbagai pemikir-pemikir hebat pula.Kaki terus mengorak langkah,sampai di suatu ruangan yang agak gelap,namun,simbahan2 cahaya dr pelita itu cukup untuk menerangi gelapnya 'abstract-look-like' apatah lagi yang berbentuk 'silent konkrit'....Melihat kepada buku2 yang dibalut 2 atau 3 atau 4 dalam bungkusan,aku membuat kesimpulan buku2 ini mungkin juga dijual dalam kuantiti yang banyak.Kira mcm kedai borong la ke?.."....,dia jual byk2 sekali ke ni?",pertanyaanku disuarakan. "Agaknya nnti ckp kat dye,nnti dye bukak la kot bungkusan nie,cuba tgk ha mcm nie (tunjuk kpd yg berkenaan)...",suatu suara menjawab.Mengandaikan pendapat.Aku teruskan langkah.Sesebuah mula mencuri perhatian.Dipek 3 sekali.Terlintas di benakku jika ada lebih,........Tapi,ade 3 je!Tak bawa duit pula.


~Aku letakkan kembali di tempatnya.Cuba mencari lagi.Maju beberapa tapak.Masih banyak yang belum dapat aku teroka memandangkan masa pula suntuk.Bos kedai sebelah ni buat cepat pulak!Ingatkan kalau lama,dapatlah belek2 lama2 skit...Namun,apakan daya.Bukan rezekiku.Keadaan memaksa aku membuat keputusan dengan segera...cepat!cepat!...Segera,mataku menangkap sebuah buku.Hanya sebuah.Tajuk yang seperti pernah aku baca di alam cyber...Minat mula terpancing.....Tekad.Buku hasil tulisan Ibnu Ismail itu dalam pegangan.Velocity langkah aku percepatkan,pergi ke kaunter..memberi isyarat.Anggukan diterima.Alhamdulillah...Tiba-tiba..



~bersambung...~




Jazaka/killahu khairan kathira.Barakallahulaka, fi malika, wa ahlika..

Wassalam.




Thursday, March 13, 2008

'P & K'

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum...

Pertama sekali,sebelum start citer post,daku ingin minta maaf kepada shadiqil-wafiy kerana x dapat nak sertai 'rapat umum' kalian.Ana asif jiddan!Maaf2....kerana telah 'terlajak masa'.

Erm,post kali ini adalah ttg (.......) dan sekadar ingin berkongsi ilmu yang diterima baru2 ini..


Section(......)
::::Suatu Petang::::


Papan keyboard ditekan2,huruf keluar,mouse diklik2,muka2 kecik keluar.....~masa berlalu,oh!dah sampai masa utk 'off'.Satu persatu 'tingkap' ditutup sehinggalah tiba di 'tingkap' yang agak akhir,eh, x perasan ada lagi tingkap;


Ha??!butang di bawah diselect.Kotak ditimpa huruf ditekan.Dah,beres!~Namun,sangkaan aku meleset,'tingkap yang satu ni' muncul lagi bila malam menjelma...cuma () je yang lain,yang ini buat aku jadi pelik bin hairan,questioning????~


Aku ambil keputusan left it behind...Untuk beberapa hari,aman...tenang..damai...Tapi,nikmat (dunia) tidak akan kekal.Interference tu cuba mencipta unlawful invasion,menguji menerobos masuk ke dalam seketul daging dalam diri,yang dimana jika baik daging itu,baiklah keseluruhannya,jika buruk daging itu,buruklah keseluruhannya.


Lantas,kali ini,aku tekad mangambil tindakan.
2 Kali....tapi,x sangka, 'tingkap' itu menggunakan kaedah lain utk melancarkan 'serangan balas',tp,fuhh..serangan yang tidak menyebabkan cedera,tp kalau x berhati2,unlawful invasion td tetap boleh menerobos masuk.Alhamdulillah,setakat ni, 'tingkap' yang telah mungkin diupgradekan x dihantar lagi.


Sedikit lintasan minda:Jadilah seperti ikan,walau hidup di lautan masin,isinya tetap tawar

Section Ilmu
::::Ucapan Yg THE BEST itu::::


(Situasi singkat)


Mak Jah:"Assalamualaikum...Nah!ooo Nah!.."


Mek Nah: "Waalaikumsalam..iyye,apa dye Mak Jah oi...?"


Mak Jah: "Nii haa...cu ana balik,tu dye bawa Pasembor dr Penang ni ha...bglah enti sikit...",Pinggan dihulur...


Mek Nah: "La..yeke?Mekasih na banyak2....terima kasih daun keladi,ada lebih bolehla
bagi
lagi....he..",meleret2 Mek Nah
senyum
....suka.



~Qala Ustaz,itulah dye,kadang2 org Melayu ni akan berkata ucapan yang diboldkan di atas bile terima sesuatu...Adakah anda?Apa sebenarnya ucapan yang THE BEST bile terima sesuatu kebaikan ?Perhatilah.....


@Menurut hadith shahih,riwayat Tarmidzi,Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk

mengucapkan "Jazakallah khairan kathira" dan juga ucapkanlah

"Barakallahu laka,fi malika wa ahlika"...bila mendapat sesuatu kebaikan.


...Itu sedikit sebanyak yang dapat dikongsi bersama,mungkin ada juga yang dah tahu ttg ini.Andai ada tersalah,minta dibetulkan dan dikomenkan.....


Ya.Jazaka/killah kepada anda kerana membaca.Barakallahu laka,fi malika,wa ahlika...:)


Wassalam.

Wednesday, March 12, 2008

:::Lihatlah dan Perhatikanlah!:::





Bismillahirrahmanirrahim..




Assalamualaikum

Monday, March 10, 2008

@The Blinking@

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...


~As-sa'ah fil Madhi~

Klik!Klik!Siaran TV ditukar berkali-kali...semuanya pasal PRU,satu tgh ulas di P.Pinang,satu tgh ulas di Sarawak..satu tgh ulas di Sabah...Namun,pilihan ku di TV *...kerana senang utk faham(hehe)...tp kdg2 jari ni jatuh jugak ke butang lain,variety2:P...

Latar belakang transparency bendera negaraku ini keluar,menandakan akan tercatat tulisan2,nombor2 yang akan diikuti 2 nombor di belakangnya..dan ada juga yang 3 serta 4 nombor.Tercatat di bawahnya majority...x phm maksudnya;


: "apa maksud majoriti tuu..?"
: "tu maksudnye brp yang menang tu lebih undian.."



OOoo...ok,understand..~seketika,Dun ******,yg birunya blinking...Dun *a*****,biru lagi blinking!aiyh...mengantuk betul.
Klik!Klik!Gambar bertukar design,warna bertukar lain..wajah bertukar rupa...KlikKlik!...berterusanlah ia.Jari diikuti urat2 sendi yang mengikuti terbreak .Ku amati scroller naik-turun,naik-turun yang terpancar direflect(ke refract?) dlm bola mata.


Datuk Seri......................... **l** di Lembah *****
l
l (scroller seterusnya)
l
V
Datuk Seri ........................... ****h di 'snail river'





Rasa mengantuk yg hampir2 nak menjadi controller td entah knp,hilang sikit2....Punat nombor # d'tkn,;Dun ******,biru lg blinking..kadang2 merah putih blinking.After awhile,Hijau lak blinking...penuh warna-warni Malaysia..Tiba2



"awk tgk nie?..."tanya seorang hamba Allah kehairanan.Oh,sejak bila berminat dgn politik nie?Bukan berminat...entahlah,tp yg pasti bukan minat.Teringat pada suatu sejarah pada tahun sebelum tahun ini,ketika dlm kembara dr ***** menuju ke **.



~As-sa'ah fi Al-sanah~

Insan yang mulia itu menceritakan padaku serba-serbi ttg zaman di mana aku masih x masak lagi.Termasuklah bagaimana blh jd mcm itu..blh masuk itu..dan segala itu2.Input yang aku terima sedikit -sebanyak menjelaskan lagi pemahamam aku dlm bab2 nie.Tumpuan,fokus diberi sampai terlajak terlepas tol Ta*****.
Oh ketika itu,terasa bebasnya daku bermain-main riang gembira sedang di sekeliling suasana bergolak, nyata amat berbeza dgn jiwaku ketika itu.Namun,setelah berapa hari,berapa bulan,berapa tahun berlalu...baru aku memahaminya,tapi itupun hanya sedikit,masih byk yang tersembunyi....Wallahu'alam.
ALLAH juga yang Mengetahui Segala-galanya.
~End of "As-sa'ah fi Al-sanah" wa "As-sa'ah fil Madhi~
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
~As-sa'ah fi Al-yaum~
Pagi,Alhamdulillah...mata ini masih dapat dibuka.
10:**~Medium media massa itu aku capai,terpampang keputusan PRU-12....terdengar suara memuji Yang Maha Esa.Sungguh,di sebalik sesuatu,ada rahmat yang terselindung.
Janganlah kita membiarkan segala ilusi
(bahawa kita tidak akan dapat berubah) ini mengalihkan pandangan kita dari
berusaha untuk mengubah situasi umat dan melanjutkan kehidupan Islam serta
menyebarkan Islam ke seluruh dunia melalui Daulah Khilafah yang akan menyatukan
seluruh kaum Muslimin. Umat ini, Insya Allah akan disatukan di bawah seorang
pemimpin dan kibaran bendera Islam yang satu di mana negeri-negeri kaum Muslimin
yang bertaburan akan disatukan dan umat Islam akan dibebaskan dari ketidakadilan
sistem kufur yang rosak kepada keadilan Islam. Maka akan wujudlah negara yang
satu, Khilafah Rasyidah, yang menerapkan Islam dan menegakkan jihad sehinggalah
Islam mendominasi dan mengatasi segala din (cara hidup) yang lain.
“Kepada pentadbiran Allah jualah kembali
segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika
berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -
dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang
dikehendakiNya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian
dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” [TMQ Al-Rum
(30):5-6]
(di copy paste dr laman web http://www.mykhilafah.com/)


"..........selepas itu,akan kembali Khilafah Ala Minhaj An-Nubuwwah.(HR Ahmad)"

Wassalam.'Afwan...

Friday, March 7, 2008

El-JiHaDu!


Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...


"Kesenangan,kelapangan & pujian adalah
seberat-berat ujian yang harus ditangani dengan bijaksana.
Kejayaan sebenar ialah
apabila kita melepasi standard perhitungan Allah nanti."


JUST KEEP THINKING ABOUT THIS QUOTES..

p/s:Najahu 'amal ma 'kerjasama' 'ala al-musyarakah wal musahamah.Wa la ya'ti annajah illa bimusa'adah al-akhar...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


~Ku selak,ku selak dan ku selak....




AMERIKA SYARIKAT dalang perang SAUDARA Palestin


Washington: Presiden Amerika Syarikat,George W 'semak' dan Setiausaha Negara,Condoleezza 'nasi' berusaha menyingkir Hamas selepas pilihan raya Palestin 2006 hingga menyebabkan tercetusnya perang saudara di wilayah itu.


Majalah Vanity Fair melaporkan,ia memperoleh dokumen rahsia yang disahkan oleh sumber Amerika Syarikat dan Palestin bahawa Washington berusaha memperlengkapkan penyokong puak Fatah (ceh!) dengan senjata bagi membolehkan mereka menyingkirkan Hamas daripada tampuk pemerintahan.


"Bagaimanapun,rancangan sulit itu memakan diri dan memburukkan
lagi dasar luar Amerika di bawah pentadbiran 'semak'",lapor majalah itu.


"Di sebalik rancangan untuk menumpaskan musuhnya,tindakan
pejuang Fatah yang disokong Amerika Syarikat menyebabkan Hamas bertindak
menguasai seluruh Gaza."
Menurut majalah itu,militan Fatah ketika itu diketuai Mohamad Dahla,Penasihat Keselamatan Presiden Palestin,Mahmoud Abbas.

Laporan itu yang digelar sebagai Iran-Contra 2.0,merujuk kepada skim penjualan senjata kontroversi pada 1980-an ketika pemerintahan Ronald Reagan,dinafikan serta-merta oleh jurucakap Setiausaha Negara,John Casey.-AFP.

(sumber:Global,Harian Metro,6 Mac 2008)


~dan di sudut bawah,mataku menangkap sebuah tajuk...


IRAN tolak rundingan nuklear dengan EU (kesatuan Eropah)


AAaa...yang ini aku suka..ALLAHU AKBAR!ALLAHU AKBAR!ALLAHU AKBAR!


Ayuh diri aku , diri kamu berjuang!!!!!Perjuangan kita belum tamat lagi!!


Abdullah asked his father one day, “Abi, when will we ever relax?”His father, one of the greatest revivers of the Sunnah, a role model for all Muslims looked him in the eye and said, “With the first step we take into Jannah.”Rahimahullah Al-Imam Ahmad.

Wassalam.

Monday, March 3, 2008

Ilmu itu nur,wa nuruLLAH la yuhda lil'ashiy..

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...

"Krring!!Kringg!!"Telefon berbunyi.

Terdengar ibu memanggil mengatakan panggilan untukku..


"Assalamualaikum...",daku memberi salam dgn nada suara yg lemah.
"Waalaikumsalam...",terdengar suara di hujung talian,ku kenal suara
itu.Suara Shadiqil-Wafiy.
"...boleh buka internet x?"
"ha?sekarang ke?"...
"emm....pukul 10 nnti."

Aku berfikir sejenak,teringat pd perancangan utk buat "kerja yg tertangguh" itu..


"..em,kenapa?kenapa nak bukak internet?".., cuba mendapatkan tujuan
sebnr.
"Psl Bio...yg latihan ade function2 tuu (ini ke yg Shadiqil-wafiy tu
kt..hehe,diolah sikit,sbb x brp ingat)".Shadiqil-Wafiy membalas.
"oh...haah...ana pon...bla..bla..bla..."

(dialog dishortenkan)


"oh..ana ingat nak buat ("kerja yang tertangguh")
tu...tp,tengoklah..InsyaAllah.",daku membalas
x pasti.

Jam 9:20~Mata mula terasa mengantuk..dittt...hampir mataku terlelap sepenuhnya..sedar2,eh,dah jam 9:30!Oh,10 minit tido bangun,tido bangun.
Aku gagahkan diri untuk duduk straight ,memohon hanya kepadaNya...Astaghfirullahalazhim..
Aku melangkah ke Hamam,mengfreshkan kembali diri yang amat mengantuk.

Jam 10:07~duduk di hadapan teknologi makhlukNya...x perlu sign-in krn sudah pon tersign-in sendiri ktk ibu menyambung "perhubungan" ini.

- END of Prologue-

Yeh.Actually teringat pd kata2 ku yang diucapkan pada Shadiqil-Wafiy diatas ttg knp aku 'bad mood' hari itu.Kata ku ingin ku kota.Moga mampu diambil 'ibrah darinya.

~Tatkala itu,bermulalah sebuah kisah....

Hari itu,pagi itu "suram"... tiada semangat utk berbuat apa2.Fikiran ku diisi seribu kegeraman,seribu penyesalan,seribu rasa 'teruknya!' terhadap diriku sendiri.Lantas,aku mengambil keputusan utk lebih mendiamkan diri shj,utk tidak bergurau spt hari2 sblm ini.Tiada gelak-tawa,tiada senyuman yang terukir di pagi hari itu.

(Teringat pada kata2 Mlmh Rohida ktk baru bermula sesi persekolahan.."kita kena senyum...you have to smile..")


"........(nama)..ok x?".Shadiqil-wafiy bertanya.Risau.Daku hanya
mengangguk acuh x acuh.
"Kenapa ni?".
Jungkitan bahu yang diterimanya.Tidak ada yg dpt aku ucapkan.

Shadiqil-Wafiy 2 pula dtg kepadaku bertanya.Biasalah,tindak balas still the same.Dia dtg pula di hadapan,mengukirkan senyuman utkku dgn harapan moga aku juga tersenyum.Hambar~~~Tiada respon.

"..marah kt ana ke?..", hanya gelengan yang diberi.Setelah bbrp lama..dia pulang ke tempatnya.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Petang itu,emosi ku mula stabil kembali.Interaksi aku yg sebelum td seperti kayu,mula tumbuh mengeluarkan ranting2nya..

Disini,spt mana prnh aku ktkan pada Shadiqil-Wafiy ,aku hanya akan memberi kiasan ttg problemas ku pada hari itu.Tapi,ya,kiasan yang mampu ditafsir dan difikir..ku rasa.
Pepatah beralun dengan kiasnya;

"Ilmu tanpa amal,ibarat pohon yang tidak berbuah"

Tika itu,saat itu aku memikirkan mungkin kerana aku telah meninggalkan apa yang aku x tinggalkan ktk cuti sekolah dahulu.(Apa dia?hehe...biarlah rahsia..).Ya,memang ktk itu cuti sekolah,ada masa terluang yang byk.Tapi itu tidak bermakna bila start sekolah,aku t'paksa tinggalkan benda itu.Sebaliknya,sbb salahku yg x pandai mengurus masa,tambhan,aku sendiri sudah bertanyakan pada seorang Ukhti bgimana nak handle benda nie.

Teringat sabda Rasulullah S.A.W:

"Orang mukmin itu adalah orang yang bijak"

dan

angin membawa pesanan;


"Tidaklah seseorang itu bertambah ilmunya,sedangkan amalnya tidak
bertambah,melainkan dia hanya makin jauh drpd Allah".

Khudz za,itulah yang bermain di fikiranku ketika itu.
Bila sesuatu ilmu x diamalkan,SUPPOSELY,merasa tidak tenteram kerana kurangnya amal kita...dan boleh jd,jika berterusan,makin berjauhan kte dgn Allah...Astaghfirullah.


"Ya Allah,tetapkanlah kesungguhanku dan keistiqamahan
ku berada di dalam jalanMu.Kurniakanlah aku husnul-khatimah dan kurniakanlah aku kesucian niat yang akan membawa kepada kebajikan2 dan amal2 yg Kau
redhai".Ameen.



Dan Rasulullah s.a.w mengajar Muaz bin Jabal;Rasulullah memegang tangan Muaz dgn kuat lalu baginda bersabda:

"Wahai Muaz,sesungguhnya istiqamah untuk melakuan ibadah susah,maka berdoalah
'Ya Allah,bantulah aku dalam mengingatiMu,mensyukuri nikmatMu dan
memperelok ibadahku kepadaMu'.

Sekian sahaja dari hambaNya yang hina ini,moga sama2 koreksi diri,sejauh mana ilmu yang telah kita amalkan?

Wassalam.

10 Principles of Hassan Al-Banna

Bismillahirrahmanirrahim


1.) The Unity of the Ummah. He considered it in itself a primary and important goal that we must strive for.
"Do no disagree, then you fail and lose the wind (in your tail."

2.) The Agreement on Principal Matters. Such that we start by considering everyone who declares shahadah - La ilah illaAllah, Muhammad arrusulAllah - as our companion and part of the Muslim group.

3.) Assume First that You, Not Your Muslim Brother, May be Wrong. And see how you find the truth impartially.

4.) The Manners for Disagreement. That you should be as keen about listening to your brother's evidence and argument as you are about giving your evidence and argument, and be pleasant and smiling whether the result is for you or against you.

5.) Avoiding Arguing, Self-Righteousness, and Belittling of Others. Al Banna said:
"No nation went astray after being guided, except after it fell to cursing and
arguing."
And:
"He will have a place in Heaven that leaves arguing when he is wrong, and a
higher place in Heaven if he leaves arguing when he is right."


6.) The Possibility of Mulitiple Correct Answers. He referred to the Prophet telling the sahabah to pray Asr in Bani Quraiza, how some of them prayed Asr when it's time came, while others prayed it when they reached Bani Quraiza after sundown, and how the Prophet praised both parties.

7.) The Group Participation in Agreed Upon Matters and to Excuse One Another in What is Disagreed Upon. He emphasized,
"We all agree on prohibiting alcohol, adultery, and gambling, and we agree on
the duty to govern according to Quran so let us invite governments to implement
it; we agree that honor and respect are due to Muslims, so let us impart these
ideals to Muslims, we agree that jihad is the means to accomplish honor so let
us train the individual, and to raise children with the necessary spiritual and
physical training."


8.) Thinking of the Danger of the Common Adversary. He reminded Muslims of the present external enemies who do not differentiate between Muslims or different views or different national origin. The enemy considers Muslims enemies of his religion, and their homelands a prize to be dominated for its resources. He emphasized the need for unity to deter aggression.

9.) Opening the Avenues for Work and Productivity. He recognized the duel purpose of working hard, to produce more and to stay free from the evil of idleness. He encouraged members to excel in schools and jobs, and to seek earning from lawful sources and to shun laziness and dependence on others. He encouraged them to fill in duties that others have not even identified, such as visiting brothers far and near, volunteerism, and to allow time each day for examining how they have done for the sake of Allah.

10.) Sympathy for Those Who Do Not See the Light. Rather than being angry with them or exposing their shortcomings. He never attacked his accusers or distractors on personal matter, but rather sought Allah's help in making His message clearer to those who were listening.

from http://www.insight-info.com/

Wassalam

Sunday, March 2, 2008

Awwal Al-Kalam

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah...hasrat yang selama ini ku tahan dapat dilaksanakan.Syukur padaNya yang masih memberi aku kesempatan sihat tubuh badan,duduk di atas kerusi menghadap sebuah teknologi makhlukNya untuk melakar wacana hikmah buat diri ku,diri kamu dan diri semua..

Ter'layang' fikiran ku pada kata-kata seorang Ustaz yang aku dengar di I.K.I.M...tentang "menulis".Topik pada hari tu ada menyelitkan kenapa perlu menulis?....

"Jika kita lihat pada wahyu yang mula-mula diturunkan...adalah Iqra'."Ustaz
tersebut mula memberi penerangan.

Aku mula berfikir,ehm?apa kaitan Iqra' dgn menulis?kan ke Iqra' itu membaca?takpe2...ku teruskan mendengar..

"Maksudnya adalah "Bacalah"...dan apa yang kita baca?Adalah tulisan..jadi
kalau tiada tulisan,kita nak baca apa?."
Aku tersentak..eh,betul jugak!Kalau xde tulisan,nak apa kan?Aku mula berfikir ttg kepentingan menulis ni berdasarkan point2 yang disebut Ustaz td..ttg Para sahabat,Ulama2,Imam2 terdahulu menulis ilmu,panduan,hukum fiqh dan segala lagi untuk menjadi sumber rujukan Umat Islam,sumber rujukan kita semua....
Hasilnya...sekarang ni dah ada byk buku2 Islam..penerangan tentang itu ini,sebab itu ini,cara itu ini....amatlah byknya rujukan dan ilmu utk kita kutip...maka tidakkah kita mahu menjadi 'golongan yang sedikit' itu??

Dengan byknya sumber rujukan utk Umat Islam sekarang ni,but still x bermakna kta dah x perlu menulis dah...generasi Islam dahulu menyumbang utk kita,kita menyumbang utk sapa?Of course la utk Generasi Islam yg akan datang.....tambahan di akhir zaman ini, makin kuat dugaan dan bahaya yang menimpa dan menguji ...


Sabda Rasulullah S.A.W: "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara.Kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya.Iaitu Al-Qura'n dan Sunnahku"

Maka berpautlah padaNya dan thabatkan
hati!


Harapanku
moga2 penulisan ku di blog
ini mampu memberi manfaat
kepada semua yang sudi
membaca..agar dapat
dikutip ibrah dan mawizzah ....dan
tegurlah daku apabila
ku tersalah.Sebarang
komen,cadangan atau apa2 buah fikiran
yang mampu
mendatangkan kebaikan
amat
dialu2kan.

Sekian,Wassalam
.

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.