Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Langkah diatur laju dan tertib mencari-cari qo'ah (baca: kelas/dewan) yang tidak selalu saya pergi. Bangunan ini agak baru bagi saya untuk explore. Eh, bukan bangunan tapi tingkat. Sebelum ini saya hanya mempunyai satu kelas di bangunan kuliyyah adab (baca: kuliyah bahasa), itu pun di tingkat satu, kelas masa itu pun agak mudah dicari. Tapi kali ini harus memanjat ke tingkat 3 dan travel jauh sikit ke dalam...kalau naik tangga yang silap. (aduh..) Alhamdulillah, cari punya cari...rupanya saya sudah terbabas..mujur bertemu dengan 2 rakan yang menuju ke kelas yang sama. Alhamdulillah tak sesat.~
Sambil menunggu dukturah (baca: pensyarah) datang, gemar saya ambil masa untuk berborakbincang sebentar dengan seorang sahabat saya ini. Macam-macam saya nak tanya dia. Sejak masa mula kenal, dia tampil dengan peribadi yang sederhana tapi hebat di mata saya. Banyak hal yang membuat saya kagum dengan dia. =). Masya Allah 'alaiha. Dalam sengkang waktu diam ketika berbincang, saya sibuk memikirkan rancangan lepas tamat kelas ini.
"Aisya, dah buat isbat tolib tak?"
"belum lagi..[dia] dah buat ke?"
"belum jugak..ingat nak terus pergi lepas kelas ni. Bolehlah, kita pergi sama-sama..=)"
"em...alamak, sebenarnya aisya ada kerja nak kena buat lepas ni.Takpelah, [dia] pergi dulu.."
"Oh yeke,,takpe je...bagi hawiyah Aisya, nanti [dia] boleh buatkan.."
"Boleh ke kalau orang buatkan? bagi hawiyah kat [dia]?.."
"boleh je rasanya...hari tu [sahabat dia] buat jugak utk orang lain."
"oh ok....tapi, kesian pulak [dia] kena buatkan utk aisya.."
"eh, takpe je...ok je. "....
Beberapa minit, beberapa orang pelajar Arab keluar dari kelas sambil membawa buku. Heh, itu indikasi kepada dukturah tak hadir. Selepas betul-betul confirm bahawa pensyarah tidak masuk ke kelas masa itu, dan semua student lain juga mula meninggalkan kerusi-kerusi, baharulah kami benar-benar yakin untuk keluar kelas.
"=) Ok, kalau macam tu, bolehlah Aisya pergi buat isbat tolib dengan [dia].."
***
mederap kaki menuju ke qobul tasjil, sambil berpapasan dengan pemuda-pemudi Arab (yang ramai)..di tengah suasana yang agak sedikit panas, memang bukan suatu suasana yang digemari. Tapi petang itu seolah suasananya bukan seperti itu. Khusyuk menyambung cakap dan perbincangan di kelas yang terputus di kelas tadi. Jujurnya, petang itu perasaan saya amat berat .Bagai ada sesuatu yang saya tidak settlekan di hati.
dan ketika kami hampir kepada pintu bangunan, dia katakan pada saya..
"aisya...aisya tau tak, masa [dia] mula-mula sampai hari tu..tak tahu perasaan macam mana. Lepas tu, [dia] bukalah Al-Quran, nak baca....dan cantik-cantik je betul-betul tilawah yang [dia] baca terkena dengan situasi [dia] waktu tu. MasyaAllah..Allah memang tahu hati kita dan keadaan hamba-hamba Dia. [dia] pun tak tau nak cakap macam mana aisya..."
saya mendengar sambil keterujaan penuh di hati. Teringin sekali tahu apa yang Allah 'pesankan' pada dia.
"ayat pasal apa yang [dia] baca tu?"...
"[dia] tak ingat surah apa ayat berapa...tapi ayat tu sebut pasal infaq. Allah kata " apa sahaja yang kamu infaqkan pada jalan Allah, sebenarnya untuk diri kamu sendiri..".."
Luruh hati saya mendengar tuturan sahabat tercinta saya itu. Rasa berat yang baharu sebentar tadi saya rasakan..langsung hilang, dan hati terasa sangat lapang. Lapang kerana dapat ceritakan kerisauan saya kepada dia..jadi makin fully lapang bila apa yang Allah 'pesankan' pada dia itu saya turut dikongsi untuk merasa bersama.
Benar,
bila difikirkan apa sahaja yang kita buat ikhlas lillahi taala, walau selelah mana pun, walau sepenat, berkeringat-keringat mana pun...hasilnya adalah pada diri sendiri.Asalkan kholis untuk Allah sahaja.. Andai penat-penat buat jahat atau kerja yang kosong, pulangannya juga adalah pada diri sendiri. Selalu orang bercakap-cakap dan pelik bagaimana seorang itu sanggup berpenat-lelah untuk orang lain? Ketahuilah, zahirnya kita nampak orang lain yang mendapat habuannya, tapi hakikat yang kita selalu tak nampak..sebenarnya saham kita lagi tambah berganda.
Infaq juga tak semestinya dengan harta kan? ilmu, tenaga, fikiran...boleh juga jadi sesuatu yang kita 'infaq'kan.
terlayang ingatan saya pada sebuah kata-kata ketika zaman sekolah dulu ketika sesi dengan mentor SPPM,
"ujian yang hebat itu untuk orang yang hebat.."
Allahu akbar wallilahil hamd! juga masih dan terus berharap tembakan doa dari anda...
"..dan apa jua harta Yang halal Yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua Yang kamu dermakan dari harta Yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
[ al-Baqarah: 272 ]
p/s: makin kita memberi, makin kita kaya. Hipotesis ini diterima tak?
Jazakillahu khair buat [dia], saya yakin kamu bakal jadi peribadi yang hebat. InsyaAllah~ =)
kamus;
isbat tolib: pengesahan pelajar
hawiyah: kad pelajar (macam kad matriks)
qobul tasjil: pejabat untuk urusan mendaftar dan etc.. (terjemahan panjang..hehe)
Bayt Ar-Raqaiq,
Irbid, Jordan.
1 comment:
sepertinya amat ku kenali siapa dia
terharu membacakan ini sahabat
hampir menitiskan air mata
doakan semangat yang menyala seawal hati ini melonjak mengejar mad3u
masih kekal nyalaannya hingga ke syurga
Post a Comment