Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2013.
Allah. Allah. Allah.
Bagai baru semalam saya menginjak kaki ke tanah Jordan,menghidu bau-bauan roti dan ma3janat, semuanya terlalu baru. Tetapi itu 3 tahun yang lalu. Hari ini februari 2013!.
Bagai baru semalam saya menginjak kaki ke tanah Jordan,menghidu bau-bauan roti dan ma3janat, semuanya terlalu baru. Tetapi itu 3 tahun yang lalu. Hari ini februari 2013!.
Kelmarin, saya menziarahi sebuah rumah akhawat, untuk berjumpa dengan syuyukh yang bakal pulang ke Malaysia malam itu. Rumah itu adalah rumah lama saya, rumah pertama yang saya duduk ketika first year di Jordan. Perasaan sayu tiba-tiba menyelinap. Rumah itu dan seisinya dahulu banyak mengajar saya selok-belok kehidupan, terlalu banyak. Terutama kehidupan dakwah ini. Bergenang air mata, saya tahan. Saya teringat ahli-ahlinya. 2 orang kakak sudah lama balik ke Malaysia BFG. Tinggal kami bertiga yang sekarang masing-masing duduk berasingan rumah. Segera saya mendail nombor salah seorang dari mereka, meluahkan rasa rindu lantaran sudah lama tidak berjumpa dan 'bermain' seperti dulu.
Terimalah, 3 tahun sudah berlalu! dan keadaan sudah berbeza~
Terimalah, 3 tahun sudah berlalu! dan keadaan sudah berbeza~
Alhamdulillah, tahun ketiga inilah saya baru berpeluang menjejaki Mesir. Paling bermakna bila berjumpa akhawat di sana dan 'ummi' saya,..merangkap murobbi saya ketika di sekolah dahulu. Murobbbi yang terlalu saya rindu...mengetahui jatuh bangun saya ketika 'zaman jahiliyyah' dahulu dan tak pernah berputus harap pada saya dan kawan-kawan.
Dari 'ummi', saya ingin mengutip semula semangat dan inspirasi dahulu. Semangat untuk berubah. Inspirasi untuk mengubah walau kata-kata tidak enak sering dilempar dari orang sekeliling.
Dari akhawat Mesir, saya lihat harapan yang tak pernah kalah walau cabaran mengerumuni mereka dari segenap arah. Qowiyul Jismi mereka juga tak tertanding oleh kami. Cahaya terang datang dari keikhlasan mereka bekerja dan muamalah harian. 'semoga aku dapat mencontohi kalian ya akhawatyy'..
Dari penduduk pantai Alex, saya lihat semangat dan hikmah seluas lautan Mediterranian yang terbentang membiru. Pandangan dan neraca Allah sangat penting, jauh membenamkan pandangan manusia. Sangat terinspirasi melihat kalian, akhawaty. Jauhnya tingkatan output amal kami dan kalian. Mungkinkah kerana dari iman yang berbeza? semoga kita bakal bertemu di tengah 'lautan' itu, beraksi penuh lincah keranaNya.

untuk segala perubahan yang bakal berlaku, transformasi individu mahupun masa,
saya berharap dan bergantung, hanya berharap dan bergantung pada DIA,
saya berharap dan bergantung, hanya berharap dan bergantung pada DIA,
untuk dibekali kekuatan dan kebijaksanaan menguruskan kamu.
Allah. Allah. Allah.
Kelak, zaman akan tetap menginjak ke depan.
Allah. Allah. Allah.
Kelak, zaman akan tetap menginjak ke depan.
Teruslah berdoa dan berzikir, agar Allah jadikan dunia dalam tangan kita.
Bayt Israa,
Irbid, Jordan.
Bayt Israa,
Irbid, Jordan.
9:22 pm.
1 comment:
mghadirkan rasa kepingin utk brsama kalian.ya,brsama2 :')
Post a Comment