Pages

Friday, May 27, 2011

Learn from the unusual.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


sudah mahu masuk 19, ya Allah..


Suatu masa,
    ketika saya masih kecil lagi dalam lingkungan sekolah rendah tahap 1, saya pernah merajuk dengan mak saya. Macam-macam saya fikir ketika itu, dan akhirnya rajuk itu dibawa-bawa hingga saya tidur. Kemudian, malam itu  mak saya datang dan bercakap-cakap dengan suara yang perlahan,memujuk. Menjelaskan apa yang saya fikir. Saya hanya mendengar dengan linangan air mata yang menemani, sepi dari bunyi. Tidur kononnya, rupanya ego.

Begini mak saya mengajar, tidak semua yang kita sangka adalah betul..kadang-kadang ia lebih indah dari apa yang kita fikir buruk.


Dahulu,
    hampir tiap-tiap hari saya bergaduh dengan abang saya. (masa kecik-kecik dulu). Boleh kata,kalau satu hari tu tak gaduh..memang macam 'miracle' habis lah. Suatu hari, tengah 'lawan2'..sampailah tiba-tiba gigi saya berdarah. Maka, mulalah abang saya kena 'sound' dengan mak. Awalnya, abang saya buat tak tahu je, tak puas hati,marah dan malu mungkin (sbb kena marah..hehe :p)..Tapi kemudiannya tiba-tiba dia datang pada saya dan meminta maaf~.

Begini abang saya mengajar, merendahkan ego walau saya tahu hati dia hati lelaki. (hihi..:p)


Suatu masa,
     saya dan beberapa orang rakan pernah kena panggil ke depan kelas oleh guru disiplin. Atas kesalahan 'tuuut' (hehe..tak boleh sebut.). Masa itu, wujud perasaan malu yang menebal pada rakan-rakan kelas dan guru yang mendenda saya itu. Tak terbayang lepas-lepas ini, macam mana saya nak menghadapi guru tersebut. Dunia seolah kelam. Tapi, lepas kejadian tersebut, guru saya layan kami macam biasa sahaja. Masih mampu untuk berlawak, senyum dan gelak ketawa persis peranan seorang guru yang penyayang, mentarbiyyah (mendidik yang istimewa) anak muridnya. Dan akhirnya saya pun rasa biasa dan senang dengan guru tersebut. 


dan sekarang sungguh saya benar rindu pada murobbi tersebut yang sehingga sekarang masih berkhidmat di sekolah yang sama ^_^. Yang mana bila saya dah naik sekolah menengah dan bertembung dengan murobbi 
tersebut, dia pasti akan tersenyum dan bertanya khabar.


  Dia mengajar saya untuk marah bukan suka hati sahaja nak marah, marah biarlah ada tujuan dan pengajaran yang mahu diberi. Selepas itu, berhikmah dan berlembutlah dengan orang tersebut. 

(susah tak?..huhu, mari kita latih! Rasanya penat lagi kalau kita marah pada orang berterusan)



Ada seorang sahabat saya ini,
       dia seorang yang tenang sangat. Tak kisahlah apa-apa pun yang berlaku, dia tenang dan cool sahaja. Kadang-kadang, pelik saya tengok..'kenapalah dia ni rilek sangat??'. Orang usik-usik dia pun, bila dia balas balik tak nampak pun macam nak balas balik, sebab terlalu lembut. MasyaAllah, Allah jua yang Menganugerahkan dia sifat tenang dan kelembutan itu. Ada masa-masanya bila saya lihat dia duduk seorang diri atau lepas solat, kadang-kadang ada raut kesedihan yang terpamer dari wajahnya. Saya tahu dia pasti banyak muhasabah. (insyaAllah)  Saya berfikir apa rahsia dia ye?...


sahabat saya ini, saya sempat duduk dengan dia lebih kurang 4 bulan sahaja..tapi banyak sungguh dia mengajar saya. Tak tahu dapat amal ke tak apa yang Allah izinkan saya kutip dari dia...insyaAllah, insyaAllah. Rindu pada dia~ :)



Pernah,
     seorang junior datang pada saya menceritakan tentang dirinya,keadaannya dan cabaran yang dia harus hadapi. Dia bertanya;

"akak, Macam mana saya nak buat ye?.." dan dia terus bercerita. 


Sayu saya dengar, lagi sayu bila memikirkan apa yang dia harus hadapi. Lepas dia pindah sekolah, dia tetap menghantar mesej bertanyakan pendapat dan meminta kata-kata semangat. :) Sekarang walaupun saya berada jauh beribu-beribu batu dari dia, ada masanya ingatan saya akan tersinggah pada dia. Rasa bersalah dah lama tak ikuti perkembangan dia dan tidak menunaikan hak dia sebaiknya.


adik ini, walaupun usia dia muda lagi masa itu dia sudah mampu bertindak matang untuk mencari penyelesaian. Jauh dari gambaran kebanyakan cerita-cerita yang ditayang di TV, bila kesusahan datang..menangis tak sudah dan menyendiri. Berbezanya seorang Mukmin. :)


Dari jauh, saya doa semoga dia kuat menghadapi rahmat (ujian) yang Allah berikan padanya. (kot-kot la suatu hari dia bukak blog ni kan..hehe)



 *       *       *


    Kalau mahu cerita semua benda yang kita belajar dari hidup, rasanya memang takkan habis kan? Huhu... bestnya kalau setiap benda yang berlaku di sekeliling, kita dapat extractkan pengajaran daripada semua itu. Tanpa melatah, atau marah-marah, atau sedih tak sudah,dan 'bersoal-soal'....'kenapa?', ' kenapa?!', 'kenapa??!'. Tak payah penat-penat luahkan kegeraman yang akhirnya setiap perkataan kita ada malaikat yang mencatit.



Fuh..
Ambillah sedikit masa untuk bersendiri dan tenangkan fikiran,
sambil melakukan proses extraction. 
Bukan extract bahan-bahan kimia atau komponen-komponen alam..tapi mengextract benda yang lebih hebat dari itu.
Sebab Allah tidak akan jadikan sesuatu yang sia-sia.
^_^.







p/s;
* tahniah kakak-kakak final year yang dah habis exam final kepada final. Maat taufeeq!
* tahniah semua yang dah habis exam final sem 2. Maat taufeeq juga..apa2 pun, extract ye..~
* untuk yang 'bekerja',..semoga kita sama-sama ikhlaskan niat untuk Allah sahaja. Supaya penat kita tak jadi   penat yang sia-sia..na'udzubillah~
* hehe..tajuk post bahasa inggeris, (macam gempak je kan..)..hehe, isi bahasa melayu juga. Sori~



wassalam.
Bayt Fateh.
Irbid,Jordan.

Wednesday, April 6, 2011

Secawan Muffin dan Hitam-Putih.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

PERINGATAN: Ini bukan post tentang resepi cara-cara membuat Muffin yang lazat! Tidak ada kaitan dengan mana-mana muffin yang dijual di mana-mana kedai atau yang dibuat home-made,yang telah mati tarikh luputnya mahupun yang masih 'hidup' di dalam tray.

#maaf buat mereka yang tercari-cari dan kecewa. =.=. Tapi,sini ada suatu yang lebih bagus untuk anda~ :) InsyaAllah.


    Musim sejuk yang kian berakhir, dan hujan masih turun mencurah-curah lebatnya. Masya Allah, cuaca panas disangka orang tidak akan turun lagi hujan yang menyejukkan, takkan terasa lagi angin yang memukul-mukul tulang...rupanya Al-Qadir masih menurunkan rahmatNya. Syukurlah, jangan merungut! 

   Dalam sejuk-sejuk itu, dia berjalan. Tujuannya mencari secicip rezeki untuk disuap buat pelega kelaparan. Ah,sejuk macam ni memang stimulate selera makan ke? Dia berjalan sambil mata tak lepas pandang papan-papan kedai yang menjual makanan. Sehingga dia terhenti di depan...#########. Mata tertangkap pada secawan muffin yang dihias dengan cantik. Sekali pandang, terpegun. Dua kali pandang, 'yeah, aku nak beli ni! 1 cukup tak? Beli 5 lah..'.



     "Awak nak beli muffin itu ke?"

hoh. entah dari mana suara datang bertanya. Bagi salam pun tidak. Dia tidak sedar kehadiran orang di sebelahnya yang terus bertanya soalan sebegitu, macam boleh baca pulak gerak-geri dia yang memang tengah lapar. 'Alamak,obvious sangat ke?.'

      "Haah, insyaAllah saya nak beli yang itu lah..

  
Orang tersebut memandang pelik. Dan dia pula bertambah-tambah pelik..kenapa lah orang ni?

      "Awak tak perasan ke?"
      "hah, perasan apa?"
    
      "itu..." sambil jari orang tersebut ditunjukkan pada muffin tersebut. Dia mula merapati kaca penghadang,cuba mengenal pasti apa yang ditunjukkan.
     "Itu muffin lah. Kenapa?", dia jawab tak puas hati.
     "Yang atas dia tu?...".
     "Chocolate-rice hitam putih...."
     "Awak ni memang betul-betul tak perasan ye? Takpe...biar saya tunjukkan.

"Ya, ini memang muffin. dan ya jugak, atas dia ni memang dihias oleh chocolate rice hitam-putih. Tapi..kalau awak tengok betul-betul, tak semua yang hitam-putih itu adalah chocolate rice. Kalau awak tengok betul-betul..yang belah sana sikit tu...ada benda pelik, samar-samar je nampak.."

      "..eh..ha? tahi cicak!". 

Petang itu, terus punah seleranya untuk makan. Dari lapar bertukar loya. Dari 5 bertukar 0. Tak kuasa untuk dimasukkan makanan lagi. Lebih-lebih lagi muffin. Erk!



Muffin itu kita, 'Hitam-Putih' itu jahiliyah (sifat buruk dan keji).




    Macam ini lah perumpamaannya. Ibaratkan diri kita sebagai muffin yang lazat, manis, berlemak. Kadang-kadang dihias dengan coklat cip, kadang-kadang dengan blueberry dan segala macam benda indah yang enak dan menaikkan selera makan. Hitam-putih (tahi cica) itu pula ibarat sikap/perangai buruk yang ada dalam diri kita.

  Muffin itu lazat,manis,  lemak berkrim..tapi bila dah telah tercemar dengan benda 'hitam-putih' itu, ada selera lagi tak nak makan? =.=.  Walaupun hanya tercemar di bahagian atas, tapi rasa macam tak nak makan langsung dan buang semua sekali. Sebabnya memikirkan mungkin si peninggal 'hitam-putih' telah membuat signature pada semua bahagian muffin tersebut! 

    Maka,sebagaimana orang tadi yang dari lapar bertukar loya, kita sepatutnya pun tak senang duduk dengan sikap-sikap buruk dalam diri. Dari asalnya, kita sangat bersih, fitrah kita suci penuh dengan kebaikan..tapi lama-lama tercemar dengan benda-benda yang tidak elok yang mencacatkan peribadi kita yang diciptaNya cantik dan manis. T_T Orang suka lagi tak nak kawan dengan kita? Seperti mana orang nak lagi tak makan muffin tu?

   ..................


Jahiliyyah dalam diri sangat susah untuk dikesan. Hanya mata yang teliti dan hati yang sedar boleh bezakan chocolate-rice dengan tahi cicak. Tapi orang yang mampu bezakan, mesti dia dah kenal dan arif kan macam mana bentuk chocolate-rice yang sebenar dan macam mana pula bentuk tahi cicak.Barulah dia boleh singkirkan segala pencemaran yang ada. -- 

Jadi,untuk singkirkan jahiliyah..kenal pasti dulu apa dia jahiliyyah yang ada dalam diri kita. Buat muhasabah (renung diri) dan sort-out kan mana yang buruk..kemudian potong! Potong supaya ia tak melekat lagi dalam hati dan kita tak pun lagi membawa kekotoran ke mana sahaja kita pergi. :).



Kita mesti mahu jadi muffin yang hygiene,bersih,halal dan baik!
^_^


p/s: cerita di atas hanya rekaan semata-mata.

Semoga tidak mempengaruhi selera anda terhadap muffin~


والله اعلم
Wassalam.
بيت محمد الفاتح,
إربد, الأردن

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.