Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(bukan untuk saya)
"Nak tengok je~Nak tengok je~.." pinta seorang budak yang teringin nak biskut.
Saya kembali memerhati gelagat kanak-kanak darjah 1 di dalam kelas.Ada kalanya mereka memang macam biskut,kejap ada kejap takde. Seminit ada di kerusi,2 saatminit kemudian ada di depan kelas pula. Berapa kali rakan saya ulang suara:
".......,sit on your chair!"
Walaupun agak hingar-bingar,mata tak lekang melihat mereka.Semuanya comel-comel belaka,punya perangai dan keceriaan yang tersendiri.Sedang asyik melihat,
"Okay. ...... can have your biscuit~", rakan menghulur sekeping biskut coklat pada seorang bintu. Mukanya blur.
Sesekali melihat mereka,saya terimbas zaman kekanak dulu. Seingatnya,saya juga seorang blur macam budak itu. Ustazah (guru) mengajar di depan,saya bermuka blur~Tetapi blur bukanlah bermaksud pendiam :p. Sangat cepat masa berlalu. Terkadang terasa sukar untuk saya berhadapan dengan perubahan yang berlaku di sekeliling.Cuti sekolah ini memang terasa lainnya.Yelah,dahulu agenda sehari-hari sudah tersusun dalam jadual kelas.Kini,agendanya harus cipta sendiri [baru kini menghargai jadual kelas..:( ]. Jelas di ingatan bagaimana saya mengisi masa pada jam 4:00 petang ketika 3 Januari 2009 berbanding 3 Januari 2010,sangat berbeza. ~Sayu sungguh~
Suasananya berubah.
Hal dan rasanya berubah.
Maka kesekiannya juga,bila hari-hari saya menjejak ke sekolah..mata saya akan tertangkap pada pintu 2 kelas paling hujung,tingkat 2.Semerbak (emosi apa ni?) rasa di hati. Cuti ini benar-benar saya harus belajar kembali. Hakikatnya,perubahan itu memang semula jadi. Tiap-tiap hari pun,suatu proses perubahan akan berlaku.Pokok mula berbunga dan bunga menjadi buah. Awan terbentuk kecil hingga menjadi besar.Bunga yang mulanya segar jadi makin tua. Sungai yang mengalir menjadi tasik kecil. Dan kini,seorang rakan bakal mula kembaranya ke suatu daerah baru. Masing-masing juga punya haluan sendiri. Dalam menenangkan hati,saya teringat kisah Rasulullah dan sahabat. Berjuang bersama dalam setiap susah dan senang sehingga Allah mengkhabarkan berita gembira dan pertolongan. Terus, seorang sahabat dihantar ke Mesir,seorang sahabat lagi mengembara ke China dan sahabat lain terus menjejak langkah ke seluruh pelosok dunia. Datang asalnya satu tanah air, bersemadinya jasad di merata bumiNya. Semuanya kerana Allah,menyebarkan risalahNya,menjalankan tanggungjawab khalifah dan beribadah padaNya. Dan tiap-tiap perjalanan itu,Allah jua yang Maha Menjaga mereka. Maha Sempurna Allah!
Oleh itu,saya harus lepas.Kental hati dan teruskan langkah kaki hanya keranaNya. Bukan kerana ada rakan-rakan penyokong di sebelah,mahupun guru yang menyangga. Moga perubahan membawa sejuta kemajuan untukNYA. Moga sejahtera dalam kembara.~
Cukuplah ALLAH yang menjaga kita. Dia Yang Maha Menjaga.
Moga kuat selalu.Doakan.Ikhas niat selalu buat anda dan saya.
Wassalam.