Pages

Showing posts with label da'wah. Show all posts
Showing posts with label da'wah. Show all posts

Monday, November 22, 2010

Siapa?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

~ sekitar jam 5:30 petang dan selesai solat Maghrib. (waktu sudah awal, malam sudah panjang!)



(sekadar gambar hiasan.......   tapi bermakna :D )


Seseorang: Terfikir siapa yang nak bawa Islam kat 'sana'?




Kita: Kenapa? Takde ya yang belajar di sana?




Seseorang: Takde. Dekat sana..sangat kesianlah tengok diorang. Pagi-pagi bangun, buat kerja macam-macam,bagi makan lembu dan binantang ternak semua..lepas itu macam tu je. Hidup tanpa arah tujuan. Kerja penat-penat tapi akhirat nanti tak bawa apa-apa. Kesian tengok mereka yang dah tua-tua...




Kita: emm..kalau nampak orang Islam kat sana, macam mana diorang layan? Pelik ke atau biasa-biasa je?




Seseorang: Biasa je...Mula-mula nampak tu macam memangla pelik..kitorang senyum je. Tapi biasa je diorang layan.




        Pendengar-pendengar semua tunduk ke bawah sambil mata berpusing-pusing melihat bungkusan biru emas yang membalut coklat dengan kemas.'Kepala' sampul dipusing seakan-akan membentuk bunga. Magnet yang diukir seolah lukisan menara dan jambatan diamati dalam-dalam sambil dimain jari-jemari.




Seseorang: Kat sana perempuan-perempuan dia takde pun nak malu. Maksudnya kalau ada perempuan yang pakai dedah-dedah tepi jalan,itu perkara biasa kat sana. Tepi-tepi jalan pun ada orang minum arak.


 kita semua memandang sambil tersenyap




Seseorang: Yela..negara kafir kan..(penduduknya adalah orang bukan Islam).




Kita : Ada orang mabuk tak? (kat tepi jalan)




Seseorang: Kitorang takdelah nampak pun...
Tapi negara diorang sangat bersihla. Cantik dan kemas je..




Kita: Pelik kan? Terbalik~ 




    Soalan mula bermain-main dalam minda. Soalan yang sudah berabad lamanya..

Seseorang: Orang kat sana sangat hebat cabarannya. Sebabnya diorang dah lama cuba cari kerja tapi tak dapat sebab pakai tudung. Kalau nak interview, kena bukak tudung baru boleh..Sekalipun orang itu PHD..dia tak nak jugak sebab pakai tudung.




Kami: (...mendengar dengan penuh perhatian~




Seseorang: Tapinya ada seorang ni..dia kerja jugak sebab nak cari duit kan. Dia kerja sebagai cleaner. Dia hanya kerja bila bos dia balik..maksudnya waktu malamlah baru dia kerja.




Kami: Ooo...eh,tapi kenapa? (faham tapi macam tak faham)




Seseorang: Bila bos dia balik,barulah dia boleh kerja. Sebab dia pakai tudung! (senyum). Bos dia tak nampaklah yang dia pakai tudung. :)




Kami: Memang bos dia yang suruh kerja waktu malam ke?




Seseorang: Taklah..dia sendiri yang mintak.




Kami: Kawan-kawan kerja dia yang lain tahu lah yang dia pakai tudung? Takde yang beritahu bos?




Seseorang: Tak tahu..entahlah.




Kami: Oo..jadi masa interview macam mana?




Seseorang: Oh..yang tu tak tahu macam mana interview dia.


         Suasana senyap. Terasa sejuk dengan angin luar yang menceroboh masuk melalui lubang-lubang tingkap.



Seseorang: em~ tapi kita pula kat sini (hidup di negara yang 'wujud Islam') yang ada peluang banyak untuk tahu dan faham Islam, tak nak pulak dan mengeluh. Tak ambil peluang untuk diri sendiri. Orang-orang kat sana sebenarnya bukanlah dari sekolah agama..diorang kenal Islam pun bila diorang sampai kat 'sana'. Hebat kan? :D (sambil tersenyum)


Kita: iye?? (semua tarik senyum sampai ke telinga. Kagum dengan perancangan Allah yang Maha Hebat) 







Seseorang: ...... pelajar-pelajar sains,medik,engineering semua ni..biasanya kata ' nak cipta satu benda yang hebat untuk Islam',macam-macam dan sebagainya...tentang ini, ~~~~ cakap "jangan harap, memang tak boleh". 




Kami: (sedikit mengangkat kening = tanda pelik)




Seseorang: Sebabnya orang-orang Barat dah sangat maju dan jauh meninggalkan kita...teknologi dan kemajuan semua mereka dah kejar. Maksudnya untuk sekarang ini, bukan itu yang kita nak kejar (sebagai prioriti utama)..tapi tinggalnya pada kita adalah untuk membina peribadi. Membina rijal-rijal (peribadi Muslim yang mantap). 


Sebab kalau takde peribadi yang mantap, takde semua benda tu. Bila kita bina rijal-rijal barulah ada teknologi  dan segala kemajuan diwujudkan.  Pendek kata, AQIDAH lah asasnya. 




(Ok,cuba bayangkan kita ada teknologi yang mantap, kemajuan yang hebat-hebat bertaraf mega super..tapi peribadi kita adalah peribadi yang runtuh, hidup hanya untuk dunia, makan minum dan sebagainya. Maka kita adalah tidak ubah seperti mereka [negara yang diceritakan dalam perbualan]. Sebaliknya apabila ada orang-orang yang mantap aqidah, luas pengetahuan, kuat tubuh badan, tersusun urusannnya, bagus peribadi dan akhlak..kita akan boleh mencipta kemajuan-kemajuan yang bertaraf mega super duper. Kerana sumbernya (orang-orang yang bagus tak menahan) sentiasa ada.~)




  Magnet yang seolah lukisan menara dan jambatan diamati lagi. Melihat dan berfikir.




Kita: er..siapa punya kata-kata ni tadi kak? Doktor akak?




Seseorang: Syed Qutub.




Kita: Ooohh..Syed Qutub! Em~..dan Syed Qutub mengeluarkan kata-kata itu sejak zaman dia.




Seseorang: Haah, betul! Kata-kata ni dari zaman dia lagi..kalau sekarang..




Kita: ...sekarang entah macam manalah.


~senyap.lihat.fikir.~



Seseorang: ok, dah. (dia yang merupakan pelajar sains senyum,bangun dan bergerak ke bilik..sambil menggendong harapan & kerja yang BESAR buat Islam)






"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah),
Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
(An-Nasr:1-3)


Thursday, September 23, 2010

Aku Hanya Sebutir Pasir...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"saya perlu kuat untuk Allah..
kerana saya sedar saya seorang da'ie"
- spoke by someone - 

tatkala hati kelu dan gusar
kuatkah bahu ini untuk memikul harga kesusahan dan kepayahan
yang pasti tetap tidak setanding para nabi dan rasul.
kuatkah untuk masa sekarang?
dan masa hadapan?
benar-benar risau tidak bernoktah


"siapalah kita untuk menduga masa hadapan.. tapi kita harus merancang masa hadapan kita supaya terus berada mendukung tugas dakwah"

kita yakin 


"kita harus sentiasa ingat mengingati.. nasihat-menasihati.."






Nasihatilah saya! T.T

Saturday, January 2, 2010

SINARkan Diri Anda..!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Segala puji bagi Allah,yang membangunkan kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan"

  Sketika sy bangun pagi dengan keadaan otak yang 'blank'.Sesaat lepas itu,terus saya teringat kembali peristiwa malam sebelumnya.Uh,sampai teringat-ingat..terkesan sangatke? Rupanya hati saya masih belum kuat untuk melawan..Saya teruskan langkah ke bilik air sambil cuba-cuba untuk lupakan rasa jelek yang membuak di hati.~ Usai solat Subuh,saya ambil masa untuk 'hibernate' sebentar sebelum meneruskan bacaan yang saya lazimi setiap hari (insyaAllah). Bacaan saya juga agak tidak khusyuk teringat-ingat kegeraman dan kesakitan hati yang sedikit tercalar. [astaghfiruLLAH..]


Tengah-tengah percubaan untuk fokus kembali,kepala saya tertoleh pada ibu di sebelah yang sedang membaca kalam-kalam Allah dari Al-Quran yang berwarna pink itu. Ayat yang sama malam tadi sebelum peristiwa itu berlaku...






Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.



 Saya curi-curi pandang ke muka surat yang ibu baca..'Ibu sedang baca surah Fussilat kah?',desis hati saya. Ibu agak pelik,kenapa tiba-tiba je saya ni..?. Mata saya kembali pada bacaan di buku kecil yang saya pegang sambil berfikir bahawa Allah sedang 'berbicara' pada saya. AlhamduliLLAH,cepatnya Allah Menegur saya.

Saya jdi teringat pada tulisan Abu Saif di lamannya tentang sabar itu sinar. (rekomen untuk baca)
".untk sabar dn menghasilkan kebaikan seperti khasiat matahari, diri kita terbakar panas!..."
"Menahan diri untuk sabar bagi mencipta ruang dakwah adalah suatu kepedihan yang sukar untuk dibayangkan. Patutlah gunung tidak mampu melakukannya. Gunung tidak sabar untuk memuntahkan lahar. Tetapi manusia mampu menelan panas kemarahan dan mengeluarkan apa yang sepatutnya sahaja.Sakitnya, Allah jua yang Maha Mengetahui."



Memang sabar itu payah,lebih-lebih bila berhadapan sikap manusia yang kadang-kadang menyakitkan hati.Jika ikutkan nafsu marah dan keegoan manusia biasa,nak sahaja saya lontarkn blk kt2 yang pedas kerana kita memang banyak modal perkataan yang hodoh-hodoh. Tapi, seorang Mukmin yang beriman pada Allah dan Hari Akhirat,maka berkatalah yang baik..kalau takde,diam sahajalah,begitu pesanan sebuah hadis dari manusia yang paling sabar di antara semua makhluk,Rasulullah S.A.W. Maka,


mahu tak mahu.
nak tak nak.
saya harus SABAR dalam apa jua perkara walau dia menghidangkan hidangan ubat demam hempedu yng paling pahit.
Moga Allah kuatkan sayakami.Ameen ya rabbal 'alameen.


*Agaknya beginilah rasanya (malah lbh lg) bila saya sakitkan ht orng lain kan?..AstaghfiruLLAHal 'adzhim..



Ini video khas untuk andaKita yang suka sakitkan hati orang lain (scr sedar mahupun tak).Moga kita sama perbaiki!




Wassalam.

Wednesday, January 28, 2009

Makin Lupa


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hati memberat.
Badan melonglai.
Saya makin lupa.
akan keSUSAHan beriringan dengannya keMUDAHan.

Saya makin lupa.
Seolah tiada tujuan.
Apa dia matlamat perjuangan.

Saya makin lupa.
Diri membocah duka.
Himmah dulu entah ke mana?


"Peganglah dengan teguh dalam memelihara himmah(semangat), kerana memelihara himmah itu mukadimah segala perkara"
(Abu Qayyim al-Junaid)



Saya makin lupa.
Seakan terasa kehilangan.
Walhal Dia Menjaga saya seawal usia 1 saat .

Saya makin lupa.
Pernah saya pacak kurangKukuh.
Azam ..yang dulu saya tanam.

Saya makin lupa.
Sibuk akan hal remeh lagi temeh.
Sedang ada yang lebih patut saya utamakan.

Saya makin lupa.
Kondisi hati kian gersang.
Lantas,harus 'top-up' Iman!

Saya makin lupa.
Tatkala ada yang mencetuskan.
Nafsu amarah saya biarkan.

Saya makin lupa.
dia hina lagi dina akan musuh utama.
Ironi masih 'menurut' titah dan kata.
NA'UDZUBILLAH!

Saya makin lupa.
Musuh sana terusan merancang menghalang.
Apa halnya saya lengah dan lengang?!

Saya makin lupa.
Sepandai-pandai tupai melompat.
Adalah Ilmu milik Allah semuanya.

Saya makin lupa.
Bukan amal yang menjaminkan.
Tapi hanya semata rahmat Tuhan.
Saya?tiada alasan!

Saya makin lupa.
Bukan rupa,pangkat lagi harta benda jadi ukuran.
Hanyasanya letakkanlah ALLAH di hadapan!

Saya makin lupa.
Rasa senasib kurang.
maka, "lihatlah pada orang yang lebih kurang darimu..."(hds Nabi)

Saya makin lupa.
Islam itu agama yang agung,tiada orang yang memikulnya kecuali orang yang agung.
Maka,jadilah orang yang agung.

Saya makin lupa.
Rehat bagi seorang Da'ie.
Punyalah besar,sindir saya tak perasan.
Jelas bersuluh tanda lalai.


Saya makin lupa.
Sesibuk saya dengan urusan dunia.
Kurang membelai 'ayat-ayat Cinta'

Saya makin lupa.
Dulu saya ingat.
Sudah Allah beritakan;

"Sekiranya mereka ini MAHU untuk keluar, nescaya mereka akan membuat persiapan. Tetapi Allah tidak menyukai pemergian mereka maka dia melemahkan KEINGINAN mereka. Lalu dikatakan pada mereka, Pergilah duduk bersama2 orang yang duduk"
(At-Taubah:46)



Saya makin lupa.
Celoteh manusia bohong lagi menyesakkan.
Larut saya dalam penipuan,mata lagi kekaburan.

Saya makin lupa.
Merasa selamat setrillion manusia.
Sedang jalan orang yang Hebat sedikit orangnya.

Saya makin lupa.
Ada hal tidak suka apatah berkenan.
Saya tidak tahu, "....sedangkan ia baik untukmu." (Al-Baqarah:216)

Saya makin lupa.
Apa yang Allah tentukan untuk saya.
Itulah yang TERBAIK,sedang tiada lagi yang lebih baik.

Saya makin lupa.
Dulu api semangat memerah.
Kini merah terbang ...sedih,cuba kembali gapai.

Saya makin lupa.
Diam itu tanda bijaksana.
Maka pedulikah cakap-cakap orang bodoh.
Saya makin lupa.
Jika seseorang bertawakkal.
"Allah akan memberinya jalan keluar dari arah yang TIDAK DISANGKA-SANGKA.."
(ayat 1000 dinar)


Apa saya lupa?
Curahan ilmu dan hikmah.
Pathetic jika tiada manfaat!!



"Belum tibakah masanya bagi orang-orang beriman untuk hati mereka tunduk dan khusyuk mengingati Allah dan kebenaran yang telah diturunkan? Dan janganlah mereka menjadi seperti Ahli Kitab sebelum mereka. Setelah mereka melalui tempoh masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras. Kebanyakan mereka adalah orang yang fasik"
(Surah Al-Hadid:16)


jadi,Apa halnya dengan anda???



pautan tambahanhttp://ayuhlah.blogspot.com/

Monday, December 8, 2008

Cerita Yang Tidak Sama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sejuknya pagi 10 Zulhijjah.Hujan rahmat mungkin.Subhanallah,walhamdulillah,wa la ilaha illallah wallahu akbar....tasbih masih meniti di bibir Salwa.Heningnya pagi itu,syukur dia termasuk dalam golongan almustaghfirina bil ashari,mudah-mudahan,moga diterima ibadahNya.Tahajjud itu kunci sebaik-baik tentera dan sebaik-baik raja.Dalam suasanana yg sejuk dan tenang,sendirian bertemu Allah Maha Mencipta..'ya Allah,layakkah berdiri di hadapanMu?Namun khusyukku sesekali terhilang,hamasah tidak sekuat dahulu...lalu aku datang padaMu lagi mengharap rahmat & kasihMu,bisakah ya Allah?Bantulah aku dlm mengingatiMu,mensyukuri nikmatMu,dan membaikkan ibadahku pdMu...'...-hati nya berbisik

Allahu akbar...Allahu akbar...Allahu akbar...la ilaha
illallah wallahu akbar..allahu akbar walillahil hamd...

Salwa amati dalam-dalam.Takbir yang terlaung dr corong radio sebaik shj azan Subuh dilantunkan.Terasa lapang hatinya,terbuka fikirannya.Beberapa hari ini Salwa seolah tidak punya kekuatan,hamasah yang cukup,selalu sahaja seperti futur...ya Allah,kenapa ni?Masalah yang tidak begitu menjadi masalah memberati fikirannya.Geresah membadai kerja-kerja yang dirasakannya banyak,urusan yang dirasakannya bertimbun dan tidak teratur,masa yang mencemburui....astaghfirullah,bukan masa itu yang dipersalahkan.Bukankah antr 10 muwassofat itu tersusun urusannya dan menepati waktu?Hatinya mrendah.Lagi bertambah sukar me'layan' karenah golongan 'nak 1000 daya, tak nak seribu dalih'.Ya Allah,su'u dzhon kah aku?Terasa tidak termampu lagi nak hadapi...tapi,Salwa sgr ingatkan diri,mujahidah sejati tidak akan mudah tumbang,..eleh,cubaan setakat ini takkan dah nak mengalah?

Salwa capai buku berbunga kilat merah-merah pink di atas meja.Lama dia tidak mencoret sejak,kira2 blh dikatakan hampir 2 tahun.Sedang buku itu dibelinya 6 tahun yang lepas.Reben merah sudah tertanda di hamparan muka kosong.Dia hanya menarik,membuka dan sudah sampai pada hamparan putih bersih.Pen biru jadi pilihan.

10 Zulhijjah 1429 @ 8 Disember 2008.

Bismillah.Alhamdulillah...saat ini terasa semangat ku kian memulih,dan moga terus begitu ya Allah.Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah, semalam aku bisa berpuasa,mengharap ampunan dosa setahun yang lepas dan setahun yg akan datang.Moga ya Allah.Allahumagh firli ma qoddamtu wa ma akhartu,wa ma asrartu wa ma 'alantu,wa ma asraftu wa ma anta 'alamu bihi minni...:).

Semalam juga aku berkesempatan melihat satu CD yang sudah lama jadi pekasam...entah,aku sendiri tak ingat bila aku membelinya,bulan 5?6?,emph...Semalam juga aku meminta ukhti membelikan sebuah buku,sempat juga aku berjalan hingga bab 4 malam tadi.Dah lama memendam hasrat sebenarnya,tapi aku tangguh dahulu.Tiba2 pula disarankan oleh Ustaz 'favourite',lagilah membuak rasa ingin memiliki...kebetulan pula Ukhti mahu keluar,sembari itu beli2kan buku.hehe...orang sudah bergaji.Cuti ini tergerak nyali membaca sejarah-sejarah Islami secara tdk sengaja.Tapi pembacaan ini emm..rasanya tidak bgtu serius spt org yang menekun mempelajari satu-satu huruf yang tercatat.Sekadar ingin naikkan kembali hamasah dan mengutip maw'izoh2 jadi bekalan dan staretegi,mungkin,insyaAllah. Allah itu Yang Maha Bijaksana...mohon ilmu hanya drNya.

Ahh..rendah diri terasa ingin mengutip mutiara-mutiara berkilau.Betapalah selama ini sedihku sedih tersia.Sedih yang tidak begitu patut disedihkan.'Abang-abang'ku,'kakak-kakak'ku,'pakcik-pakcik'ku,'makcik-makcik' ku,'datuk-datuk' ku,'nenek-nenek' ku seberang sana lebih terpayah,lebih menjerih,lebih kesakitan...aku disini ibaratnya hny sedikit tercucuk duri mawar di hujungnya kapas,mungkin bukan mawar...tapi lidi sahaja! Sekian,sekian..terasa spt aku telah berpenat lelah yang teramat,sehingga fikirnya boleh berbaringlesu sbentar krn terlalu berpayah-payah..astaghfiruLLAH..rupanya ia tidak sama.Langsung jauh beda!Hari tu melihat berita di akhbar...rakyat Yahudi, pula ingin tunjuk lagak pada saudara-saudara ku Palestin dgn membaling batu ke arah kawasan kediaman mereka..bukan tentera,tapi rakyat/pendudukharam. Oh.ingin meniru perjuangan kah?...tapi tetap tidak sama.Balingan saudara ku kuat diiringi takbir dan hamasah kepada Tuhan Pencipta Alam..sedang balingan mu rakyat Yahudi..hanya sprti membaling sehelai benang yang terkulai layu,langsung tidak punya kekuatan..lemah sekali.Air pun meluncur lebih laju dr balingan kalian!Langsung tidak menyakiti kami.Mereka tidak akan pernah menang kerana iman itu sentiasa di dalam hati dan dibawa ke mana-mana..(ameen..!)aduh..hmm,tak ingat siapa yang berkata,sama ada Syeikh Abdullah Azzam atau Osama bin Laden atau org laen..; 'sekiranya seorang muslim itu lemah,sedikit atau fakir,tapi dia yakin terhadap agamanya.pasti Allah menolong'..ya..lebih kurang mcm tu.

Jika begitu nasib saudaraku,mana bisa aku disini duduk termenung,memonyong berpanjangan,mengomel tidak sudah ....ironinya,kerana dirimu juga Salwa punya iman sprt mereka,bezanya imanmu tidak sejati dan seteguh mereka.Masakan tidak,..kerana ia tidak sama.Tidak layaknya dirimu Salwa untuk lemah sebegini...tidak patut.Begitu bila-bila aku terasa futur,segera melihat pada org yang lebih susah.

Daripada Abu Hurairah r.a,Nabi s.a.w bersabda : "Lihatlah
kepada org yang lebih bawah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu;ianya lebih wajar agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah." (Riwayat Muslim)

Sempat juga aku membelek2 tulisan Dr. Abdullah Al-Qorni,'La Tahzan'...iya,jgn sedih-sedih la Salwa!Aku membukanya random.Menghabiskan beberapa minit menelitinya...tercatat 'andai engkau tidak gembira kerana tidak beralas kaki,maka lihatlah orang yang betisnya kudung!Maka bersyukurlah kepada Allah atas kedua kakimu itu..'Benar,cerita ku ini tidak sama.

Sungguh-sungguh,cerita ini tidak sama.Agaknya aku sendiri tidak tegar setabah Saad dalam 'Rindu Andalusia' yang berlari-lari dan menangis tatkala tentera Romawi sudah memasuki Granada.Peritnya..Saad menyaksi sendiri dan sendirian.Agaknya aku juga tidak sesabar anak kecil Hassan yang ditampar ibunya kerana keluar tanpa izin.Terlalu risau ibunya sehingga menangis bimbang andai-andai Hassan diculik tentera Castile lalu dijual di pasar-pasar.Agaknya aku sendiri tidak setegar penduduk Granada yang berkurung di rumah,menahan kerisauan bakal berlakunya pindahan pimpinan kepada tentera-tentera Castile.Kota Granada,dulunya ulung dan damai...sudah dikotori tiang salib besar berwarna perak terpacak kukuh di menara Alhambra.Masakan risau,gelisah, tidak menguasai diri?Agaknya aku juga tidak setegar Abu Jaafar yang tatkala org lain sudah sprti pasrah,dia melaungkan "Aku yakin kita mampu melawan mereka!!"...Aku?negaraku spt mereka?ehm...zahiriyahnya tidak,batiniahnya ya!..ahh...generasi Syahadatain lemah?rumit2.......

Cerita ku juga tidak sekental usaha Dr. Abdullah Azzam yang mengumpul pemuda-pemuda ke Afghanistan melawan Amerika,Rusia dan Yahudi.Cerita ku tidak setulus pimpinan Osama bin Laden memimpin Al-Qaeda..membaja semangat jihad ingin menjulang panji Islam kembali.Ironinya....walau cerita ku tidak sama,tapi aku pula yang terlebih lemah dan futur...tidak setenang Osama dalam menangani masalah dan kata-katanya lembut dan tenang sekali.Tidak sesemangat Dr Abdullah Azzam yang tetap yakin pada janji Allah dan dia sentiasa ber'gerak'!Tidak seberani Mullah Muhammad Umar tetap mempertahan Afghanistan dari jatuh ke tangan kotorbusuk Yahudi....Ceritaku tidak sama.

37. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan
sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah suci Makkah) Yang
tidak tanaman padanya, di sisi rumahmu Yang diharamkan mencerobohinya. Wahai
Tuhan kami, (Mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang
(dan memakmurkannya Dengan ibadat). oleh itu, Jadikanlah hati sebahagian dari
manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan
kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil
tanaman, semoga mereka bersyukur.

aduhai Salwa....setakat mana juangmu?setakat mana lelahmu?Ia tetap beda dengan lelahnya Siti Hajar berulang-ulang mencari mata air.Sabarmu?Jauh sekali dgn sabarnya seorang ibu ditinggalkan suami di tanah yang gersang,langsung tandus.Bersama dia,seorang bayi yang kehausan.Pengorbananmu?hah...sangat-sangat jauh ketinggalan dr pengorbanan NabiNya..Ibrahim a.s yang menerima perintah wahyu untuk menyembelih anak kesayangan.Juga berapalah sangat dibandingkan dengan pengorbanan sahabat Rasulullah s.a.w yg laen?Sehingga ditanya pada Abu Bakar,apakah yang engkai tinggalkan untuk keluarga kamu?Jawab Abu Bakar,daku tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya.Pula tegarmu?....jauh sekali dengan tegarnya Ismail a.s patuh pada perintah Allah,rela pada ayahnya untuk disembelih.Aku masih ingat Ramadhan dahulu pernah 'Ulya ceritakan padaku tentang kisahnya.Waktu itu kami dalam iktikaf 10 malam terakhir...rindunya..

102. maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".

103. setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),

104. serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!

105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan.

106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian Yang nyata;

107. dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar;

108. dan Kami kekalkan baginya (nama Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian:

Salwa,salwa....bangkitlah dr angan-angan,dibuai perasaan yang ingin menyogokmu untuk terus bermanja dengannya.Baru sedikit ini!Baru sedikit ini Salwa!..em-em.Jika dibandingkan dgn 'perjuangan'ku dengan perjuangan Rasulullah dan para sahabat..entah,tiada ratio yang boleh dibuat,langsung tidak setanding.Malah futur juga kerana keyakinan ku tidak sekuat keyakinan Muhajirin yang berhijrah...~mereka tak punya apa,harta,sanak saudara,..tetapi mereka percaya hnya janji RasulNya~..Hijrah yang agung yang kini semakin dilupakan..

Cerita yang tidak sama...pengorbanan yang terlalu banyak ketara,tetapi mengharap nasib yang sama?..

pap!.Soalan di pengakhiran sengaja ditulis sebegitu.Sengaja ingin menduga dirinya sendiri.Salwa tutup buku.Disemat sekali cahaya.Sesekali memandang ke luar...langit yang gelap akan cerah juga.

"Sesiapa yang mahukan kebaikan dan membaikkan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pengorbanan,maka ia bagaikan seorang yang mimpi kosong."

Salam Eidul Adha.

Saturday, October 11, 2008

Jalan Da'wah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
"Jalan ini adalah jalan yang
takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan
kesempitan rezeki & masa depan.
Jalan yang takkan sanggup dilalui
oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu.
Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada
dan tiada kekuatan.
Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang
mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah.
Tak mampu dilalui
dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan
sesuatu kepada Allah."
-Fathi Yakan-
~
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya Dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
-Al-Kahfi:104-

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.