Pages

Showing posts with label Ukhuwwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhuwwah. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Syukran (terima kasih)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Lidah terkelu
Walau hati diketuk-ketuk
Untuk berkata sesuatu
Tapi terhenti di pinggiran

Bungkam tanpa nafas huruf
Yang terkeluar dari dua bibir yang tertutup
Hanya mengukir senyuman
Gambaran hati sarat perasaan

Hanya mampu mengucap
di dalam hati
TERIMA KASIH.
^^. T T





Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Surah Ar-Rahman: 16)

.Alhamdulillah.


Bayt Fateh
10:**
[mode: belajar sesuatu]

Monday, January 17, 2011

Jujur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala pujian,hanya saya pulangkan pada Allah. Yang Memberikan segalanya buat kita sekalipun kita tak selalu ingat Dia, tapi Dia akan terus Memberi ... andai tiba masanya bila kita selalu mensyukuri Dia,pasti indah belaka kan? Katakanlah Ameen~.

      Daerah ini makin sunyi, sunyi dari rakyat Malizi (malaysia) yang sedang menikmati cuti sem 1, keluar menghirup udara segar melepaskan tensi. Mereka ada yang melawat saudara-saudara di negara lain, tak kisah sama ada mereka sedang berhempas-pulas menghadapi peperiksan atau memang kosong dari agenda bersiar, keduanya senang hati menyambut saudara yang datang berziarah. Ya, seronok kan jalan-jalan? *kecualilah bagi orang yang tak suka jalan-jalan.. Namun, di belakang cuti-cuti MalaysiaJordan ini, ada insan-insan yang terus menyebar kebaikan dan meninggalkan tapak, sekalipun zahirnya seperti orang lain yang sedang berjalan,melihat-lihat alam..hakikatnya mereka berbeza. Cuti mereka bermatlamat. Cuti seolah bukan cuti. Alangkah seronok menghasilkan 1 kerja,tapi 2 hasil.eh.. atau 2 kerja dalam 1 masa.?
        tidak apa lah, yang penting hasilnya tetap berganda. :)

     Sehingga hari ini, genaplah 4 bulan saya mengharungi hari-hari di negara berjirankan Palestin ini, termasuk sekali tentera-tentera Israel (laknatullah 'alaihim) yang mungkin sekali sedang meronda-ronda di garisan perbatasan sempadan,melawan kesejukan malam yang makin memedih. Di belakang bukit itu, masih ada insan yang memerlukan kita. Di balik kabus sana, ada hero-hero yang masih tidak berhenti menunggu kita. Di seberang laut ini, ada saudara yang menunggu panggilan disahut. Ayuhlah,jangan mundur!

****katakanlah Ameen~****
==END.==


Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik RA, pembantu Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.
(HR. Bukhari dan Muslim)


    Selalu kita rasa gusar dan gundah bila melihat rakan melakukan suatu yang salah. Terasa ingin segera mahu menegur dan membetulkan. Kita ke sana dan ke sini, hangat menyebarkan risalah. Kerana sayang,kerana kasih dan kerana cinta. Indah,indah...hidup bertemankan cinta buat teman-teman istimewa. 

Di perhentian dunia ini, di mana segala amal akan dihisabNya, semua dihitung,ditimbang dan dibalas kelak di akhirat nanti, sejenak saya terfikir. 
Betulkah urusan-urusan ini kerana cinta? Jika ya, cinta pada siapa?
: 'mestilah cinta pada kawan saya'
:' yeke? atau cinta pada diri awak sendiri?'
:' apa maksudnya?'
:' awak nasihat dia kerana tanggungjawab. tanggungjawab awak untuk betulkan dia, jika tak..nanti awak pula yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kerana awak tidak nasihat dia. '
: ya, memang itu menjadi tanggungjawab saya pada teman. Jadi,apa masalahnya?'
: ' awak tidak cukup cinta pada kawan awak.'
:' kenapa? tidak, saya cinta pada kawan saya!'
: ' Ya,mungkin. Tapi awak pasti adakah perasaan takut diri awak jika disoal Allah tidak lebih tinggi dari perasaan cinta awak  pada kawan awak? '
:' saya tak faham...'
: 'bila awak cinta,awak nasihat dia kerana awak betul-betul tak sanggup melihat kawan awak menanggung dosa yang banyak. Bukan kerana awak sendiri yang takut awak pikul dosa yang banyak kerana tidak nasihat dia. Awak lebih fikirkan keselamatan dirinya di akhirat dari keselamatan diri awak...'


Tanggungjawab itu memang patut difikirkan. Tapi cinta yang jujur itu mengatasi ia. 
Cinta untuk saudara apa yang dicinta untuk diri sendiri.



Jujur kita keranaNya.
sudah cukup jujurkah kita?



Wassalam.
Rumah Pembuka.
4:53 pm, Irbid,Jordan.
mode M.D
Ya Allah, rabbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka anta al-wahhab. Ameen ya rabbal 'alameen~

Sunday, October 31, 2010

Ia Menjengah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Untuk ke berapa kalinya, memori-memori di sana datang lagi bermain di kotak fikiran. Entah kenapa,sering mengambil tempat tatkala keadaan sunyi. Kerana akhlak insan-insannya yang mencuri hati. Mungkin juga kerana tempat itu 'guru' pertama yang mengajar saya untuk berdikari hidup sendiri. Wallahu'alam....tapi saya sayu bila terkenang. Teringat segala hikmah-hikmah yang wujud di sana. 



teringatkan alunan istighfar Muallim Zulkifli yang memenuhi musolla sekolah
bicara hikmah muallim ketika mengajar
kata-kata akhirnya pada saya sebelum saya berpindah

usikan tak henti dari Muallim Buang
bijaknya muallim berhujah tentang mantiq
analogi-analogi yang kreatif dan tak kurang kelakarnya

sabarnya Muallim Halim
walaupun beralih perhatian murid daripadanya
terus semangat mencurah ilmu

gigihnya Muallimah Zaiton
menerap tarbiyah pada anak-anaknya
juga pengorbanan tak henti buat kami

...........


sahabat-sahabat saya baharu selesai periksa.Mabruk! semoga najah~
jujurnya tenpoh berada di sana memang tidak menyempatkan saya untuk berkenalan dengan ramai orang. Terutamanya pelajar sekolah menengah. Hanya kenal beberapa orang banat yang duduk di asrama,itu pun 'sekadar kenal-kenal'..serta beberapa orang dari tingkatan lain.


Apa yang membuatnya begitu istimewa di hati?
saya sendiri tidak ada jawapan.


.saya sayu dan rindu.
semoga Allah Memberkati. Ameen.


"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya,..." [7:56]


~catatan shita' awwal~
30.10.2010
maaf,catatan di Jordan belum ada lagi...insyaAllah,akan.

Monday, October 11, 2010

الأمين

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


sedang asyik menyelongkar kembali thumbdrive,
yang di dalamnya terkandung beratus-ratus kilobyte hasil penempatan fail-fail zaman sekolah
saya terjumpa video ini..




.sayu menyapa.

dari kejauhan,saya utuskan SALAM.




"(Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti)." 
[Qaf:6]

Saturday, September 25, 2010

Kasih Dalam Sebulan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




'ah, teriknya!'

  Mendesis memikirkan hidup sekarang bukan lagi macam dulu. Tiap-tiap pagi bangun awal,siap-siap,sarapan dan terus jalan ditemani bunyi derap-derap batu jalan tar. Berjalan hirup udara segar dalam pagi yang masih gelap. Balik pula harus ulang rutin sama seperti ini..Kalau cuaca sejuk,nasib baik.Taklah letih sangat. Tapi bila panasnya membingit, pasti akan berpayung di petang hari. Memang boleh makin hitam kulit macam ini.

Alhamdulillah!

Itulah kebiasaan pelajar-pelajar STAM yang tinggal di asrama/rumah sewa yang bersekolah di lokasi kaki gunung itu. Semuanya fikir sendiri. Bila nak makan, bila nak bersih diri, bila nak bagi waktu pada baju,buku,rumah dan pasar malam. Lebih penting lagi masa untuk tarbiyah. Tapi saya kira keseluruhannya adalah proses tarbiyah. Proses mematangkan diri untuk berdiri di kaki sendiri. Tarbiyah agar disiplin itu dipupuk oleh hak empunya badan, tidak disuruh tidak pula diperhati orang. Hanya Allah yang Maha Memerhati.

Ini kisah 5 bulan lalu. Keputusan yang dibuat selepas 3 bulan main-main...tidaklah main-main. Sebenarnya 3 bulan awal itu juga diisi dengan perkara lain..:p. Selepas berputar-putar berfikir, saya dan 2 orang lagi rakan berkeputusan untuk belayar perak. (bukan berlakon ye). 

Tapi kenapa tidak belayar Selangor je? 
Kan ada berlambak sekolah yang menawarkan STAM.. kat sini?

Ala...tak best, dekat sangat!. 

Saya pilih kaki gunung untuk bertapa merasa kejauhan dan mendidik diri untuk jauh. Sekali sekala terasa nak mengembara jugak..hehe. Lagi pula, sekolah tersebut 'sebumbung' dengan sekolah saya yang lama. Lagi pula, memang biasanya sekolah itu yang menjadi pilihan senior-senior dahulu untuk menyambung STAM. Namun yang paling utama, sistem tarbiyah jua yang menghambat diri saya untuk tidak memilih pelbagai sekolah glamor yang lain.

sungguh,


berhasil sampai ke sana bukan juga satu proses yang mudah. Saya bermain dengan konflik diri. Jauh dari rumah...untuk balik satu hal,untuk pergi satu hal. (utk pengetahuan,saya tak bawa kereta ke sana!). Kewangan juga mak ayah saya banyak korbankan. :( Tapi saya tahu, bagi mereka ia bukan satu bebanan. Ikhlas ibu bapa ingin anaknya mendapat didikan tarbiyah dan ilmu yang baik tidak pernah berupa satu bebanan buat mereka. Ibu bapa anda juga begitu kan? Perngorbanan mereka hanya ingin dihitung Allah. Ameen :)



Maka tiba saya di sana..menetap di rumah sewa bersama 2 orang rakan lagi. Kami sama sekolah. Lepas seminggu, alhamdulillah..pendamping baru datang mendaftar dari selatan. Dari Al-Hidayah JB. ^^.  Bersepuluh kami duduk di rumah itu. 10= kami ber3 + muallimah ber7. Pertama kali duduk sebumbung, sungguh banyak benda harus mula belajar. Ya,perkara-perkara yang saya sebut di atas sebelum ini. 2 orang kakak senior dari SMIH Jeram jua yang banyak bantu kami. Seronok duduk serumah...malam-malam buta boleh pakat untuk makan-makan. Nanti ada lah sapa-sapa yang rajin tolong buatkan...:p. Belajar,masak,riadhah, basuh baju dan pergi beli barang semuanya bersama.

tapi..


tidaklah rumahtangga itu sentiasa bahagia. Kadang-kadang ada juga goncangnya. Ah! pahit mana pun..ia mengajar kami untuk toleransi, kerjasama selesaikan masalah, jaga hati, jangan marah dan..berlapang dada. Biar yang baik itu jadi teladan, dan buruk itu kita lupa-lupakan dan jangan diingat-ingatkan. Jua hati-hati. Benar pahit! Biar ia jadi rahsia yang disimpan sahaja. Semoga Allah Menolong untuk perbaiki.. :)

Sudah! Ini kisah di sekolah pula.


Pertama kali masuk ke kelas,.berair-air kami dibuatnya. Panas. Kelas yang digunakan memang baru tapi sebenarnya ia adalah pejabat....tanpa kipas siling. =.=. Sementara tunggu kelas STAM yang sebenarnya siap, kami gunakan dahulu kelas tu. Kipas berdiri pula pada masa itu hanya ada satu. Biasanya diletak di hadapan...bermakna hanya pelajar lelaki sahaja yang merasa angin. (pelajar lelaki duduk di hadapan,pelajar perempuan di belakang). 


Fakta nyata, duduk di sana memang sihat.


Pagi-pagi lagi, keluar seawal 7 pagi dan berjalan dalam lebih kurang 0.5 kilometer. Memang sihat kerana pagi-pagi sudah berpeluh. Sebab itu, selalu jugak jadi rutin harian kami,masuk2 kelas selepas letak beg semua..kipas menjadi destinasi kami buat penyejuk badan. :p. Terpaksa~..0_0 === Minggu pertama, kami harus selesaikan urusan buku. Buku tidak perlu beli, hanya pinjam dari pihak sekolah. Tambahan,silibus buku STAM sudah mula menggunakan buku teks. Berat-berat jadinya. Jua nota-nota madah (subjek) yang kami harus fotostat dari rakan-rakan. Alhamdulillah,mereka semua prihatin dan sudi membantu. :). Mula mengenali sistem-sistem sekolah dan jadual kelas. Perhimpunan diadakan pada hari Jumaat, SPPM pada hari Rabu. Jadual kelas STAM agak sedikit berbeza dan pening nak faham mulanya. Ada hari yang habis kelas lambat..ada pula hari yang kami boleh pulang seawal 12:30 tengahari. Saat ini kerinduan pada sekolah lama menebal teramat..T.T

Saya TERHARU

dengan prihatinnya muallim-muallim di sana. Guru yang mengajar STAM semuanya adalah guru lelaki. Sangat kontra dengan sekolah saya yang lama di mana dalam banyak-banyak subjek, hanya seorang/2 orang guru lelaki yang mengajar kami. Di sini, nah...semuanya guru lelaki! Sungguh,hari pertama belajar saya sudah dapat merasa sikap prihatin dan kasihnya mereka pada pelajar-pelajar. Tidak henti-henti muallim bertanya hal kami dari urusan buku-buku,nota-nota hinggalah kondisi diri. Jika nota tak ada, muallim akan fotostat kan. Saya ingat ketika subjek 'Arudh (belajar tentang syair arab dan prinsip-prinsipnya), Muallim Abd Halim...sanggup ulang semula dari awal semata-mata kerana kami baru masuk.Minggu depannya, ada lagi pelajar baru masuk..muallim ulang juga balik.~ Rakan-rakan STAM yang lain juga tidak kisah..sambil-sambil tu mereka dapat ulangkaji juga. 


Walhal,sebenarnya mereka sendiri juga sedang kalut dengan pembelajaran madah-madah secara ekspress memandangkan periksa penggal 1 pun tidak jauh lagi sebenarnya. Kerana guru STAM tidak cukup,maka pembelajaran sebenarnya berlaku dengan agak lambat. Itu belum ditambah lagi,kadang-kadang kelas tidak ada guru yang masuk disebabkan muallim dipenuhi hal lain..meeting,kursus dan sebagainya. 

Muallim-muallim di sini.....

semuanya tetap bertungkus-lumus memberikan 101% untuk meluangkan masa dan mengajar pelajar STAM. Kelas tambahan hari Sabtu/Ahad pun muallim sanggup buat untuk kami walaupun kehadiran sangat tidak memuaskan. Cuba bayangkan, tidak cukup guru sampai ada subjek wajib STAM yang kami tidak ada guru untuk mengajar. Nak tak nak, harus belajar sendiri dahulu. Subjeknya bukan senang macam ABC dan alif ba ta.Kesemuanya bahasa arab dan perlu pada ketelitian yang mendalam untuk memahami ayat-ayatnya. Saya bangga...rakan-rakan STAM saya semuanya kuat semangat untuk terus belajar dan ulangkaji sendiri. Tapi,alhamdulillah..saya dengar sekarang guru-guru STAM semua dah lengkap. Tiada lagi lompong-lompong subjek yang tidak diisi. Allah juga yang Maha Menolong.


Saya rindu...


belajar Tauhid dengan Muallim Zulkifli (a.k.a pengetua sekolah). Saya suka cara dan gaya muallim mengajar. Seronok dengar muallim bersyarah dan bercakap di hadapan. Muallim ini sangat fatherly, bagi saya. Macam Muallim Saudi di sekolah lama saya dulu ^_^. Paling-paling, sewaktu kami ada program LKD di Serdang, muallim sanggup memandu dari Ipoh ke Selangor dengan KERETA muallim semata-mata untuk hantar kami. Lepas hantar,muallim balik Ipoh semula. Berapa banyak kos minyak kereta,masa, wang dan tenaga yang muallim korbankan. Juga Muallimah Zaiton (guru tarbiyah sekolah dan naqibah usrah kami)..pernah juga muallimah tumpangkan kami dengan kereta muallimah. Pulang pula kami harus naik KTM. Tiket-tiket semua disponsor,..sampai di Ipoh pada malam-malam buta, muallimah zaiton juga yang uruskan untuk menjemput kami dari stesen kereta api Ipoh dan menghantar ke rumah dengan selamatnya. Semoga Allah Menghitung penat lelah mereka.


saya rindu juga..

Muallim Buang yang tak kering gusi jika duduk di kelasnya. Hakikatnya,saya rindu untuk belajar subjek Mantiq dengan muallim. :). juga subjek Faraidh. Paling saya ingat kalau ada siapa-siapa yang tidur dalam kelas,pasti muallim akan cakap pada pelajar itu

" Awak mumtaz!"...sambil ditemani senyuman meleret-leretnya.

kenapa mumtaz? sebabnya muallim kata dalam sejarah STAM kat sini, pelajar -pelajar yang mumtaz dalam periksa semuanya tidur dalam kelas. Wallahu'alam. Saya juga tidak terlepas, rasanya tak pernah ada satu hari yang saya tidak TERtidur walau sedikit...isy2~. :(. == Juga Muallim Abd Halim, Muallim Azimi, Muallim Yusri. Semua mereka ini telah membuat hati saya luas dengan perhatian yang mereka berikan. Kekurangan semuanya kita tolak jatuh. Ikhlas mereka menutup semuanya.

terkenang..

saat-saat dengan rakan STAM. Pai (panggilan dia) yang saya suka dengar loghatnya apabila dia bercakap. Kenangan waktu bungkus hadiah sempena Hari Ihtifal mereka. Saat membeli hadiah untuk urusan LKD, merentas jalan raya yang besar dipenuhi kereta membeli barang dapur,pulang dari sekolah dengan berpayung dan kadang-kadang rasa takut bertembung dengan anjing. Di tengah perjalanan ke rumah, pasti bertemu papan tanda 

"Jalan Usaha".

seolah memberi semangat untuk kami sampai ke rumah dalam panas terik yang hangat. Juga kenangan ketika bertembung sahabat-sahabat AIM di Megoplex. Kenangan berusrah di rumah Umi dan makan-makan.Muallimah Zaiton lah yang membawa kami ke situ.





Cukup sebulan..

saya dan 2 orang lagi rakan berhenti dari STAM. Keputusan yang sukar untuk dibuat. Masing-masing kami mendapat tawaran dari IPTA. Keluarga menyarankan kami untuk terima tawaran tersebut. Perasaan di hati maklum....sayang untuk tinggalkan. Terakhir kami berkumpul adalah di Shah Alam, ketika menghadiri sebuah malam amal. Terasa sayu kami 'ditinggalkan' di Selangor..sedang rakan-rakan yang lain pulang ke Ipoh dengan dipandu Muallim Zulkifli.Teringat pertanyaan muallim 

" Ha? Antum tak balik Ipoh? Tak balik terus ke atau nanti datang balik?"

..kami memang balik Ipoh selepas itu. Tapi balik untuk mengemas barang. Saya tahu amat berat muallim untuk lepaskan kami tapi mereka redha. Terimbau-imbau sehari terakhir saya di sana untuk menguruskan borang berhenti. Muallim Zulkifili minta untuk berjumpa saya di pejabatnya ditemani dengan Muallimah zaiton..apa yang muallim cakap saya ingat sampai sekarang. InsyaAllah. 



Walaupun hanya sebulan, 30 hari saya di situ...tapi cukup untuk membina kasih buat guru-guru STAM di sana. Juga suasananya. Rutin hariannya memenatkan,tapi saya jadi rindu pula. InsyaAllah, semoga sebulan mendatangkan pengajaran yang mendalam buat saya dalam mengemudi kehidupan yang masih jauh tapi tidak lama ini. 

Semuanya harus saya fikir untuk mencerna sebaiknya hikmah yang terkandung. 
semoga Allah Meredhai kesemuanya dan mengapuskan kesalahan-kesalahan saya dan kita. Ameen~



"Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Dan sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."
(Al-Hajj:64)

Wednesday, March 24, 2010

Maaf, Tapi Ini Untuk Anda.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Baru ini,saya membaca artikel di blog puteraazhari (klik), semasa baca ini,saya terfikir-fikir bagusnya jika semua orang pun membaca tulisan ini. Ingat nak letak link sahahja,tapi pasti tak semua rajin nak buka (walau hanya sekadar tekan butang mouse), jadi saya ambil inisiatif untuk copy-paste masuk blog supaya bila orang buka,sekurang-kurangnya terbaca walau satu ayat. (hehe..kot-kot satu ayat 'yang berkarisma' tu buat orang tu baca sampai habis). Sambil itu,saya sendiri boleh rujuk dengan senang bila-bila mahu muhasabah kembali.
Maaf kerana saya tidak menulis sendiri,tapi ini untuk anda.
Semoga Ikhlas. :)


Dicatat oleh Rezza Khanafiah di 11:50

Dia Cinta Terakhir

INILAH cerita hati saya setiap kali dilimpahi luahan ditinggalkan kekasih dirindui, bila saat cinta bukan lagi keutamaan, bila keayuan seri wajah tiada lagi nilai pada pandangan. Isinya seakan-akan sama, lontaran apa, bagaimana, dan kenapa sering dialpakan bila berdepan dengan konflik ini. Muhasabah bila ada masalah, bukan sebelum ‘mencari’ masalah.

Terumbang-ambing merupakan hiasan pada pasti bila muncul masalah, adalah ciri yang pasti bila ditimpa musibah dan bila dihempas bencana. Dada selalu bersarang semak-samun kedukaan. Di setiap sudut wajahnya terpancar kesedihan, air mata menemani di saat ini sebagaimana kesedihan yang terpalit di sebalik peristiwa di lembah Bani Sa-‘ad.

Berapa ramai lagi orang yang terpenjara dogma cinta buta ini, daripada hanya puluhan luahan malang yang telah saya terima. Jujurnya, saya tiada jemu untuk berkongsi ini dan itu, tapi sampai bila kalian ingin terus dipenjara khayalan bodoh ini.

Andai tiada ingin untuk berubah, kalian akan diubah oleh suasana. Penjara saya maksudkan ini tiada had masa, mungkin hanya untuk beberapa jam, beberapa hari, atau mungkin berbulan-bulan lama. Penjara dahsyat ini kering dengan pantulan cahaya cinta Ilahi, dan hanya bertemankan jeriji bebal untuk terus berubah.






Anda akan merasakan bahawa penjara ini sebahagian daripada duri-duri halus yang terbenam di laman hati nurani kalian tanpa diundang. Merasainya adalah penderitaan yang tiada kepalang.

Anda adalah diri anda, berubahlah untuk menemui cinta yang dijanjikan Ilahi, cinta pasti dan mesti.


Berapa ramai orang tua yang kehilangan permata hatinya pada saat masih muda belia. Masa yang seharusnya dihiasi oleh kesenangan, kebahagian namun terpalit dengan kedukaan, kesedihan kerana mengagungkan cinta manusia lebih daripada cinta Ilahi.

Ada benar juga bidalan arab, berada di dalam kesenangan tanpa muhasabah lebih sulit daripada manusia yang berada dalam kesusahan. Menahan himpitan hidup berbentuk material, hutang, dan keluarga.

Berubahlah untuk mengubah.

Nabi s.a.w bersabda:

Bermaksud: “Bahawasa Allah bila mana mengasihi sesuatu kaum akan ditimpakan ujian ke atas mereka. Barang sesiapa redha (akan ujian) maka baginya keredhaan Allah, dan barang siapa benci (putus asa) maka baginya jua kebencian Allah (daripada memandang)” (al-Hadith)

Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian hubungan uda dan dara di alam pertunangan mahupun cinta palsu, dalam hubungan masih samar. Perkahwinan dimulakan oleh cinta, tanggungjawab akan menyempurnakan cinta. Cinta adalah perasaan, terisi tanggungjawab adalah antara tunjang paling ampuh.


Ingatlah, pergaulan bebas akan mematikan rasa tanggungjawab selepas kahwin. Melakukan hal ini, bererti kalian saling mencari murka Allah walaupun niat masih membasa-basi inginkan keredhaan Ilahi.


Pilihan di tangan kalian. Mencari murka manusia hanya kerana meninggalkan cinta ‘dosa’ itu, atau terus menerus berada dalam kemurkaan Ilahi kerana hanya mencari kasih manusia.

Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini, andai hanya bergantung pada cinta semata-mata, hanya tahu memuaskan nafsu di sebalik kasih ‘dosa’ yang dihulurkan, cinta suci kononya yang dicari akan terus kotor kerana tangan busuk kita.

Berubahlah untuk mengubah.


KEMUDI CINTA

Cinta adalah api.

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.

Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangatkan atau menghanguskan hati. Memberikan seluruh cinta kalian kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cinta kalian, memberi sepenuh jiwa dan raga.

Bahagiakan hati kalian hanya cinta kepada-Nya.

Mengungkap cinta dan janji setia itu mudah, namun mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Buat lelaki, cinta dan janji setia yang hancur buat insan lain terasa parah dan perit menanggung.

Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kalian tidak dapat hidup terus dengan baik andai tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, dan terus meninggalkan dia jika tidak mampu untuk mengakhirinya dengan ikatan. Mendengar adalah proses belajar paling berkesan ketika ini, usahlah mengkritik kerana hanya ingin menghalalkan perbuatan kalian.

Percayalah pada pilihan (takdir) Allah Taala, pilihan paling bijak pada surat cinta seperti terkandung isi tersurat mahupun tersirat di lembaran Kalam suci Ilahi. Insha-Allah terbaik buat hamba-Nya yang berakal.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu...” al-Baqarah (2:216)

Hidup adalah seni, seni dapat dipelajari dan ditekuni. Belajarlah dari alam terbentang luas di hadapan kalian. Musibah datang adalah untuk dimuhasabah. Ketahuilah itulah tanda kasih dan cinta Ilahi kepada kita, sabar adalah aset utama.


Ramai yang tidak tahu atau mampu melihat keindahan hidup ini. Ini kerana buta mata hati, kerana terlalu menikmati manis kebendaan, perasaan yang lansung tidak mengeyangkan rohani kalian selama-lamanya. Tujuan hidup sebenar dipersiakan, dan dibiarkan begitu sahaja tanpa pengisian.

Berubahlah demi untuk mengubah.


DIA CINTA TERAKHIR


Cinta memang hebat.

Andai cinta kalah oleh mainan perasaan, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta. Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan kecantikan, keayuan wajah yang hanya bertahan hingga ke suatu masa sahaja. Allah bukan sahaja menguji cinta kalian kepadanya, tetapi menguji cinta kalian kepada-NYA.

Memberi cinta untuk dicintai. Penuhi cinta Allah untuk dicintai-Nya. Memberi bukan sahaja pada harta, masa atau tenaga, namun pada ilmu yang bisa mententeramkan jiwa, menjadi simpanan yang tiada pernah kurang bila diguna.

Kejujuran itu kekasih Allah.

Di mana kelembutan itu berada, ianya akan menyelubungi tempat itu. Bila memenuhi taman bunga, bunga akan mekar harum mewangi, bila membasahi aliran sungai, sungai akan mengalir manja. Inilah anugerah Ilahi, dikurniakan pada kelembutan sesuatu yang tidak diberikan kepada kekerasan.

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan bermain api, kalau sudah tahu sifatnya membakar. Usahlah melakar cinta suci kerana hanya ingin mengusutkan cita-cita. Tinggalkan cinta palsu ini, kalau sudah tahu mudharatnya lebih banyak dari manfaat.



Buatlah pilihan tepat. Mujahadah adalah keutamaan.

Air mata yang meratapi kesedihan ditinggalkan kekasih, belum memadai untuk memadam amarah api neraka membakar. Air mata adalah modal kalian, modal bagi orang-orang mukmin sebagai tukaran dengan syafaat Tuhan. Belailah ia, usahlah dinodai.



Kalian mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi, usahlah berhenti untuk terus mengharap, ada hikmah tersirat di sebalik tersurat itu.

Moga cinta-Nya teraih jua.

ameen

 link asal--> http://puteraazhari.blogspot.com/2010/03/dia-cinta-terakhir.html


Wassalam

Monday, January 18, 2010

Sejahtera dalam kembara.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


(bukan untuk saya)

"Nak tengok je~Nak tengok je~.." pinta seorang budak yang teringin nak biskut.

Saya kembali memerhati gelagat kanak-kanak darjah 1 di dalam kelas.Ada kalanya mereka memang macam biskut,kejap ada kejap takde. Seminit ada di kerusi,2 saatminit kemudian ada di depan kelas pula. Berapa kali rakan saya ulang suara:

".......,sit on your chair!"

Walaupun agak hingar-bingar,mata tak lekang melihat mereka.Semuanya comel-comel belaka,punya perangai dan keceriaan yang tersendiri.Sedang asyik melihat,

"Okay. ...... can have your biscuit~", rakan menghulur sekeping biskut coklat pada seorang bintu. Mukanya blur.

Sesekali melihat mereka,saya terimbas zaman kekanak dulu. Seingatnya,saya juga seorang blur macam budak itu. Ustazah (guru) mengajar di depan,saya bermuka blur~Tetapi blur bukanlah bermaksud pendiam :p. Sangat cepat masa berlalu. Terkadang terasa sukar untuk saya berhadapan dengan perubahan yang berlaku di sekeliling.Cuti sekolah ini memang terasa lainnya.Yelah,dahulu agenda sehari-hari sudah tersusun dalam jadual kelas.Kini,agendanya harus cipta sendiri [baru kini menghargai jadual kelas..:( ]. Jelas di ingatan bagaimana saya mengisi masa pada jam 4:00 petang ketika 3 Januari 2009 berbanding 3 Januari 2010,sangat berbeza. ~Sayu sungguh~

Suasananya berubah.
Hal dan rasanya berubah.
Orangnya berubah.


Maka kesekiannya juga,bila hari-hari saya menjejak ke sekolah..mata saya akan tertangkap pada pintu 2 kelas paling hujung,tingkat 2.Semerbak (emosi apa ni?) rasa di hati. Cuti ini benar-benar saya harus belajar kembali. Hakikatnya,perubahan itu memang semula jadi. Tiap-tiap hari pun,suatu proses perubahan akan berlaku.Pokok mula berbunga dan bunga menjadi buah. Awan terbentuk kecil hingga menjadi besar.Bunga yang mulanya segar jadi makin tua. Sungai yang mengalir menjadi tasik kecil. Dan kini,seorang rakan bakal mula kembaranya ke suatu daerah baru. Masing-masing juga punya haluan sendiri. Dalam menenangkan hati,saya teringat kisah Rasulullah dan sahabat. Berjuang bersama dalam setiap susah dan senang sehingga Allah mengkhabarkan berita gembira dan pertolongan. Terus, seorang sahabat dihantar ke Mesir,seorang sahabat lagi mengembara ke China dan sahabat lain terus menjejak langkah ke seluruh pelosok dunia. Datang asalnya satu tanah air, bersemadinya jasad di merata bumiNya. Semuanya kerana Allah,menyebarkan risalahNya,menjalankan tanggungjawab khalifah dan beribadah padaNya. Dan tiap-tiap perjalanan itu,Allah jua yang Maha Menjaga mereka. Maha Sempurna Allah!

Oleh itu,saya harus lepas.Kental hati dan teruskan langkah kaki hanya keranaNya. Bukan kerana ada rakan-rakan penyokong di sebelah,mahupun guru yang menyangga. Moga perubahan membawa sejuta kemajuan untukNYA. Moga sejahtera dalam kembara.~

Cukuplah ALLAH yang menjaga kita. Dia Yang Maha Menjaga.
Moga kuat selalu.Doakan.Ikhas niat selalu buat anda dan saya.

Wassalam.

Wednesday, November 11, 2009

AlhamduliLLAH...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




~in the middle of SPM :-}~

Allahumma allif baina qulubina kama allafta baina ansari wal muhajirin.
Barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khair.

Ameen ya rabbal 'alameen

Friday, July 3, 2009

10 Rejab 1430 HIJRAH

"Kerana jalan ini, tiada pernah berniat untuk rehat...."
*cabaran menghebat hanya utk orang yang hebat. SayaKita memang perlu jadi lebih kuat.SayaKita perlu kembali pada DIA

Wednesday, April 29, 2009

Hari ini 29 April dua.ribu.sembilan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Ah?langkah drastik diambil untuk mematuhi arahan Murobbi.Kami segera bangun.Siapa sangka,kami harus meyambung kembali menjadi 'orang nomad' tapi kali ini hanya untuk berapa minit sahaja.Mungkin kurang lima.Juga kali ini hanya dalam kelas...bukan seperti 2 minggu sebelum,harus berulang-alik dari bangunan sana ke sini. Ukhti2 barisan belakang tdak perlu berganjak...mereka tetap di situ. Kami baris ke-2 dan ke-1 harus ke belakang. Pihak belah sana tak sabar lagi mahu ke sini,mengambil alih tempat dulu kami duduki. Siapa sangka sayaKami boleh jadi begini?


"Hem..takpe jugak dok sini.Best,dpt tengok kehijauan...lagi satu,xde org
lalu-lalang..hehe..".-komentar saya pada tanah baharu.

Ukhti kat sebelah ketawa kecil.Mungkin dia seronok duduk situ,tapi mungkin juga tidak. Ukhti2 yang lain juga..bagaimana?


"Mcm mana...ana x blh la dok sini. dahla rabun.."-ukhti kanan
"Ana mmg setuju duduk mcm ni..cuma itulah bile duduk sini..kalau kte nak tanya
susah."-ukhti kiri


Ya,tempat duduk rumahtangga kami berubah. Sampai untuk mencecah ukhti belah sana terasa kesangatan jauh.Susah mahu capai.Tapi in positive way,menghalang kami dari berborak,berbincang terlebih-lebih dan 'assobiyah. Perihal tempat duduk nanti dulu.Ada benda yang lebih besar.Ada benda yang lebih goyah lagi ingin menggoncang rumahtangga. Selesai kami 'selesa' di tempat duduk..Murobbi agih-agihkan gula-gula SouR pada stp orang dan sekeping sticker krafHati. Murobbi kata jangan sentuh selagi belum dapat arahan. Bila Murobbi kata boleh makan,baru boleh makan.~

Ahli rumahtangga tunduk tatkala kalam Murobbi berbicara. Setiap bait kata yang ditutur sebahagian menusuk sebahagian.Hakikatnya,sejak bila rumahtangga ini goyah? Bermula yang bagaimana yang menggoncang batu binaan rumahtangga ayahanda Sina ?Saya hanya tunduk.Dia hanya tunduk.Mereka hanya tunduk. Dulu masa masih ayahanda Tufail,tidak seteruk begini. Mungkin ada hanya angin-angin sepoi di musim pertengahan. tapi angin-angin dulu sekarang sudah jadi taufan di musim awal.



****-------------****






وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا


And hold fast, all of you together, to the cable of Allah, and do not separate. And remember Allah's favour unto you: how ye were enemies and He made friendship between your hearts so that ye became as brothers by His grace....



Saya lagi terngiang akan kata sahabat.'moga kita tak berpecah.'. Berpecah?Na'udzubiLLAH. Sayang sekali.Salah,sayang seribu kali.Kalau mungkin suasana fasl kini beza mungkin,moga suasana hati tetap terjaga.Biar walau dikata dengan pelbagai words,KITA tetap SAUDARA.Walau diucap dengan pelbagai ucap,dan ucap-ucap membuat hati ter'ucap',KITA tetap SATU SAUDARA.Walau dilontar dengan pelbagai lontaran yang mungkin ade terlebam,KITA tetap SAMA SAUDARA.Atas SAUDARA itu,SAUDARA tetap PEMIMPIN kami yang ditaruh harapan untuk menjadi Ansor-Ansor dinuLLAH.KITA SAUDARA TETAP MENJADI HARAPAN.~Aameeen...~




وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

And there may spring from you a nation who invite to goodness, and enjoin right conduct and forbid indecency. Such are they who are successful.



:::kita SAUDARA jadilah orang yang berUNTUNG!:::


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬



O ye who believe! Shun much suspicion; for lo! some suspicion is
a crime. And spy not, neither backbite one another. Would one of you love
to eat the flesh of his dead brother? Ye abhor that (so abhor the other)! And keep your duty (to Allah). Lo! Allah is Relenting, Merciful.



:::kita SATU SAUDARA harus singkir su'u dzhon!:::



وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬


And be ye not as those who separated and disputed after the clear proofs had come unto them. For such there is an awful doom,


:::kita SAMA SAUDARA berpegang teguh dengan Allah,bukan ke berpecah itu tanda LEMAH kita?:::




kita saYaNg SAUDARA kita!


Saturday, January 24, 2009

Untuk mereka.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


:).Pagi tadi setelah fikir akan 'hal itu',saya karangkan 2 ayat kemudian dimesejkan pada 4 orang Ukhti.2 ayat sahaja tapi ada makna mendalam.Sedikit lagi pendek..tapi cukup untuk menimbulkan tanda tanya pada benak fikiran ukhti2.hehe...Tak sampai 2 minit (kot),ada 3 new messages.Setiapnya dr ukhti yang berlainan.



1."Maksud nti?"-Ukhti I
2."Ha?x paham..."-Ukhti F
3."Ha?Masa dah suntuk?Ap maksudnye.Ha?Npe 'ashwaq'?X fhm lah." - Ukhti R





Aduh,terharu akan kerisauan mereka.Syukran Jazilan ya ukhti.Saya tersenyum tp sarat keHibAan.Tak cukup dengan tu..lama ckit,Ukhti R telefon.Waktu tu tgh buat ....adalah.Sbnrnyer saya dah agak dia akan call,sbb mmg itulah dia..x hairan kadang2 kami gelar dia Ummu.Dia tanya apa sbb saya tulis macam tu.Terima kasih sgt-sangat pada sohibiy sekalian.Maka saya pun ceritalah dan dia menceritakan.~

Saya lihat ketupat reben yang tergantung di pintu bilik...cepat sekali usianya dah 2 tahun.Ada saiz kecik dan besar.Masih fresh dalam ingatan saat kami sibuk membuatnya.Janganlah.....
daaa...





(rasa cam br semalam je tgkap gmbr ni)






Masih ingat kami berkumpul (bnn dan banat) duduk dalam satu bulatan besar..tp mestilah jauh2 la.!Hissy.,mesti!Muallimah Norasyikin Tahir perkenalkan diri..itu saat mula.




"My name is Norasyikin binti Mohd Tahir ....and this is my daughter,******.I am
your new class teacher
."




Itulah first time ukhuwwah terbina dengan mereka.



--Masih ingat lagi Ukhti Y budak baru tahun itu.Dia sekadar berdiri sandar di tembok tangga.Saya senyum dan hulurkan perkenalan.Dia juga.Masa tu muka dye agak masam,first tought saya,hehe..takpe,biar dia je yg tau...mungkin belum sesuaikan diri dgn suasana sekolah.Tapi sekarang......Ukhti Y lah antara yang besar kecintaannya pada Al-amin.Banyak mengajar saya.



--Masih ingat lagi Ukhti D diuji hebat pada tahun peperiksaan besar.Kami juga.Tapi dia kuat...itu yang memberi dia pengalaman,jd bila sekarang..no hal,insyaAllah.Saya masih ingat akan kes 'misteri' yang shingga sekarang masih belum terjawab scara pasti.Kami sama2 frust..haha.Tahun ni didedahkan dengan impak Tarbiyyah yang hebat.Saya masih mengharapkan Ya Allah..syukran pada Muallimah Rosmawati yang banyak2...terlalu banyak membimbing.Hujung tahun penuh dngn Daurah sini dan sana.



--Saya masih ingat ada beberapa tahun Ukhti R dan Ukhti I ada sedikit masalah.Sikit je...tpi sekarang,mereka saling menguatkan lagi duduk sebelah-sebelah.Dulu sangat tak matang kan??(ade ke patut..).Saya masih ingat dulu saya taklah rapat sangat dgn Ukhti D...ukhti D pun xde berkenan kat saya.Tapi sekarang kami selalu je bual-bual berIsI dalam telefon.Siapa sangka?



AlhamduliLLAH.




Saya ingat saya dan Ukti F sama-sama terNakaL dulu...tapi sekarang kami kongsi nasihat.Ya Allah....saya banyak silap pada dia.Aasifah jiddan ya sodiqiy!




Uhibbukum fiLLAH!Semoga tsabat sahabat....~Moga terus kekal.Moga dapat bertemu,berkumpul di Taman Syurga dengan
hati yang tenang,sarat akan cintaNya dan cinta RasulNya
.





"Sesungguhnya saudaramu yang sebenarnya ialah yang bersamamu dan merugikan dirinya untuk memberimu manfaat.Dan apabila terjadinya musibah,ia mendatangimu ia korbankan dirinya untuk menolongmu."-Ali bin Abi Tolib.

Sunday, January 11, 2009

sekadar penghilang 'mereka'...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Wahai saudara muslim yang tulus!
Keimananmu pada bai'at ini mewajibkanmu untuk menunaikan kewajipan-kewajipan berikut,sehingga engkau menjadi batu-bata yang kuat bagi pembangunan Islam..
....
Saya ambil no 6,7,8,9....~
6.Hendaklah engkau jujur dalam berkata,jangan sekali-kali berdusta.
7.Hendaklah engkau menepati janji.Jangan mengingkarinya,walau bagaimana keadaan sekalipun.
8.Hendaklah engkau menjadi seorang pemBeRaNi dan cekal.Keberanian yang paling utama adalah sikap berterus-terang dalam kebenaran dan ketahanan dalam menyimpan rahsia,mengakui kesalahan,adil terhadap diri sendiri dan menguasai diri ketika marah.
9.Hendaklah engkau menjadi orang yang memiliki kewibawaan yang lebih mengutamakan keseriusan.Akan tetapi,hendaknya kewibawaaan tersebut tidak menghalangimu dari bergurau senda yang benar dan tertawa dgn sedikit senyuman.
....
Saya ambik jugaklah no 10..haa..no 11 sekali!
10.Hendaklah engkau memiliki perasaan malu yang kuat,mempunyai perasaan yang halus,kepekaan terhadap kebaikan dan keburukan,yakni berbahagia utk yang pertama dan merasa tersiksa untuk yang kedua.Hendaklah engkau menjadi org yang rendah hati (tawadhu'..)yang tdk sampai kpd tahap hina diri yang berlebih-lebihan,rendah dan lemah [saya igt kata2 anda Fira...:p] Dan hendaklah engkau menuntut kedudukan yang lebih rendah dri martabatmu,agar engkau dapat mencapai martabatmu yang sebenarnya.
..
(iklan. "himpitan x kuat ke....?"
...sambung balik...
11.Hendaklah engkau menjadi seorang yang adil,yang memutuskan hukum dngan benar,dlm segala keadaan .Janganlah kemarahan membuatmu melupakan kebaikan-kebaikan org laen & keredhaan (kecintaan) menyebabkan matamu buta dari melihat keburukan.Jangnlah permusuhan membawamu untuk melupakan jasa baik org lain.Dan hendaklah engkau berkata benar walau pun terhadap dirimu sendiri dan org yang pling dkt denganmu,sekalipun ia pahit.
...Qul al-haq wa lau kana murron!...
Saya jumping ke no 17.Aah...berbisa!
17.Hendaklah engkau melaksanakan tugas dgn tekun,bersungguh-sungguh,jujur (x menipu) & menepati waktu (disiplin)
aha!no 26.
26.Hendaklah engkau sntiasa merasa diawasi olh Allah,mengingat akhirat,mempersiapkan diri utk menghadapinya,menempuh langkah demi langkah dlm perjalanan menuju keredhaan Allah S.W.T dgn penuh semangat & tekad membaja,mendekatkan diri kepadaNya dgn melakukan ibadah2 sunnah spt solat malam,sekurang2nya berpuasa 3 hari pada stp bulan,serta berusaha memperbanyakkan zikir hati dan lisan dan mengamalkan doa-doa yg diajarkan oleh Rasulullah s.a.w pd setp keadaan.
....
Dia dh online,tp senyap.Takpe..sy amik no 28...
28.Hendklah engkau..
...
eh..calling.Dia kot~Tak..oh.Org laen.Minta bw gambar.Kejap lagi org laen pulak dpt.~
Sambung blek.
28.Hendaklah engkau memperelokkan solatmu,berusaha menunaikan solat tepat pada waktunya dan berusaha utk sntiasa berjemaah dan solat di masjid semampunya.
...
x perlu tulislah
.
30.Hendaklah engkau sntiasa berniat utk jihad dan mencintai syahid.Persiapkan drimu untuk hal tersebut dgn segenap kemampuan.
....no.32,...(panggilan kejayaan sdg bergema di luar)
32.Hendklah engkau bersungguh-sungguh memerangi hawa nafsumu,sehingga kamu mampu mengendalikannya.Hendaklah engkau menundukkan pandangan,mengendalikan emosi,memerangi dorongan2 naluri yg ada dalam jiwamu,& selalu mengarahkannya kpd yg halal lagi baik,serta membentenginya dr yang haram dlm apa jua keadaan sekalipun.
...mgkin ini shj....
Apa yang saya pening2 sekarang?..Utk die yang mgkin sdg
menelefon org,..yang sblum ini die menghantar sesuatu,yg sebelum ini die x balas,jgn bersikap begitu!..Ikhlas!Sekali lgi saya
kata,ikhlas!!.InsyaAllah..moga saya x lupa doa utk die.
(x usah tahu sapa 'die')
GAZA.PALESTIN.GAZA.PALESTIN.GAZA.PALESTIN.GAZA.PALESTIN.

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.