Pages

Showing posts with label Desicion. Show all posts
Showing posts with label Desicion. Show all posts

Sunday, August 16, 2009

Permasalahan Persepsi 'Syadid'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



AlhamduliLLAH...tsumma AlhamduliLLAH, akhirnya diberi kesempatan untuk bersuara,menulis dan mencoret sesuatu tentang permasalahan ini. Permasalahan apa?ya...permasalahan persepsi syadid. Pertama-tamanya,ingin saya jelaskan di sini bahawa saya menulis ini bukanlah ingin menhentam sesiapa atau mana-mana pihak atau bersifat perwakilan dari salah satu pihak yang 'bertelagah' tentang isu ini. Saya cuma mengharapkan tulisan ini bersifat neutral,insyaAllah dan menyampaikan suatu pesanan yang saya pendam untuk semua secara amnya dan untuk generasi-generasi Al-**** secara khususnya yang saya sangat cintai terutama peneraju kepimpinan di Al-****. Kedua,buat pembaca yang sedang membaca pendahuluan post ini,saya minta jika anda benar-benar mahu membaca tulisan ini,maka bacalah keseluruhannya...jangan baca separuh-separuh atau sekerat.Bacalah dengan sikap yang neutral juga dan sekiranya ada perkara yang saya bakal tuliskan di sini yang menuntut pertimbangan akal anda untuk berfikir,maka harapan saya timbangkan dengan akal yang matang,sihat dan hati yang bertaqwa.InsyaAllah.



PELUANG YANG TERLEPAS.
Mungkin ini antara sebab-sebab mengapa akhirnya saya berkeputusan untuk menulis tentangnya di sini.Peluang yang saya tidak gunakan sebaiknya suatu masa dahulu. Bila difikirkan kembali,saya seharusnya bercakap suatu yang lebih relevan dan memberi solusi kepada isu yang timbul dan bukan mempersoalkannya kembali.Di mana ketika pihak yang mengendalikan berkata bahawa "kita tidak sampai objektif program", saya merasakan bahawa saya antara penyumbangnya. Ya, kita mencari strategi unutk menyelesaikan,adalah kesilapan saya kerana tidak membantu mencapai matlamat program.Jadi, maaf dan minta maaf buat sesiapa jua yang terlibat ketika itu,pihak penganjur mahupun para peserta.



Saya tidak pasti bila saat,detik dan ketika isu 'Syadid' ini mula timbul. Puncanya bagaimana?sebabnya mengapa?, agak kabur di minda saya di manakah sebenarnya pokok pangkalnya. Secara ringkasnya,saya memang tidak faham bagaimana boleh ia timbul.Namun,setakat yang saya tahu...isu ini tidak mengambil masa yang lama untuk mencetuskan fenomena di bumi tempat saya dan rakan-rakan menimba ilmu di mana ia mencapai 'zaman kemuncaknya' pada tahun 200*. Sehingga saya dan para pelajar yang lain boleh dikatakan hampir tiap hari mendengar perkataan 'syadid' sampai kami naik jemu jadinya. Saya tidak akan memperincikan kisahnya , tapi saya akan kata bahawa ia MUNGKIN bermula secara kecil-kecilan di suatu penjuru yang hanya menuju kepada segolongan pelajar. Dan akhirnya merebak-rebak ke setiap pelosok bumi 'itu' dengan bantuan dan skil yang mantap dari ajen-ajen penyebarnya. Pergi mana-mana,perkataan itu yang menjadi topik perbualan. Ketika belajar, di dalam tandas,di dewan,ketika rehat,ketika jalan-jalan hatta di dalam rumah sekalipun.Sedih sekali.


PEMAHAMAN tentang 'syadid'.
Ketika ramai orang sibuk lantang berkata menutur perkataan 'syadid', sejauh manakah tahap pemahaman mereka tentang perkataan 'syadid' itu sendiri? Jika ditinjau ke dalam kamus Bahasa Arab (yg sy guna: terbitan Oxford Fajar), 'syadid' bererti 1.sangat;terlalu. 2.tegas,keras,garang. 3.kuat. Mufradnya (kata asal) ialah syadda-yasyuddu bermaksud mengerat,mengetat,menegang.Ini secara perkataannya.
Dari kaca mata seorang insaan atau manusia pula ialah apabila seseorang melakukan suatu perkara yang 'terlalu' 'tersangat' 'terlebih' 'baik' yang pada anggapan mereka tidak kena pada tempatnya. WaLLAHU'ALAM, saya tidak tahu sama ada definisi yang saya buat ini betul atau tidak tetapi itulah yang saya faham berdasarkan penerangan-penerangan yang diberi penguni bumi 'itu' sendiri. Maaf saya pinta jika saya silap. Antara persoalan syadid yang ditimbulkan ialah:

1. 'Terlalu' 'menjaga' 'pandangan' 'mata' ketika berinteraksi (banin-banat/lelaki-perempuan) sehingga salah satu pihak merasakan seolah bercakap seorang diri dan satu lagi pihak bercakap dengan lantai,angin,pokok,tingkap dsb.
2. 'Terlalu' 'menjaga' 'akhlak' (suara,kelakuan dsb) ketika di mana silang jantina berada di sekeliling.
3. 'Terlalu' 'tunjuk' 'baik' 'skema' di hadapan orang walhal pada anggapan mereka,di luar tidak begitu.
4...........
5.............
...............................
...................


MEMPERLEKEH atau TERPELEKEH?
Saya terasa 'mengeluh' bila menyenaraikan contoh-contoh di atas. Bermain di benak fikiran saya,kenapa contoh-contoh di atas yang harus menjadi 'contoh'? Tentu akan menjadi terlebih panjang dan melarat-larat dan tak terlarat jika saya ingin huraikannya satu persatu.Tidak,tidak. Tetapi apa peri-penting pertama ingin saya sampaikan di sini,usah memperlekeh sesuatu kebaikan yang dibuat. Bak kata seorang murobbi (guru) saya,

"Kalau kita nampak orang tu 'syadid',kita tak boleh nak perlekehkan dia kerana itu mungkin salah satu cara untuk dia menjaga diri dia."


Mungkin ada pembaca di luar sana yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Jika diletakkan makna 'syadid' dalam konteks yang lebih jelas,yang sebenar dan terperinci,secara umum dan berlatar belakangkan pula 'kisah-kisah solid' orang terdahulu,mungkin saya juga tidak bersetuju. Tetapi makluman penting, saya di sini hanya kupas mengenainya dalam konteks apa yang berlaku di bumi tempat saya belajar dan dengan makna yang difahami oleh majoriti mereka.(harap faham maksud ayat). Berbalik kepada pernyataan di atas.
-->Mungkin jika kita nampak seorang itu terlalu 'tunduk' atau 'langsung tak memandang' atau 'asyik mengalihkan pandangan' melihat pemandangan ciptaan Allah yang lebih indah dan lebih halal,jangan terburu-buru menghukumnya 'syadid'. Siapa tahu dia mungkin seorang yang lemah menjaga hati,jadi kalau boleh dia nak tunduk semahu-mahunya dalam usaha menjaga dirinya.Atau-atau dia diuji dengan ujian hati apabila berhadapan dengan orang yang sekian-sekian,jadi langsung tak berani untuk memandang dan bertentang mata takut menyebabkan terpancarnya bibit-bibit harapan,khayalan dan angan-angan syaitan juga untuk mengelakkan anda dari mendapat dosa yang sama.Siapa tahu? Usah perlekeh dia.(Err...tapi jangan sampai terperasan pula!Cukup sekadar untuk bersangka baik). Itupun sudah cukup baik jika dia sanggup menggagahkan diri untuk berbincang soal kerja atau urusan2 berkepentingan.

-->Sama juga jika orang tersebut kelihatan seperti 'terlalu' 'menjaga' 'akhlak',bukankah itu lebih baik daripada dia mengeluarkan 'suara-suara fitnah',berperilaku gedik,menggoda dan apa-apa sahaja yang mampu menggoyah iman? Sekalipun pada anggapan anda,"macam hipokrit!"...itu antara dia dengan keikhlasannya beramal kerana Allah atau tidak. Tetapi andaikata dia benar-benar sedang berusaha untuk membaikkan amalannya,maka tidakkah kita sama seperti orang-orang yang menghalang seseorang melakukan kebaikan? cuma cara kita ialah dengan mengecamnya dan menggelarnya 'syadid'?Bak kata seorang yang pernah melontarkan pertanyaanpedas kepada saya;

"Kita tahu ke hati dia?"


Jangan sampai kita hebat berkata tentang amar ma'ruf nahi mungkar dalam tazkirah2 kita,pada adik2 usrah tapi pada masa yang sama kita me'lemah'kan segolongan manusia yang lain dengan mengecap mereka 'syadid' bila berbuat suatu yang baik.Kontradiksi namanya itu!

TINGGALKAN SUATU YANG SIA-SIA

Dari Abu Hurayrah radhiyallahu 'anh katanya: Telah bersabda Rasulullah
sallallahu 'alayhi wa sallam: "Daripada keelokan Islam seorang ialah
meninggalkan barang (perkara) yang tidak berguna kepadanya." hadith ini hasan
diriwayatkan oleh Tirmizi dan orang yang lainnya beginilah.
-Sumber:HADITH 40 (TERJEMAHAN DAN SYARAHNYA),Mustafa 'Abdul Rahman,Dewan Pustaka Fajar-


Bagi saya,saya tidak melihat apa-apa manfaat tatkala seorang menghabiskan waktunya,membazirkan air liurnya mengklasifikasikan si fulan ini 'syadid',si fulan itu tidak berapa 'syadid',si fulan itu pula begini dan begitu.Pendek kata,daripada penerangan saya berjela-jela panjangnya hingga ke takat anda baca sekarang ini,satu point terutama saya sebenarnya adalah usah fikir tentang 'syadid'. Sama ada dia bercas 'positif syadid' atau bercas 'negatif syadid',bukan itu yang menjadi URUSAN KITA. Ini yang saya risaukan sekarang terhadap penghuni di bumi 'itu' yang saya cintai.Minda mereka seolah terlalu sesak dengan perkataan 'syadid' sehingga terabai benda-benda yang lebih aula(utama) untuk dijadikan prioriti. Khuatir masa terbazir,minda tumpul kerana terisi dengan perkara yang tidak memberi apa-apa pulangan hanya kerana sekadar satu perkataan,'SYADID'. Mungkin kita secara tidak sedar telah mengabaikan rakan-rakan yang secara terang-terangan melakukan sesuatu yang salah dan amat perlu kepada teguran dan bimbingan,hanya kerana kita terlalu sibuk menegur orang-orang 'syadid'.

Untuk barisan-barisan kepimpinan dan generasi-generasi penerus dakwah di bumi Al-****,menjadi harapan sayaKami antum (kalian,kamu) unutk jernihkan kembali minda dan fikiran pemuda-pemudi di bumi tersebut. Jernihkanlah serta bersihkanlah fikiran-fikiran milik pemuda-pemudi Islam yang di suatu masa dahulu pernah menguasai 2/3 dunia! Kupas hadis 12 ini dengan baik pada mereka dan jelaskan pada mereka sejelas-jelasnya akan suatu perkara yang saya jamin memberi pulangan,ISTIQOMAH dalam kebaikan. Jangan ulangi kesilapan sayaKami dahulu yang telah tersilau dek suatu yang tidak berguna.Jika kita pemimpin,maka buatlah cara memimpin ,bukan mengikut atau terikut-ikut.Sungguh,saya belajar dari pengalaman.InsyaAllah.Selamat maju jaya dalam berjuang dan bekerja keras!


Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.


Akhir kata,mohon maaf segala silap dan salah,ke'hipokrit'an sama ada di dalam atau di luar tulisan. Sebarang kritikan,pendapat,persoalan dalam usaha untuk memahami amat saya alukan. Sekali lagi,berikan pandangan dengan pertimbangan akal yang matang,sihat dan hati yang bertaqwa.

WALLAHU'ALAM.Hanya DIA MAHA MENGETAHUI lebih dari suatu apa pun.
Allahummaghfirlana ma Anta 'alamu bihi minna.Ameen ya rabbal 'alameen~


Monday, May 26, 2008

-->Isian Perjalanan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum WarahmatuLLAHI Wabarakatuh.






Detik 3 berlalu,sudah lebh kurang 1 jam lebih sejak Shadiqil-Wafiy meninggalkan tanah air ini..menuju ke Kota Suci dan Kota Cahaya.Terus,sejak dr tadi walau dlm keadaan mamai2..mindaku pada nombor2 tertera di skrin gadjet fikir2 sudah pukul 3 kah?pasti Nadhij sudah berangkat...

[monolog:Ih,sedar dr tadi diriku tertidur shingga kesian Ukhti terpaksa cook rice atas ketertiduran aku...oh,sedangkan Ukhti juga yang membasuh orange plate sblm itu..uuh,dirimu harus membayar 'hutang' deyh!]


Doa ku panjatkan semoga selamat dan sejahtera mengiringi sahabat dlm perjalanan menuju taqarrub biLLAH.Entah mengapa,tepat jam 3 tadi,aku merasa sedih...sedih yang bahagia,merasa gembira untuk sahabatku yang menjejak kaki ke tempat permulaan dakwah ISlam...merasa gembira untuk sahabatku yang esoknya InsyaAllah 'bertemu' Rasulullah SAW;begitu tuturnya...Alhamdulillah 3x..


Ya Allah,limpahkanlah rahmat buat sahabatku ini,berkatilah dia sebaik sahaja jejak kaki hambamu itu melangkah ke Kota SuciMu.~ameen....~




Menjejak kaki ke Makkah dan Madinah..maka khabarkanlah kepadaku andai ada destinasi di bumi ini yang lebih indah dari itu?Sungguh,akan lebih mampir dgn para Syuhada' di sana,akan lebih mampir dengan Rasulullah S.A.W di sana,akan lebih mampir dengan Allah S.W.T di sana,akan lebih mampir dengan para sahabat di sana,akan lebih mampir dengan imam-imam di sana...akan lebih terasa Ruh Dakwah yang 'bertebaran di sana'...



"Nadhij,bila anti dah ada kat Mekkah dgn Madinah,nti akan lebih dekat dgn Palestin...",
"Itulah,dgn negara2 yg lain....sbb jarak dye mcm kite dgn Thailand je kan...."
"dan..semuanya mcm b'laku di sekeliling anti je..[dkt dgn suasana].."
~perbualan dlm masa yg singkat lbh kurang 3 jam sebelum berangkat~
{doaku moga Nadhij tidak lupa mendoakan segala kebaikan buat mereka dan moga kita juga dikurniakan rezeki olehNya utk menjejak kaki di TANAH MULIA itu~ameen...}

^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^


"....Umur itu mutiara terindah tak ternilai dan sepatutnya adalah untuk mengisi rumah di Akhirat...." (Amr bin Ubaid),Mukashafah Al-Qulub,Imam Al-Ghazali)


#Gitu aku petik dari kata-kata melalui pembacaanku yang msh ciput lagi...Sohih,umur/masa itu mmg suatu yang tidak ternilai harganya..tdk bisa dipatah balik sprt yg ada dalam khayalan Doraemon,deh...dongengan kartun semua itu!


---MAKA SUDAH LETAK TARGET UNTUK CUTI INI?--


#hmm...2 minggu ku kira..byk @ sikit?pejam-celik2,pasti terasa amat singkat perjalanan..Tapi,pastinya,cuti harus digunakan sebaik mungkin...dan ia berlainan bg stp individu;

  • spt Sohibiy..cutinya menjejak kaki ke Tanah Suci,
  • ada org cutinya penuh dgn ceramah-ceramah dan pembentangan kertas kerja,
  • ada org cutinya sibuk dgn study,study,study,study...
  • ada org cutinya wow,tight sekali dgn jadual2 kelas tambahan,kelas muzik,kelas mengaji...[btp byk kelas]...
  • dan ada juga cutinya perkampungan ilmu (hehehe),kursus kenaikan pangkat (huhuhu)..
  • tak kurang cuti yang diisi dgn lepak,tgk TV,parkour,main game,layan 'blues'..dan
  • b'bagai action yang x de faedah..ntah apa matlamatnya?


#Sering kali terdengar suara2 ketidakpuasan hati;

"Eeiih...geram betullah!Kalau cuti,cuti jelah..pehal ada program lak ni!!"

"Ala...cuti ni org nak privacy ah!Malas ah nak gi bende2 tuu sume.."

"..kisah apa aku?!cuti,cuti akulah...sukahatilah nak buat apa!.."


Ehm..teringat kata-kata seorang Murabbi berjasa:


"eh..cuti tu,sekolah je cuti..awok tak cuti (which mean still kena belajar gak)"


SOHIH!Hakikatnya "cuti" tidak bermaksud "cuti" sepenuhnya..scr semulajadinya manusia ttp akan melakukan kerja dan bergerak...jika x bergerak,apa maksudnye tu yeh?Malah cuti itu pun bukan milik kita...bisa aja Allah berikan banyak,banyak,banyak,banyak kerja...dan menarik masa terluang yang kita ada itu bila-bila masa sahaja....Nikmat di dunia itu mmg sgt singkat!
(For an example;a country who suddenly their government or Yang Dipertuan Agong say "School today!"....because that day is his/their busy day so he want the citizen also have a busy day due to his/their tension...)
hohoho.. x adilnye!agak merepek situasi ini tapi bisa berlaku kan?kan?kan?...



Makanya,pergunakanlah masa antum dgn sebaik-baiknya..selagi ia masih ada..'Ingat lapang sebelum sempit'.Letakkan target dengan sbetulnya..krn hidup itu mesti ada misi dan visi serta matlamat sentiasa dan usahakan untuk melaksanakannya dgn semangat yg tinggi sprtimana semangat antum sewaktu merancang target2 itu...dan berdoalah padaNya selalu..


"Manusia itu hanya merancang dan Allah jua YANG MENENTUKAN"



& sedikit peringatan
"Al-Waqt kassayyif,fa in lam taqta'hu,qata'aka"
(Masa itu ibarat pedang,jika kamu tidak memotongnya dia akan memotong kamu)

Tidak merasa rugikah andai sedang yang lain mencari manfaat untuk dirinya dan anda pula menjemput kekosongan ke dalam hidup?


Sekian.
Wassalam
Barakallahu laka,fi malika wa ahlika.
Maaf andai tersilap kata,tersalah bicara,terumpat nista....sudi bantu memperbaiki lemahnya aku?~mohon komen...~

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.