Pages

Showing posts with label unmatured. Show all posts
Showing posts with label unmatured. Show all posts

Wednesday, February 3, 2010

Tak Perlukan Itu!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

...Terasa minggu ini agak berserabut dengan pelbagai benda yang belum selesai dan minta diselesaikan segera.Tapi,dengan bantuan daripada sahabat-sahabat,terasa kurang bebannya.AlhamduliLLAH,pertemuan dalam usrah sedikit sebanyak mengubat 'hati' saya dan orang lain juga walaupun ada sesuatu yang hilang.Maksud saya,bukan sesuatu tapi orang.Ketiadaan mereka dalam usrah tempoh hari menyebabkan keadaan sedikit janggal..,lain...,pelik.Aduh,mungkin kerinduan yang menebal sesama kami.Hamdalah~

Dek kerana peralihan perhatian saya terhadap benda-benda lain,idea untuk menulis tersekat-sekat.Kejap datang,kejap pergi balik.Tak hairan betapa banyak post yang ter'draft',termasuklah post-post masa SPM.(aduh!)Tapi bila membaca tulisan ini , terasa saya. InsyaAllah,saya cuba untuk tulis dan melengkapkan post-post yang sekerat jalan dulu.~~Doakan.

Walaupun topik ini saya rasa dah entah berapa kali disebut dalam blog ini (sama ada anda perasan atau tidak),saya tetap rasa macam nak tulis.Teringat kata-kata salah seorang kakak merangkap sahabat baik saya semasa program qiam banat Tingkatan 5 tahun lepas;

"Walaupun benda kita cakap tu pasal benda sama dan pernah cakap sebelum ni,tapi mesti ada penambahan isi walau sedikit.. ".

Maka izinkanlah saya tulis-tulis dan tambah isi lagi,insyaAllah.Sudikanlah..~ Beberapa bulan dan hari yang lepas,saya main lompat-lompat dari satu blog ke blog yang lain.Dan dari blog,ada jugak tersasar sampai pada twitter,myspace dan berapa macam lagi wadah cyber yang lain.Maaf,saya bukan 'spy',tapi sekadar mahu lihat perkembangan minda anak-anak belia, muda dan tua.

Ada yang kebosanan tak habis lagi.

Ada yang cerita-cerita pasal hidup dan kawan-kawan.

Ada yang sekadar tulis dot.dot.dot..................(blank)

Ada yang meluah perasaan yang tak sudah.

Ada yang berisi tarbiyyah dan ilmu.

Ada yang berisi sekadar permukaan putih..(tiada apa-apa)


Tapi,majoriti menulis tentang orang istimewa dan perasaan mereka,terutamanya perempuan.Faham maksud saya? Parah sungguh! Sama ada ia diperincikan dalam 2 hingga 7 patah kata atau lebih dari 350 patah perkataan,ia memang menjurus pada apa yang membuai di hati. Saya bukanlah orang yang suka dan memang tak suka baca pasal benda-benda ini,tapi terasa penting untuk tahu keadaan mereka.Saya redah juga untuk memahami orang dulu baru difahami. Bila baca,kadang-kadang memang timbul perasaan *muak dan *geli,tapi harus kita cuba meletak diri dalam sudut perspektif mereka (bagaimana mereka melihat sesuatu benda/perkara) agar pesanan yang nak disampaikan nanti sesuai dengan jiwa dan apa yang berlaku di sekitar hidup mereka sendiri.Supaya gaya penerangan kena dengan mereka.Supaya dengan itu,mereka lebih faham.
Moga-moga.InsyaAllah.


BERUBAH

Ketika dalam proses membaca,saya teringat beberapa perbualan saya dengan rakan-rakan semasa zaman persekolahan dulu .Saya paling ingat benar pendapat yang ini ;


"selalunya orang tu berubah,sebab..cinta",kata sahabat baik saya yang sering berhadapan dengan manusia yang mempunyai masalah tersebut.

 (gambar hiasan)



Bila difikirkan,ada benarnya walaupun tidaklah 100% .Perkataan yang dia guna pun,'selalunya'.Bermaksud ada juga kemungkinan tidak.WaLLAHU'alam. Sama ada cinta manusia atau cinta ibu bapa atau cinta guru,cinta sesama sahabat mahupun cinta Tuhan,semuanya boleh membawa perubahan.Tiada spesifikasi.Jadi mestilah,perubahan itu sama ada baik mahupun tidak baik,bergantung pada sumbernya.Benar,kalau secara psikologi,manusia lebih mudah bertindak apabila hatinya tersentuh.Kerana perasaan kasih dan sayang itu sudah Allah cipta untuk manusia dan merupakan sebahagian dari rahmatNya yang Maha Luas dan Maha Kaya.

Contoh,tidaklah seseorang akan sudi menderma/membantu mereka yang melarat di kaki lima melainkan kerana ada rasa simpati dan kasih kemanusiaan dalam diri.Ya,sudah tentu ditambah dengan rasa tanggungjawab dan bagi mereka yang punyai kefahaman yang baik,rasa persaudaraan yang tinggi walau siapa pun diamerupakan suatu nilai tambah dari Allah buat jiwa-jiwa seperti ini. Segala puji hanya bagi Allah.


TIADA CINTA

Jika tiada cinta,jiwa manusia akan memberontak.Sebab itu kadang-kadang kita jumpa manusia yang bermasalah selalunya datang daripada keluarga yang bermasalah.Saya pernah jumpa seorang budak yang perilakunya sangat degil berbanding rakan-rakannya yang lain.Jika dimarah atau ditegur,dia akan melawan dengan mecabut serta mengoyak-ngoyak kertas.Kalau ada tangga,dihentak-hentaknya kaki untuk menghasilkan bunyi yang kuat.Kalau ada benda yang boleh dibaling,dia pun baling.Memang terasa panasnya hati.

Rupanya selepas itu baharulah saya tahu,budak berumur 5 tahun itu mengalami suatu kejutan dan suasana yang sukar bagi jiwanya yang masih lembut.Ibu bapanya baharu sahaja bercerai,dan dia sendiri tinggal bersama neneknya,berjumpa dengan ayahnya hanya pada hujung minggu.Ibunya pula sangat jarang ditemui.Jiwanya menagih belaian yang diterima rakan-rakannya tapi tidak dia.Kurang kasih sayang menyebabkan dia memberontak.Saya dengar budak itu makin baik berbanding dulu sekarang ini.AlhamduliLLAH. Semoga dia membesar menjadi anak yang soleh~

Ditambah pula dengan perihal sahabat baik saya yang berada jauh di Timur Tengah.Ceritanya dalam perbualanchatting kami tempoh hari,agak bahaya untuk merasa sunyi di sana.Sebab ada sahaja yang sudi menemani. Kata maknya pula,sebab itu pelajar yang merantau ada boyfriend. (na'udzubiLLAH). WaLLAHU'alam,saya tak tahu sebab saya belum pernah merasa duduk di luar Malaysia seorang diri.



..sambung kemudian.InsyaAllah~

Wassalam.

Sunday, August 16, 2009

Permasalahan Persepsi 'Syadid'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



AlhamduliLLAH...tsumma AlhamduliLLAH, akhirnya diberi kesempatan untuk bersuara,menulis dan mencoret sesuatu tentang permasalahan ini. Permasalahan apa?ya...permasalahan persepsi syadid. Pertama-tamanya,ingin saya jelaskan di sini bahawa saya menulis ini bukanlah ingin menhentam sesiapa atau mana-mana pihak atau bersifat perwakilan dari salah satu pihak yang 'bertelagah' tentang isu ini. Saya cuma mengharapkan tulisan ini bersifat neutral,insyaAllah dan menyampaikan suatu pesanan yang saya pendam untuk semua secara amnya dan untuk generasi-generasi Al-**** secara khususnya yang saya sangat cintai terutama peneraju kepimpinan di Al-****. Kedua,buat pembaca yang sedang membaca pendahuluan post ini,saya minta jika anda benar-benar mahu membaca tulisan ini,maka bacalah keseluruhannya...jangan baca separuh-separuh atau sekerat.Bacalah dengan sikap yang neutral juga dan sekiranya ada perkara yang saya bakal tuliskan di sini yang menuntut pertimbangan akal anda untuk berfikir,maka harapan saya timbangkan dengan akal yang matang,sihat dan hati yang bertaqwa.InsyaAllah.



PELUANG YANG TERLEPAS.
Mungkin ini antara sebab-sebab mengapa akhirnya saya berkeputusan untuk menulis tentangnya di sini.Peluang yang saya tidak gunakan sebaiknya suatu masa dahulu. Bila difikirkan kembali,saya seharusnya bercakap suatu yang lebih relevan dan memberi solusi kepada isu yang timbul dan bukan mempersoalkannya kembali.Di mana ketika pihak yang mengendalikan berkata bahawa "kita tidak sampai objektif program", saya merasakan bahawa saya antara penyumbangnya. Ya, kita mencari strategi unutk menyelesaikan,adalah kesilapan saya kerana tidak membantu mencapai matlamat program.Jadi, maaf dan minta maaf buat sesiapa jua yang terlibat ketika itu,pihak penganjur mahupun para peserta.



Saya tidak pasti bila saat,detik dan ketika isu 'Syadid' ini mula timbul. Puncanya bagaimana?sebabnya mengapa?, agak kabur di minda saya di manakah sebenarnya pokok pangkalnya. Secara ringkasnya,saya memang tidak faham bagaimana boleh ia timbul.Namun,setakat yang saya tahu...isu ini tidak mengambil masa yang lama untuk mencetuskan fenomena di bumi tempat saya dan rakan-rakan menimba ilmu di mana ia mencapai 'zaman kemuncaknya' pada tahun 200*. Sehingga saya dan para pelajar yang lain boleh dikatakan hampir tiap hari mendengar perkataan 'syadid' sampai kami naik jemu jadinya. Saya tidak akan memperincikan kisahnya , tapi saya akan kata bahawa ia MUNGKIN bermula secara kecil-kecilan di suatu penjuru yang hanya menuju kepada segolongan pelajar. Dan akhirnya merebak-rebak ke setiap pelosok bumi 'itu' dengan bantuan dan skil yang mantap dari ajen-ajen penyebarnya. Pergi mana-mana,perkataan itu yang menjadi topik perbualan. Ketika belajar, di dalam tandas,di dewan,ketika rehat,ketika jalan-jalan hatta di dalam rumah sekalipun.Sedih sekali.


PEMAHAMAN tentang 'syadid'.
Ketika ramai orang sibuk lantang berkata menutur perkataan 'syadid', sejauh manakah tahap pemahaman mereka tentang perkataan 'syadid' itu sendiri? Jika ditinjau ke dalam kamus Bahasa Arab (yg sy guna: terbitan Oxford Fajar), 'syadid' bererti 1.sangat;terlalu. 2.tegas,keras,garang. 3.kuat. Mufradnya (kata asal) ialah syadda-yasyuddu bermaksud mengerat,mengetat,menegang.Ini secara perkataannya.
Dari kaca mata seorang insaan atau manusia pula ialah apabila seseorang melakukan suatu perkara yang 'terlalu' 'tersangat' 'terlebih' 'baik' yang pada anggapan mereka tidak kena pada tempatnya. WaLLAHU'ALAM, saya tidak tahu sama ada definisi yang saya buat ini betul atau tidak tetapi itulah yang saya faham berdasarkan penerangan-penerangan yang diberi penguni bumi 'itu' sendiri. Maaf saya pinta jika saya silap. Antara persoalan syadid yang ditimbulkan ialah:

1. 'Terlalu' 'menjaga' 'pandangan' 'mata' ketika berinteraksi (banin-banat/lelaki-perempuan) sehingga salah satu pihak merasakan seolah bercakap seorang diri dan satu lagi pihak bercakap dengan lantai,angin,pokok,tingkap dsb.
2. 'Terlalu' 'menjaga' 'akhlak' (suara,kelakuan dsb) ketika di mana silang jantina berada di sekeliling.
3. 'Terlalu' 'tunjuk' 'baik' 'skema' di hadapan orang walhal pada anggapan mereka,di luar tidak begitu.
4...........
5.............
...............................
...................


MEMPERLEKEH atau TERPELEKEH?
Saya terasa 'mengeluh' bila menyenaraikan contoh-contoh di atas. Bermain di benak fikiran saya,kenapa contoh-contoh di atas yang harus menjadi 'contoh'? Tentu akan menjadi terlebih panjang dan melarat-larat dan tak terlarat jika saya ingin huraikannya satu persatu.Tidak,tidak. Tetapi apa peri-penting pertama ingin saya sampaikan di sini,usah memperlekeh sesuatu kebaikan yang dibuat. Bak kata seorang murobbi (guru) saya,

"Kalau kita nampak orang tu 'syadid',kita tak boleh nak perlekehkan dia kerana itu mungkin salah satu cara untuk dia menjaga diri dia."


Mungkin ada pembaca di luar sana yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Jika diletakkan makna 'syadid' dalam konteks yang lebih jelas,yang sebenar dan terperinci,secara umum dan berlatar belakangkan pula 'kisah-kisah solid' orang terdahulu,mungkin saya juga tidak bersetuju. Tetapi makluman penting, saya di sini hanya kupas mengenainya dalam konteks apa yang berlaku di bumi tempat saya belajar dan dengan makna yang difahami oleh majoriti mereka.(harap faham maksud ayat). Berbalik kepada pernyataan di atas.
-->Mungkin jika kita nampak seorang itu terlalu 'tunduk' atau 'langsung tak memandang' atau 'asyik mengalihkan pandangan' melihat pemandangan ciptaan Allah yang lebih indah dan lebih halal,jangan terburu-buru menghukumnya 'syadid'. Siapa tahu dia mungkin seorang yang lemah menjaga hati,jadi kalau boleh dia nak tunduk semahu-mahunya dalam usaha menjaga dirinya.Atau-atau dia diuji dengan ujian hati apabila berhadapan dengan orang yang sekian-sekian,jadi langsung tak berani untuk memandang dan bertentang mata takut menyebabkan terpancarnya bibit-bibit harapan,khayalan dan angan-angan syaitan juga untuk mengelakkan anda dari mendapat dosa yang sama.Siapa tahu? Usah perlekeh dia.(Err...tapi jangan sampai terperasan pula!Cukup sekadar untuk bersangka baik). Itupun sudah cukup baik jika dia sanggup menggagahkan diri untuk berbincang soal kerja atau urusan2 berkepentingan.

-->Sama juga jika orang tersebut kelihatan seperti 'terlalu' 'menjaga' 'akhlak',bukankah itu lebih baik daripada dia mengeluarkan 'suara-suara fitnah',berperilaku gedik,menggoda dan apa-apa sahaja yang mampu menggoyah iman? Sekalipun pada anggapan anda,"macam hipokrit!"...itu antara dia dengan keikhlasannya beramal kerana Allah atau tidak. Tetapi andaikata dia benar-benar sedang berusaha untuk membaikkan amalannya,maka tidakkah kita sama seperti orang-orang yang menghalang seseorang melakukan kebaikan? cuma cara kita ialah dengan mengecamnya dan menggelarnya 'syadid'?Bak kata seorang yang pernah melontarkan pertanyaanpedas kepada saya;

"Kita tahu ke hati dia?"


Jangan sampai kita hebat berkata tentang amar ma'ruf nahi mungkar dalam tazkirah2 kita,pada adik2 usrah tapi pada masa yang sama kita me'lemah'kan segolongan manusia yang lain dengan mengecap mereka 'syadid' bila berbuat suatu yang baik.Kontradiksi namanya itu!

TINGGALKAN SUATU YANG SIA-SIA

Dari Abu Hurayrah radhiyallahu 'anh katanya: Telah bersabda Rasulullah
sallallahu 'alayhi wa sallam: "Daripada keelokan Islam seorang ialah
meninggalkan barang (perkara) yang tidak berguna kepadanya." hadith ini hasan
diriwayatkan oleh Tirmizi dan orang yang lainnya beginilah.
-Sumber:HADITH 40 (TERJEMAHAN DAN SYARAHNYA),Mustafa 'Abdul Rahman,Dewan Pustaka Fajar-


Bagi saya,saya tidak melihat apa-apa manfaat tatkala seorang menghabiskan waktunya,membazirkan air liurnya mengklasifikasikan si fulan ini 'syadid',si fulan itu tidak berapa 'syadid',si fulan itu pula begini dan begitu.Pendek kata,daripada penerangan saya berjela-jela panjangnya hingga ke takat anda baca sekarang ini,satu point terutama saya sebenarnya adalah usah fikir tentang 'syadid'. Sama ada dia bercas 'positif syadid' atau bercas 'negatif syadid',bukan itu yang menjadi URUSAN KITA. Ini yang saya risaukan sekarang terhadap penghuni di bumi 'itu' yang saya cintai.Minda mereka seolah terlalu sesak dengan perkataan 'syadid' sehingga terabai benda-benda yang lebih aula(utama) untuk dijadikan prioriti. Khuatir masa terbazir,minda tumpul kerana terisi dengan perkara yang tidak memberi apa-apa pulangan hanya kerana sekadar satu perkataan,'SYADID'. Mungkin kita secara tidak sedar telah mengabaikan rakan-rakan yang secara terang-terangan melakukan sesuatu yang salah dan amat perlu kepada teguran dan bimbingan,hanya kerana kita terlalu sibuk menegur orang-orang 'syadid'.

Untuk barisan-barisan kepimpinan dan generasi-generasi penerus dakwah di bumi Al-****,menjadi harapan sayaKami antum (kalian,kamu) unutk jernihkan kembali minda dan fikiran pemuda-pemudi di bumi tersebut. Jernihkanlah serta bersihkanlah fikiran-fikiran milik pemuda-pemudi Islam yang di suatu masa dahulu pernah menguasai 2/3 dunia! Kupas hadis 12 ini dengan baik pada mereka dan jelaskan pada mereka sejelas-jelasnya akan suatu perkara yang saya jamin memberi pulangan,ISTIQOMAH dalam kebaikan. Jangan ulangi kesilapan sayaKami dahulu yang telah tersilau dek suatu yang tidak berguna.Jika kita pemimpin,maka buatlah cara memimpin ,bukan mengikut atau terikut-ikut.Sungguh,saya belajar dari pengalaman.InsyaAllah.Selamat maju jaya dalam berjuang dan bekerja keras!


Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.


Akhir kata,mohon maaf segala silap dan salah,ke'hipokrit'an sama ada di dalam atau di luar tulisan. Sebarang kritikan,pendapat,persoalan dalam usaha untuk memahami amat saya alukan. Sekali lagi,berikan pandangan dengan pertimbangan akal yang matang,sihat dan hati yang bertaqwa.

WALLAHU'ALAM.Hanya DIA MAHA MENGETAHUI lebih dari suatu apa pun.
Allahummaghfirlana ma Anta 'alamu bihi minna.Ameen ya rabbal 'alameen~


Friday, March 6, 2009

Semangat Untuk KALAH




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


AlhamduliLLAH..sukan berjaya dilangsungkan.Tahniah buat mereka-mereka yang berjuang dengan penuh bajetsemangat dan daya juang yang tak berbelah bahagi.Hari ini kemucaknya,bermula dengan acara perbarisan yang sangat membuat jantung degupstabil ..berakhir dengan sesi penyampaian hadiah beriringan gema sorak-sorakan.Perasaan hati sepatutnya gembira..tapi saya lain.Anda?saya tidak tahu.Bermula ucapan pengetua yang bergema di pelusuk padang,saya tahu ada yang lain.

(gambar lama)

"Sukan bukan untuk menang dan bukan untuk disertai oleh orang yang tertentu
sahaja.Tapi semua adalah terlibat..."
others link



Kami lihat dari atas acara yang bakal berlangsung.Woh,tidak sedar akan musyahid-musyahid yang berbaris di aras bawah sudah siap dengan port masing-masing.sayaKami terlihat akan aksi seorang pada musyahid-musyahid dari rumahnya membawa maksud seperti ini 'sorak!sorak!..semangat lagi beri sorakan!'.AMBOI...sayaKami gamam melihat aksi seorang itu.(maaf sesiapa yang terasa).Mungkin keterujaan seorang itu untuk menang dan beraksi menyebabkan dia begitu bersemangat sehingga tidak sedar dia diperhati.Terasa gegar dengan hentakan clapkaki dari musyahid-musyahid..roboh sekolah ni,na'udzubiLLAH.Mereka baharu naik.


"Tahu tak macam apa?Macam dekat stadium tu...kan bertingkat-tingkat."-ulasan dia tentang kamiBanat yang di aras bangunan.



Acara sambung diganti dengan rumah lain.Ahli rumah terdahulu ambil port tepi walkway buat lepas lelah.Kemudian bila ada yang kalah,apa yang boleh saya guna di sini?Mengutuk mungkin.Bukan saya tidak mendengar,malah saya buat tidak endah.Untuk apa dilayan orang terpekik terlolong tak tentu pasal begitu .So weirdO.Kecewa sekali ada di kalangan mereka yang menjadi role model buat adik2,konon pujaan hati.Menyampah sekali.~Bak kata guru Nuqaba' kami;


"Tiada budaya boo-mengeboo pihak lain...biarlah kita buat budaya Islam.."--(2)

"Bila tiada banin,maka banat bolehlah sorak-sorak bebas.Bila ada
banin,rasanya banin jelah yang sorak cukup."--(1)

Hah!Saya tahu anda faham dan sudah terlebih tahu dari saya sendiri.Saya ulas lanjut nanti sakit hati.kan?Takpe,saya sendiri sudah.Sampai tadi saya ada tertengkingMarah banat di sebelah yang membuat jeritan 'woooh'.Ah,sudah!Mujur saya minta maaf,dia mengaku salah dia.Lega.-Sungguh,syukur muallimah buat pengunguman untuk memastikan kawasan sekitar bersih lepas bersurai.Anda agak apa yang terjadi?Semuanya semangat menang,saya lihat di luar...puan pengetua sedang adjust kawasan tong sampah yang penuh tambahan sampul hamper yang terburai.Anda memang semangat untuk menang pingat dan membuat sorakan,tapi untuk berbudi bahasa,berbudaya Islam...sayaAnda GAGAL sama sekali.Maka,saya suka untuk berkata sayaAnda semangat untuk KALAH!Andai Zionis,American,Israelis melihat,mungkin sekali mereka menggelakkan..



"ahah!remaja Muslim kejar pingat dan nombor,mereka hebat dalam bersuara keras bergema..tapi akhlak Islam mreka tidak menonjol".


Saya bersama rakan lain,dan adik2 lain yang bertuah diberi plastik sampah biru percuma mulakan misi di padang.Hanya kami..di antara yang beratus-ratusan pelajar di sekolah.Pelajar lelaki segera berjejak untuk solat Jumaat..tapi ada juga yang di atas entah berbuat apa.Tahu buat sampah tapi tak tahu untuk kutip.Pandai!Bagus bangat.Bukan saya tidak pernah lihat ada pelajar yang buang sampah dari dalam bas.Mujur tidak melekat di cermin kereta belakang yang mungkin sekali menghalang pandangan driver lantas.....Na'udzubiLLAH.Aduh,pelajar MUSLIM,anda memang semangat untuk KALAH!Di padang,seorang Aulad (pelajar lelaki sekolah rendah) membantu saya,turut kutip sampah lalu dimasukkan ke dalam plastik biru yang dipegang.Berulang kali saya ucap 'terima kasih dik..'.Ingatkan sekali je dia nak masukkan,tiba-tiba datang berkali-kali..sampai rasa biar dialah jadi ketua!~


Usai sesi,seorang adik junior panggil.Apalah yang ingin diberitakan,ditanyakan ..;
Dia bertanya bagaimana saya bekerja dengan y0u-don'T-kN0w-wHo,dia sangat sakit hati dengan y0u-don'T-kNow-wHo itu. waah..kangen untuk jawab.~AstaghfiruLLAH.

Wassalam.

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.