Pages

Showing posts with label Palestine. Show all posts
Showing posts with label Palestine. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Umm Qais

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

      Alhamdulillah. Sementara kesempatan masih ada, peluang ingin saya ambil. Selagi masa masih tersisa, sedikit perkongsian terus dicungkil. Tentang Umm Qais. Adakah tentang seorang wanita yang dikaitkan dengan hadis pertama (tentang niat).? Oh,bukan,bukan ...bukan tentang itu. Tapi Umm Qais adalah nama sebuah tempat yang lokasinya terletak 110 km di utara Amman. :) Tidak pasti kenapa ia dinamakan Umm Qais, ada pendapat mengatakan itu diambil dari bahasa Greek-Rom dahulu.~

      
      Kami mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke Umm Qais dan bertolak dari Irbid. Untuk sampai ke Umm Qais, harus melewati jalan2 yang berbukit dan berliku. Tak ubah seperti kalau kita nak pergi ke Cameron Highland .Bezanya kita akan nampak daun-daun menghijau atau pokok teh sepanjang ke CH, tapi apa yang dilihat sepanjang ke Umm Qais adalah bukit-bukit yang dilitupi pasir coklat, kehijauan pudar pokok-pokok zaitun serta batu-batu yang tak lekang menghiasi pinggir-pinggir bukit.

    
         Sepanjang kembara debar menaiki sipi-sipi bukit, sangkaan saya kawasan ini tidak ramai orang yang tinggal. Oh, ternyata sangkaan saya meleset!. Banyak juga rumah-rumah rakyat Jordan yang terbina di situ. Siap ada sekolah,tempat tunggu bas (mestilah!~..), dan kanak-kanak yang bermain sini sana. Mereka ni boleh pergi Umm Qais bila-bila masa je mereka nak. Terfikir-fikir mak-mak dan ayah-ayah yang bekerja di luar kawasan ini, pasti penat berulang alik turun-naik bukit untuk ke tempat kerja?..samalah jugak macam kat Cameron Highland. Ada je 'kota' kat situ.. :D







Sesuai dengan kedudukannnya di atas bukit,
         kami diserbu angin yang begitu kuat sebaik turun dari MPV (sarvis yang disewa). Tambah-tambah angin yang membawa udara sejuk membuat badan agak sedikit terketar. Alhamdulillah, dengan seorang kakak senior sebagai 'tour guide' kami, berlindung sekejap di kaunter pendaftaran untuk menunjukkan hawiyah (seolah kad matriks) pelajar. Jika ada hawiyah, maka yuran untuk masuk adalah majanan! [percuma :) ]. 

Batu-batu yang tersusun kemas menyambut kami. Melewati tangga-tangganya untuk turun ke bawah seolah berada di zaman yang lain. SubhanaLLAH, memang cantik tempat ini! Di sebelah kanan terdapat susunan batu yang membentuk seakan rumah. Beberapa 'rumah' terletak jauh sedikit antara satu dengan yang lain. Tapi saya je yang rasa itu rumah, hakikatnya tidak taulah...






Difahamkan,
       bahawa Umm Qais,- atau disebut juga sebagai Gadara- merupakan kota tinggalan Rom. Menurut sedikit pencarian maklumat di internet pula, ia merupakan salah satu bandar dalam Liga Dekapolis (di zaman Rom). Kota ini dikatakan pernah dikuasai oleh 4 empayar besar; Greek, Rom, Byzantium dan Islam. *rujukan sini*~ Kami terus melangkah menuruni tangga-tangga sambil mata menangkap pemandangan bukit-bukit yang terhias. Sehinggalah kami sampai pada 'tangga-tangga' yang membentuk separuh bulatan dengan tumpuannya di tengah. Rupa-rupanya ini adalah sebahagian tinggalan Teater Rom. Kebanyakan binaan-binaan batu di sini hanya tinggal batu-batu yang rebah lemah di atas tanah, dikatakan akibat gempa bumi yang berlaku.



" A large portion of the Western Roman Theatre, has survived history's upheavals. Vaulted passageway support its rows of seats, built of hard basalt stones. " - rujuk sini



Terus berjalan, 
       terjumpa tangga yang akan membawa kami ke suatu bangunan di atas. Dan di hadapan (sebelum tangga), terhampar 'pathway' yang panjangnya tidak saya tahu dan entah akan bawa kami ke mana jika terus berjalan melaluinya. Memang sangat jauh la pendek katanya. Maka kami putuskan untuk 'tadabbur' yang di atas dulu. Sebelum kami masuk ke pintu gerbangnya, akak senior bersuara...

"Kat sini boleh nampak Bukit Golan dan Tasik Tobari...", sambil mengacukan jari telunjuk ke arah sebuah bukit di tepi kiri. 



(kiri: Tasik Tobari/Tiberia Lake. kanan: Bukit Golan)


Bukit Golan ni pernah menjadi rebutan antara Jordan, Syria dan Israel. Juga dikatakan barangsiapa yang dapat menawan bukit tersebut maka dia akan dapat menawan Tasik Tobari. Sebabnya Tasik Tobari tu sangat berharga untuk dijadikan sumber air . Sadisnya, sekarang dataran ini dimiliki oleh Israel Laknatullah pd 1970 dalam peperangan Yum Kippur dan kaki bukitnya dimiliki Syria (Quneitra).

Dan 'pathway' yang saya katakan sebelum ini rupa-rupanya adalah laluan perdagangan (cardo). Menariknya semasa jalan-jalan disitu, kelihatan ada batu-batunya yang melekuk ke dalam dan tidak rata. Apa yang saya dengar lekukan itu adalah kesan roda pengangkutan zaman dahulu. Betulkah? WaLLAHU'ALAM...


 (Cardo.)


(dari lensa atas)


Menarik lagi,
         saya terbaca di sebuah blog , kalau berkesempatan bolehlah pergi ke bahagian bawah Umm Qais dan kita akan dapat lihat Tasik Tobari dan Bukit Golan dengan pandangan yang lebih jelas.  Dari situ,kita akan nampak sebahagian daripada kampung Israel dan ia bersempadan dengan Sungai Yarmouk yang menjadi titik pemisah antara Jordan dan Israel.Jika lebih fokus lagi,kita akan nampak masjid yang sekarang sudah ditukar menjadi kasino oleh yahudi israel laknatullah. 

Sayu rasanya melihat di balik bukit itu, ada tanah-tanah yang ditarah dan dirampas dari saudara-saudara kita. Ada pula darah-darah yang tumpah dan terkorban untuk mempertahankannya. Tidak terkata bila ia seolah tidak jauh di hadapan mata...ya Allah, AstaghfiruLLAH~.


 (terbayang tangga Maratib Amal tak? :] )



(dari tanah tepi cardo)

 ~tiang-tiang keras akur,
   dari zaman mana pun ia datang,
   sekuat mana pun dia terus kekal,
   tetap jatuh,pecah dan derai,
   takut pada Maha Kuasa yang memerintah~





 ~ rumput-rumput subur menghijau di musim sejuk,
    menyedut kelembapan rezeki dariNya bila mana ia tiba
    mampu tak kita jadi seperti rumput
    untuk menyerap hidayah Allah di mana ia sentiasa ada?~


Sejurus selepas 'berkelah' tengahari,
            kami sedia bertolak pulang ke medan lahiriyah ilmu dan amal kami, Irbid. Sebelum anak-anak Y+J tertidur,cepat-cepat dibuat projek 'mencerakinkan' hikmah di dalam van. Semua orang memberi buah fikirannya yang ligat berjalan sama sepanjang perjalanan di Umm Qais. Rancak berkongsi dalam bahasa Melayu, memandangkan pakcik driver Arab tak faham sepatah pun apa yang kami cakap. (hehe..kecuali perkataan2 yang asalnya Arab, 'Rasulullah', 'Islam', 'Ukhuwwah', 'Tadabbur', etc..). 


Rasa sangat suka bila setiap masa kita tak berlalu sia-sia,kan? Jalan-jalan pun boleh dapat macam-macam pengajaran dan kebaikan. Alhamdulillah~...dan segala pujian hanya bagi Allah.

"“Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana akibatnya sikap orang yang berdusta.” (Al-An’am:11)


Wallahu'alam.
Bayt Pembuka,
Irbid,Jordan.
~nak memanfaatkan cuti berbaki~InsyaAllah. 'katakan Ameen' ye :)


rujukan tambahan;
# tadabbur = memerhati dan menghayati hikmah atau perkara yang tersirat di sebalik sesuatu.
  (betul ke?...kalau ada penjelasan yang lebih 'bermakna', bolehlah tambah2 di ruang komen. :D ) 

Friday, May 15, 2009

Blog about Palestine Day!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


disini bermula--1895
-Seorang wartawan b'bangsa Yahudi bernama Theodor Herzl,menerbitkan sebuah buku bertajuk "Negara Yahudi" melontarkan idea penubuhan sebuah negara berasaskan agama dan bangsa Yahudi di Palestin.

29 OGOS 1987
-Persidangan zionis/yahudi pertama di Basle,Switzerland sepakat untuk terima cadangan Hezl.Lalu,Protokol Yahudi diisytiharkan dan bagi merealitaskannya,gerakan bernama 'Zionis' ditubuhkan dengan Hezl sbg pemimpin pertama.
-Tabung wang bg 'membeli' Palestin diwujudkan!

FAKTA ZIONIS
Tarikh Penubuhan: 29 Ogos 1987
Tempat Penubuhan: Basle,Switzeland
Pemimpin pertama: Theodore Herzl
Matlamat : Menubuhkan sebuah negara
bagi bangsa Yahudi
Aktiviti pertama: Mengumpul dana untuk membeli tanah
Palestin dari Sultan Abdul Hamid


*Herzl mati pada 1904 dan diganti dengan Hayim Waizman.

2 NOVEMBER 1917
-Perjanjian Balfour diisytihar British menyeru supaya nagara Yahudi ditubuhkan di Palestin. Apa lagi,Amerika pun setuju pada 31 Ogos 1918. (sama cam tarikh merdeka Malaysia kan?..walau belum smpai tahunnnya lag)

SEPTEMBER 1923
-British scr rasmi menjajah Palestin & merupakan resolusi PBB. (???iye..)
- umat Islam Palestin bangkit menentang

1924
-Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniyyah dicollapsekan oleh ejen Barat,Mustafa Kamal Attarturk.

1928
- Jamaah IKHWANUL MUSLIMIN ditubuhkan oleh Imam Hassan Al-Banna di Mesir.
Matlamat : menyeru supaya seluruh umat Islam kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar.

20 OKTOBER 1930
- Kertas putih diterbitkan British untuk meredakan kemarahan umat Islam. Ia mengehadkan bilangan orang-orang yg dibenar berhijrah ke Palestin serta melarang penjualan tanah kepada mereka.
-pd masa yg sma, British jalin hubungan dgn Yahudi dan berjanji bhw sebuah negara yahudi akan tertegak di Palestin.

20 NOVEMBER 1935
-as-Syahid Izzuddin Al-Qassam (ulama' terkenal dr Syria) dibunuh.

16 OGOS 1945
-Presiden Amerika Syarikat,Harry S.Truman sesuka kati mengeluarkan kenyataan terbuka menyeru org2 Yahudi supaya berhijrah ke Palestin dan menetap di sana.


****makin memuncak****


29 NOVEMBER 1947
- Sidang PBB membahagikan Palestin kepada 2 bahagian. 1 untuk Arab ,1 untuk Yahudi bermula 1 Oktober tahun depan.
-wakil negara Arab memulaukan sidang tersebut.

31 MAC 1948
- Pembunuhan di Kampung Abu Kabir.

9 APRIL 1948
- Pembunuhan kejam militan Yahudi kumpulan Hajnah dan Argun yang diketuai oleh Menachem Begin ke atas 250 orang Islam di Dir Yasin,100 drpdnya adalah wanita.
-Atas kredibiiti keKEJAMan Menachem Begin,dia ditabalkan sbg Perdana Menteri Israel (Jun 1977)

14 MEI 1948
-Pembubuhan kejam Israel ke atas 50 orang Islam di Kampung Abu Syasyah,
-British akhiri penjajahan di Palestin dan mengisytiharkan penubuhan negara Israel.Sehari selepas itu,AS tak sabar2 lagi untuk mengiktiraf kedaulatan negara haram pada jam 11:12 pagi.

15 MEI 1948
-Negara2 Arab isytihar perang ke atas Israel.
-Jordan,Mesir,Iraq,Syria dan Lubnan hantar tentera ke Palestin.
-As-Syahid Hassan Al-Banna memimpin pejuang2 Ikhwan dr Mesir untuk bersama tentera Mesir perangi Yahudi.Mereka mendapat kemenangan yang gilang-gemilang.
-Tahun berikutnya,mereka dipanggil pulang dan dipenjarakan.
-12 Februari 1949-Hassan Al-Banna syahid dibunuh.

****setakat itu sekelumit info****
***maaf,data sekadar diambil dan dialter dr buku GAZA MENANGIS***
**time is limited;alasan tak bermotif**


WALLAHU'ALAM







:::ShareThis:::

Tanya-tanya.