Pages

Showing posts with label Tajdid. Show all posts
Showing posts with label Tajdid. Show all posts

Friday, June 12, 2009

Dreaming Of[f]...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




2,3 anak muda lepak-lepak semberono di port kegemaran stesen minyak terkenal.Seperti biasa,bual-bual mereka juga semberono sambil hidu semula asap karbon monoksida menggunakan hidung yang keluar dari mulut.Dalam 2,3 anak muda yang tak berapa kurang karismanya,mereka sekadar budak-budak lepasan SPM,juga STPM yang masih mencari.

"Yo,cari apa?Juling mata aku tengok.pss..usya awek ke?". Jon Do(nama timangan), tetibe ada depan mata.

"Takla...tengah cari kau dowh. Ba*p*k lambat ko sampai!..". Zali pantas bidas. Walhal 2,3 orang anak gadis muda lalu depan mata.

"ntah..ko gi mana Do?bosann gi**r ko xde td." Lutfi pula menyampuk.


Kini mereka berempat. Kehadiran Jon Doe tambah rencah lagi bikin suasana hangat.Namun tak ubah,perbualan mereka tambah semberono.Topik yang selalu menjadi isi awekz,game plg hangat abad ini,movie masyuk,karaoke,racing juga artis2 yang tak kekang dari gossip,skandal dan berita panas.Paling tidak pun semuanya berkaitan hiburan juga hal-hal yang mampu 'naik harga diri' anak muda.Kalau takde cerita, maka caci-maki dan umpatan jadi hiasan bibir.That's life!

"Zali,ko tu dah ade awek! Tak cukup dua nak sorang lagi..x yah aa ko juling mata." Do sergah Zali yang sedari tadi cuba berdalih.

"Hek ele...sukati hidup aku aa nak brp.Klo aku tak juling pon..awek2 tu yg dtg kat aku.Aku x kisah pon." kata Zali sambil mengenyit mata sebelah kiri pada seorang gadis.Serentak anak gadis yang dikenyit senyum tersipu malu.

"Zali ko x nak eh si Intan?bg aku la..dye cun d**h!" Lutfi ambil peluang tawar-menawar.

"Ambik ah...aku boleh cari lg cun dari die."

"Dasar buaya ah ko Zali. Aku setia..tak macam ko." Jon Do bangga. Dia paling setia pada girlfren yang entah ke berapa setelah mengalami beberapa break-off.

"Ko x yah jeles Do! Aku tau muka aku paling smart.Nak buat camne en..". Zali takabbur.


Lutfi ketawa terkekeh-kekeh. Geli hati juga seronok Intan diberi Zali untuk dipegang.Dia mula rancang untuk outing ke mana.

"Do,ko beli apa tuh?". Karim atau nama glamor abg Rem ujar soalan sebaik nampak plastik hitam di motor Jon Do.Karim paling tua antara mereka.


Beberapa keping DVD cetakrompak dihulur Jon Do.Semuanya adalah jenis DVD Rom kecuai beberapa versi XBox dan PS3. 'The SIMS 1000', 'Mortal Kombat of Infinity', 'Cortana' , 'Resident Evil: Apocalypse', 'Twin Galaxies' , 'Wolfenstein 3D' juga 'Final Fantasy' versi terbaru,semuanya Jon Do balun dari gerai di pusat membeli-belah.Duit tiada hal bagi Jon Do.Siang malam mereka kebiasaannya diinputkan oleh game,movie juga karaoke.Atau outing bersama girlfriend ,kalau tidak berdua pasti akan diajak beberapa kawan yang lain dengan membawa masing-masing punya.

"Banyak s**t ko beli! Haha...best gi**r. " Lutfi ketawa semangat sambil membelek-belek DVD cetak rompak yang baharu dibeli Jon Do.

"Biasa ar..aku ni kan progamerz weh!" Jon Do teruja.

"Banyak ah.Progamerz?Defeat aku dulu ah.Umo setahun jagong dah nak belagok.!"
Abg Rem yang dari tadi senyap mula bersuara.

"Rilek ah abg Rem.Takpe,nanti kita tengok sapa yang mencipta keluar biasaan.Sumthing abnormal. Tapi yang pasti dalam bab ketampanan,saya dah juara.hek hek..." Zali berkata lagak seorang ahli falsafah.Masih berasa gah dengan kredibiliti memancing wanita.

Mereka berebut-rebut untuk kejar title 'King of Progamerz'.Itu 'StandaRd',bagi mereka! Paling direbutkan siapa yang akan menjadi jaguh dalam game yang melibatkan combat. Siapa kalah,maka dia lo**r!Siapa menang,dia akan mendapat gelaran yang begitu dibangga-banggakan.Tak hairan, pusat game tak pernah sunyi dari kesan tapak kaki mereka.Tiap hari mengumpul mata semata-mata untuk rebut gelaran yang diidam-idamkan. King of Progamerz. Tambahan,awek-awek makin suka dan manja bila pakwe-pakwe mereka ada title. Lutfi toleh ke sebelah kanan. Rupanya ada mamat dari belantara mana entah duduk di sebelahnya.Setiap apa yang dibualkan semua mamat tersebut dengar.
'ba**k kerek mamat nie.Duduk sebelah ni je..pastu dtg tak tegor langsung,dahtu curi dgr perbualan orang lak tu!' Su'u zhon pantas menyelinap ke dalam Lutfi.


"Assalamualaikum!..". Lutfi menyapa sedang Zali tersenyum.Geli hati dia mendengar Lutfi berkata sesuatu yang jarang-jarang disebut olehnya. Lawak level 1,bagi dia.


"Waalaikumsalam.." si pemuda tadi menjawab sambil dibalasi senyuman.

"Kau dari mana?..nampak cam org gharib je.". Lutfi,Jon Do,Zali dan Abg Rem serentak tergelak terbahak-bahak.Entah di mana lawaknya,tak tahu.

"Tak..orang sini je.Duk sini sebab tengah tunggu bas.". si pemuda jawab bersahaja.Masih senyum.

"Kire ko dgr ah apa kitorang borak td?..atau kau curi dengar?".Abg Rem pula bertanya seolah-olah pegawai CSI.

"Tempat ni tempat awam bro. Klo saya tak curi dengar pun boleh dengar gak..lebih-lebih kalau saya dah duduk kat sini."

Abg Rem terasa terkena.

"Bro-bro neh progamerz ke semua?..er,saya dgr tadi." soal si pemuda berminat untuk tahu.

"Of course ah..ko pun dah dengar td kan." Jon Do segera menjawab.

"Ko tanya apehal?ko ...progamerz atau pragamerz?". Zali mencelah.

"Eh..takdelah bro.Saya tak biasa main game2 nih semua.Setakat game kat hp tu blhla sikit2..tp saya tau ada seorang nih memang hebat la!terutama dalam combat."

"Hebat?".

"Haah. setahu saya dalam setiap perlawanan dia tak pernah kalah .Even lawan sapa-sapa pun,tak pernah dia tewas dalam pertarungan.

4 orang anak muda mula tertarik mendengar cerita si pemuda yang baharu sahaja ditegur mereka.

"Hebat sampai macam tu sekali?sapa org tuh..?" Jon Do berminat untuk tahu.Egonya terasa tercabar apabila ada orang yang berjaya melepasi ratenya.

"Ada seorang lagi pulak dah pun cipta keluar biasaan.Klo bro2 semua nak jadi luar biasa dgn setakat menang dapat title King of Progamerz,saya rasa belum cukup lagi lah bro.Orang tu pulak baru usia 19 tahun...kira2 macam bro jugak ah." si pemuda teruskan cerita.

"Asal?ko ni pandai cakap je en...cube ko bagitau sapa?". Lutfi tak sabar untuk tahu.Si pemuda sekadar senyum lebar pada mereka berempat.Dia bingkas bangun memandangkan bas yang ditunggu sudah tiba.

"Asal kitorang macam x pernah dengar je..klo btollah dye hebat sangat,asal orang-orang tak pernah hboh pon..!". Zali cuba menduga.Si pemuda senyum sambil berkata,

"Memang tak ramai yang tahu tentang mereka yang hebat nih.Tp bukan sebab mereka tak terkenal bro,cuma orang-orang yang kurang ambil tahu."

"Ko biar btol....aku rasa ko ni tipu lebih aa.!" Lutfi pula menduga.

"oh adek,..kami abg2 ni tak suke berteka-teki lagi nak bermadah pujangga..baek ko cakap je..supaya ko tak tertinggal bas tuh." Jon Do bersuara.Terasa dirinya makin tercabar dengan orang-orang hebat yang diperkata si pemuda.

Si pemuda terus melangkah naik ke tangga bas.Si pemuda sempat menoleh dan berkata;


"Bro nak sangat tahu,orang tu adalah Khalid bin Walid,seorang yang tak pernah kalah apabila bertempur di medan realiti melawan musuh Islam.Seorang lagi bro,..Sultan Muhammad Al-Fateh yang melakukan keluar biasaan bila melayarkan kapal di daratan bukan di lautan.Yang menariknya bro..orang-orang yang hebat ni orang Islam,sama macam bro semua jugak.Muda lagi dah jadi orang hebat bro! Oklah,bro..jumpa lagi. Saya chow dulu.Assalamualaikum".si Pemuda sempat melayangkan senyuman manis sebelum terus melangkah masuk dan meluncur bersama bas Rapid yang sederhana padat.

::::Orang ISLAM merupakan orang yang HEBAT!Anda?::::

*Wallahu'alam.Mohon diperbetul andai tersalah.*


Nabi Muhammad berkata,"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan". --Bukhari dan Muslim--




Sunday, May 3, 2009

untuk risalah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




*klak.!*
*klak.!*
*klak.!*
*..............*
JAMMED!!

Photostat machine bikin hal lagi.Entah ke berapa kali sudah jammed lagi.Sedang malam lagi larut,gusar jalan pulang bikin lagu mau gelap.Mata tukang buat risalah lilau-lilau cari acik amoi betul photostat machine.Acik amoi bantu mereka.Badan machine kasi buka sebentar,tarik kertas komot terstuck dalam.Tutup.belajr lagi ilmu fotostat.AlhamduliLLAH,photostat machine mula jalan,tebar dakwat hitam atas kertas.




"berapa byk lagi?"
"ehm..lagi 216."
"huh?..".




penasihat informal tukang buat risalah diam.InsyaAllah,moga cepat siap.Entah macam mana penasihat informal boleh jadi informal.Dia cuma sekadar bantu sahabat yang punya tugas lagi besar.Ikhlas,insyaAllah.Malam itu sahabat penasihat ada forum besar untuk dipanelkan.Jadi,mahu tidak mahu,sahabat minta penasihat tolong tukang buat risalah.Mahu tidak mahu,penasihat cuma curah apa yang boleh.Malah,penasihat tolak untuk memanel forum,makanya penasihat tidak boleh tolak tugas yang satu ini.Buat tebus balik katakan.Back to the basicIssue.




"Eih..ana risau la nih.Mcm mana kita nak balik?"
"Bos kata akan ambil.Tapi dah maghrib dah ni.Ana rasa bos dah datang tau,tp bila tengok kita tak de kat pejabat,bos balik sbb ingat kita dah balik."
"ana pun rasa macam tu."




Tukang video kelihatan gusar bertambah.Apatah tukang buat risalah juga risau bukan main.Photostat machine JAMMED! lagi.abang apek ada kerja lain. akak melayu ada kat depan juga ada kerja lain.Tukang buat risalah melilau lagi minta tolong.Acik amoi datang bantu mereka lps lyn pelanggan.Photostat machine terpaksa ditukarkan.MachineII sebelah terpaksa ambil alih tugas machineI yang dah penat menyalin risalah.

*klak.!*.


Aiseyh,kualiti lain.Sebelum ni lebih lawa.Takpelah,asal isinya tetap boleh dibaca dan dieja.Malam makin larut bertambah.Lampu-lampu jalan sama lampu kereta bergabung tenaga untuk manusia dapat lihat.Dari sudut dalam kedai,penasihat informal perhati jalan raya sambil lipat 3 risalah 'Malam Kemuncak Bulan Tajdid'.Sementara tunggu berapa ratus lagi untuk disalin,mereka bertiga a.k.a tukang buat risalah,tukang video dan penasihat informal cuba buat tugas lain untuk jimat masa.Sambil-sambil,fikir macam mana nak balik? IntansuruLLAH yansurkum. Pensihat informal cuba tenang-tenangkan hati juga hati penukang yang lain.Jika difikirkan dari tadi,memang mereka tak sangka akan sampai lewat maghrib begini.Tapi ,memang manusia tugasnya merancang dan usaha,tapi ALLAH jua tentukan jalan ceritanya.Entah apa yang berlaku di sekolah sana?Moga sahabat sudah prepare untuk satu tugas besar.Tapi,risalah ini,mmang kena sampai sebelum forum besar mula.Harus lebih awal patutnya.Mahu tidak mahu,machineII yang sedang bekerja...jangan putus asa!!

Tukang video dan tukang buat risalah lagi gundah.Sedang penasihat informal membetulkan lipatan risalah yang makin tak kemas (maaf sape yang dpat),dia pandang arah muka pintu.Seseorang masuk! Ah?! Melihat kelibat orang tersebut memang mengincreasekan lagi heartbeat untuk selamat,lebih2 lagi malam makin gelap.2 orang penukang pandang penasihat yang terdiam sedetik dua.



"Eh..Kak Yam datang! AlhamduliLLAH..". penasihat segera lambai tangan pada kak Yam a.k.a jiran akrab Sekolah Al-Amin Bangi.


Terasa malam cerah semula walaupun tiada matahari.Kini,peluang untuk selamat balik ada chance.Mereka bertiga saling pandang memandang.Nampak gaya,penasihat informal yang harus mulakan langkah.Aduh,dengan muka tak malunya~Dia memang agak segan..tapi macam mana?orang bukan lelaki bahaya jalan balik malam.Andai kalau terpaksa juga,TAWAKKAL.Penasihat informal mula atur bicara dengan Kak Yam.Cuba disusun kata dengan baik.Beberapa minit..penasihat informal tamat bercakap.


"Akak cakap apa dengan Kak Yam?"
"ehm.cakap kalau blh nak tumpang...Tpi,tulah..Kak Yam ada meeting pkul 8. Kena cepat siap."




~kerling~
Jam tunjuk arah lebih kurang 20 minit nak pkul 20:00 malam.20 minit berlalu rupanya tidak menyebelahi mereka.Kak Yam sudah habis urusan di kaunter. (dlm hati:takpelah.mungkin bukan rezeki). Penasihat informal tinjau ke luar entah untuk ke brp kalinya,kot-kot ada bos sedng tunggu. Ha?kereta kancil?kereta kak Yam juga terkandung dalam perut kereta abg Fadhli dan si kecil Fida'.
Aduh,dia malu .Tak semena-mena abg Fadhli berhentikan kereta di hadapannya.Lagi bertambah segan sangat.




"Camana?Dah nak siap dah?.."
"Erm..err..ada lagi sikit..mesin tu stuck lagi."
"Oh..kalau dah nak siap,blh tunggu kejap."
"eh..takpelah.Takpe2....muallim blk dululah.Nanti kena tunggu...takut lama lagi pulak."
"Ok?nanti kitorang call 'bos' bgtau tolong dtg amik yeh..."
"Ok2. Terima kasih muallim..."




Kereta kancil memacu pergi.Penasihat informal masuk dengan perasaan yang 50-50.Namun,sangka baik dengan Allah harus tidak hilang. Mesti ada hikmah yang Allah tentukan buat mereka.

<<<<story dishorten>Alhamdulillah,jam around 20:30-40 lebih,mereka sampai juga di sekolah dengan baju seragam yang masih tidak bertukar.Fuh!sekurang-kurangnya mereka selamat,tiada bahaya yang menimpa.Syukur walau harus berjalan kaki dengan lampu2 kereta yang menyilaukan.Kisah sebelum mula berjalan kaki lagi gawat juga lucu.Tapi untuk risalah itu,mereka redah juga.Asal risalah-risalah itu dapat diedarkan pada semua,itu yang paling lega.Penat terus hilang.


---Memang tugas pikul Risalah bukan kerja mudah.Malah disajikan dengan kepayahan jua kepenatan.Penghasilan yang MANIS memang di AKHIRnya.---
(peringatan buat 'anda' yang bercita-cita untuk pikul Islam yang agung.Jadilah orang yang agung!)


:::ShareThis:::

Tanya-tanya.