Pages

Friday, May 29, 2009

Betul ke?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





Katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

Katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih 'assobiyyah

Katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

Katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv (yg x berfaedah), movie dan game dgn alasan nak release tension

Katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

Katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

Katanya kau seorang pejuang
kau tak pun berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

Katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

Katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

Katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

Katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

Katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

Katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

Katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

Katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

Katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

Katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

Katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

Katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

Katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

Katanya kau seorang pejuang

kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang!!!





pautan asal-

Saturday, May 23, 2009

suatu munaqosyah ringkas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


dia:knp laki yg blaja agama pun boleh lygkan surat cinta
dia:walaupun laki blaja kat skul agama dan dia faham
dia :tak semestinya dia amalkan
dia : macam tu r
dia : sbb ana rse plik bila fenomena nie berlaku
saya: em. Ramai org yang macam tu.
saya: malah **** ***** sendiri ada yang kecundang.
dia: owh ye???
saya: itu la bukti manusia nie lemah sangat kalau takde benteng
dia: owh
saya: yup
dia: igtkan budak agama bole jge semua nie
saya: ada yang blh....ada yang tak~
saya: terletk pada IMAN masing2


**perubahan bersama**

Friday, May 15, 2009

Blog about Palestine Day!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


disini bermula--1895
-Seorang wartawan b'bangsa Yahudi bernama Theodor Herzl,menerbitkan sebuah buku bertajuk "Negara Yahudi" melontarkan idea penubuhan sebuah negara berasaskan agama dan bangsa Yahudi di Palestin.

29 OGOS 1987
-Persidangan zionis/yahudi pertama di Basle,Switzerland sepakat untuk terima cadangan Hezl.Lalu,Protokol Yahudi diisytiharkan dan bagi merealitaskannya,gerakan bernama 'Zionis' ditubuhkan dengan Hezl sbg pemimpin pertama.
-Tabung wang bg 'membeli' Palestin diwujudkan!

FAKTA ZIONIS
Tarikh Penubuhan: 29 Ogos 1987
Tempat Penubuhan: Basle,Switzeland
Pemimpin pertama: Theodore Herzl
Matlamat : Menubuhkan sebuah negara
bagi bangsa Yahudi
Aktiviti pertama: Mengumpul dana untuk membeli tanah
Palestin dari Sultan Abdul Hamid


*Herzl mati pada 1904 dan diganti dengan Hayim Waizman.

2 NOVEMBER 1917
-Perjanjian Balfour diisytihar British menyeru supaya nagara Yahudi ditubuhkan di Palestin. Apa lagi,Amerika pun setuju pada 31 Ogos 1918. (sama cam tarikh merdeka Malaysia kan?..walau belum smpai tahunnnya lag)

SEPTEMBER 1923
-British scr rasmi menjajah Palestin & merupakan resolusi PBB. (???iye..)
- umat Islam Palestin bangkit menentang

1924
-Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniyyah dicollapsekan oleh ejen Barat,Mustafa Kamal Attarturk.

1928
- Jamaah IKHWANUL MUSLIMIN ditubuhkan oleh Imam Hassan Al-Banna di Mesir.
Matlamat : menyeru supaya seluruh umat Islam kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar.

20 OKTOBER 1930
- Kertas putih diterbitkan British untuk meredakan kemarahan umat Islam. Ia mengehadkan bilangan orang-orang yg dibenar berhijrah ke Palestin serta melarang penjualan tanah kepada mereka.
-pd masa yg sma, British jalin hubungan dgn Yahudi dan berjanji bhw sebuah negara yahudi akan tertegak di Palestin.

20 NOVEMBER 1935
-as-Syahid Izzuddin Al-Qassam (ulama' terkenal dr Syria) dibunuh.

16 OGOS 1945
-Presiden Amerika Syarikat,Harry S.Truman sesuka kati mengeluarkan kenyataan terbuka menyeru org2 Yahudi supaya berhijrah ke Palestin dan menetap di sana.


****makin memuncak****


29 NOVEMBER 1947
- Sidang PBB membahagikan Palestin kepada 2 bahagian. 1 untuk Arab ,1 untuk Yahudi bermula 1 Oktober tahun depan.
-wakil negara Arab memulaukan sidang tersebut.

31 MAC 1948
- Pembunuhan di Kampung Abu Kabir.

9 APRIL 1948
- Pembunuhan kejam militan Yahudi kumpulan Hajnah dan Argun yang diketuai oleh Menachem Begin ke atas 250 orang Islam di Dir Yasin,100 drpdnya adalah wanita.
-Atas kredibiiti keKEJAMan Menachem Begin,dia ditabalkan sbg Perdana Menteri Israel (Jun 1977)

14 MEI 1948
-Pembubuhan kejam Israel ke atas 50 orang Islam di Kampung Abu Syasyah,
-British akhiri penjajahan di Palestin dan mengisytiharkan penubuhan negara Israel.Sehari selepas itu,AS tak sabar2 lagi untuk mengiktiraf kedaulatan negara haram pada jam 11:12 pagi.

15 MEI 1948
-Negara2 Arab isytihar perang ke atas Israel.
-Jordan,Mesir,Iraq,Syria dan Lubnan hantar tentera ke Palestin.
-As-Syahid Hassan Al-Banna memimpin pejuang2 Ikhwan dr Mesir untuk bersama tentera Mesir perangi Yahudi.Mereka mendapat kemenangan yang gilang-gemilang.
-Tahun berikutnya,mereka dipanggil pulang dan dipenjarakan.
-12 Februari 1949-Hassan Al-Banna syahid dibunuh.

****setakat itu sekelumit info****
***maaf,data sekadar diambil dan dialter dr buku GAZA MENANGIS***
**time is limited;alasan tak bermotif**


WALLAHU'ALAM







Sunday, May 3, 2009

untuk risalah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




*klak.!*
*klak.!*
*klak.!*
*..............*
JAMMED!!

Photostat machine bikin hal lagi.Entah ke berapa kali sudah jammed lagi.Sedang malam lagi larut,gusar jalan pulang bikin lagu mau gelap.Mata tukang buat risalah lilau-lilau cari acik amoi betul photostat machine.Acik amoi bantu mereka.Badan machine kasi buka sebentar,tarik kertas komot terstuck dalam.Tutup.belajr lagi ilmu fotostat.AlhamduliLLAH,photostat machine mula jalan,tebar dakwat hitam atas kertas.




"berapa byk lagi?"
"ehm..lagi 216."
"huh?..".




penasihat informal tukang buat risalah diam.InsyaAllah,moga cepat siap.Entah macam mana penasihat informal boleh jadi informal.Dia cuma sekadar bantu sahabat yang punya tugas lagi besar.Ikhlas,insyaAllah.Malam itu sahabat penasihat ada forum besar untuk dipanelkan.Jadi,mahu tidak mahu,sahabat minta penasihat tolong tukang buat risalah.Mahu tidak mahu,penasihat cuma curah apa yang boleh.Malah,penasihat tolak untuk memanel forum,makanya penasihat tidak boleh tolak tugas yang satu ini.Buat tebus balik katakan.Back to the basicIssue.




"Eih..ana risau la nih.Mcm mana kita nak balik?"
"Bos kata akan ambil.Tapi dah maghrib dah ni.Ana rasa bos dah datang tau,tp bila tengok kita tak de kat pejabat,bos balik sbb ingat kita dah balik."
"ana pun rasa macam tu."




Tukang video kelihatan gusar bertambah.Apatah tukang buat risalah juga risau bukan main.Photostat machine JAMMED! lagi.abang apek ada kerja lain. akak melayu ada kat depan juga ada kerja lain.Tukang buat risalah melilau lagi minta tolong.Acik amoi datang bantu mereka lps lyn pelanggan.Photostat machine terpaksa ditukarkan.MachineII sebelah terpaksa ambil alih tugas machineI yang dah penat menyalin risalah.

*klak.!*.


Aiseyh,kualiti lain.Sebelum ni lebih lawa.Takpelah,asal isinya tetap boleh dibaca dan dieja.Malam makin larut bertambah.Lampu-lampu jalan sama lampu kereta bergabung tenaga untuk manusia dapat lihat.Dari sudut dalam kedai,penasihat informal perhati jalan raya sambil lipat 3 risalah 'Malam Kemuncak Bulan Tajdid'.Sementara tunggu berapa ratus lagi untuk disalin,mereka bertiga a.k.a tukang buat risalah,tukang video dan penasihat informal cuba buat tugas lain untuk jimat masa.Sambil-sambil,fikir macam mana nak balik? IntansuruLLAH yansurkum. Pensihat informal cuba tenang-tenangkan hati juga hati penukang yang lain.Jika difikirkan dari tadi,memang mereka tak sangka akan sampai lewat maghrib begini.Tapi ,memang manusia tugasnya merancang dan usaha,tapi ALLAH jua tentukan jalan ceritanya.Entah apa yang berlaku di sekolah sana?Moga sahabat sudah prepare untuk satu tugas besar.Tapi,risalah ini,mmang kena sampai sebelum forum besar mula.Harus lebih awal patutnya.Mahu tidak mahu,machineII yang sedang bekerja...jangan putus asa!!

Tukang video dan tukang buat risalah lagi gundah.Sedang penasihat informal membetulkan lipatan risalah yang makin tak kemas (maaf sape yang dpat),dia pandang arah muka pintu.Seseorang masuk! Ah?! Melihat kelibat orang tersebut memang mengincreasekan lagi heartbeat untuk selamat,lebih2 lagi malam makin gelap.2 orang penukang pandang penasihat yang terdiam sedetik dua.



"Eh..Kak Yam datang! AlhamduliLLAH..". penasihat segera lambai tangan pada kak Yam a.k.a jiran akrab Sekolah Al-Amin Bangi.


Terasa malam cerah semula walaupun tiada matahari.Kini,peluang untuk selamat balik ada chance.Mereka bertiga saling pandang memandang.Nampak gaya,penasihat informal yang harus mulakan langkah.Aduh,dengan muka tak malunya~Dia memang agak segan..tapi macam mana?orang bukan lelaki bahaya jalan balik malam.Andai kalau terpaksa juga,TAWAKKAL.Penasihat informal mula atur bicara dengan Kak Yam.Cuba disusun kata dengan baik.Beberapa minit..penasihat informal tamat bercakap.


"Akak cakap apa dengan Kak Yam?"
"ehm.cakap kalau blh nak tumpang...Tpi,tulah..Kak Yam ada meeting pkul 8. Kena cepat siap."




~kerling~
Jam tunjuk arah lebih kurang 20 minit nak pkul 20:00 malam.20 minit berlalu rupanya tidak menyebelahi mereka.Kak Yam sudah habis urusan di kaunter. (dlm hati:takpelah.mungkin bukan rezeki). Penasihat informal tinjau ke luar entah untuk ke brp kalinya,kot-kot ada bos sedng tunggu. Ha?kereta kancil?kereta kak Yam juga terkandung dalam perut kereta abg Fadhli dan si kecil Fida'.
Aduh,dia malu .Tak semena-mena abg Fadhli berhentikan kereta di hadapannya.Lagi bertambah segan sangat.




"Camana?Dah nak siap dah?.."
"Erm..err..ada lagi sikit..mesin tu stuck lagi."
"Oh..kalau dah nak siap,blh tunggu kejap."
"eh..takpelah.Takpe2....muallim blk dululah.Nanti kena tunggu...takut lama lagi pulak."
"Ok?nanti kitorang call 'bos' bgtau tolong dtg amik yeh..."
"Ok2. Terima kasih muallim..."




Kereta kancil memacu pergi.Penasihat informal masuk dengan perasaan yang 50-50.Namun,sangka baik dengan Allah harus tidak hilang. Mesti ada hikmah yang Allah tentukan buat mereka.

<<<<story dishorten>Alhamdulillah,jam around 20:30-40 lebih,mereka sampai juga di sekolah dengan baju seragam yang masih tidak bertukar.Fuh!sekurang-kurangnya mereka selamat,tiada bahaya yang menimpa.Syukur walau harus berjalan kaki dengan lampu2 kereta yang menyilaukan.Kisah sebelum mula berjalan kaki lagi gawat juga lucu.Tapi untuk risalah itu,mereka redah juga.Asal risalah-risalah itu dapat diedarkan pada semua,itu yang paling lega.Penat terus hilang.


---Memang tugas pikul Risalah bukan kerja mudah.Malah disajikan dengan kepayahan jua kepenatan.Penghasilan yang MANIS memang di AKHIRnya.---
(peringatan buat 'anda' yang bercita-cita untuk pikul Islam yang agung.Jadilah orang yang agung!)


:::ShareThis:::

Tanya-tanya.