Pages

Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

Tidak cukup lagi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


kita akan rasa suatu yang kurang bila ada sesuatu yang tidak betul dan belum sempurna. Selagi benda itu wujud, selagi itu kita akan rasa uncomfortable sekalipun berapa banyak kali kita cuba untuk tidak mengendahkannya



"Tak cukup dengan slogan, kita PERLU pada kerja tarbiyyah yang berterusan, demi tujuan pembaikan itu." klik


"And reality wants you to prove, that, whatever u learned in your tarbiyah, must actually LIVED inside you!"klik


~ saya mengingatkan diri untuk buat HOMEWORK!.
ya Allah, kurniakan kami keIKHLASan, kekuatan, kreativiti dan ilham ... untuk mengeja 'ia' pada manusia. T_T. Ameen ya rabbal 'alameen.


Thursday, September 23, 2010

Aku Hanya Sebutir Pasir...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"saya perlu kuat untuk Allah..
kerana saya sedar saya seorang da'ie"
- spoke by someone - 

tatkala hati kelu dan gusar
kuatkah bahu ini untuk memikul harga kesusahan dan kepayahan
yang pasti tetap tidak setanding para nabi dan rasul.
kuatkah untuk masa sekarang?
dan masa hadapan?
benar-benar risau tidak bernoktah


"siapalah kita untuk menduga masa hadapan.. tapi kita harus merancang masa hadapan kita supaya terus berada mendukung tugas dakwah"

kita yakin 


"kita harus sentiasa ingat mengingati.. nasihat-menasihati.."






Nasihatilah saya! T.T

Sunday, July 25, 2010

Huna

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Alhamdulillah, mengambil sedikit kesempatan waktu untuk melampiaskan kerinduan menulis.Saya mahu menulis tapi tak tahu apa nak ditulis. Pelik? Blind spot. Tak tahu bukan bermaksud tidak ada..tapi tak tahu kerana terlalu banyak benda untuk dicerita..Macam-macam.Suatu benda yang saya tak mampu nak cerita dalam satu malam..malah mungkin 10 tahun. (hiperbola je ni). Sungguh betul kata guru saya, medan di sini sangat lain.

Belajar berbagai seni.

Belajar mengenali manusia.
Belajar macam-macam cara.

Belajar suatu yang belum dipelajari.

Nanti saya cerita..insyaAllah. =).
(hehe...maaf tertunda lagi, astaghfiruLLAHaládzhim)

Wassalam

Dorm D-*-*,
Pusat Asasi,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Kampus Nilai.
~lewat malam~

Saturday, July 10, 2010

Cubalah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Kita manusia


Hidup di tengah keramaian masyarakat
Yang punya pelbagai minda
Rasa dan deria
Ragam yang pelbagai
Dan hati yang meminta


Memahami baru difahami
Saya mahu cuba
Cuba untuk memahami


Memahami yang patut


InsyaAllah.
Ameen.

Monday, May 3, 2010

Kamu, bersabarlah!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Lalu, diam itu jugalah penyelesaian paling sejahtera untuk menjernihkan keadaan.
Teringat saya kepada sebuah peristiwa di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.
Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]




Diam bukan mengalah.


Ia cara mencari Rahmah.


Mendekatkan diri kepada Allah.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Sunday, March 28, 2010

Mengharap RedhaNya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

[Mode: sedang bersiap untuk ke sana]

Ini sekadar dedikasi khas untuk kamu-kamu yang mengenali saya..tidak kisah sama ada 10 tahun,9 tahun,1 tahun,1 bulan atau 1 hari..saya tujukan untuk semua. Juga saudara seIslam yang tak kenal saya,tapi kita tetap bersaudara,maka saya juga mendoakan kalian dan ingin didoakan kalian.

Masa yang saya ada tidak banyak,jadi saya menulis ini dalam kecepatan. 
Hanya sekadar mengambil peluang sebelum terlambat.


Dalam setiap masa,detik dan ketika,saya pinta kemaafan dari anda. Jika ada bicara,tingkah laku,sikap , sangka buruk, terumpat dan apa-apa sahaja yang membuatkan anda berkecil hati, terluka, kecewa, hampa dan menimbulkan apa-apa jua perasaan negatif..maafkan saya atas segalanya. Saya tidak sempurna.
Halalkanlah segala hutang yang dipinjam, makan minum yang dibelanja, benda-benda yang terambil..secara sengaja mahupun tidak.
Maafkan.
Jika ada yang mahu dituntut,segera maklumkan pada saya ye.
InsyaAllah

Kepada keluarga saya, mereka yang paling paling banyak berkorban untuk saya. Menulis di sini takkan mampu menyampaikan dan menzahirkan rasa syukur saya dan terima kasih atas segala letih-letih mereka. 
Terutama ibu bapa saya.
Maafkan anak mu ini yang terlalu banyak melukakan. Doakan saya supaya menjadi anak yang solehah sentiasa. 
Terlalu banyak dosa saya pada mereka.
Moga ibu ayah redha terhadap saya. Ameen~
Untuk kakak dan abang saya, semoga kalian kuat dalam menempuh dunia. Ingatlah tujuan asal kita adalah apa? 
Maafkan adikmu ini yang selalu membuat kalian berkecil hati. Mungkin.
Semoga Allah Meredhai kita.


Kepada guru-guru saya,saya mmg tidak mampu membalas segala jasa kalian..terima kasih ats segalanya. Moga saya tidak lupa memasukkan kalian dalam doa-doa saya. .

Tiada kata mampu saya ucap atas pengorbanan dan titik peluh kalian. Mengharap redha dan doa dari para murobbi saya..sangatlah sesuatu yang berharga.
Maafkan anak murid mu ini ya murobbi.


Kepada rakan-rakan saya, jua terima kasih atas kesudian menemani dalam penat-lelah kita, suka duka kita. Kalian semua yang selalu mejadi penyalur kekuatan dari Allah untuk saya. 
Minta maaf dari saya,seorang sahabat yang terlalu banyak kekurangan.


Rakan-rakan LKD,  insyaAllah kita dapat bertemu lagi dalam pertemuan yang seterusnya. Sungguh,mengenali kalian banyak mengajar saya akan erti keikhlasan dan rendah hati.
Semoga Allah redha persahabatan kita.

Ameen ya rabbal 'alameen.

Semoga kita selamat dalam perjalanan yang sangat panjang ini. Kasih Allah bersama kalian sentiasa. Semoga sentiasa sejahtera dalam redhaNya dan keampunanNya.


(saya tak lupa ini..insyaAllah)
T_T

Wassalam.
Doa dari kalian saya harapkan.

Sunday, March 14, 2010

Beza?

       Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Kadang-kadang kamu akan kecewa dengan seseorang
Ada masa kamu akan gembira disebabkan seseorang

Berbagai jalan kamu lalui
Pelbagai fasa dan keadaan akan kamu tempuh
Pelbagai jenis orang kamu jumpa.


"Kamu akan terjumpa si soleh yang aneh, dan si ‘biasa-biasa’ yang mulia."


Hakikatnya,manusia yang kamu jumpa tetap seorang manusia.
Dan tanggungjawab kamu yang paling utama adalah mendidik
diri kamu sendiri.




~luaskan kesempitan minda anda lebih daripada kesempitan dunia~

Friday, February 19, 2010

Kesombongan Yang Sia-Sia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dengan namaNya,kita pohon kekuatan. dan denganNya kita mohon pertolongan. Sesungguhnya hanya Dia tempat manusia bergantung harap,Yang Maha Kuat,Yang Maha Diperlukan.

      Tidak banyak yang saya ingin ungkapkan. Sekadar meyatakan curahan rasa dan hikmah untuk sama berfikir. Sebentar tadi saya membaca blog Kak Mawaddah & suaminya. Saya tidak pernah jumpa pun orangnya,hanya kenal melalui perhubungan maya ini. Namun,ceritanya menyentuh rasa dan hati. Post terbaru mengenai anaknya,mujahid di syurga.

       Hati saya sarat dengan perasaan hiba tatkala membaca butir-butir ayat yang ditulis. Jika pembaca ada masa,bacalah kisahnya,ada saya pautkan di bahagian tepi kanan blog (pautan syeikhah) bertajuk 'Buatmu 'Ukasyah' atau klik sahaja pada tajuk post ini. Hayatilah dengan hati yang saudara/saudari ada.

      Saya teringat kata-kata daripada guru mentor saya dalam SPPM (sistem pentaksiran pelajar musleh) ketika sekolah dulu. Kata-kata yang menyentak hati saya dan rakan-rakan yang ketika itu sedang kalut dengan keadaan sekeliling.


"Ujian yang hebat itu untuk orang yang hebat. Semakin tinggi ujian itu..semakin tinggi (hebat) pula taraf orang yang menerima ujian (jika sabar).."
  

       Membaca kisah Kak Mawaddah,saya mendoakan dia dan suaminya tergolong dalam mereka yang hebat. Ameen..insyaAllah. Sungguh cantik aturan Allah.Selepas ujian hebat melanda,peringatan Allah pula datang dengan penuh kasih sayang. Apabila saya membaca kisah mimpi tersebut, saya juga teringat kata-kata guru naqibah saya ketika sesi usrah,

  
  "Orang yang sudah menjadi ahli Syurga pun merasa sangat menyesal apabila terkenangkan satu saat di dunia dahulu yang dia tidak ingat Allah..."

dan kata-kata lil mujahid syurga itu,


  "“Walaupun ‘Ukasyah ahli syurga, tapi ‘Ukasyah takut sangat tengok orang kena seksa dalam kubur ni Ummi”, bicara ‘Ukasyah pada ummi.


Saya muhasabah diri saya.
Takut juga saya ingin meluah rasa.
Saya fikir,manusia ini memang mudah tertipu.Saya tak terkecuali.
Hanya fikir mengikut kesenangan hati di dunia. Asal hati dan diri rasa senang dan mudah,manusia akan buat. Walaupun perbuatan tersebut melanggar peraturanNya dan tidak selari dengan perintahNya.



Tapi senang itu tidak lama.
Sedikit sahaja,sangat sekejap.
Manusia sekarang tidak bijak seperti Ratu Balqis yang memilih kesenangan yang kekal berbanding yang sementara.
Manusia sekarang juga tidak ramai yang seperti Asiah yang memilih untuk mempertahankan iman walau diseksa dan dicerca suami yang sangat zalim.


Saudara/saudari,kembalilah. Perhatikanlah dengan baik 'bicara'-'bicara' Allah pada kalian. Usahlah lagi bergelumang dengan sifat sombong yang hanya merugikan diri sendiri.


AstaghfiruLLAH,semoga kita kembali padaNya. Kembali pada fitrah semula jadi kita.
Allahummakhtim lana bi husnil khatimah,wala takhtim 'alaina bi su' il khatimah.




(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia .Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!
[89:27-30]

Wassalam.

Friday, February 12, 2010

Sedikit Cuma

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Jumaat,hari yang mulia dan penuh dengan kemuliaan. Dan merugilah siapa yang mensia-siakan masa umurnya.


Wahai jiwa,
bila saat kau sedar kau makin jauh dari Dia,
teruslah rapat kembali padaNya.
Kerana Dia tidak pernah sekali-kali meninggalkanmu.

Wahai jiwa,
dunia ini sangat susah dilepaskan
bagi orang-orang yang mencintainya.
Tetapi dunia begitu mudah dilunturkan
bagi orang-orang yang tahu nilainya.

Wahai jiwa,
jangan masa kau susah,
kau mengingatiNya.
tetapi bila masa kau senang,
kau melupakanNya.

Wahai jiwa,
tenanglah dengan ketentuanNya,
Dia yang Maha Bijaksana lagi sebaik-baik Perancang.
Pengetahuan mu hanya sedikit dan
lebih kecil dari sebutir habuk.


"Hati yang bergantung dengan syahawat terhijab daripada Allah sekadar pergantungan itu."-Ibn Al-Qayyim


Saturday, November 7, 2009

ALHAMDULILLAH hanya padaNya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


AlhamduliLLAH tsumma alhamduliLLAH,dan tiada pujian melainkan hanya padaNya.

"Dia-lah Allah,Yang Menciptakan sekalian makhluk,Yang Mengadakan (dari tiada
kepada ada),Yang Membentuk rupa (makhluk-makhluknya menurut yang dikehendakiNya),bagiNya lah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya, bertasbih kepadaNya segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang tidak ada tolok bandingNya,lagi Maha Bijaksana" [Al-Hasyr:24]

AlhamduliLLAH...Dia telah menciptakan manusia dalam keadaan sempurna,serba serbi lengkap. Apa yang Dia ciptakan,maka itulah yang terbaik dan yang paling baik.Maka,berSYUKURlah dengan apa yang Dia anugerahkan padamu.Saat Allah Menciptakan ,Dia Mencipta dalam keadaan fitrah,suci bersih. Maka berusahalah untuk kembali padaNya dalam keadaan yang sama.

"Dia lah yang Membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yangdikehendakiNya. Tiada Tuhan yang (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" [Ali-'Imran:6]

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik berbuat baik kepada kedua ibu bapanya,
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga hingga akhir menyusukannya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun,(dengan yang demikian)
bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, dan (ingatlah) kepada Aku lah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)" [Luqman:14]

AlhamduliLLAH...lahirnya manusia ke dunia atas pengorbanan seorang ibu menanggung kesakitan yang teramat. Lahirnya manusia atas kesudian ibu yang sudi menanggung kelemahan demi kelemahan. Lahirnya manusia atas kesanggupan si ayah untuk menanggung beban dan tanggungjawab menyara hidup,menjaga dan mendidik.Cukuplah ibu dan ayah kau sayangi sepenuhnya tanpa memberi kecintaan pada yang tidak halal. AlhamduliLLAH...


~ALHAMDULILLAH atas ni'mat islam,iman dan petunjuk dariNya yang datang dari pelbagai arah.~


"Ayanqusud dinu wa ana hayy? Rasanya tak perlu ana tafsirkan maksudnya.Tapi itulah yang sepatutnya berlegar di ruang fikiran kita. Kelahiran kita menyumbang atau menghancurkan Islam?Sedih rasanya jika kehadiran kita,kejadian kita ini hanya membawa kehancuran.Sedangkan kita dijadikan untuk memikul amanah yang SANGAT berat.Akan tetapi masa berjalan dan berjalan tanpa menoleh ke belakang.Apakah sudah ada usaha dalam melaksanakan misi ini?Sama-sama kita koreksi.Atau adakah kita hanyut dengan ombak dunia?Alpa dengan perhiasan dunia yang sementara sehingga mata tidak dapat membezakan antara yang haq dan batil?Ruginya kita jika begitu....."

-coretan ukhti-


Telah ganjilgenap 17 tahun menjadi khalifah,apa yang telah diperbuat untukNya?


Ya Allah,Engkau Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau,Engkau Menciptakanku, aku hamba-Mu, aku berada dalam perjanjian denganMu dan ikrar padaMu semampuku.Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmatMu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku,maka ampunilah aku,kerana sesungguhnya tidak ada yangmengampuni dosa-dosa selain Engkau.




Saturday, July 11, 2009

kuasa FITRAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



TUGASAN QIAM.

Saya masih lagi dihantui rasa bersalah. Bersalah teramat kerana begitu banyak menyusahkan dia. Pagi saya tak tenang,petang lagi tak tenang. Tapi saya cuma mampu tawakkaltu 'alaLLAH, semoga sedikit-sebanyak ada juga kebaikannya. Malam ini kami sama-sama jadi fesi untuk qiam adik-adik f*.Sebagai naqibah. Petang itu....AlhamduliLLAH!semuanya lancar walaupun diakui ada sedikit episod yang agak meresah jiwa,namun..insyaAllah,tiada yang membesar-besarkannya sehingga menjadi masalah yang kronik. Malam itu adik-adik juga kami diberi pengisian tajuk IKHTILAT (pergaulan antr lelaki dan perempuan) . Part paling best ia diberi murobbi(guru) usrah kami yang tercinta.BarakaLLAHU fik ya murobbi.^_^. Malam itu istimewa kerana ada tetamu yang istimewa dan jejak kasih antara orang-orang yang sudah 5 tahun tidak sekolah sebumbung.AlhamduliLLAH~

Malam kami agak sedikitBanyak lewat..pelbagai masalah mula keluar cerita.Sana sini ujiannya bertandang.Takpe madrasati, dugaan-dugaan ini semua yang mematangkan anda kan?tapi hanya bila ia ditangani dengan baik. MOT (Maaf, tOp secreT!) yang begitu menekan-nekan hati dan fikiran. Masalah pelajar yang tidak bertindak matang. Memikirkan ini semua yang menjadi penghalang dalam proses mentarbiyyahkan pelajar, for sure agak pening! "Makin haru...",ungkap murobbi Usrah. Tapi harus yakin ini semua dugaan dan tipu daya syaitan semata.





120- If good fortune falls to you, be it through victory or through martyrdom, they come to be actuated by envy and grieved at heart. If you are befallen with a disaster or wedded to a calamity, they rejoice beyond a common joy. If you be patient and entertain the profound reverence dutiful to Allah, you shall not be hurt by their wicked plots and intrigues. Allah besets them on all sides and He is 'Alimun of all that they do.


Sungguh saya tak boleh nafi bahawa sekolah sangat menagih penawar,memang perlu sentuhan tarbiyyah yang asli dan sohih dari orang-orang yang faqih.Faham apa itu tarbiyyah.Faham apa itu insan Rabbani.Faham apa yang diperlukan dan bukan memberi apa yang tidak perlu. AstaghfiruLLAH...moga MOT,disiplin,tidak matang, salah faham virus 'S****d' juga masalah lain (wallahu'alam) segera selesai. Moga Allah tunjukkan kita jalanNya.


KEMBARA 'BACK & FORTH'


AlhamduliLLAH..pagi agak tenang,masih diberi nafas untuk terus membaiki diri dalam proses islah nafsak wad'u ghairak (membaiki diri dan mengajak yang lain). Proses ini bukan senang dan sambil lewa. Program Qiam diakhiri dengan pemberian hadiah dan ucapan tuan pengarah. Usai program dan di'shoot' (astaghfiruLLAH), kami mengemas sebentar Al-Qa'ah (dewan) yang makin tunggang-langgang.Lumrah bila tiap kali ada event. Terus, kami mulakan perancangan untuk Kembara selepas ada murobbi yang sudi tumpangkan. Walaupun agak awal sejam dari masa yang dijanjikan, tidak mahu pula kami terlepas peluang memanfaatkan kemudahan kereta yang ada.^_O Maka,Kembara bermula bertumpangkan kereta Innova sehingga sampai di hadapan rumah murobbi. Bagai 'hujan dulu sebelum payung disediakan' (peribahasa tak wujud), memang kami sampai agak terawal. Bimbang-bimbang kehadiran menyusahkan murobbi yang mungkin masih sedang prepare untuk kedatangan kami yang sepatutnya sejam kemudian, kata putus...sarapan dulu! Ukhti R letakkan dahulu hadiah dibawanya di depan muka pintu. Kami menghala ke jalan yang membawa kepada 2 simpang.Kiri atau kanan?

Arah badan cenderung ke kanan. Tapi,tiba-tiba langkah kaki terhenti. Di tengah jalan,ada sesuatu yang menanti. Kami gamam sedetik.



"Hah?ada anjing la....".

"Ala,takpe...nanti kita lalu ramai2, anjing tu
pergi je...Selalunya kalau kita buat tak tahu,anjing senyap je lah anti." Ukhti Z bagi solusi.

"Tapi,masalahnya anjing tu duduk kat tengah jalan,kalau tepi jalan takpe jugak. (peluang 50-50)." Ukhti R bantah. Ukhti Z,Ukhti D juga saya tergelak kecil. Arah pusing 180 degree.


:::HIKMAH ITU ADA DI SEBALIK TIAP KEJADIAN:::

AlhamduliLLAH,rencana Allah...jika tadi bertumpangkan Innova,sekarang sebuah van yang begitu familiar. Dalam 0.5/10 perjalanan ke warung,murobbi Usrah kami pula kebetulan lalu. Sebetulnya,murobbi ingin pulang ke rumah yang terletak di area-area situ juga,tapi bila nampak kami...murobbi menyuruh naik walau mulanya kami menolak.thumma AlhamduliLLAH!

"Hikmah kita mengelak anjing eh..?". Saya tersenyum sambil mengangguk.


Rezeki kami di pagi hari itu melalui perantaraan Warung Pak Teh,makanan sarapan utama masyarakat Melayu. Selesai,kami berjalan sendiri ke sekolah untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.Konklusinya, walau ada 2 watak transportation besi dalam kembara ini, akhirnya transportation 2 kaki pinjaman Allah yang menjadi tumpangan kami ke rumah murobbi.AlhamduliLLAH! syukuri ni'mat kaki yang kita ada.AlhamduliLLAH waliLLAHIlhamd.


FITRAH YANG MENENANGKAN HATI.

Kini kami terpacak di hadapan pintu bertepatan dengan waktu yang ditentukan.Senang hati.Hadiah tadi di luar tidak terusik. Kami sepakat untuk tidak beritahu murobbi perihal tadi. Kedatangan disambut dengan senyuman manis dari ibu murobbi kami,juga Farihah* ,anak kecil murobbi berumur * tahun yang terpacul di muka tingkap. Comel. Ziarah kami ini sempena kelahiran anak ke-4 murobbi yang selamat dilahirkan beberapa minggu yang lepas. Murobbi sajikan nasi goreng,keropok dan air teh untuk kami. MasyaAllah,rezeki bertandang lagi. Disebabkan perut agak sedikit penuh,kami menjamah dengan kuantiti yang sederhana. Tapi,masakan murobbi alhamduliLLAH,sedap!~

Sebaik diletakkan 'bungkusan selimut dan kain' di atas katil,hati kian berbunga-bunga.Terus tidak sabar,terus berdebar. Bungkusan dibuka,kelihatan bayi kecil bergerak-gerak dengan pergerakan terbatas kerana dibedung. SubhanaLLAH! hangat mengalir rasa kasih dan sayang,menjalar dalam tiap urat nadi.Senyuman melebar terukir,masing-masing tidak sabar ingin mendukung. Wajah suci dan mulus bayi kami tatap.Rasa ketenangan meresap ke dalam jiwa...ketenangan semacam ini yang dah begitu lama tidak menjengah hati-hati kami yang sering tersilau dengan hal dunia..SubhanaLLAH walhamduliLLAH wa la ilaha illaLLAH waLLAHu akbar!Ketenangan itu dari ALLAH.


KUASA FITRAH

Tiap-tiap dari diri manusia lahirnya dalam keadaan fitrah.Suci,bersih dari dosa.Ya,seperti bayi. Menatap wajah bayi suci itu,timbul rasa malu dan rindu dalam diri. Rindu pada fitrah yang dahulu kita miliki secara total waktu masih bayi.Hakikatnya, fitrah itu memang sentiasa berada dalam diri kita,sepanjang masa...cumanya KABUR dan KABUS ditutupi dosa-dosa yang dilakukan. Itu yang menyebabkan fitrah kita tidak tertonjol seperti mana seorang bayi,tidak menang melawan nafsu. Sedih?Saya sedih.
Malah seorang yang soleh,punyai hati yang baik dan rapat hubungannya dengan Allah,apa yang ada dalam hati mereka menjadi cahaya yang memancar pada wajah dan jelas dilihat oleh orang yang memandangnya. Sampaikan cukup dengan memandang wajah mereka,seseorang mendapatkan keuntungan yang besar.

  • Yunus bin 'Ubaid di Basrah pernah berkata, "Setiap orang yang melihat Hasan (al-Basri) akan mendapat manfaat meski ia tidak melihat amal ibadahnya atau mendengar ucapannya."
  • Imam Malik di Madinah mengucapkan, " Setiap kali kurasa hatiku keras,aku pergi kepada Muhammad bin Al-Munkadir.Aku memandangnya sekali, lalu mengambil keuntungan daripadanya berhari-hari."

Sampai waktu,kami sedia untuk berjalan pulang semula ke sekolah.Menggunakan ni'mat kaki yang Allah pinjamkan.AlhamduliLLAH. Terasa berat hati meninggalkan murobbi,rumah murobbi juga cahaya FITRAH jelas yang berada di situ. Lepas bersalaman,kami melangkah keluar dari pintu pagar rumah.

"Bila tengok baby tadi,ana lupa langsung segala masalah2 kat sekolah.Masalah
pagi tadi.. tertumpu pada bayi tu je."

"kan?itulah...rasa macam masalah2 semua terbang melayang.Rasa tenang sangat...sejuk." Ukhti Z sokong.

"rasa bahagia sangat.Itulah kuasa fitrah."



    Tergerak hati menoleh ke belakang,kelihatan Farihah dan abangnya sampai melambai-lambai kami dari luar rumah.Kami melambai balik sepenuh perasaan.Gembira.Sayu.Sedih.Bersyukur.Berharap.Semuaanya teradun.Rupanya dosa-dosa yang membuat saya tidak merasa bahagia selama ini. 'ALLAHUMMA INNI DHO'IFUN FAQOWWINI'

    Wallahu'alam.

    *nama-nama watak,juga warung telah diubah untuk menjaga identiti sebenar mereka.Harap maklum.

    :::ShareThis:::

    Tanya-tanya.