BerDIRI tatkala dunia memBUNGKAM.BerDIRI ketika manusia lain memBERATI.BerDIRIlah dalam kalangan orang yang berDIRI!
Thursday, December 22, 2011
Monolog Malam
Monday, November 7, 2011
Lahir & Mati
Saya menuruni tangga bertutup marmar putih berkilat dengan senang hati. Penuh teliti agar tiada langkah yang silap. Keropok 'Buggle' sudah bertukar tangan. Saya kembali kepada 'hati-hati yang kental', khusyuk bersentuh dengan empuk-empuk sofa. Kehadiran saya disambut dengan kesunyian. Kesenyapan. Hanya beberapa pergerakan di atas sofa menangkap pandangan saya. Semua menuju kepadanya, sebahagian lagi menunduk ke bawah.
terus senyuman saya undurkan. Minda berfikir apakah yang telah berlaku.
Bukankah baharu sebentar tadi kita ceria dan gembira?
********
30 minit sebelum~
Kesejukan hampir menyelubungi satu badan. Walaupun ia belum sampai tahap sejuk berdarjahkan satu angka, kesannya sudah terasa. 3 pasang mata terus menyelusuri jalan-jalan di perbukitan,menikmati kehijauan yang jarang-jarang dapat dinikmati di bumi berpasir ini. Kereta pacuan 4 roda terus menggeser tar-tar hitam, menembus udara-udara sejuk yang menampar-nampar.
Saya menceritakan perbualan di telefon sebentar tadi kepada si driver setia.
"eh,...bila hari lahir awak?" , tanya si driver penuh innocent.
Saya menjawab sambil diiringi gelak kecil. Rakan di belakang meng-iya-kan jawapan saya.
Selain saya, ada 2 orang lagi yang join the club. Seven-eleven.
"oh..yeke?..emm..tak cukup ukhuwwah lagilah kita ni."
semangat mereka ingin membeli kek. Tetapi akhirnya tak jadi sebab tiada pilihan yang berkenan.
Kami meneruskan perjalanan melalui lorong-lorong yang sedikit simpang-siur. Ala-ala Cameron Highland.
Alhamdulillah selamat tiba di perkarangan rumah mewah sementara itu. Terus disambut dengan cerianya oleh hati-hati kental yang sedari tadi bekerja menyediakan satu ruang yang bersih dan kemas untuk hati-hati lain datang bertandang. Kesian, semuanya menahan lapar. Rezeki dari Allah telah datang. =)
Seketika masa menikmati pembekal-pembekal nutrisi (err..jajan bagi nutrisi?) untuk sekujur tubuh terus bekerja. Gembira dan gembira. Tapi, memang manusia ini diciptakan dengan fitrah bukan? Tidak sesaat mahu dibiarkan terlarut dek pesonanya rezeki-rezeki dunia. Pasti ada naluri hati yang menyentap buat mereka yang mahu berperang dengan diri sendiri. Bak kata pakcik Ar-Rasyid;
"Tenang dalam diamnya,tetapi lebih jelas dari orang yang berbicara.Bila diamnya terlalu lama,tergugahlah ia oleh keharusannya untuk bergerak."
[masyaAllah...suka sangat quote ini]
[syurga tidak bisa digambarkan..] |
Dan di sudut itu, saya melihat jiwa-jiwa yang merendah. Merendah hati pada manusia, tetapi tinggi sekali di sisi Allah. InsyaAllah.
Orang yang kata tiada ilmu berkongsi,
orang yang kata ada ilmu berkongsi,
orang yang rasa-rasa macam kurang ilmu berkongsi,
orang yang rasa-rasa macam banyak ilmu tapi tak faham sangat berkongsi..
hati-hati saling mengenal apa yang dirasa bersama, sehingga si driver melontar suatu persoalan
"siapa nak share perkara paling manis dia pernah lalui tentang pengorbanan? eh..maksudnya cerita pengorbanan yang dia rasakan..."
bila respon yang lain semua sunyi, si driver memulakan dulu. Pada saat itulah, suasana menjadi sunyi, Penuh kesenyapan. Hanya tangan yang mengesat menggambarkan kisah. Baharu saya tahu, pada hari raya kedua aidiladha merupakan ulang tahun pemergian bonda si driver. (saya juga tidak cukup ukhuwwah lagi dengannya.) Tangisan mengiringi ceritanya. Kisah yang datang dari hati, turut mengesan 'hati-hati kental' yang lain untuk merasa kesedihan yang sama. Tingginya pengorbanan ibu si driver digambarkan dari air matanya yang mengalir laju.
walaupun si driver tidaklah menceritakan penuh terperinci, tapi cukuplah ayat "kita ada kat sini pun dari pengorbanan mak ayah kita..banyak sangat diorang dah korbankan..". Si driver yang sangat charismatic dengan sifat ceria dan popular sanguinenya, kini membuat saya haru. Merasa bersalah pula, baru sebentar tadi ceria-ceria bercerita birthday2...tidak tahu hari ini juga merupakan hari sedihnya. Tabah sungguh si driver setia, meredah penat hari ini sedangkan malam semalam berlenguh-lenguh kaki dengannya dari Hijazi ke Syimali hampir satu hari.
*****
benar..tiap-tiap tahun kita mendengar berbagai tazkirah, ceramah AidilAdha,..mengupas dengan hebat kisah agung Nabi Ibrahim a.s dan anaknya. Tiap-tiap tahun, bertukar-tukar ustaz/ah kita dengar. Berganti-ganti masjid dan dewan kita pergi.
apa yang kita tahu mungkin akan pergi dan hilang,
tapi apa yang kita lalui..selalunya akan melekat sampai bila-bila.
itulah beza orang yang diberitahu dan kata faham
dengan orang yang merasa sendiri dan kata faham.
kisah Nabi Ibrahim serta Ismail a.s anaknya bukan hanya berputar pada cerita yang sama, ('penyembelihan' Nabi Ismail yang akhirnya diganti dengan seekor kibasy),
tetapi LEBIH dari itu...
* rujuk surah Al-An'aam (antrnya).
Alhamdulillah, di tarikh hari lahir saya ini...
banyak pula tazkirah berkisar kematian yang diberi (plus tazkirah lepas zohor tadi),
antara bahagia dan teruja dan takut dengan risau,
saya semakin mendekati saat pertemuan denganNya.
rasa terima kasih tak terhingga pada ibu ayah yang melahirkan dan membesarkan saya. Eh...adik-beradik yang membantu membesarkan saya. Juga orang-orang di sekeliling yang melengkapkan hidup saya.=)
Doakan semuanya kheir lillahi taala.~
^_^
Perbukitan Ajloun,
Jordan.
tengahari + petang
Sunday, October 30, 2011
Kita Fakir Sangat
Ketika saya masih berada dalam fasa sekolah rendah + menengah rendah, saya agak rajin menggunakan diari. Semua benda saya akan cerita dalam tu. Conteng sebanyak mana, semahu saya nak tulis apa..tulis sahaja. Tiada yang tertapis. Tapi yang dikatakan rajin tu..takdelah rajin mana sangat pun.Sebabnya diari tu saya guna dari tahun 2003 sampai 2010, tapi masih tak habis2 lagi sampai sekarang. Erk...maksudnya tak selalu pun saya mencoret dalam diari..bila rasa semangat je, baru tulis. Sebab bila dah banyak coretan, bila buka balik..bukan untuk menulis yang baru, tapi membelek-belek yang lama.
7 tahun kemudiannya, dengan tak tersangka-sangkanya..saya bertemu jejak kasih semula dengan sahabat-sahabat di JB dulu dalam suatu *tut* di Jeram. (hehe) Sebelum itu hanya berbalas-balas surat (bukan emel yeh!) dan gambar...tak sangka akhirnya berada di hadapan mata. Perasaan saat tu memang riang gembira dan penuh kesyukuran. Segala puji bagi Allah. Tak pernah tersangka langsung nih~
Ok, apa sebenarnya saya nak cerita panjang-panjang ni???..macam
Tiada apa, ini sekadar sobah[baca: pemanas] mata untuk pembaca. Hehe..
kredit |
Dalam tempoh jejak kasih pertama itu, kami banyak terkenang zaman kecik-kecik dulu..dan seorang sahabat baik saya berkata;
"dulu masa kecik-kecik ana kawan dengan nti pon..sebab masa tu ana rasa, nti kuat.Haha..."
Hoh? apa maksud kuat di situ? Sahabat saya maksudkan kuat itu dari segi kuat boleh protect dia. Eh,..yelah kan biasa kalau zaman kekanak ni selalunya akan gaduh-gaduh semut dengan kawan, sorok-sorok pencil box dan nanti salah satu pihak akan melemah dan akhirnya........orang lain akan menutup telinga. Emph. Tetapi saya pula ketika itu adalah jenis yang agresif sikit. Agaknyalah kot..Kalau gaduh, saya biasanya akan melawan hingga akhirnya memastikan saya menang..Eisy!~ (walaupun sebenarnya saya agak kememeh la dulu..hmm....)
Saya tak tahu...
andainya sekarang ini orang-orang melihat saya sebagai orang yang kuat (kuat hati dan perasaan). Mungkin ya, mungkin tidak. Masa zaman sekolah menengah,cikgu mentor pernah berkata pada saya dan rakan-rakan;
"Antunna ni tunjuk je ntunna ni kononnya kuat..tapi sebenarya lemah. Emosi~..dah, keluarkan jelah apa yang ntunna rasa.".
tetapi, ..mungkin ada orang-orang di sekitar kita melihat kita ni macam cool je. Segala yang kita lalui, kita dapat tangani. Semua yang susah, mudah untuk kita lalui. Everything is okay for me. Study ok, kerja-kerja lain pun macam ok je. Tapi, gejolak dalam hati...fuhhhh.. Actually,kalau bagi saya, tidak semua yang saya lalui adalah mudah bagi saya. Memanglah, semua orang tahu ini kan? Asas. Hidup kita tak sentiasa dihiasi perkara-perkara yang kita suka. Malah, kerisauan selalu juga meziarahi kepala saya.
MANUSIA BIASA
kita hanya insan biasa yang penuh dengan kelemahan dan lompong-lompong.
Bila dalam kepenatan, pastilah terasa mahu orang bagi semangat. Bila kering, nak orang bagi nasihat pembasah hati..dan segala rasa-rasa perlu oleh seorang manusia bila dia dalam situasi yang tidak kena. Fitrah manusia mahukan perbaikan bila sistem dalam badan tidak function secara sepatutnya. Bila demam, kita akan berpeluh untuk turunkan suhu badan. Bila nervous/panic, darah akan dipam secara lajunya untuk memberi oksigen pada anggota lain agar dapat bertindak di waktu kecemasan (heh, perkongsian ukht JUST =] ).
Begitu juga hati dan fikiran seorang manusia, hati dan fikiran saudara kita.
Perlu dihulurkan pertolongan deh.
Lebih-lebih lagi mereka yang kita tahu kepenatannya berkisar hal besar itu.
استغفرالله العظيم
Maka saya menyalahkan diri sendiri atas kurang kecaknaan saya pada orang lain, juga pada diri sendiri. Kadang-kadang, memang tunjuk kuat lebih...tapi last-last diri juga merana.
Bila kita rasa kita mendapat perhatian dan kecaknaan lebih dari seseorang, kenapa kita tidak pernah terfikir untuk mengajak ukhti kita sekali dalam kelegaan kita itu? mungkin kerana menyangkakan
Ingatlah, dia seorang HAMBA juga seorang MANUSIA. Takkan perasaannya berbeza dari kita?
muhasabah mode~
simpulnya, kekuatan itu hanya Allah yang bagi.
Jangan tamak, jangan kedekut.
Kita semua fakir padaNya. =)
Bayt Ar-Raqaiq,
7:34 am.
p/s: tapi, tak salahkan kalau kita cuba untuk menjadi kuat? =)
p/ss: esok birthday insan yang paling cakna pada saya sebelum saya wujud secara sempurna atas planet bumi ini. ^_^
Thursday, October 20, 2011
jiwa yang terus hidup
"Cepat2...tanda kita bersyukur"
"mengapa engkau solat sampai bengkak kaki, ya Rasulullah? Sedangkan Allah Mengampuni dosamu yang telah lalu dan kemudian."
"tidakkak layak aku menjadi 'abdan syakura (hamba yang bersyukur)?"
p/s: sape2 ada tips nak cegah 'mata dari mengeluarkan bagasinya'? 0_0
Tuesday, September 27, 2011
Taujihaat Ringkas di Petang Hari
"Aisya, dah buat isbat tolib tak?"
"belum lagi..[dia] dah buat ke?"
"belum jugak..ingat nak terus pergi lepas kelas ni. Bolehlah, kita pergi sama-sama..=)"
"em...alamak, sebenarnya aisya ada kerja nak kena buat lepas ni.Takpelah, [dia] pergi dulu.."
"Oh yeke,,takpe je...bagi hawiyah Aisya, nanti [dia] boleh buatkan.."
"Boleh ke kalau orang buatkan? bagi hawiyah kat [dia]?.."
"boleh je rasanya...hari tu [sahabat dia] buat jugak utk orang lain."
"oh ok....tapi, kesian pulak [dia] kena buatkan utk aisya.."
"eh, takpe je...ok je. "....
Beberapa minit, beberapa orang pelajar Arab keluar dari kelas sambil membawa buku. Heh, itu indikasi kepada dukturah tak hadir. Selepas betul-betul confirm bahawa pensyarah tidak masuk ke kelas masa itu, dan semua student lain juga mula meninggalkan kerusi-kerusi, baharulah kami benar-benar yakin untuk keluar kelas.
"=) Ok, kalau macam tu, bolehlah Aisya pergi buat isbat tolib dengan [dia].."
***
mederap kaki menuju ke qobul tasjil, sambil berpapasan dengan pemuda-pemudi Arab (yang ramai)..di tengah suasana yang agak sedikit panas, memang bukan suatu suasana yang digemari. Tapi petang itu seolah suasananya bukan seperti itu. Khusyuk menyambung cakap dan perbincangan di kelas yang terputus di kelas tadi. Jujurnya, petang itu perasaan saya amat berat .Bagai ada sesuatu yang saya tidak settlekan di hati.
dan ketika kami hampir kepada pintu bangunan, dia katakan pada saya..
"aisya...aisya tau tak, masa [dia] mula-mula sampai hari tu..tak tahu perasaan macam mana. Lepas tu, [dia] bukalah Al-Quran, nak baca....dan cantik-cantik je betul-betul tilawah yang [dia] baca terkena dengan situasi [dia] waktu tu. MasyaAllah..Allah memang tahu hati kita dan keadaan hamba-hamba Dia. [dia] pun tak tau nak cakap macam mana aisya..."
saya mendengar sambil keterujaan penuh di hati. Teringin sekali tahu apa yang Allah 'pesankan' pada dia.
"ayat pasal apa yang [dia] baca tu?"...
"[dia] tak ingat surah apa ayat berapa...tapi ayat tu sebut pasal infaq. Allah kata " apa sahaja yang kamu infaqkan pada jalan Allah, sebenarnya untuk diri kamu sendiri..".."
Luruh hati saya mendengar tuturan sahabat tercinta saya itu. Rasa berat yang baharu sebentar tadi saya rasakan..langsung hilang, dan hati terasa sangat lapang. Lapang kerana dapat ceritakan kerisauan saya kepada dia..jadi makin fully lapang bila apa yang Allah 'pesankan' pada dia itu saya turut dikongsi untuk merasa bersama.
Benar,
bila difikirkan apa sahaja yang kita buat ikhlas lillahi taala, walau selelah mana pun, walau sepenat, berkeringat-keringat mana pun...hasilnya adalah pada diri sendiri.Asalkan kholis untuk Allah sahaja.. Andai penat-penat buat jahat atau kerja yang kosong, pulangannya juga adalah pada diri sendiri. Selalu orang bercakap-cakap dan pelik bagaimana seorang itu sanggup berpenat-lelah untuk orang lain? Ketahuilah, zahirnya kita nampak orang lain yang mendapat habuannya, tapi hakikat yang kita selalu tak nampak..sebenarnya saham kita lagi tambah berganda.
Infaq juga tak semestinya dengan harta kan? ilmu, tenaga, fikiran...boleh juga jadi sesuatu yang kita 'infaq'kan.
terlayang ingatan saya pada sebuah kata-kata ketika zaman sekolah dulu ketika sesi dengan mentor SPPM,
Allahu akbar wallilahil hamd! juga masih dan terus berharap tembakan doa dari anda...
p/s: makin kita memberi, makin kita kaya. Hipotesis ini diterima tak?
Jazakillahu khair buat [dia], saya yakin kamu bakal jadi peribadi yang hebat. InsyaAllah~ =)
kamus;
isbat tolib: pengesahan pelajar
hawiyah: kad pelajar (macam kad matriks)
qobul tasjil: pejabat untuk urusan mendaftar dan etc.. (terjemahan panjang..hehe)
Bayt Ar-Raqaiq,
Irbid, Jordan.
Thursday, September 15, 2011
Tempuh Baru
Tuesday, August 23, 2011
23 Ramadhan 1432
Alhamdulillah….alhamdulillah~.. ramadhan makin hari makin berlalu. Tak sedar sudah angka yang ke-23. Alhamdulillah…semoga dapat melalui baki-baki Ramadhan dengan lebih efektif dan melaju dalam amalan. Ya Allah, astaghfirullah…rasa sedih pula lebih-lebih sekarang sedang hujan. Menambah feel itu..
Sejak 12 hari yang lalu saya sudah menapak ke Malaysia. Bumi tanah air saya. Bumi yang terlalu banyak..paling banyak mencoret sesuatu buat saya. Hehe..mestilah, dah saya tinggal di Malaysia. Bersyukur masih berpeluang menatap kehijauan di sini..Allah, banyaknya Engkau kayakan bumi ini dengan pelbagai benda. Air yang banyak, pokok-pokok hidup segar, bangunan merata- rata…satu sudut yang agak berbeza dari bumi Urdun sendiri. Bila dah melihat tempat lain, baru terasa syukur dengan nikmat yang kita ada. Manusia, manusia….:(
Tapi…dalam hati kerinduan saya pada Ramadhan di Urdun tetap ada. Suasananya yang tidak ada di Malaysia…ada, tapi jarang tertonjol. Basically, sebenarnya semua tempat ada keistimewaan dia masing-masing. Bumi ini kan Allah yang punya..dan Allah Maha Adil dalam menempatkan sesuatu mengikut kiraanNya. =)…so, tiada mana yang lebih pada tanah, hanyasanya terletak pada nilaian orang yang mengusahakan dan memberi nilai pada tanah.
Ramai kenalan dan rakan-rakan yang setahun lebih saya tidak jumpa..alhamdulillah, akhirnya mata saya bertemu mereka. Akhawat2, muallim/muallimah yang tak terkata kerinduan saya pada mereka…Alhamdulillah, rasa dah tak tau dah nak ekspresskan macam mana perasaan ini. Ini baru setahun, kalau bertahun-tahun macam mana?
Berpijak kembali ke bumi tempat saya menimba ilmu zaman sekolah dulu ..terkelu lidah saya dengan rakaman memori pahit manis yang terlalu banyak. Terlalu banyak. Sangat rindu zaman sekolah, walaupun memang banyak je buat salah..tapi dari situ saya banyak belajar benda. Belajar dari kesilapan yang entah apa-apa, walapun kadang-kadang malu bila terkenang balik. Betul, malu..=.=.
Saya dapat ramai 'anak-anak sedara'….dahulu yang bujang, sekarang sedang mengendong bayi di tangannya. =). Adik-adik junior dahulu yang masih bermain-main, sekarang saya nampak kematangan mereka. Terharu..mereka sudah dewasa. Proses alam ini benar- benar membuat saya rasa….masyaAllah, kerdilnya saya. Saya tidak mengawal semua ini, tapi Allah yang Menyusun semuanya. Dan saya hanya pemerhati pada sunnahNya. Masa akan berlalu dan ke depan, tak akan pernah berpatah balik ke belakang. Tanggungjawab saya terlalu banyak. Tanggungjawab kita terlalu banyak. Maka sangat mengharapkan huluran anda untuk memapah saya.
"Cuti" saya di Malaysia tinggal beberapa hari lagi…sungguh, banyak benda lagi yang tidak tertunai. Awalnya, memang saya agak 'mencair'….ah, baru sekejap testing me'rasa' di medan sebenar..sudah mahu cair. Maksudnya, tak cukup lagilah tu…degree celcius untuk capai tahap solid. L.
Allah, semoga saya diberi kekuatan sangat-sangat untuk lalui hari-hari yang bakal mendatang.
Terima kasih Allah beri kasih sayang yang banyak pada saya..sangat-sangat mengharap agar kasih sayang ini takkan pernah putus atau pudar kerana perbuatan saya sendiri.
Surau Al-amin Bangi,
9:54 am. Malaysia
Tuesday, August 9, 2011
8 Ramadhan 1432
"air tamar hindi free.." (dalam bahasa Arab la).
Tuesday, August 2, 2011
RKI
Raut-raut ketensionan mula timbul dengan jelasnya.
Angkat muka pada orang pun kita tak mahu..senyuman hambar kelat amat.
Orang tegur, kita senyap.
Bagai seluruh keyakinan kita pada Allah dalam doa-doa kita yang banyyaaaaaakkkkkk sebelum ni hilang begitu sahaja. Husnu-zhon [baca: bersangka baik] kita pada Allah terpadam dengan emosi-emosi celaru. Dan kita berputus asa...menjadi seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah). Tiada lagi rintihan dan rayuan hamba lemah pada Penciptanya yang Maha Kaya..
Irbid, Jordan.
Wednesday, July 20, 2011
Kata " L"
" You alone cannot change the world "" Awak seorang tidak boleh mengubah dunia "
Tuesday, June 28, 2011
Tidak cukup lagi.
"Tak cukup dengan slogan, kita PERLU pada kerja tarbiyyah yang berterusan, demi tujuan pembaikan itu." klik
Friday, May 27, 2011
Learn from the unusual.
sudah mahu masuk 19, ya Allah..
"akak, Macam mana saya nak buat ye?.." dan dia terus bercerita.