kepada Allah dan terhadap makhlukNya.Kenalilah kemampuan dirimu sendiri dan
rendahkanlah hatimu.Awal kejadianmu adalah air mani yang kotor dan hina,manakala akhir dari kehidupanmu adalah bangkai yang terbuang....."
-Al-Sayyid Syaikh
Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani.
Jangan sombong wahai diri!Jangan sombong.Kadang-kadang mungkin engkau bisa terfikir bahawa engkau mampu buat segalanya.Engkau mampu selesaikannya sendiri.Engkau menganggap ia mudah....walhal ia tidak semudah yang engkau sangkakan.Padahal ia bukan dapat dicapai oleh jalan 'shortcut' yang engkau cipta sendiri.Lupakah bahawa segala perkara dalam lingkungan takdirNya?Lupakah engkau bahawa Dia Yang Maha Berkuasa Menentukan segalanya?Lupakah bahawa Dia Al-Muqtadir??Maka...tiada kekuatan melainkan dariNya.Jka engkau tidak berusaha,kemudian Allah memberi kemenangan padamu..adakah engkau mampu menerima kemenangan itu??,jangan sombong wahai manusia!Jangan sombong wahai diri!
*>>>*Manusia sering memasang angan-angan.Jangan kata tekad..azam,cita-cita malah wawasan pun sudah difikirkan.Tapi sayang,..sering harapan memuncak,tetapi usaha tidak setimpal mana.Alhajatu tufattiqu alhiilah!(keazaman diikuti dengan usaha).Ibaratnya seorang pemain ice hockey.Memang bagi stp pemain mengimpikan sebuah kemenangan.Anggapkan sahaja mahu mendapat trofi.Persoalannya.....pernah lihat tak pemain yang main dalam 10 minit je gitu,kemudian dye duduk di bangku,tiba-tiba dia dapat juara?Tidak..tapi untuk mendapatkan kemenangan tersebut ,pemain itu haruslah turun ke gelanggag,mengharungi permukaan ais yang licin yang bisa buat org terjatuh,berusaha merebut bola dari lawan...berusaha untuk memukul bola masuk gawang walaupun ada sang 'goalkeeper' menanti.Kemudian baharulah...memungkinkan kejayaan itu hadir padanya.~ini sekadar aircond pemanas.~
69. dan orang-orang Yang berusaha Dengan
bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah
berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.(Al-Ankabut)
---Seorang mu'min itu orang yang cerdik,begitu sabda Rasulullah s.a.w.Ya..cerdik dalam segala hal.Cerdik dalam menyelesaikan masalah..kerana orang Mu'min itu punyai Al-Fattah!Cerdik dalam berhujah..kerana orang Mu'min itu punya Al-Mubin!..Lantas,seorang Mu'min itu sepatutnya seimbang ...atau tawassut.Sederhana.Tidak kurang..dan tidak terlebih.Sama juga dalam hal pelajarannya.Nah!ini yang saya cuba bawakan...Kesibukannya dalam perkara yang lain sepatutnya tidak mengganggu hal2 yang lain.Misalnya seorang yang bekerja part-time tapi pelajarannya sedikit pun tidak terganggu....Sidang pembaca,lihat sahaja pada para sahabat.Kisah yang selalu kita dengar di telinga,tapi mungkin tidak di hati.Mari...
- Abdul Rahman bin 'Auf ..seorang peniaga yang Allah limpahkan harta yang banyak padanya.SubhanaLLAH!Tapi langsung Abdul Rahman tidak mengacau kerja-kerja da'wahnya.
- Imam Abu Hanifah..antara Imam mazhab yang terkemuka.Tapi Imam Abu Hanifah juga adalah seorang peniaga....tapi tidak mengganggu akan kerja-kerja tafsirnya,pencarian hukumnya,malahan..sangat teliti.
Itu generasi Syahadatain yang sangat hebat!Sangat mantap!..Berbalik pada tadi,spertimana kerja tidak mengganggu da'wah,maka da'wah juga tidak mengganggu kerja-kerja yang lain.Tapi saya nyatakan di sini,skop yang ingin dibicarakan sebenarnya bukanlah tentang da'wah dan kerja....tapi tentang keSEIMBANGAN urusan dalam hidup seorang Muslim itu!Terlayar ingatan saya pada serangkap kata seorang penceramah.,tidak ingat ucapannya,tp penafsirannya lbh kurang mcm ini...
'Sekiranya kalau seorang Muslim itu kerja
dia tak buat ..dia belum lagi seorang yang benar-benar Muslim yang
berjaya.'
---Terkadang insan hanya menanggap satu benda sahaja yang penting,sehingga terabai yang lain.Tidak...sbenarnya semua benda adalah penting.Andaikata lah seorang menganggap bahawa belajar EST tidak membantu dalam da'wah...maka itu suatu yang salah!Mungkin sekali pandang..'haa?apa kaitan techonolgy2 ni dengan nak Islahkan orang?'...ada kaitan sama sekali sidang pembaca. Sekiranya seorang Muslim wa Mu;min dalam bidang EST ataupun panjangnya English for Science & Techonology,..dalam era teknologi kini,sudah tentu ia mampu membuka mata dunia!Apatah lagi,dia adalah seorang Muslim wa Mu'min...dan tidakkah ini akan mnarik minat sang mad'u?untuk lebih mendalami Islam.Di situ,ada 2 kebaikan padanya...kejayaan di dunia dan kejayaan untuk agamanya sendiri...Qad aflahal Mu'minuun...Tidakkah ia juga membantu dalam agama ALLAH?Ihfazillaha yahfazka!Jadi,jangan SoMBoNG wahai diri.!---Belajar juga penting---*<<<*
Imam Syafie mengatakan 6 syarat untuk menuntut ilmu. Cerdik,SUngguh-sungguh,rajin,kena cari,berkawan dengan ustaz (org soleh/ahli ilmu)..dan ia masa yang panjang. Termasuk juga meninggalkan perkara2 yang syubhah.Itu kata seorang Imam besar!.Imam Ghazalie ;
"Kamu tidak akan mendapat sebahagian dari ilmu sehinggalah kamu membri
keseluruhan dari diri kamu........barulah kamu m'dapat sebahagian dari ilmu
Allah.." wallahu'alam.
//Cubalah untuk berusaha..dan
berusahalah untuk cuba.Ikhlaskan dasar niat mu.Kerna jika bangunan
bergoncang,tapi dasarnya pasak dan teguh,maka tentu ia dapat
tampung!//
59. "Selain dari kematian kita Yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?"60. Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan syurga) Yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan Yang besar.61. untuk memperoleh (kejayaan) Yang seperti Inilah hendaknya orang-orang Yang beramal melakukan amal usahanya Dengan bersungguh-sungguh (di dunia).(Ash-Shaffaat)
++berusahalah sungguh-sungguh dalam setiap hal dan saling
mengingatkan anatara satu sama lain &...jangalah sombong pada dirimu,pada yang lain apatah pada
TUHANmu++