Pages

Monday, October 8, 2012

Selepas Semuanya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah thumma alhamdulillah~

Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang Mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan Mu

~melodi yang beralun sama petang ini :)~

Kata ukhti;
"Allah akan menguji pada titik kelemahan kita"

sejak dari hari pertama saya menjejakkan kaki semula ke Jordan, selepas 3 bulan, hati ini entah berapa kali cuba digagahkan. Keadaannya bukan main 'berlambat-lambat'. Perasaan hubb-dunya (cinta dunia) itu saya rasa seakan menguasai. Tapi saat pertemuan muhasabah bersama teman-teman, gelisah itu makin hilang, sudah tentu selepas mencurah-curah air mata ini mengalir.

pelangi memang takkan sentiasa ada menemani dada langit. Untuk pelangi muncul semula, perlu ada panas, mendung, angin kuat dan hujan. Ada kalanya, sangat terasa letih dengan segala perjalanan dan hari-hari, yang memang 'paksa' menguatkan diri untuk melaluinya. Rasa tidak kuat. 'Bukan aku orangnya yang sanggup melakukan semua ini'. Ada kalanya, 'cemburu' melihat bagaimana boleh dia bergoyang kaki dan senang lenang berfikir? Aktiviti rutin penuh perkara yang digemari, enjoy sungguh menjayakannya sehingga bosan, dan terus sambung sambung sambung. Dalam hati terlintas idea-idea yang sungguh tidak bernas, pada pandanganNya. Na'3udzubillahi min dzalik~



“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui” 
( Ar-Rum:64 )


Tempoh hari ketika dalam penerbangan dari Malaysia ke Jordan, saya cuba mengisi masa di dalam flight dengan menjadi nostalgist. Eh. Saya ingat kembali peristiwa dulu, dan segala yang berlaku sehingga saya telah 'tercampak' dalam gerabak tarbiyyah ini. Saya catatkan perkara-perkara pahit, manis, kelat, masin dan secukup rasa, sejak dari saya tadika sehinggalah habis sekolah menengah. Sebenarnya, setiap kali saya merasa lemah, saya akan merenung kembali kelebihan-kelebihan dan anugerah Allah yang sepatutnya saya syukuri sesyukur-syukurnya. :'(

di saat itu, saya akan ter'spark'..
selepas semua yang Allah aturkan untuk saya, tidak mudah untuk saya sewenang-wenangnya menyerah kalah pada ujian dan bisikan nafsu. Betul kan? Agak bergenang air mata bila cuba menyingkap apakah sebenarnya hikmah yang Allah nak beri ini??  Kerana ada masanya, memang kita sangat rasa diri tidak mampu untuk menerima yang ini, yang itu...satu selesai, datang pula yang lain menguji dan terus menguji. Mengambil dan menuntut segalanya dari kita. Masa, tenaga, fikiran, perasaan ,.....oh, letih!~

mari cuba, luaskan minda pula... luaskan kronologi.
Kronologi yang tidak dihadkan hanya dari usia kita lahir sehingga habis sekolah menengah,..tapi mula saat Rasulullah lahir sehingga saat sekarang ini. Kalau mampu, kronologi sejak Allah Menciptakan nabi Adam, dan meninggikan darjatnya dari seluruh makhluk, dan manusia adalah sebaik-baik makhlukNya.
Pasti banyak sungguh yang telah Allah berikan pada kita. Allah kurniakan pada kita. Allah lebihkan pada kita.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. 
(Ali 'Imraan:110)


bila banyak kali jatuh, jangan berhenti untuk bangun.
walau ia sangat menyakitkan. 
sebentar sahaja lagi, akan rasa seolah tidak pernah terluka~ :)
(proses menghadam kata-kata ini T.T)



Ya Allah,
sesungguhnya aku sangat lemah, maka kuatkanlah aku.
Ya Allah, 
sesungguhnya aku sangat lemah, maka kuatkanlah aku.
Ya Allah, 
sesungguhnya aku sangat lemah, maka kuatkanlah aku.


Bayt Israa,
Irbid, Jordan.



:::ShareThis:::

Tanya-tanya.