Pages

Monday, February 16, 2009

'GEGAK'!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Bam! Pintu ditutup.
'Dapat jugak hirup udara dorm kesayangan nih.'. Hati Salwa mulalah nak bunga-bunga.

Dia hamparkan tikar mengkuang berwarna hijau,sedekah dari Wafa' yang baharu pulang dari kampung halaman.Kipas berputar laju,sampai-sampai tak de angin lain yang berbunyi ,hanya angin kipas.Teman-teman sedorm belum pulang.Sejak 2 menjak,semuanya sibuk.Meeting sana,meeting sini...tiap2 hari pun nak meeting.Macam tak pernah selesai urusan!Ah,banyak kerja la tu kot!.

'Petang-petang macam ni minum air berais best gak!.',laju Salwa langkah ke dapur.Belum sempat serbuk-air-minuman-segera jatuh,keriut-keriut pintu memukul gendang telinga.'Ulya masuk diikuti Najwa di belakang.Em,baharu pulang dari bertemu jundiyah-jundiyah serta Rais lajnah 'Ulya,Najwa setiausahanya yang cukup setia.AJK satu dorm,senang kerja!

"Apa cerita bulan 'World of Changes' cadangan Ulya?".
Salwa soal santai sambil memerhati butir-butir sand-like berwarna coklat jatuh mengGunung di dalam cawan.Tidak berjawab.Pelik,apa kes?Selalunya Ulya paling riuh kalau nak maklumkan sesuatu.Salwa toleh 1800,(eh..kurang sikit!),menghadap wajah kedua sahabatnya.Wuisy,merah!Dua-dua pun merahsaga.Salwa konklusi sama ada kerana malu atau marah.Atau kedua-duanya sekali.Atau salah satu darinya.

"eh,apasal nih?Merah je ana tengok muka korang berdua.".
Hah,garis-garis kedut bukan marah di dahi Najwa mula tampak reflect ke bola mata.Kedengaran lafaz Istighfar terluah dari lisan Ulya.Najwa mula ikut jejak sama. Apa halnya lah ni?

"Takpe,nti jangan risau sangat Sal,sebenarnya takdelah sangat.".
Takjub,desir-desir acuan merah terbang hilang dari air muka si Ulya.Bagai dapat
membaca apa di kotak fikir-fikir si Salwa.
"Takdelah sangat apa?".
"Takdelah dahsyat sangat bendanya...entah,kitorang yang terlebih emo kot!".Ulya cuba-cuba senyum.
"Liya,dahsyat memang tak dahsyat!Tapi...biar lama-lama,bahaya!". Najwa pulak bersuara.

Ulya tentang mata.Mereka bertentang mata.Salwa terus hilang pangkal-pokok,termangu!
Ulya tunduk,pejam..toksah ingat kisah sebentar tadi!

"Yelah..mungkin kalau 'tak bahaya' bagi mereka.Kita yang tak tertahan fed-upnya Liya!.".

Najwa luah,seolah tak puas hati.Ulya masih tunduk.Keluh.Pelik.Risau.TERKESIMA.

"ASTAGHFIRULLAH...ASTAGHFIRULLAH..." .Tiada apa mampu diucap selain memohon ampunan atas dosa sebentar tadi.

~suntuk masa!sambung...insyaAllah~

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.