Pages

Saturday, February 19, 2011

Syukran (terima kasih)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Lidah terkelu
Walau hati diketuk-ketuk
Untuk berkata sesuatu
Tapi terhenti di pinggiran

Bungkam tanpa nafas huruf
Yang terkeluar dari dua bibir yang tertutup
Hanya mengukir senyuman
Gambaran hati sarat perasaan

Hanya mampu mengucap
di dalam hati
TERIMA KASIH.
^^. T T





Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Surah Ar-Rahman: 16)

.Alhamdulillah.


Bayt Fateh
10:**
[mode: belajar sesuatu]

Sunday, February 13, 2011

Dandelion...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Dandelion...
jarang saya dengar nama ini. Tapi agak dah lama saya tahu nama ini. Kalau menurut pembacaan saya, dandelion ini sejenis bunga. Pernah tengok bunga dandelion? Tengok kanan, yang bunga-bunga putih gerak-gerak tu lah bunga Dandelion. :)


Bukan saje-saje saya mahu cerita tentang Dandelion. Cumanya hari tu masa saya mahu pilih widget di sebelah, saya ternampak bunga-bunga ini dan terus memilih pattern ini, asalnya mahu pilih corak lain. Dan bukan saje-saje juga saya memilih untuk ambil Dandelion sebagai penghias blog.



Saat Perkenalan dengan Dandelion.
     saya tidak berkenalan dengan Dandelion waktu saya duduk di taman-taman indah. Saya juga tidak jumpa dia waktu saya jalan-jalan di bawah cahaya oren matahari terbenam. Tapi pertama kali saya kenal Dandelion dari komik Doraemon..(erk??). Betul,walaupun agak pelik..dari situ lah saya first time dengar nama Dandelion, masa kecik-kecik dulu. 
     

      Tak tahu kenapa, tapi sampai sekarang saya masih ingat lagi kisah pasal Dandelion yang saya baca masa umur baru capai tahap tadika. Sebenarnya, masa umur-umur macam ini lah kanak-kanak cepat proses ingatan dia untuk ingat..bagusnya kalau anak-anak kecil dilazimi untuk baca sirah-sirah Nabi, hafal Al-Quran walaupun umur baru sekitar 2-7 tahun. Mudah ingat. Tak hairan kalau kita pernah tahu Imam Syafie hafal Al-Quran masa umur 10 tahun.. Eisy, jangan tiru baca komik Doraemon!




Dandelion dan Daie.
     yang saya ingat, ceritanya bunga Dandelion hidup dengan penuh segar sehingga ia berkembang mekar dan jadilah 'ibu' Dandelion, Suatu hari, tiba masa pulak 'anak-anak Dandelion' (benih) untuk terbang bersama angin sehingga jatuh ke suatu tempat, hidup dan menyambung generasi-generasi Dandelion di tempat yang lain. Anak-anak Dandelion semua ucap selamat tinggal pada ibunya, tempat mereka berteduh sementara menunggu masa untuk bersedia diterbangkan ke tempat lain. Tapi ada satu anak Dandelion tidak mahu terbang. Takut dan sedih untuk meninggalkan ibunya.


     Ibu Dandelion tu pujuk dan pujuk anaknya supaya tidak takut untuk mengembara. Ceritanya, ibu juga suatu masa dahulu macam tu. Hanya 'seorang' anak kecil yang terbang bersama angin dan akhirnya masuk ke tingkap rumah Nobita dan dijaga Nobita hingga sihat. Tapi,episod-episod sebelum itu, penuh cabaran..ibu terpaksa bermalam dalam kesejukan, takut dipijak orang. Tapi dikuatkan 'hati' juga untuk bertahan sehingga "ibu membesar dengan sihat dan akhirnya lahirlah kamu..", lebih kurang begitulah dialog ibu Dandelion dengan anak dia. 



    Akhirnya anak Dandelion dengan bergenang air mata,bersemangat baru untuk terbang demi lahirkan generasi-generasi baru. Walaupun sedih untuk meninggalkan ibu tersayang, tapi perjalanan hidupnya ditentukan Yang Maha Pencipta begitu. Pasti Yang Maha Pencipta itu lebih tahu. Lebih tahu betapa takutnya dia untuk meninggalkan. Lebih tahu betapa sayangnya dia pada ibunya dan betapa sayangnya ibu pada dia. Dan Allah pasti lebih tahu juga untuk menjaganya sebab Dia Maha Penyayang, Maha Penjaga.


       Saya suka bila memikirkan perkaitannya dengan seorang daie. Teringat kisah Muaz bin Jabal yang mula-mula menolak untuk diutus ke luar Madinah, kerana takut tidak dapat berjumpa Rasulullah selepas itu. Dan memang betul, selepas itu...memang Muaz tidak sempat berjumpa dengan Rasulullah kerana baginda telah wafat. Tapi, Allah Mempertemukan hati-hati para sahabat dalam jalanNya, dalam syurga penuh dengan redhaNya. Walaupun tak sempat ketemu di dunia....


       Dulu masa darjah 1 di Johor, tiap-tiap petang lepas habis sekolah atau waktu rehat, saya dengan kawan rapat saya, S suka pergi ke padang (masa tu Hidayah masih belum dibina bangunan di padang coklat itu, ada rumput-rumput yang meliar menghijau di tepi), kami akan cari bunga kemuncup warna pink untuk dipetik dan disimpan dalam kotak. Entah, hobi dari mana..tapi suka tengok buka pink tu, bentuk dia konon-konon macam Dandelion la..tapi lain. Suka juga tarik bunga jambu air dari pokok di tepi pagar sekolah. Tarik lepas tu baling ke atas...(kesian bunga! T T). Suka melihat bunga-bunga itu jatuh tersebar di merata tempat...


       Tapi di jalan dakwah ini, rasa sukar dan sedih pula melepaskan sahabat-sahabat,kakak-kakak pergi..tapi saya tahu, saya tahu sepersis kisah Dandelion tadi dan kisah para sahabat. :). Maka, saya memilih untuk mengambil Dandelion peneman blog saya. Agar saya ingat untuk terus berjalan dan tersebar itu suatu yang harus di jalan ini. Payah dan sukar...tapi harus jadi seperti anak Dandelion yang bersemangat walaupun payah. 
Bersedia untuk melepaskan..dan bersedia untuk berlepas....




Meng'extract' dari Dandelion apa yang baik.
Dandelion...
Semoga mampu membawa benih seputih Dandelion.
:)


Bayt Fateh
10:15 malam..
[mode: kasih sayang, proses penampalan]

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.