Pages

Thursday, December 31, 2009

Kisah Cinta Yang Menggila (short version)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

  Selesai satu lagi sesi hari ni,alhamdulliLLAH..Allah jua yang memberi ilmu pada saya.Moga saya istiqamah. Sedar tak sedar,tak sampai satu hari lagi yang 9 akan jadi 10.Bila teringat balik dalam 365 hari tahun masihi ini,banyak benda yang berlaku.Terlalu banyak..tapi dalam banyak-banyak hal,satu benda yang saya asyik dengar tiap hari..kisah cinta antara pasangan. Entahlah,makin hari makin menjadi sampai 'menggila' jadinya..takut saya jika saya terjebak dalam kisah percintaan itu. Na'udzubiLLAHi min zalik!
Sungguh,kita berlindung kepada Allah dalam setiap hal yang buruk lagi memburukkan.


 Pada asalnya,saya tidak tahu secara mendalam kisah mereka..tapi kalau dah tiap-tiap hari ditonjolkan dan ditunjukkan sana-sini,macam manalah orang boleh tak tahu.Cukuplah saya kata mereka A dan B.Saya lihat mereka ini memang cukup sayang antara satu sama lain..tapi cinta itu dibina atas dasar apa,tak tahulah saya. Mereka dan ALLAH sahaja yang mengetahui.Yang satu tu sanggup korban apa sahaja untuk si dia,beli tu..beli ni..buat tu..buat ni..Sampaikan dalam setiap perbuatan,tak kisahlah kerja,makan,tidur,jalan-jalan,semuanya mesti ada si dia dalam fikiran. AstaghfiruLLAH..mengingat ALLAH itu berganda-ganda lebih baik! Al-maklum,si dia itu memang cantik,cantik betul! Segala apa yang ada pada dia,indah-indah belaka.Saya tahu sebab memang saya pernah jumpa dan tengok dia. SubhanaLLAH..sangat cantik ciptaan ALLAH tersebut.


Tetapi,makin hari saya lihat yang satu pihak tu makin tamak.Tamak yang bermaksud terlalu mengejar si dia,terlalu menginginkan si dia ibarat dia adalah segala-galanya..sampai perkara2 wajib juga ditinggalkan.  Puja terlebih,masa terbazir,hidup di dunia sendiri (walhal roh sendiri pun tak dimiliki apatah lagi duniaNa'udzubiLLAHi min zalik! Si dia pulak apa kisah,dia memang menginginkan pasangannya dambakan diri dia,teringat dia selalu tanpa memikirkan benda lain.Bila saya lihat mereka hari ni, saya makin mual dan bila baru nak sedar? Memanglah jika dilihat dari mata kasar,
'wah,cinta mereka itu benar-benar suci,tulus dan mulus.Kaya dengan pengorbanan!terharunya..'

Malah,pasangan itu pun fikir macam itu juga agaknya.Tapi,bagaimana riak wajah dan reaksi mereka bila dapat tahu rupanya cinta mereka itu sia-sia belaka,kotor,cetek dan jauh dari hakikat cinta yang sebenar? Ya Allah,semoga kami insaf dan tunjukilah kami jalan-jalan kebenaranMU.


Perlukah saya dedahkan siapa A dan B?
Mungkin perlu kot, jadi nanti sapa-sapa yang kenal dan bertemu mereka..cakap dan nasihatlah pada mereka. Saya tak mampu dan memang tak boleh nak buat seorang.

(A dan B itu( manusia dan dunia


*saya tidak mengaibkan sesiapa kan?kalau ada,tlg tegur yeh..


Wassalam.

Tuesday, December 22, 2009

Menjaga Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sengaja ana mulakan post pertama (selepas SPM :p) dengan satu perkara yang paling-paling penting dalam diri,dalam Islam malah dalam misi dakwah dan tarbiyah kita.

"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."
(Luqman:34)

Begitu manusia. Tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi pada diri masing-masing pada masa akan datang.Dalam ayat di atas,Allah memberi satu ayat yang jelas menunjukkan bahawa manusia ini tersangatlah lemah sehingga apa yang bakal dibuat esok hari pun tidak tahu. Setiap kali ana memikirkan kehidupan yang bakal ditempuh lepas ni (kehidupan di kampus/kolej/universiti/etc..), bagaimana kondisinya...akan teringat pada ayat ini. Kelak,kuatkah kita nanti di luar sana? Kuat dalam erti kata mempertahankan iman di hati dan jalan-jalan syara' daripada diceroboh oleh syaitan berupa dunia. Dan sama ada kita usahakan yang baik mahupun yang jahat (na'udzubiLLAH).

Saudara dan saudari,

Suatu pertahanan penting ingin ana pesan buat diri ini dan diri semua;JAGALAH ALLAH.Berusahalah seboleh mungkin walau betapa payahnya, untuk meletakkan ALLAH di hadapan dalam setiap perkara yang kita buat. Jagalah Allah,nescaya pasti Allah akan menjagamu. Menurut tulisan Syeikh A'idh Abdullah Al-Qarny, salah satu cara menjaga Allah yaitu dgn menjaga anggota badan dari kemaksiatan dan menggunakannya demi ketaatan kepada Allah. Berikut,ana sekadar petik point utama dari buku Syeikh tersebut untuk berkongsi sama ^_^;

1.Menjaga Hati

Termasuk menjaga Allah Ta'ala ialah menjaga hati dari nafsu syahwat & perkara syubhah.Jika segumpal daging ini hilang maka hilanglah segalanya. (saya: Masih ingt hadis ttg hati itu?)

Apabila kamu memperbaiki hati dgn zikir dan taat,maka tangan,mata,pendengaran,kaki,perut dan kemaluan akan menjadi baik. Sesungguhnya semua orang rugi pada hari Kiamat dan tidak menghajatkan kpd harta,anak mahupun isteri kecuali org yang datang dgn hati yang bersih.Allah Ta'ala berfirman;

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); " (Asy-Syu'ara':88-89)

Orang2 berpendapat:

  • Hati yang bersih ialah hati yang tidak dicampuri oleh nafsu syahwat dan perkara syubhah.
  • Hati yang bersih ialah hati yang isinya hanya Allah semata.
  • Hati yang bersih ialah hati yang penuh dgn kalimat "Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah"

Ini bererti hati yg bersih adalah hati yang bebas dari penyakit syubhah dan nafsu syahwat,bersih dr keraguan dan kemusyrikan,selamat dr sifat sombong dan ujub,jauh dari sifat dendam dan dengki.Sebaliknya penuh dgn raa takut kepada Allah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s yang diceritakan oleh Allah Ta'ala:

"Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim. Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni." (Ash-Shaffat:83-84)

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. " (At-Taghabun:11)

Barangsiapa bersujud kpd Allah,Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya,barangsiapa datang ke masjid,Allah akan memberi petunjuk pada hatinya,barangsiapa mengangkat tangannya(bertakbir), Allah akan memberi petunjuk kpd hatinya.

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Al-'Ankabut:69)

Demi Allah,jika kamu mendatangi pelajaran,ceramah,kebaikan dan zikir,nescaya Allah tidak menjadikan kamu seperti orang yang berpaling dan duduk-duduk di warung kopi dengan berbicara yang sia-sia,berbuat dosa,melakukan perbuatan keji,mendengarkan nyanyian porno,mengucapkan perkataan kotor dan melakukan perbuatan murahan. Demi Allah,tidak! Allah Ta'ala berfirman :

"Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)? Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?" (Al-Qalam:35-36)

Adapun orang yang mendengar petunjuk, ttpi dia berpaling dan menjauhinya maka dia berada dalam bahaya yang besar.Allah tidak memberi petunjuk kepadanya selama-lamanya (na'udzubillah min zalik).

"Dan kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung. " (Al-An'am:110)

Orang mu'min hendaknya menyerahkan hatinya kepada Allah agar Dia menunjukinya ke jalan yang lurus.Allah Ta'ala berfirman:

"Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya." (Qaf:37)

Semua manusia mempunyai hati,ttpi yang dimaksudkan adalah hati yang mengerti dan melihat.


"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada." (Al-Hajj:46)


"Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. " (Ar-Ra'd:19)

Kerana itu Allah S.W.T mencela setiap kaum yang tidak menggunakan anggota badannya.Allah Ta'ala berfirman,

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. " (Al-'Araaf:179)

Hendaknya orang Muslim memperhatikan dan mengawasi hatinya serta waspada terhadap penyakit yang tidak jelas yang kebanyakan orang tidak memperhatikan dan menyelamatkannya.

Hendaknya orang mengetahui bahawa amal soleh menjadi agung sesuai dengan pengagungan hati dan kecintaannya terhadap Allah Ta'ala. Boleh jadi 2 orang lelaki melakukan perbuatan yang sama tetapi pahala mereka jauh berbeza sejauh antara langit dan bumi gara-gara perbezaan apa yang terdapat dalam hati mereka.

Ingatlah bahawasanya di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging,jika segumpal daging itu baik maka seluruh anggota tubuhya menjadi baik dan jika rosak maka rosklah seluruh anggota tubuhnya.Ingatlah (segumpal daging) itu adalah hati.

sumber; Jagalah Allah,niscaya Dia Menjagamu oleh Syeikh A'idh Abdullah Al-Qarny.

Sekian,

Wassalam.Moga Allah beri kekuatan pada kita untuk melaksana. Moga kita tetap menjaga Allah di mana jua kita berada.:x

Wednesday, November 11, 2009

AlhamduliLLAH...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




~in the middle of SPM :-}~

Allahumma allif baina qulubina kama allafta baina ansari wal muhajirin.
Barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khair.

Ameen ya rabbal 'alameen

Saturday, November 7, 2009

ALHAMDULILLAH hanya padaNya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


AlhamduliLLAH tsumma alhamduliLLAH,dan tiada pujian melainkan hanya padaNya.

"Dia-lah Allah,Yang Menciptakan sekalian makhluk,Yang Mengadakan (dari tiada
kepada ada),Yang Membentuk rupa (makhluk-makhluknya menurut yang dikehendakiNya),bagiNya lah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya, bertasbih kepadaNya segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang tidak ada tolok bandingNya,lagi Maha Bijaksana" [Al-Hasyr:24]

AlhamduliLLAH...Dia telah menciptakan manusia dalam keadaan sempurna,serba serbi lengkap. Apa yang Dia ciptakan,maka itulah yang terbaik dan yang paling baik.Maka,berSYUKURlah dengan apa yang Dia anugerahkan padamu.Saat Allah Menciptakan ,Dia Mencipta dalam keadaan fitrah,suci bersih. Maka berusahalah untuk kembali padaNya dalam keadaan yang sama.

"Dia lah yang Membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yangdikehendakiNya. Tiada Tuhan yang (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" [Ali-'Imran:6]

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik berbuat baik kepada kedua ibu bapanya,
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga hingga akhir menyusukannya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun,(dengan yang demikian)
bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, dan (ingatlah) kepada Aku lah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)" [Luqman:14]

AlhamduliLLAH...lahirnya manusia ke dunia atas pengorbanan seorang ibu menanggung kesakitan yang teramat. Lahirnya manusia atas kesudian ibu yang sudi menanggung kelemahan demi kelemahan. Lahirnya manusia atas kesanggupan si ayah untuk menanggung beban dan tanggungjawab menyara hidup,menjaga dan mendidik.Cukuplah ibu dan ayah kau sayangi sepenuhnya tanpa memberi kecintaan pada yang tidak halal. AlhamduliLLAH...


~ALHAMDULILLAH atas ni'mat islam,iman dan petunjuk dariNya yang datang dari pelbagai arah.~


"Ayanqusud dinu wa ana hayy? Rasanya tak perlu ana tafsirkan maksudnya.Tapi itulah yang sepatutnya berlegar di ruang fikiran kita. Kelahiran kita menyumbang atau menghancurkan Islam?Sedih rasanya jika kehadiran kita,kejadian kita ini hanya membawa kehancuran.Sedangkan kita dijadikan untuk memikul amanah yang SANGAT berat.Akan tetapi masa berjalan dan berjalan tanpa menoleh ke belakang.Apakah sudah ada usaha dalam melaksanakan misi ini?Sama-sama kita koreksi.Atau adakah kita hanyut dengan ombak dunia?Alpa dengan perhiasan dunia yang sementara sehingga mata tidak dapat membezakan antara yang haq dan batil?Ruginya kita jika begitu....."

-coretan ukhti-


Telah ganjilgenap 17 tahun menjadi khalifah,apa yang telah diperbuat untukNya?


Ya Allah,Engkau Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau,Engkau Menciptakanku, aku hamba-Mu, aku berada dalam perjanjian denganMu dan ikrar padaMu semampuku.Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui terhadap nikmatMu terhadapku dan aku mengakui atas dosaku,maka ampunilah aku,kerana sesungguhnya tidak ada yangmengampuni dosa-dosa selain Engkau.




Saturday, September 5, 2009

Beautiful Story of Yusuf

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sunday, August 16, 2009

Permasalahan Persepsi 'Syadid'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



AlhamduliLLAH...tsumma AlhamduliLLAH, akhirnya diberi kesempatan untuk bersuara,menulis dan mencoret sesuatu tentang permasalahan ini. Permasalahan apa?ya...permasalahan persepsi syadid. Pertama-tamanya,ingin saya jelaskan di sini bahawa saya menulis ini bukanlah ingin menhentam sesiapa atau mana-mana pihak atau bersifat perwakilan dari salah satu pihak yang 'bertelagah' tentang isu ini. Saya cuma mengharapkan tulisan ini bersifat neutral,insyaAllah dan menyampaikan suatu pesanan yang saya pendam untuk semua secara amnya dan untuk generasi-generasi Al-**** secara khususnya yang saya sangat cintai terutama peneraju kepimpinan di Al-****. Kedua,buat pembaca yang sedang membaca pendahuluan post ini,saya minta jika anda benar-benar mahu membaca tulisan ini,maka bacalah keseluruhannya...jangan baca separuh-separuh atau sekerat.Bacalah dengan sikap yang neutral juga dan sekiranya ada perkara yang saya bakal tuliskan di sini yang menuntut pertimbangan akal anda untuk berfikir,maka harapan saya timbangkan dengan akal yang matang,sihat dan hati yang bertaqwa.InsyaAllah.



PELUANG YANG TERLEPAS.
Mungkin ini antara sebab-sebab mengapa akhirnya saya berkeputusan untuk menulis tentangnya di sini.Peluang yang saya tidak gunakan sebaiknya suatu masa dahulu. Bila difikirkan kembali,saya seharusnya bercakap suatu yang lebih relevan dan memberi solusi kepada isu yang timbul dan bukan mempersoalkannya kembali.Di mana ketika pihak yang mengendalikan berkata bahawa "kita tidak sampai objektif program", saya merasakan bahawa saya antara penyumbangnya. Ya, kita mencari strategi unutk menyelesaikan,adalah kesilapan saya kerana tidak membantu mencapai matlamat program.Jadi, maaf dan minta maaf buat sesiapa jua yang terlibat ketika itu,pihak penganjur mahupun para peserta.



Saya tidak pasti bila saat,detik dan ketika isu 'Syadid' ini mula timbul. Puncanya bagaimana?sebabnya mengapa?, agak kabur di minda saya di manakah sebenarnya pokok pangkalnya. Secara ringkasnya,saya memang tidak faham bagaimana boleh ia timbul.Namun,setakat yang saya tahu...isu ini tidak mengambil masa yang lama untuk mencetuskan fenomena di bumi tempat saya dan rakan-rakan menimba ilmu di mana ia mencapai 'zaman kemuncaknya' pada tahun 200*. Sehingga saya dan para pelajar yang lain boleh dikatakan hampir tiap hari mendengar perkataan 'syadid' sampai kami naik jemu jadinya. Saya tidak akan memperincikan kisahnya , tapi saya akan kata bahawa ia MUNGKIN bermula secara kecil-kecilan di suatu penjuru yang hanya menuju kepada segolongan pelajar. Dan akhirnya merebak-rebak ke setiap pelosok bumi 'itu' dengan bantuan dan skil yang mantap dari ajen-ajen penyebarnya. Pergi mana-mana,perkataan itu yang menjadi topik perbualan. Ketika belajar, di dalam tandas,di dewan,ketika rehat,ketika jalan-jalan hatta di dalam rumah sekalipun.Sedih sekali.


PEMAHAMAN tentang 'syadid'.
Ketika ramai orang sibuk lantang berkata menutur perkataan 'syadid', sejauh manakah tahap pemahaman mereka tentang perkataan 'syadid' itu sendiri? Jika ditinjau ke dalam kamus Bahasa Arab (yg sy guna: terbitan Oxford Fajar), 'syadid' bererti 1.sangat;terlalu. 2.tegas,keras,garang. 3.kuat. Mufradnya (kata asal) ialah syadda-yasyuddu bermaksud mengerat,mengetat,menegang.Ini secara perkataannya.
Dari kaca mata seorang insaan atau manusia pula ialah apabila seseorang melakukan suatu perkara yang 'terlalu' 'tersangat' 'terlebih' 'baik' yang pada anggapan mereka tidak kena pada tempatnya. WaLLAHU'ALAM, saya tidak tahu sama ada definisi yang saya buat ini betul atau tidak tetapi itulah yang saya faham berdasarkan penerangan-penerangan yang diberi penguni bumi 'itu' sendiri. Maaf saya pinta jika saya silap. Antara persoalan syadid yang ditimbulkan ialah:

1. 'Terlalu' 'menjaga' 'pandangan' 'mata' ketika berinteraksi (banin-banat/lelaki-perempuan) sehingga salah satu pihak merasakan seolah bercakap seorang diri dan satu lagi pihak bercakap dengan lantai,angin,pokok,tingkap dsb.
2. 'Terlalu' 'menjaga' 'akhlak' (suara,kelakuan dsb) ketika di mana silang jantina berada di sekeliling.
3. 'Terlalu' 'tunjuk' 'baik' 'skema' di hadapan orang walhal pada anggapan mereka,di luar tidak begitu.
4...........
5.............
...............................
...................


MEMPERLEKEH atau TERPELEKEH?
Saya terasa 'mengeluh' bila menyenaraikan contoh-contoh di atas. Bermain di benak fikiran saya,kenapa contoh-contoh di atas yang harus menjadi 'contoh'? Tentu akan menjadi terlebih panjang dan melarat-larat dan tak terlarat jika saya ingin huraikannya satu persatu.Tidak,tidak. Tetapi apa peri-penting pertama ingin saya sampaikan di sini,usah memperlekeh sesuatu kebaikan yang dibuat. Bak kata seorang murobbi (guru) saya,

"Kalau kita nampak orang tu 'syadid',kita tak boleh nak perlekehkan dia kerana itu mungkin salah satu cara untuk dia menjaga diri dia."


Mungkin ada pembaca di luar sana yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Jika diletakkan makna 'syadid' dalam konteks yang lebih jelas,yang sebenar dan terperinci,secara umum dan berlatar belakangkan pula 'kisah-kisah solid' orang terdahulu,mungkin saya juga tidak bersetuju. Tetapi makluman penting, saya di sini hanya kupas mengenainya dalam konteks apa yang berlaku di bumi tempat saya belajar dan dengan makna yang difahami oleh majoriti mereka.(harap faham maksud ayat). Berbalik kepada pernyataan di atas.
-->Mungkin jika kita nampak seorang itu terlalu 'tunduk' atau 'langsung tak memandang' atau 'asyik mengalihkan pandangan' melihat pemandangan ciptaan Allah yang lebih indah dan lebih halal,jangan terburu-buru menghukumnya 'syadid'. Siapa tahu dia mungkin seorang yang lemah menjaga hati,jadi kalau boleh dia nak tunduk semahu-mahunya dalam usaha menjaga dirinya.Atau-atau dia diuji dengan ujian hati apabila berhadapan dengan orang yang sekian-sekian,jadi langsung tak berani untuk memandang dan bertentang mata takut menyebabkan terpancarnya bibit-bibit harapan,khayalan dan angan-angan syaitan juga untuk mengelakkan anda dari mendapat dosa yang sama.Siapa tahu? Usah perlekeh dia.(Err...tapi jangan sampai terperasan pula!Cukup sekadar untuk bersangka baik). Itupun sudah cukup baik jika dia sanggup menggagahkan diri untuk berbincang soal kerja atau urusan2 berkepentingan.

-->Sama juga jika orang tersebut kelihatan seperti 'terlalu' 'menjaga' 'akhlak',bukankah itu lebih baik daripada dia mengeluarkan 'suara-suara fitnah',berperilaku gedik,menggoda dan apa-apa sahaja yang mampu menggoyah iman? Sekalipun pada anggapan anda,"macam hipokrit!"...itu antara dia dengan keikhlasannya beramal kerana Allah atau tidak. Tetapi andaikata dia benar-benar sedang berusaha untuk membaikkan amalannya,maka tidakkah kita sama seperti orang-orang yang menghalang seseorang melakukan kebaikan? cuma cara kita ialah dengan mengecamnya dan menggelarnya 'syadid'?Bak kata seorang yang pernah melontarkan pertanyaanpedas kepada saya;

"Kita tahu ke hati dia?"


Jangan sampai kita hebat berkata tentang amar ma'ruf nahi mungkar dalam tazkirah2 kita,pada adik2 usrah tapi pada masa yang sama kita me'lemah'kan segolongan manusia yang lain dengan mengecap mereka 'syadid' bila berbuat suatu yang baik.Kontradiksi namanya itu!

TINGGALKAN SUATU YANG SIA-SIA

Dari Abu Hurayrah radhiyallahu 'anh katanya: Telah bersabda Rasulullah
sallallahu 'alayhi wa sallam: "Daripada keelokan Islam seorang ialah
meninggalkan barang (perkara) yang tidak berguna kepadanya." hadith ini hasan
diriwayatkan oleh Tirmizi dan orang yang lainnya beginilah.
-Sumber:HADITH 40 (TERJEMAHAN DAN SYARAHNYA),Mustafa 'Abdul Rahman,Dewan Pustaka Fajar-


Bagi saya,saya tidak melihat apa-apa manfaat tatkala seorang menghabiskan waktunya,membazirkan air liurnya mengklasifikasikan si fulan ini 'syadid',si fulan itu tidak berapa 'syadid',si fulan itu pula begini dan begitu.Pendek kata,daripada penerangan saya berjela-jela panjangnya hingga ke takat anda baca sekarang ini,satu point terutama saya sebenarnya adalah usah fikir tentang 'syadid'. Sama ada dia bercas 'positif syadid' atau bercas 'negatif syadid',bukan itu yang menjadi URUSAN KITA. Ini yang saya risaukan sekarang terhadap penghuni di bumi 'itu' yang saya cintai.Minda mereka seolah terlalu sesak dengan perkataan 'syadid' sehingga terabai benda-benda yang lebih aula(utama) untuk dijadikan prioriti. Khuatir masa terbazir,minda tumpul kerana terisi dengan perkara yang tidak memberi apa-apa pulangan hanya kerana sekadar satu perkataan,'SYADID'. Mungkin kita secara tidak sedar telah mengabaikan rakan-rakan yang secara terang-terangan melakukan sesuatu yang salah dan amat perlu kepada teguran dan bimbingan,hanya kerana kita terlalu sibuk menegur orang-orang 'syadid'.

Untuk barisan-barisan kepimpinan dan generasi-generasi penerus dakwah di bumi Al-****,menjadi harapan sayaKami antum (kalian,kamu) unutk jernihkan kembali minda dan fikiran pemuda-pemudi di bumi tersebut. Jernihkanlah serta bersihkanlah fikiran-fikiran milik pemuda-pemudi Islam yang di suatu masa dahulu pernah menguasai 2/3 dunia! Kupas hadis 12 ini dengan baik pada mereka dan jelaskan pada mereka sejelas-jelasnya akan suatu perkara yang saya jamin memberi pulangan,ISTIQOMAH dalam kebaikan. Jangan ulangi kesilapan sayaKami dahulu yang telah tersilau dek suatu yang tidak berguna.Jika kita pemimpin,maka buatlah cara memimpin ,bukan mengikut atau terikut-ikut.Sungguh,saya belajar dari pengalaman.InsyaAllah.Selamat maju jaya dalam berjuang dan bekerja keras!


Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.


Akhir kata,mohon maaf segala silap dan salah,ke'hipokrit'an sama ada di dalam atau di luar tulisan. Sebarang kritikan,pendapat,persoalan dalam usaha untuk memahami amat saya alukan. Sekali lagi,berikan pandangan dengan pertimbangan akal yang matang,sihat dan hati yang bertaqwa.

WALLAHU'ALAM.Hanya DIA MAHA MENGETAHUI lebih dari suatu apa pun.
Allahummaghfirlana ma Anta 'alamu bihi minna.Ameen ya rabbal 'alameen~


Tuesday, August 4, 2009

Di sebalik alasan.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



--dirembat dari Nuqaba'Hidayah SMIH--Syukran 'alaik.BarakaLLAHU fik.


Salam. Dirembat dengan izin dari akhuna hilal asyraf yg merupakan alumni srih.... Semoga bermanfaat bagi yang hendak membaca.


Ikhtilat. Maksudnya percampuran. Biasanya, kalimah ini digunakan, dengan merujuk kepada percampuran antara lelaki dan perempuan secara tidak syara’.


Ada seorang ‘bro’ ni, yang menggunakan nickname Mankind bertanya kepada saya:

“ salam..bro.Asyraf..ap pendpt kalau lelaki berkwn rpt dgn perempuan..salah
ke?m’langgar ikhtilat ?.. sesetgh dr kami yg b’fikiran ‘cinta2 tu tidak
d’janjikan…tp friendship itu pastilah’…tp sesetgh org m’mndang serong..kalau
b’kwn b’lainan jantina. mcm berdosa besar..setiap kita memerlukan antra satu
sama lain..sy susah btul nak hndle org mcm ni”



Saya sudah berjanji dengan Bro Mankind ni, untuk membicarakan hal yang dia tanyakan ini di dalam satu post khas. Biar semua orang boleh kongsi manfaatnya. Maka Bro Mankind, izinkanlah ‘Bro Asyraf’ kamu ni menerangkan. Harapnya kita semua dapat buka hati kita dalam berkomunikasi dengan masalah ini ya. Yang benar itu tetap benar walaupun semua orang tidak suka, yang batil itu tetap batil walau seluruh dunia menyukainya.


Sebenarnya, percampuran lelaki dengan perempuan adalah amat dipandang berat oleh ISLAM. Tidak hairanlah jika kita tidak menjaga pergaulan kita dengan kaum berlawanan jenis, maka kita akan dipandang serong dan mungkin akan dikutuk cela.

ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.



Ayat ini popular bukan? Selalu kita dengar orang melaung-laung ulang ayat ini bila hendak menceritakan hal kenapa dilarangnya bercampur lelaki dengan perempuan. Tetapi ramai yang membalas semula: “ Kami bukan nak berzina. Kami kawan je. Mana ada sentuh-sentuh.”

Tak mengapa. Kamu cerdik. Pandai kamu memberikan alasan. Saya tinggalkan dulu persoalan “ Kami bukan nak berzina” ini. Mari kita perhatikan terlebih dahulu, bagaimanakah ALLAH menitik beratkan pergaulan lelaki dan perempuan ini. Kalau kita perhatikan, ayat larangan mendekati zina terletak di tengah-tengah Surah Al-Israa. Bukan di hadapan, bukan di belakang. Itu ayat melarang. Satu teguran, pesanan daripada ALLAH SWT untuk menyatakan buruknya zina itu. Ayat sebegitu diletak di tengah-tengah.



Mari kita selak Surah An-Nur. Lihat, apa yang ALLAH SWT firmankan di awal surah itu:


“ Inilah satu surah yang KAMI turunkan dan KAMI wajibkan(menjalankan
hukum-hukumnya), dan KAMI turunkan di dalamnya(surah ini) tanda-tanda(kebesaran ALLAH) yang jelas agar kamu tergolong dari kalangan orang yang beringat” Surah An-Nur ayat 1.


Lihat ayat seterusnya:


“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kammu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman” Surah An-Nur ayat 2.


Pada ayat kedua, terus ALLAH SWT menyatakan hukuman zina. Tanpa ada mukaddimah yang panjang, tanpa menyatakan cara-cara menjauhi zina, ALLAH terus menarik perhatian manusia dengan menyatakan hukuman terlebih dahulu. Hal ini menunjukkan, betapa penting dan besarnya permasalahan zina ini.



“ Ya la, kami bukan nak berzina” Mungkin ada di antara kita membantah. Ya ya, saya faham. Tapi sekarang, kamu nampak tak berzina ni benda yang amat-amat tercela dan terlarang? ALLAH SWT menitik beratkan permasalahan zina ini, berbanding permasalahan menyebar berita palsu, masalah masuk rumah tanpa izin dan pelbagai lagi masalah yang disebut di dalam Surah An-Nur. Dalam banyak masalah itu, zina adalah yang ALLAH letakkan paling hadapan. Malah, bukannya menyatakan itu dan ini berkenaan zina. Tetapi terus kepada hukuman. Dari segi uslub bahasa, ini menunjukkan bahawa permasalahan zina adalah besar.




“ Ya la, tapi kau tak faham ke, kami bukan nak berzina” Ok. Tapi berzina ni benda yang besar, itu kita setuju dan bersepakat bukan? “ ya la. Tapi masalahnya, besar mana pun zina tu, kami berkawan je, bukan nak buat zina tu. So, apa masalahnya?”




Hu hu… Pandainya.




Dalam semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, ada yang tiba-tiba terus berlaku kah? Pokok, tiba-tiba terus jadi pokok yang tinggi, banyak cabang. Rumah, tiba-tiba terus terpacak bangunan dua tingkat, bersama swimming pool dan sebagainya. Begitu?
Semua perkara, ada permulaannya. Begitu juga dengan zina. Agak-agak, kalau terus-terus ajak perempuan atau lelaki berzina, dia mahu kah? Mahu kena lempang kamu. Berzina ada gerak langkahnya. Boleh bermula dengan seringan-ringan chatting, boleh bermula dengan semudah perbualan, malah yang paling senang boleh bermula dengan penglihatan.




Di dalam Surah An-Nur, ALLAH SWT berfirman:

“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandanngan
mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Surah An-Nur ayat 30.


Kemudian ALLAH SWT berfirman: “ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beirman, agar mereka menjaga pandanngan mereka, dan memelihara kemaluan mereka…” Surah An-nur ayat 31.





Kalau diperhatikan dari segi susunan dan penggunaan ayat, ada sesuatu yang besar di dalam larangan mendekati zina tadi. Kita perhatikan, di dalam Surah Al-Israa’ ayat 115, ALLAH SWT menyebut: “ Dan janganlah kamu dekati…” Perkataan ‘dekati’(dalam bahasa arab: Taqrobu) itu digunakan. Kalau di dalam Surah An-Nur ayat 30 itu, di penghujungnya ALLAH menyatakan: “ Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Kalau dilihat dalam bahasa arab, ‘apa yang mereka kerjakan itu’ ALLAH telah gunakan perkataan ma yasna’uun bukannya ma yaf’aluun(Kalau diterjemahkan ke bahasa melayu, maknanya akan kelihatan sama. Yakni maksudnya: Apa yang mereka kerjakan)



Tetapi, tidak ramai yang tahu perbezaan yasna’uun dan yaf’aluun. Tahukah kamu apakah perbezaannya? Yaf’aluun ini membawa maksud benda yang kita buat tanpa berdikit-dikit. Contohnya, menampar. Terus sahaja tamparan kita melayang, tidak lama pun. Mungkin dalam masa beberapa saat. Contoh lain berbohong, terus sahaja kita berbohong, tak perlu jangka masa lama pun.



Tetapi yasna’uun ini berbeza maksudnya. Yasna’uun membawa maksud perbuatan yang berdikit-dikit, terancang, perlahan-lahan hingga mencapai hasilnya. Sebab itu, kalau anda perasaan, perkataan ‘kilang’ dalam bahasa arab adalah ‘sina’ah’. Kenapa perkataan ‘kilang’ diterjemahkan sebagai ‘sina’ah’ dalam bahasa arab? Hal ini kerana, kilang memprodus sesuatu perkara itu berdikit-dikit, terancang. Macam kilang buat kereta, bukannya kereta itu terus menjadi kereta. Ada checkpoint-checkpointnya di dalam kilang. Bahagian pasang tingkap, bahagian pasang wayar, bahagian pasang tayar dan sebagainya. Perlahan-lahan sebuah kereta melalui proses, yang akhirnya di penghujung, menjadi sebuah kereta yang boleh dipandu. Begitulah maksud yasna’uun. Perbuatan berdikit-dikit, terancang, satu demi satu, hingga mencapai matlamat.




Kenapa ALLAH gunakan Yasna’uun dalam kes menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan? Maksudnya, ALLAH itu Maha Tahu, dari berkenaan pergerakan kita hendak menghampiri zina itu, dan semua itu dilarang. Itulah kaitannya dengan “ Jangan kamu mendekati…”. Perlahan-lahan kita menghampiri zina, dan itu adalah perkara yang dilarang.

Kemudian kita lihat susunan ayat 30 dan 31. Apakah yang kita perasan? ALLAH telah menyebut lelaki terlebih dahulu sebelum perempuan bukan? Ayat 30, ALLAH berpesan kepada lelaki terlebih dahulu, barulah kepada perempuan bukan? Apakah maksud yang tersirat di sebalik penyusunan ayat ini? ALLAH hendak menyatakan secara halus, bahawa lelaki itu lebih lemah dalam berurusan dengan hawa nafsu. Lelakilah yang mudah terjerumus, tergugat, bila melihat perempuan berpakaian terdedah, bila digoda dan sebagainya. Sebab itulah ALLAH SWT menyebut lelaki terlebih dahulu.




Di dalam ayat 2 Surah An-Nur pula, kalau kita perasan, ALLAH menyebut: “ Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Di situ, kita dapat melihat ALLAH menyebut perempuan terlebih dahulu sebelum lelaki dalam hukuman zina. Kenapa? Sedangkan dalam ayat hukuman kepada pencuri, ALLAH berfirman: “ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri…” (Al-Maidah: 38) ALLAH telah mengutamakan lelaki dari perempuan. Kenapa dalam hukuman zina, perempuan di dahulukan?




Mudah sahaja. Hal ini kerana, perempuan biasanya menjadi faktor kepada zina itu sendiri. Kalau dalam hal kecurian, lelaki mempunyai lebih kudrat untuk menjadi pencuri berbanding perempuan. Nampak? Susunan ayat di dalam Al-Quran juga ada rahsianya.




Ala, kami sembang je, studi sama-sama, bukan nak sentuh-sentuh, bukan nak
cium-cium




Kamu bagi alasan lain. Kenapa nak buat juga walaupun sudah nampak ALLAH larang perkara ini? Tetapi tak mengapalah. Saya layan. Saya bagi pandangan saya.

Saya bagi soalan. Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?

Nabi Adam itu Nabi, pernah hidup dalam syurga, dicipta langsung oleh ALLAH SWT, dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya. Tapi, tahukah kamu apa yang terjadi kepada baginda? Bukankah baginda tertipu oleh syaitan? Bukankah baginda diturunkan ke bumi kerana tertipu denga syaitan? Jangan ingat, dalam kehidupan kita, hanya ada manusia, tumbuhan, dan haiwan sahaja. Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh. Syaitan yang telah berjaya menipu Nabi Adam, syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan abid.




Anda lebih hebat daripada Nabi Adam kah?




Kalau kita perasan, sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW. Bagaimana kah cara mereka menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW?
Isteri Rasulullah SAW akan berada di belakang tabir, kemudian menyampaikan ilmu.




Nampak? Wahai perempuan, anda dengan isteri Rasulullah SAW, siapakah yang lebih tinggi imannya? Wahai lelaki, siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah SAW? Alangkan mereka yang telah dijanjikan syurga ini pun masih lagi bertabir, menjaga pandangan, menjaga pergaulan mereka, bagaimanakah anda?
Kenapa mereka begitu menjaga sekali pergaulan? Hal ini kerana, meraka faham bahawa syaitan itu akan berusaha bermati-matian untuk menyesatkan. Syaitan akan mencari lubang-lubang untuk membuat serangan. Maka, cara yang terbaik adalah menutup langsung lubang-lubang itu. Cara melarang melakukan perkara kecil yang ditakuti mendatangkan mudarat yang besar ini adalah dinamakan Sadduz Zara’i’. Sadduz Zara’i’ adalah salah satu cara yang digunakan ulama’ dalam menjatuhkan hukum.



Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.


“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan. Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…”



Lihat, apakah perkataan yang ALLAH gunakan dalam pesanan ini. “ Janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan…” Lihat, jejak langkah. Maksudnya, syaitan ini akan membawa kita sedikit demi sedikit, sedikit demi sedikit, hinggalah akhirnya, kita tidak perasan yang kita telah terperangkap dalam keingkaran kita kepada ALLAH SWT.




Syaitan tak akan kata kepada kita: “ Berzinalah kau dengan dia” Gerenti kita
tempelak balik syaitan dengan berkata: “ Gila ke? Zina tu dosa besar!”





Syaitan tidak sebodoh itu. Syaitan adalah makhluk yang berjaya membuatkan beberapa kaum membunuh nabi-nabi mereka. Syaitan adalah makhluk yang pernah berjaya menundukkan jutaan abid. Syaitan juga adalah makhluk yang berjaya memperdayakan Nabi Adam. Masakan dia akan bertindak bodoh untuk memperdayakan kita. Syaitan ada jutaan teknik untuk memperdayakan kita. Dia akan memimpin kita, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, bermula dengan sekecil-kecil perkara, perlahan-lahan mendaki satu demi satu tangga maksiat, dan akhirnya memerangkap kita dalam kemungkaran. Yang pertama syaitan lumpuhkan adalah hati. Biar hati tidak nampak lagi itu baik atau buruk. Kemudian dia akan matikan akal. Biar kita tidak dapat fikirkan lagi dosa pahala. Akhrinya, dia akan menolak kita melakukan pengingkaran kepada ALLAH. Bukan dalam hal zina sahaja, tetapi dalam semua medan dosa.




Di akhirat nanti, kita akan berkata kepada ALLAH SWT: “ Ya ALLAH, Syaitan inilah yang menyesatkan aku. Aku tidak mahu ingkar pada ENGKAU sebenarnya, tetapi syaitan ini telah menutup akalku, mematikan hatiku. Ya ALLAH, siksalah dia dan jangan kau siksa aku”




Masa itu, tahukah anda apa yang syaitan akan katakan kepada kita?


ALLAH SWT berfirman: Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yanng benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuaasaan bagiku terhadapmu(aku tidak memaksamu) melainkan aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kammu mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat emnolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu” Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih” Surah Ibrahim ayat 22.




Lihat, syaitan yang menghasut akan meninggalkan kita.




Manusia pula, sifatnya lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun. Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri kita daripada hasutan tipu daya syaitan, jika kita sendiri melemahkan diri kita, sengaja berbuat kemungkaran? Bagaimana hendak menjaga keimanan, ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita?

Nampak? Adakah sekarang anda sudah nampak kenapa ikhtilat itu tidak dibenarkan? Nampak kah kamu kenapa ALLAH melarang lelaki dan perempuan bercampur tanpa batasan?




Masihkah anda hendak berkata: “ Ala, kami bukannya apa, kawan je” ?



Syaitan akan mencucuk anda, menghasut anda, dari arah dan cara yang tidak anda sangka-sangka. Alangkan sahabat Rasulullah SAW, isteri Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga juga berjaga-jaga, bagaimanakah anda yang tidak tahu ke mana lagi anda akan pergi di hari nanti?




“ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?




ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syruga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?




Dan, perhatian kepada mereka yang mencela, mengutuk, memboikot, menghina sesiapa yang telah terjebak dengan ikhtilat ini, saya nasihatkan, hentikanlah.




“ Aku dah tegur dia 10 kali, dia tak mahu dengar jugak. Jadi aku boikot la”

Aku nampak dia pegang tangan dengan makwe dia, aku cela lah. Mana boleh biar orang macam tu senang. Nanti dia terus lagi buat dosa. Nanti dia ingat dia betul”




Ya kah? Begitukah caranya menegur?




Jika benar, maka pada hari lelaki arab kencing di dalam masjid, maka Rasulullah SAW akan membiarkan sahabat-sahabat baginda memukul lelaki itu. Jika benar, maka pada hari Saidina Umar meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk memenggal kepala ketua munafik, Abdullah ibn Ubay ibn Salul, maka Rasulullah SAW akan membenarkan. Jika benar, maka Rasulullah SAW tidak akan mengajak penyembah berhala – syirik, menyekutukan ALLAH, kufur kepada ALLAH, dosa yang teramat besar – untuk kembali kepada ALLAH SWT.




Siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?





Adakah kamu hendak beratnggungjawab jika orang berdosa itu terus melarikan diri daripada cahaya ALLAH akibat pemboikotan, celaan, hinaan kamu kepadanya? Bagaimanakah kamu akan menjawab di hadapan ALLAH bila orang larut dalam dosa kerana membecin tindakan kamu itu berkata: “ YA ALLAH, aku jauh dari hidayah KAU sebab si fulan ni ajak orang boikot aku, hina aku, cela aku. Aku benci kepadanya, sebab itu aku jauh dari hidayah KAU”


Apakah yang kamu hendak menjawab bila ALLAH tanya: “ Kenapa kamu berputus asa dengan hambaKu ini? Sedangkan AKU tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-hambaKu?”

Apakah yang kamu belajar daripada Nabi Nuh yang terusan berdakwah selama 950 tahun? Bagaimanakah kammu belajar daripada Rasulullah SAW yang terus mendoakan kebaikan walau dibaling batu sehingga terperah darahnya?

Kamu panggil kamu golongan kebenaran? Mengajak kepada kebaikan? Maka kenapa kamu mencela-cela, menghina-hina, memulaukan mereka yang memerlukan lagi teguran kamu, nasihat kamu, bimbingan kamu?




Da’ie jenis apakah kamu?




Menegur ada caranya. Hikmah. Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata. Tetapi hikmah ini kena dengan caranya, ada stepnya, ada gayanya, kena dengan keadaan, sesuai dengann sasaran. Bukan semua manusia boleh ditegur kasar, bukan semua manusia boleh ditegur lembut. Da’ie perlu mempunyai kemahiran menilai.



Jika tidak, apa guna ilmu waqi’? Untuk tahu politik sahaja kah?
Jika tidak, apa guna ta’aruf? Sekadar hendak kenal biar boleh menghukum kah?




Kalaulah Rasulullah SAW berputus asa ketika baginda dibaling batu dengan teruk di Ta’if, maka iman dan ISLAM itu tidak sampai kepada kita hari ini. Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?




“ Dia budak agama, takkan tak faham-faham lagi?”




Habis, Nabi Adam juga tertipu dengan syaitan. Apakah kamu hendak menyatakan Nabi Adam itu tidak faham? Ka’ab bin Malik, sahabat Rasulullah SAW juga pernah tidak pergi beperang kerana terleka dengan dunia. Maka apakah kamu hendak menyatakan kamu lebih faham ISLAM daripada Ka’ab bin Malik?


Tegurlah dengan sebaik-baik teguran. Jangan kerana kamu, manusia jauh daripada rahmat ALLAH. Da’ie tugasnya menyeru. Hakim baru tugasnya menghukum. Sama-sama kita muhasabah. Muhasabah berkenaan ikhtilat. Dan muhasabah bagaiamana hendak mengajak manusia menjauhi ikhtilat.






Ps: Terima kasih kepada Abang Baha(nama sebenar Faiz bin Hamzah), pelajar tahun akhir Kuliah Adab(bahasa) di University of Yarmouk, merangkap Presiden PERMAIN(Persatuan Pelajar Melayu Irbid) kerana memberikan penerangan berkenaan Ikhtitlat ini, dan membahaskannya dari uslub bahasa arab. Saya secara jujurnya, terkesan dengan ceramah beliau, dan mata saya terbeliak besar memerhatikan betapa mendalamnya ayat-ayat ALLAH, kemasnya susunan ALLAH terhadap Al-Quran ini. Al-Quran, ternyata bukan untuk kita baca kemudian simpan. Tetapi untuk kita tadabbur, perhatikan, dan amal.




Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?


Saturday, July 25, 2009

AlhamduliLLAH~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Allahumma a'inni a'la dzikrika wa syukrika wa husni 'ibadatika.
Ameen ya rabbal 'alameen.

"Ya Allah ya Tuhan kami,bantulah kami dalam mengingatiMu, dan dalam mensyukuri ni'matMu dan dalam membaikkan ibadah kami padaMu."



1 Syaaban 1430 Hijrah/ 24 Julai 2009



Pertemuan yang tidak diduga, mengubat hati yang makin lupa.
Cepat masa berlalu,Murobbi pulang melihat kami kembali berkain BiRu.
Sungguh,detik-detik lepas makin bertamu dalam ingatan.



"Barakallahulaka fi malika wa ahlika,ya murobbi"- khas untuk Mama Hasma bt Hashim serta keluarga. Moga tiap amal dan kebaikan,nasihat serta saranan yang mama berikan dibalas Allah dengan sebanyak-banyak ganjaran. Ameen ya rabbal 'alameen.


~jatuh bangun semula!~^_^


Saturday, July 11, 2009

kuasa FITRAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



TUGASAN QIAM.

Saya masih lagi dihantui rasa bersalah. Bersalah teramat kerana begitu banyak menyusahkan dia. Pagi saya tak tenang,petang lagi tak tenang. Tapi saya cuma mampu tawakkaltu 'alaLLAH, semoga sedikit-sebanyak ada juga kebaikannya. Malam ini kami sama-sama jadi fesi untuk qiam adik-adik f*.Sebagai naqibah. Petang itu....AlhamduliLLAH!semuanya lancar walaupun diakui ada sedikit episod yang agak meresah jiwa,namun..insyaAllah,tiada yang membesar-besarkannya sehingga menjadi masalah yang kronik. Malam itu adik-adik juga kami diberi pengisian tajuk IKHTILAT (pergaulan antr lelaki dan perempuan) . Part paling best ia diberi murobbi(guru) usrah kami yang tercinta.BarakaLLAHU fik ya murobbi.^_^. Malam itu istimewa kerana ada tetamu yang istimewa dan jejak kasih antara orang-orang yang sudah 5 tahun tidak sekolah sebumbung.AlhamduliLLAH~

Malam kami agak sedikitBanyak lewat..pelbagai masalah mula keluar cerita.Sana sini ujiannya bertandang.Takpe madrasati, dugaan-dugaan ini semua yang mematangkan anda kan?tapi hanya bila ia ditangani dengan baik. MOT (Maaf, tOp secreT!) yang begitu menekan-nekan hati dan fikiran. Masalah pelajar yang tidak bertindak matang. Memikirkan ini semua yang menjadi penghalang dalam proses mentarbiyyahkan pelajar, for sure agak pening! "Makin haru...",ungkap murobbi Usrah. Tapi harus yakin ini semua dugaan dan tipu daya syaitan semata.





120- If good fortune falls to you, be it through victory or through martyrdom, they come to be actuated by envy and grieved at heart. If you are befallen with a disaster or wedded to a calamity, they rejoice beyond a common joy. If you be patient and entertain the profound reverence dutiful to Allah, you shall not be hurt by their wicked plots and intrigues. Allah besets them on all sides and He is 'Alimun of all that they do.


Sungguh saya tak boleh nafi bahawa sekolah sangat menagih penawar,memang perlu sentuhan tarbiyyah yang asli dan sohih dari orang-orang yang faqih.Faham apa itu tarbiyyah.Faham apa itu insan Rabbani.Faham apa yang diperlukan dan bukan memberi apa yang tidak perlu. AstaghfiruLLAH...moga MOT,disiplin,tidak matang, salah faham virus 'S****d' juga masalah lain (wallahu'alam) segera selesai. Moga Allah tunjukkan kita jalanNya.


KEMBARA 'BACK & FORTH'


AlhamduliLLAH..pagi agak tenang,masih diberi nafas untuk terus membaiki diri dalam proses islah nafsak wad'u ghairak (membaiki diri dan mengajak yang lain). Proses ini bukan senang dan sambil lewa. Program Qiam diakhiri dengan pemberian hadiah dan ucapan tuan pengarah. Usai program dan di'shoot' (astaghfiruLLAH), kami mengemas sebentar Al-Qa'ah (dewan) yang makin tunggang-langgang.Lumrah bila tiap kali ada event. Terus, kami mulakan perancangan untuk Kembara selepas ada murobbi yang sudi tumpangkan. Walaupun agak awal sejam dari masa yang dijanjikan, tidak mahu pula kami terlepas peluang memanfaatkan kemudahan kereta yang ada.^_O Maka,Kembara bermula bertumpangkan kereta Innova sehingga sampai di hadapan rumah murobbi. Bagai 'hujan dulu sebelum payung disediakan' (peribahasa tak wujud), memang kami sampai agak terawal. Bimbang-bimbang kehadiran menyusahkan murobbi yang mungkin masih sedang prepare untuk kedatangan kami yang sepatutnya sejam kemudian, kata putus...sarapan dulu! Ukhti R letakkan dahulu hadiah dibawanya di depan muka pintu. Kami menghala ke jalan yang membawa kepada 2 simpang.Kiri atau kanan?

Arah badan cenderung ke kanan. Tapi,tiba-tiba langkah kaki terhenti. Di tengah jalan,ada sesuatu yang menanti. Kami gamam sedetik.



"Hah?ada anjing la....".

"Ala,takpe...nanti kita lalu ramai2, anjing tu
pergi je...Selalunya kalau kita buat tak tahu,anjing senyap je lah anti." Ukhti Z bagi solusi.

"Tapi,masalahnya anjing tu duduk kat tengah jalan,kalau tepi jalan takpe jugak. (peluang 50-50)." Ukhti R bantah. Ukhti Z,Ukhti D juga saya tergelak kecil. Arah pusing 180 degree.


:::HIKMAH ITU ADA DI SEBALIK TIAP KEJADIAN:::

AlhamduliLLAH,rencana Allah...jika tadi bertumpangkan Innova,sekarang sebuah van yang begitu familiar. Dalam 0.5/10 perjalanan ke warung,murobbi Usrah kami pula kebetulan lalu. Sebetulnya,murobbi ingin pulang ke rumah yang terletak di area-area situ juga,tapi bila nampak kami...murobbi menyuruh naik walau mulanya kami menolak.thumma AlhamduliLLAH!

"Hikmah kita mengelak anjing eh..?". Saya tersenyum sambil mengangguk.


Rezeki kami di pagi hari itu melalui perantaraan Warung Pak Teh,makanan sarapan utama masyarakat Melayu. Selesai,kami berjalan sendiri ke sekolah untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.Konklusinya, walau ada 2 watak transportation besi dalam kembara ini, akhirnya transportation 2 kaki pinjaman Allah yang menjadi tumpangan kami ke rumah murobbi.AlhamduliLLAH! syukuri ni'mat kaki yang kita ada.AlhamduliLLAH waliLLAHIlhamd.


FITRAH YANG MENENANGKAN HATI.

Kini kami terpacak di hadapan pintu bertepatan dengan waktu yang ditentukan.Senang hati.Hadiah tadi di luar tidak terusik. Kami sepakat untuk tidak beritahu murobbi perihal tadi. Kedatangan disambut dengan senyuman manis dari ibu murobbi kami,juga Farihah* ,anak kecil murobbi berumur * tahun yang terpacul di muka tingkap. Comel. Ziarah kami ini sempena kelahiran anak ke-4 murobbi yang selamat dilahirkan beberapa minggu yang lepas. Murobbi sajikan nasi goreng,keropok dan air teh untuk kami. MasyaAllah,rezeki bertandang lagi. Disebabkan perut agak sedikit penuh,kami menjamah dengan kuantiti yang sederhana. Tapi,masakan murobbi alhamduliLLAH,sedap!~

Sebaik diletakkan 'bungkusan selimut dan kain' di atas katil,hati kian berbunga-bunga.Terus tidak sabar,terus berdebar. Bungkusan dibuka,kelihatan bayi kecil bergerak-gerak dengan pergerakan terbatas kerana dibedung. SubhanaLLAH! hangat mengalir rasa kasih dan sayang,menjalar dalam tiap urat nadi.Senyuman melebar terukir,masing-masing tidak sabar ingin mendukung. Wajah suci dan mulus bayi kami tatap.Rasa ketenangan meresap ke dalam jiwa...ketenangan semacam ini yang dah begitu lama tidak menjengah hati-hati kami yang sering tersilau dengan hal dunia..SubhanaLLAH walhamduliLLAH wa la ilaha illaLLAH waLLAHu akbar!Ketenangan itu dari ALLAH.


KUASA FITRAH

Tiap-tiap dari diri manusia lahirnya dalam keadaan fitrah.Suci,bersih dari dosa.Ya,seperti bayi. Menatap wajah bayi suci itu,timbul rasa malu dan rindu dalam diri. Rindu pada fitrah yang dahulu kita miliki secara total waktu masih bayi.Hakikatnya, fitrah itu memang sentiasa berada dalam diri kita,sepanjang masa...cumanya KABUR dan KABUS ditutupi dosa-dosa yang dilakukan. Itu yang menyebabkan fitrah kita tidak tertonjol seperti mana seorang bayi,tidak menang melawan nafsu. Sedih?Saya sedih.
Malah seorang yang soleh,punyai hati yang baik dan rapat hubungannya dengan Allah,apa yang ada dalam hati mereka menjadi cahaya yang memancar pada wajah dan jelas dilihat oleh orang yang memandangnya. Sampaikan cukup dengan memandang wajah mereka,seseorang mendapatkan keuntungan yang besar.

  • Yunus bin 'Ubaid di Basrah pernah berkata, "Setiap orang yang melihat Hasan (al-Basri) akan mendapat manfaat meski ia tidak melihat amal ibadahnya atau mendengar ucapannya."
  • Imam Malik di Madinah mengucapkan, " Setiap kali kurasa hatiku keras,aku pergi kepada Muhammad bin Al-Munkadir.Aku memandangnya sekali, lalu mengambil keuntungan daripadanya berhari-hari."

Sampai waktu,kami sedia untuk berjalan pulang semula ke sekolah.Menggunakan ni'mat kaki yang Allah pinjamkan.AlhamduliLLAH. Terasa berat hati meninggalkan murobbi,rumah murobbi juga cahaya FITRAH jelas yang berada di situ. Lepas bersalaman,kami melangkah keluar dari pintu pagar rumah.

"Bila tengok baby tadi,ana lupa langsung segala masalah2 kat sekolah.Masalah
pagi tadi.. tertumpu pada bayi tu je."

"kan?itulah...rasa macam masalah2 semua terbang melayang.Rasa tenang sangat...sejuk." Ukhti Z sokong.

"rasa bahagia sangat.Itulah kuasa fitrah."



    Tergerak hati menoleh ke belakang,kelihatan Farihah dan abangnya sampai melambai-lambai kami dari luar rumah.Kami melambai balik sepenuh perasaan.Gembira.Sayu.Sedih.Bersyukur.Berharap.Semuaanya teradun.Rupanya dosa-dosa yang membuat saya tidak merasa bahagia selama ini. 'ALLAHUMMA INNI DHO'IFUN FAQOWWINI'

    Wallahu'alam.

    *nama-nama watak,juga warung telah diubah untuk menjaga identiti sebenar mereka.Harap maklum.

    Friday, July 3, 2009

    10 Rejab 1430 HIJRAH

    "Kerana jalan ini, tiada pernah berniat untuk rehat...."
    *cabaran menghebat hanya utk orang yang hebat. SayaKita memang perlu jadi lebih kuat.SayaKita perlu kembali pada DIA

    Friday, June 12, 2009

    Dreaming Of[f]...

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




    2,3 anak muda lepak-lepak semberono di port kegemaran stesen minyak terkenal.Seperti biasa,bual-bual mereka juga semberono sambil hidu semula asap karbon monoksida menggunakan hidung yang keluar dari mulut.Dalam 2,3 anak muda yang tak berapa kurang karismanya,mereka sekadar budak-budak lepasan SPM,juga STPM yang masih mencari.

    "Yo,cari apa?Juling mata aku tengok.pss..usya awek ke?". Jon Do(nama timangan), tetibe ada depan mata.

    "Takla...tengah cari kau dowh. Ba*p*k lambat ko sampai!..". Zali pantas bidas. Walhal 2,3 orang anak gadis muda lalu depan mata.

    "ntah..ko gi mana Do?bosann gi**r ko xde td." Lutfi pula menyampuk.


    Kini mereka berempat. Kehadiran Jon Doe tambah rencah lagi bikin suasana hangat.Namun tak ubah,perbualan mereka tambah semberono.Topik yang selalu menjadi isi awekz,game plg hangat abad ini,movie masyuk,karaoke,racing juga artis2 yang tak kekang dari gossip,skandal dan berita panas.Paling tidak pun semuanya berkaitan hiburan juga hal-hal yang mampu 'naik harga diri' anak muda.Kalau takde cerita, maka caci-maki dan umpatan jadi hiasan bibir.That's life!

    "Zali,ko tu dah ade awek! Tak cukup dua nak sorang lagi..x yah aa ko juling mata." Do sergah Zali yang sedari tadi cuba berdalih.

    "Hek ele...sukati hidup aku aa nak brp.Klo aku tak juling pon..awek2 tu yg dtg kat aku.Aku x kisah pon." kata Zali sambil mengenyit mata sebelah kiri pada seorang gadis.Serentak anak gadis yang dikenyit senyum tersipu malu.

    "Zali ko x nak eh si Intan?bg aku la..dye cun d**h!" Lutfi ambil peluang tawar-menawar.

    "Ambik ah...aku boleh cari lg cun dari die."

    "Dasar buaya ah ko Zali. Aku setia..tak macam ko." Jon Do bangga. Dia paling setia pada girlfren yang entah ke berapa setelah mengalami beberapa break-off.

    "Ko x yah jeles Do! Aku tau muka aku paling smart.Nak buat camne en..". Zali takabbur.


    Lutfi ketawa terkekeh-kekeh. Geli hati juga seronok Intan diberi Zali untuk dipegang.Dia mula rancang untuk outing ke mana.

    "Do,ko beli apa tuh?". Karim atau nama glamor abg Rem ujar soalan sebaik nampak plastik hitam di motor Jon Do.Karim paling tua antara mereka.


    Beberapa keping DVD cetakrompak dihulur Jon Do.Semuanya adalah jenis DVD Rom kecuai beberapa versi XBox dan PS3. 'The SIMS 1000', 'Mortal Kombat of Infinity', 'Cortana' , 'Resident Evil: Apocalypse', 'Twin Galaxies' , 'Wolfenstein 3D' juga 'Final Fantasy' versi terbaru,semuanya Jon Do balun dari gerai di pusat membeli-belah.Duit tiada hal bagi Jon Do.Siang malam mereka kebiasaannya diinputkan oleh game,movie juga karaoke.Atau outing bersama girlfriend ,kalau tidak berdua pasti akan diajak beberapa kawan yang lain dengan membawa masing-masing punya.

    "Banyak s**t ko beli! Haha...best gi**r. " Lutfi ketawa semangat sambil membelek-belek DVD cetak rompak yang baharu dibeli Jon Do.

    "Biasa ar..aku ni kan progamerz weh!" Jon Do teruja.

    "Banyak ah.Progamerz?Defeat aku dulu ah.Umo setahun jagong dah nak belagok.!"
    Abg Rem yang dari tadi senyap mula bersuara.

    "Rilek ah abg Rem.Takpe,nanti kita tengok sapa yang mencipta keluar biasaan.Sumthing abnormal. Tapi yang pasti dalam bab ketampanan,saya dah juara.hek hek..." Zali berkata lagak seorang ahli falsafah.Masih berasa gah dengan kredibiliti memancing wanita.

    Mereka berebut-rebut untuk kejar title 'King of Progamerz'.Itu 'StandaRd',bagi mereka! Paling direbutkan siapa yang akan menjadi jaguh dalam game yang melibatkan combat. Siapa kalah,maka dia lo**r!Siapa menang,dia akan mendapat gelaran yang begitu dibangga-banggakan.Tak hairan, pusat game tak pernah sunyi dari kesan tapak kaki mereka.Tiap hari mengumpul mata semata-mata untuk rebut gelaran yang diidam-idamkan. King of Progamerz. Tambahan,awek-awek makin suka dan manja bila pakwe-pakwe mereka ada title. Lutfi toleh ke sebelah kanan. Rupanya ada mamat dari belantara mana entah duduk di sebelahnya.Setiap apa yang dibualkan semua mamat tersebut dengar.
    'ba**k kerek mamat nie.Duduk sebelah ni je..pastu dtg tak tegor langsung,dahtu curi dgr perbualan orang lak tu!' Su'u zhon pantas menyelinap ke dalam Lutfi.


    "Assalamualaikum!..". Lutfi menyapa sedang Zali tersenyum.Geli hati dia mendengar Lutfi berkata sesuatu yang jarang-jarang disebut olehnya. Lawak level 1,bagi dia.


    "Waalaikumsalam.." si pemuda tadi menjawab sambil dibalasi senyuman.

    "Kau dari mana?..nampak cam org gharib je.". Lutfi,Jon Do,Zali dan Abg Rem serentak tergelak terbahak-bahak.Entah di mana lawaknya,tak tahu.

    "Tak..orang sini je.Duk sini sebab tengah tunggu bas.". si pemuda jawab bersahaja.Masih senyum.

    "Kire ko dgr ah apa kitorang borak td?..atau kau curi dengar?".Abg Rem pula bertanya seolah-olah pegawai CSI.

    "Tempat ni tempat awam bro. Klo saya tak curi dengar pun boleh dengar gak..lebih-lebih kalau saya dah duduk kat sini."

    Abg Rem terasa terkena.

    "Bro-bro neh progamerz ke semua?..er,saya dgr tadi." soal si pemuda berminat untuk tahu.

    "Of course ah..ko pun dah dengar td kan." Jon Do segera menjawab.

    "Ko tanya apehal?ko ...progamerz atau pragamerz?". Zali mencelah.

    "Eh..takdelah bro.Saya tak biasa main game2 nih semua.Setakat game kat hp tu blhla sikit2..tp saya tau ada seorang nih memang hebat la!terutama dalam combat."

    "Hebat?".

    "Haah. setahu saya dalam setiap perlawanan dia tak pernah kalah .Even lawan sapa-sapa pun,tak pernah dia tewas dalam pertarungan.

    4 orang anak muda mula tertarik mendengar cerita si pemuda yang baharu sahaja ditegur mereka.

    "Hebat sampai macam tu sekali?sapa org tuh..?" Jon Do berminat untuk tahu.Egonya terasa tercabar apabila ada orang yang berjaya melepasi ratenya.

    "Ada seorang lagi pulak dah pun cipta keluar biasaan.Klo bro2 semua nak jadi luar biasa dgn setakat menang dapat title King of Progamerz,saya rasa belum cukup lagi lah bro.Orang tu pulak baru usia 19 tahun...kira2 macam bro jugak ah." si pemuda teruskan cerita.

    "Asal?ko ni pandai cakap je en...cube ko bagitau sapa?". Lutfi tak sabar untuk tahu.Si pemuda sekadar senyum lebar pada mereka berempat.Dia bingkas bangun memandangkan bas yang ditunggu sudah tiba.

    "Asal kitorang macam x pernah dengar je..klo btollah dye hebat sangat,asal orang-orang tak pernah hboh pon..!". Zali cuba menduga.Si pemuda senyum sambil berkata,

    "Memang tak ramai yang tahu tentang mereka yang hebat nih.Tp bukan sebab mereka tak terkenal bro,cuma orang-orang yang kurang ambil tahu."

    "Ko biar btol....aku rasa ko ni tipu lebih aa.!" Lutfi pula menduga.

    "oh adek,..kami abg2 ni tak suke berteka-teki lagi nak bermadah pujangga..baek ko cakap je..supaya ko tak tertinggal bas tuh." Jon Do bersuara.Terasa dirinya makin tercabar dengan orang-orang hebat yang diperkata si pemuda.

    Si pemuda terus melangkah naik ke tangga bas.Si pemuda sempat menoleh dan berkata;


    "Bro nak sangat tahu,orang tu adalah Khalid bin Walid,seorang yang tak pernah kalah apabila bertempur di medan realiti melawan musuh Islam.Seorang lagi bro,..Sultan Muhammad Al-Fateh yang melakukan keluar biasaan bila melayarkan kapal di daratan bukan di lautan.Yang menariknya bro..orang-orang yang hebat ni orang Islam,sama macam bro semua jugak.Muda lagi dah jadi orang hebat bro! Oklah,bro..jumpa lagi. Saya chow dulu.Assalamualaikum".si Pemuda sempat melayangkan senyuman manis sebelum terus melangkah masuk dan meluncur bersama bas Rapid yang sederhana padat.

    ::::Orang ISLAM merupakan orang yang HEBAT!Anda?::::

    *Wallahu'alam.Mohon diperbetul andai tersalah.*


    Nabi Muhammad berkata,"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan". --Bukhari dan Muslim--




    Sunday, June 7, 2009

    VariaSi

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




    ~teringin nak letak gambar pule.Biar gambar bercerita.
    *solat di padangAl-amin. [KRS authority}




    *berKampung bersama Ilmu di kindergarten.





    *yg saya rindu.....


















    Friday, May 29, 2009

    Betul ke?

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





    Katanya kau seorang pejuang
    tapi ikhtilat mu tidak dijaga

    Katanya kau seorang pejuang
    tapi kau masih 'assobiyyah

    Katanya kau seorang pejuang
    tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

    Katanya kau seorang pejuang
    kau masih layan tv (yg x berfaedah), movie dan game dgn alasan nak release tension

    Katanya kau seorang pejuang
    cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

    Katanya kau seorang pejuang
    kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

    Katanya kau seorang pejuang
    kau tak pun berdakwah

    Katanya kau seorang pejuang
    kau masih layan muzik-muzik yang lagha

    Katanya kau seorang pejuang
    tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

    Katanya kau seorang pejuang
    kau lebih bela jemaah berbanding islam

    Katanya kau seorang pejuang
    kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

    Katanya kau seorang pejuang
    mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

    Katanya kau seorang pejuang
    ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

    Katanya kau seorang pejuang
    kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

    Katanya kau seorang pejuang
    berapa banyak ummat yang kau ziarah?

    Katanya kau seorang pejuang
    kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

    Katanya kau seorang pejuang
    kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

    Katanya kau seorang pejuang
    tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

    Katanya kau seorang pejuang
    tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

    Katanya kau seorang pejuang
    hidupmu masih senang lenang dan mewah

    Katanya kau seorang pejuang
    kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

    Katanya kau seorang pejuang
    kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

    Katanya kau seorang pejuang
    kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

    Katanya kau seorang pejuang

    kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

    katanya kau seorang pejuang!!!





    pautan asal-

    :::ShareThis:::

    Tanya-tanya.