Pages

Saturday, August 4, 2012

diri sendiri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Kaki melangkah pantas, menyusun langkah menuju ke kantin.
Kelihatan ramai sekali akhawat menuju ke sana, bersiap untuk berbuka puasa.
MasyaAllah, jarang sekali peluang sebegini datang. Berbuka puasa beramai-ramai dengan akhawat-akhawat yang berjuang di medan masing-masing. Teringat suasana sekolah dulu, berbuka puasa selepas khidmat diri dan mendengar daurah.


Selesai menghabiskan sisa makanan di pinggan, saya segera bangun dari bangku. Meletakkan cawan, pinggan di dalam besen yang disediakan dan mencuci tangan. Telinga saya tertarik mendengar bunyi aliran sungai di sebelah. Sekali lagi, masyaAllah..jarang sekali peluang merasa kehadiran sungai berdekatan lebih-lebih lagi di tanah Jordan. Tatkala meneruskan langkah, seorang ukhti menegur saya. Ukhti yang saya panggil 'Kak'. Ukhti yang sama sekali saya tak pernah sangka dapat bertemu dan mengenali dia saat awal perkenalan pertama kami di Jordan 2 tahun lalu. Dan, kini..saya bertemunya semula semasa saya bercuti di Malaysia. MasyaAllah...benarlah betapa kita akan pasti bertemu selagi kita berada di jalan yang sama. Jalan dakwah yang kita cinta.


Tapi... ada suatu perasaan malu dan keseganan dalam hati saya. Saya sungguh tidak menyukai perasaan itu untuk bertandang dalam diri. Ketika kak itu melemparkan senyuman dan saya membalas dengan senyuman kembali, dan saya tidak tahu apakah maksud di sebalik senyuman saya yang terukir itu.


" Aisya...awak tak menulis untuk saya lagi ke? Sekali tu je dulu awak tulis..."


Saya tergamam. Perasaan bersalah datang membunuh-bunuh. Saya terdiam di sebalik senyuman kelat. Berlari kata-kata untuk saya tutur dan susunkan pada kak yang terlalu saya hormati dan kagumi. MasyaAllah '3alaiha..
rasanya, kini saya harus menyusun kata-kata untuk dilemparkan pada diri sendiri.

---------------------



Dewan yang terletak betul-betul di bawah dormitori kami mula penuh. Akhawat mula memenuhi kerusi-kerusi yang kosong, bersedia untuk mengisi 'minyak' lagi untuk suatu perjalanan yang sangat panjang selepas ini. Kelihatan Syeikh Muhd Hameed tegak berdiri di hadapan, sambil ditemani penterjemah yang bakal mengulangi semula pertuturan Syeikh Hameed dalam bahasa Melayu. Bayangan zaman lepasan SPM dulu terbayang di fikiran saya. Ketika itu juga kali pertama saya mendengar pengisian dari Syeikh Hameed., selepas 2 tahun...saya berpeluang bertemu dan mendegar darinya lagi. Penterjemah juga orang yang sama..huhu..
Alhamdulillah, segala kenikmatan datang dari Allah dan kita penanggung amanahNya. Allahu Akbar!~

bila saya melihat tajuk daurah, saya tahu ia berkisar suatu yang sangat sangat penting. Jika tidak, takkanlah tajuk ini dipilih untuk diisi dalam slot program sekali setahun ini. Khusyuk mendengar pengisian, tak kurang ramai juga yang 'bergusti' dengan mata masing-masing. Menahan ngantuk, mengelak dari terlelap. Fenomena perjuangan biasa bila mendengar daurah.T_T.  Sesekali Syeikh Hameed menepuk tangannya;

    " Jika saya berbuat seperti ini, itu bermakna saya ternampak ada orang tidur.. ", Syeikh memberi amaran, tapi penuh mesra. Senyuman syeikh masih bisa dipandang sejuk.

  " Ya akhawatii..kita sedang berbicara tentang Qawiyyul Jism (kuat tubuh badan), bagaimana saya boleh bercerita pada anda semua, tetapi keadaan anda tersengguk-sengguk begini..? ", Syeikh Hameed sekali lagi memberi saranan, mengharap motivasi datang. Serentak kedengaran tawa dan ceria akhawat. Mula sedar diri agaknya.

    Perbincangan pada hari itu adalah berkisar 10 Muwassofat Tarbiyyah dan kaitannya dengan 38 kewajipan  akh. Meneliti pengisian 10 MT ini, memang sangat banyak yang tertembak dan mengena pada diri. Menjelaskan lagi arah dan metode dalam melengkapi sifat-sifat tarbiyyah yang harus dibina dalam diri. Kenapa kena 10 MT?..dari mana datang semua ni? Semuanya dicerahkan, insyaAllah. Benar, 10 MT memang tak asing untuk kita dengar. Selalu dicanang ke mana-mana. Poster pun banyak, beraneka rupa, macam-macam bentuk ada.


     Cuma yang paling saya 'terketuk' sekali adalah pada permulaan daurah. Syeikh terlebih dahulu menerangkan tentang pentingnya tarbiyyah diri. Ops...jangan keliru dengan tarbiyyah jamaie' atau kolektif. Pada dasarnya, kita ada 2 jenis tarbiyyah...tarbiyyah jamaie, iaitu secara beramai-ramai atau kolektif seperti usrah, daurah, jaulah..dsb yang kita buat bersama-sama dengan orang lain. Namun, ramai yang terlupa pada proses untuk mentarbiyyah diri sendiri, yang sering muncul pada waktu-waktu senggang, di rumah, ketika shopping, dan dalam pelbagai urusan kita yang bersifat kendiri.

     Yeh, benar akhi/ukhti, kita mudah untuk melakukan kerja bila bersama dengan ikhwah akhawat yang turut sama melakukan kerja dakwah. Ceria bertukar senyuman dan pendapat di dalam usrah, aktif sungguh kita melafazkan isi-isi dan input yang kita dapat pada rakan-rakan lain. Khusyuk dengar daurah, kadang-kadang akan megurut dan diurut bila simptom 'mengangguk' mula kerap berlaku. Rehlah dan jaulah apatah lagi...semangat kita mentadabbur alam sambil disapa angin mahupun pasir, yang semuanya kita pandang sebagai nikmat Allah.

     Tapi jarang sekali benda itu berlaku bila kita di rumah atau selepas kita pulang. Eh..bukan kata takde orang yang boleh macam tu ye, tapi cuma kebanyakannya.

   " apa yang lebih penting sebenarnya adalah apa yang awak lakukan selepas awak berusrah.", tutur Syeikh Hameed.
   " bagaimana awak membina diri awak sendiri. Medan pertama kamu adalah diri sendiri."

    Saya memandang buku nota sambil berfikir betapa benarnya kata-kata Syeikh Hameed. Patutlah femomena kefuturan boleh berlaku pada seorang rijal dakwah. Ketika mana dia melupakan tarbiyyah dirinya sendiri. Kadang-kadang terfikir kenapa bila bersama akhawat, kita boleh berakhlak mesra, baik, sopan dan semangat untuk bertegur sapa. tapi, tidak pula bila berada bersama golongan lain yang tertentu?? Sebab waktu selepas itulah, bila kita tidak berada dalam lingkungan ikhwah/akhawat... bersabar untuk terus membina muwassofat tarbiyyah dalam diri. Sehingga kita berjalan membawa akhlak islami ke mana sahaja kita pergi. Bergaul dengan keluarga, menyiapkan makanan, mungkin juga ketika kita melipat kain..apakah cara kita untuk mentarbiyyah diri sendiri dalam aktiviti rutinitas kita? (tiba2 broken-indon..)

   "Kekuatan dakwah terletak pada kekuatan diri dan ia datang dari dalam, iaitu hubungan dengan Allah.."

Kata-kata ini memang sangat 'menampar' diri saya. Tempoh hari apabila membuat sharing Tarbiyah Dzatiyah  bersama adik junior sekolah, saya merasakan setiap apa yang saya ucapkan adalah lebih untuk saya sebenarnya, Menguatkan orang lain tapi tidak menguatkan diri sendiri... Ah, macam mana itu???



---------------------------

" akak...ya Allah, saya minta maaf sangat. Masa tu saya tak sempat nak re-edit lagi. Saya pun dah lama tak menulis..blog saya pun lama tak update jugak (huhu..anda nampak kan? =( )",saya menjawab semampunya.


"..=)...sebenarnya pada diri sendiri~ ", kak itu membalas sambil satu senyuman dilontarkan buat saya.
" Awak kena fikir Aisya,..2 tahun lagi awak balik, awak kena bekerja dengan saya....".










ucapannya seolah memberi jalan mati untuk saya. Itu yang saya fikirkan. Jalan mati bahawa ' awak kena jugak! awak harus kuatkan diri awak sendiri..you have to!' Macam mana caranya pun, saya harus mentarbiyyah diri saya pandai mengurus masa, mantapkan hati dan dalam serta luar.
 Demi DnT ini.
Untuk Allah.


Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki ibadahku padaMu.
Jom panjatkan doa tinggi-tinggi padaNya, agar kita tidak dibiarkan lupa pada diri sendiri.


 “Dan janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang lupakan Allah, maka Dia (Allah) melupakan mereka terhadap diri mereka sendiri, mereka itulah orang-orang yang fasik”.

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.