Pages

Wednesday, July 20, 2011

Kata " L"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



*tahun pertama di Madinah, sewaktu mula-mula Rasulullah dan kaum muslimin berhijrah dan negara Islam pun mahu didirikan,..antara perkara yang mula-mula Rasulullah lakukan adalah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Sebabnya, Baginda percaya...dari situlah asas kekuatan Islam.
Kebersamaan atas dasar aqidah & iman pada Allah,
kebersamaan dalam bersaudara..
yang akan membawa kepada kebersamaan dalam setiap hal
dan dalam apa jua kerja yang kita buat.*


saya cuma teringat 3 tahun lalu, ada menonton sebuah movie Jepun. Ada 3 siri, tapi yang paling saya rasa menarik dan ada benda yang boleh dapat adalah siri ke-3. Kerana yang ke-3 tidaklah begitu merepek, tidak begitu dongengan, lebih serius dan dekat dengan alam realiti kita. (oopps, anggap ini adalah respon penonton..).

sebenarnya, ada 2 perkara yang saya paling terkesan dari movie itu. Tapi di sini, saya hanya akan cerita 1 perkara dari 2 yang memberikan saya perasaan itu.



-- Saya cerita sedikit perjalanan movienya, walaupun dah tak berapa ingat. Dalam cerita ni, ditonjolkan watak 'L' seorang manusia yang sangat pelik dan tak dijangka perbuatannya. Pada masa yang sama, fikirannya kompleks dan sangat diharapkan oleh orang-orang di bawahnya untuk selesaikan jika ada kes-kes yang rumit belaka. Dia hanya ada masa 14 hari sahaja untuk hidup..kemudian akan mati (hasil rentetan 2 siri sebelum), dalam masa 14 hari dia harus fikirkan cara untuk selesaikan satu masalah yang timbul,..masalah yang agak besar dan bukan kecil, masalah yang bakal mengeffect semua manusia kat bumi (dalam cerita tu lah, kononnya...). Dia pun bekerjalah bersama-sama dengan penolong-penolongnya.

Bila sampai hari terakhir, masalah tu belum pun selesai lagi...tapi dia telah sediakan back-up orang untuk teruskan dan sedikit perancangannya. Dan dia serahkan pada seorang pakcik ni. Pengakhirannya, masalah tu pun dapatlah disettlekan dan manusia-manusia pun lega. ~

Ok, jadi apa benda sebenarnya yang saya terkesan?


Dalam satu babak tu, rasa sangat best dan menarik bila L ni ada katakan;
" You alone cannot change the world "
" Awak seorang tidak boleh mengubah dunia "

walaupun tajuk movie itu sendiri adalah " L change the world ", tapi mesej di akhirnya mengajar kita sesuatu yang berbeza.
sekalipun L ini adalah orang yang hebat dan dianugerah otak yang geliga, tapi dia sendiri mengakui bahawa dia tidak boleh selesaikan ini berseorangan. Untuk mengubah dunia, bukanlah tindakannya hanya dari satu individu..tetapi adalah beramai-ramai. Tidak kira sehebat mana pun kita, tenaga kita seorang memang tidak mencukupi.


fitrah manusia memang perlukan teman.
sebagaimana bila kita sedih, kita perlukan kawan-kawan untuk tenangkan kita,
perlukan keluarga untuk melayan.

malah untuk buat kebaikan pun, kita akan rasa lebih bersemangat bila buat ramai-ramai..
dan berkumpulan..
akan ada orang yang akan mengingatkan bila kita down & lalai,
beri semangat bila tercampak dalam situasi yang sukar.

kita perlukan kebersamaan.
terkesan.


tapi sebenarnya,
lebih terkesan lagi.. sirah Islam kita dah terlebih dahulu mengajar kita perkara ini. =)


dan lebih lebih terkesan lagi, Allah telah pun memberitahu kita tentang ini dalam Al-Quran..=')

“Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai, serta ingatlah nikmat Allah suatu ketika dahulu (ketika Jahiliyyah) kamu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati-hati kamu, lalu jadilah kamu dengan nikmat Allah tersebut orang-orang yang bersaudara [2:103]



[ 39: 73 ]
zumaraa..


Bayt Islah,
Irbid, Jordan.

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.