Pages

Tuesday, April 21, 2009

Saudara,Harus FLEXIBLE !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Saya angkat tangan pada rakan.Ya,saya tahu saya harus pergi ke sana kerananya telah saya buat suatu yang tidak-tidak sepatutny oleh saya. (apakah ayat?).Maka saya memberi kain telekung pada Ukhti R untuk dibawa ke atas terlebih dahulu.Saya ada tugas di bawah.Aduh..bingung-bingung berkumpul di hadapan.Apa benda yang kena buat?Arahan diberi P/K.P untuk kumpul di hujung sana.Mulalah terfikir 'kena jalan itik'? 'kena lompat katak dari sana?' 'kena jemur?'..ah,saya redha aje.InsyaAllah.Mereka2 jalan dulu. Di jalan walkway,saya beriring dengan Guru Disiplin.

"Muallimah,ana _________..",saya cakap bernada seloroh.Muallimah senyum.

"Oh.._________?.Pastu?kena denda jugak…?"

"Haah la…ye." Muallimah ketawa lagi.Saya senyum gelak.

"Takpe…sebagai Ketua (pen) Keceriaan…".


Ahakz! Haah kan.Denda kali ini tanam
rumput.Hah..kecelaruan mula bermain.
"Sampai pukul berapa nih?..".saya tny muallimah. "entahla…sampai siap la kot.".
Bila ditanya pada P/K.P (pen. ketua pengawas),ini arahan dari Puan Pengetua. 'Oh,bagus jugak.' ,ada tenaga kerja.Seketika itu,hadirlah Puan Pengetua.. meninjau,menyuruh beberapa org mengambil cangkul dan wheelbarrow. Mungkin juga muallimah pengetua agak kepelikan kenapa saya berada di situ..tidak pasti adakah muallimah Pengetua sudah bertanya pada muallimah Disiplin. Yang saya tahu,saya dapat lagi pandangan 'itu', sudah lah semalam dapat juga. Maaf muallimah,ada apa pada anaseorang MPP? Benar,sekiranya orang yang memandang pada manusia,tambahan pula seorang MPP…pasti boleh dia loloskan diri dengan taktiknya.Banyak sahaja peluangnya.Jika saya tidak sedar bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui..sudah tentu aje saya cari jalan untuk elak dari didenda. Pada sesetengah manusia, weh..MPP kena denda..malu ah! Tapi bagi saya,jika escapekan diri…itu lagi memalukan bagi seorang yang mengaku dirinya pemimpin dan pejuang! InsyaAllah,apabila dihadapkan di mahsyar..saya tidak ditanya Allah atas perbuatan saya. Jika Allah tanya "anda melakukan kesalahan tapi kenapa anda tidak menyertai mereka?"..saya mahu jawab apa nanti. Mungkin di dunia boleh saya sorok..tapi di akhirat,saya tiada pembela. TIpu jika saya katakan saya tiada rasa malu walau sekelumit tapi biar saya tanganinya di dunia krana saya tak sanggup tanganinya di akhirat. AstaghfiruLLAH.Maaf jika saya menconteng arang.

[Bukan malu kerana pangkat tapi kerana qudwah hasanah.Risau juga.hanya orang yang faham boleh faham.]


Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.(Al-Haqqah:18)

Apa ada pada saya?seorang MPP. Seorang Imam (dr imam2 mazhab,tak ingt siapa)menerima teguran walau hanya dari tukang gunting rambut.Seorang Imam lagi menerima teguran dari pencuri yang memasuki rumahnya. Maka apa ada pada saya?Saidina Umar sehingga pengsan apabila mendengar ayat 18 di atas ,terlalu gerun akan ayat2 Allah. Syukur ya Allah,Dia memberi saya rasa malu itu walau mungkin nisbahnya 1/1000000 dari rasa malu yang khalifah Umar rasakan. Saya seorang hamba yang berasal dari tanah yang saya cangkul !.


**Saya cari port strategic. Timbunan rumput bersalut tanah masih tinggi di hadapan.Saya cangkul lagi.Hanya pada area yang berumput untuk menarik ia keluar dan masukkan ke dalam wheelbarrow.Satu soalan menerjah dari Ukhti I setahun lebih muda.

"Akak pun kena denda sekali ke?"

"ye…ana kena denda~"


Hah!.Saya dah agak dari mula.Ramai yang sangka saya hadir di situ barangkali untuk kerja memantau.Memandangkan tugas yang diberi memang sangat berkaitan dengan biro di bawah saya.entah berapa kali saya ditanya soalan yang sama dr org yang berbeza…jawapan yang sama jga saya ulang. Apakah pada mereka macam tak boleh percaya saya yang berkain hitam juga didenda? Bagi seorang penipu, bila ditanya..dia boleh menjawab "haah..ana pantau je.sambil tolong2 sikit" untuk mencover-up kesalahan.Lebih-lebih lagi pengawas takde,boleh shj berlakon mempergunakan kain hitam. Na'udzubiLLAH. Tapi seorang Islam harus tidak hipokrit. Malanglah jika saya bersikap begitu. Tidak semesti orang yang kononberpangkat seperti saya harus sentiasa di atas. Saya acapkali teringat kata Guru SPPM kami…bahawa pemimpin itu ada masanya dia harus berada di bawah,dan ada masa dia di atas.Ada masa dia harus berperanan sebagai jundi (tentera) dan qiyadah (ketua). Harus flexible.Harus boleh flexible.Saya pilih untuk berada di barisan mereka. Ada hikmahnya Allah meletakkan saya dalam situasi ini. Sungguh,sangat bersyukur Allah menegur saya cepat sekali! Berada sebaris mereka, saya brpeluang tahu apakah yang mereka rasa sebenarnya.Saya dapat memahami mereka lebih. Ini peluang saya untuk dekati hampiri.Ini peluang saya agar mereka tahu bahawa bukannya MPP menolak tepi mereka,langsung blacklist sperti ckp2 setengah orang.Ini peluang saya untuk beramah mesra semana boleh.


"***…kalau terlepas cangkul tu…kena orang!" saya bajetrisau akan gelagat ukhti.


Pelbagai cakap2 saya dengar.Ada yang tidak puas hati,Ada yang berasa leceh benar nak cangkul tanam rumput.Ada yang berasa enjoy pula yeh.Ada yang tak puas hati tapi menunjukkannya dengan well-mannered way. Tak kurang ada sebaliknya. Suatu dialog saya terdengar.


"Ala..pakai stongan tu bukannya wajib pun.Bukannya kita angkat tangan kita ni ha tunjuk…". Saya diam sahaja. Sambil mencangkul

"..memanglah.Tapi bnin nampak jugak. Cuba kalau angkat tgn..ttbe banin pandang.Nampak kan?". Jawab pengawas berbaju hijau.

"bukannya bnn tengok kita pon…bnn tengok kita ke?..". respon seolah masih tak puas hati.


Ayat seterusnya saya seolah tak mendengar.Tumpuan hanya pada tanah yang dicangkul. Cuma dengar si pengawas menjawab dengan membawa perumpamaan. Hakikatnya pelajar masih tak faham. Tidak hairan jika ada suara2 yang megatakan peraturan terlalu strict,skema dan apa2 sahaja. Mungkin bgi sesetengah menganggap cara yang 'strict' itu jadi penghalang,seolah2 menyekat kebebasan,freedom and dignity..ah,fahamkan dahulu! Pagi itu saya baru terbaca. Di jalan raya ada banyak signboard …ada yang mengehadkan kelajuan untuk dipandu,ada bonggol di hadapan,tanda berhenti,tanda selekoh,tidak boleh park di sini,tidak boleh u-turn di sini,..Signboard2 tu adakah menghlang driver untuk smpai ke destinasi?Tidak,malah ingin driver selamat sampai di destinasi,barulh ada signboard.~


Saya jalan ke arah sana. Kawasan menanam rumput.Mencangkul tapi cangkulan kini untuk mengorek lubang. Ukhti I 2 tahun lebih muda rupanya ada di situ sebentar.Saya tidak perasan.

"emh..korang tiga satu kelas ke?.". Ukhti itu menggeleng. Bila salah seorang dari mereka respon mesra pada saya,saya dah cukup gembira. Walaupun palsu atau ori. Sekali lagi soalan sama menerjah dari Ukhti N juga 2 tahun lebih muda. Jwapan saya sama. Saya cari dialog lagi untuk tambah perasa. Saya memang tak reti sangat dalam bab ni. Bak kata Ukhti T 1 tahun lebih muda,saya memang tak pandai approach orang.


** Ketika asyik mencangkul,berkata seorang (saya x pasti siapa)

"Isy..agaknya kalau orang yang gali kubur tu mcm mana dia gali sampai 5 meter eh?..penatnya."

"Memangla.~"

"tapi..dia ada guna lori sodok yang kecik tu kan…"


MasyaAllah. Dalam hukuman juga ada muhasabah. Dalam hukuman ada ilmu. Dalam hukuman ada amanah untuk sayaKita. Tapi tak semua orang boleh dapat itu.Cuma orang2 yang berfikir dan mahu menggunakan akal fikiran shaja yang dapat hikmahnya. Moga Allah pimpin saya lagi.Ameen~

Jangan tersilau dengan pangkat!mahupun harta dunia.

Saya memang seorang MPP.Tapi yang kekal saya seorang HAMBA dan sentiasa menjadi PELAJAR.

Beza saya dengan anda hanya saya diberatkan dengan tanggungjawab serta amanah yang lebih.


Ya Allah,irham dho'fana.Ya Allah,ighfir dzunubana.Anugerahkan hikmahMu yang Engkau selitkan dalam setiap peristiwa untuk hambaMu.Engkau sebaik-baik Perancang.Jadikan aku dari kalangan orang-orang yang bersyukur.Ameen Ya rabbal 'Alameen….

No comments:

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.