Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Pertama sekali,saya minta maaf kerana begitu lama tidak mengupdate blog.Minta maaf kepada yang berulang kali membuka blog,mungkin sekali hampa melihat tiada yang baru. Maka hari ini,saya ambil masa pagi untuk berkongsi sesuatu dengan anda. Cuma cerita biasa yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari..bagi siapa yang rasa diri dia rakyat Malaysia. heheh~
(hehe,popular budak ni..)
Selama lebih kurang 3 bulan cuti ini (sejak habis SPM hingga sekarang),banyak sungguh pengalaman baru saya. Sejak 16 Disember 2009 hinggalah tarikh hari ini 12 Mac 2010,ia mengenalkan saya untuk lebih memahami liku-liku hidup yang sangat banyak ranjau berduri..,insyaAllah,alhamduliLLAH..tapi 3 bulan nak fahami hakikat hidup? memang mustahil.Tetapi saya sangat bersyukur diberi peluang merasa pengalaman-pengalaman yang baru...sekurang-kurangnya baru buat saya. Marilah saya ceritakan salah satu perjalanan saya dalam tempoh 3 bulan ini.
KENAL-KENAL
Cuti ini saya sempat menambah 2 kenalan baru.Dua je,tak banyak tapi dua ini yang istimewa. Sebab 2 kenalan baru saya ini merupakan non-muslim,mereka berdua berbangsa Cina. Maklumlah,saya belum pernah merasa bercampur gaul dengan pelbagai bangsa secara meluas. Pelajar yang bersekolah di sekolah kebangsaan pasti sudah terbiasa,manakala saya pula baharu mahu berjinak-jinak. Dahulu masa baru tamat UPSR,mak saya pernah kata nak masukkan saya ke sekolah kebangsaan. Bila ditanya kenapa,mak kata mahu saya ada pengalaman bercampur dengan pelbagai bangsa. Tetapi, dengan keadaan diri saya waktu itu yang tak matang dan sangat nakal, saya rasa lebih baik dan selamat untuk kekal di sekolah lama saya yang memberi pulangan tarbiyyah dan pembetukan akhlak yang mapan. Pendek kata,mungkin saya belum sedia.
Akhirnya, takdir Allah menempatkan saya dalam bi'ah (suasana) yang solehah sehinggalah tingkatan 5. Alhamdulillah,tarbiyyah yang begitu berharga tiada nilai bandingnya. Moga saya dapat kekalkan itu. 11 tahun dalam lingkup lingkaran tarbiyyah,saya berharap Allah beri kekuatan pada saya untuk terus istiqamah walaupun persekitarannya kini sangat berbeza. Sangat sangat berbeza..
Berbalik cerita tentang mereka,..bagaimana saya kenal mereka? Bermula di sekolah memandu. Jurulatih saya juga adalah seorang pakcik Cina dalam lingkungan 50-an yang lebih senang dipanggil 'Uncle'.Dua orang rakan saya itu turut menimba ilmu jalan raya dari Uncle ni. Saya senang dengan mereka sebagaimana mereka juga senang dengan saya. Berbeza agama tak membataskan kami untuk bercerita dan berbual bersama.
Uncle ini ramah orangnya,mudah belajar dengan dia.Kalau kena marah,kena sound,kena tegur..hehe,itu biasalah.Suatu yang saya senang,bila Uncle marah-marah,kemudian lepas tu pasti dia akan cuba mengneutralkan keadaan balik dengan cerita-ceritanya..AlhamduliLLAH,tiada tensitension.
Uncle tersebut juga saya kira dia seorang non-muslim yang mengetahui nilai-nilai murni yang baik. Maksud saya,mungkin ada yang suka berjudi,minum arak,pergi pub dan sebagainya..tapi Uncle kata,dia tak suka benda-benda itu semua.Kalau ada majlis-majlis,dia hanya minum sikit je. [waktu ni,saya fikir2 je macam mana rutin hidupnya?] Uncle juga seorang yang suka memberi analogi. Bila memandu,sambil dia terang pada saya..sambil dia bagi macam-macam analogi.Saya ingat dia cakap:
"kita mesti mau bagi analogi boleh fikir...betol ka dik?"
"ini line..you masuk lorong ni,you selamat la..dia macam satu benteng lindung you. You masuk,kereta lain nampak,mereka takde kacau punya.."
[hehe]
Jika dengan Uncle,setiap kali sesi belajar..pasti akan ada benda yang kami bualkan. Kalau keadaan menjadi senyap,saya cuba cari-cari soalan untuk ditanya pada Uncle. Selalunya,Uncle ini semangat cerita tentang famili dia. Begitu semangat sampai kadang-kadang,saya rasa hampir
Ada ketikanya,kami masuk bab tentang agama dan budaya. Pernah sekali Uncle bercakap tentang pengharaman arak dan judi dalam Islam. Bila berhadapan dengan situasi ini,kita yang Muslim kalau boleh mesti jawab dengan jawapan yang terbaik,yang mampu menjelaskan kedudukan hal tersebut dalam Islam dengan sejelasnya dan sebaiknya.
Kalau saya mahu cerita tentang ini,memang panjang. Tapi,cukup saya kata..salah faham terhadap Islam sangat berleluasa. Parah jika dibiarkan. Dalam saya menulis ini,sebenarnya saya juga berkata pada diri saya sendiri. Dahulu saya fikir mudah,kalau ada non-muslim yang konfrontasi..cerita sahajalah apa yang Islam ajarkan.Tapi bila saya berada di posisi yang di mana situasi itu benar-benar terjadi..,hah,minda sana-sini mencari kata dan analogi yang sesuai diberi. Kita cakap tak boleh pakai taram jemacam jawab soalan SPM. Sebab mereka akan bertanya balik,tanya tanya dan tanya.
Kalau saya mahu cerita tentang ini,memang panjang. Tapi,cukup saya kata..salah faham terhadap Islam sangat berleluasa. Parah jika dibiarkan. Dalam saya menulis ini,sebenarnya saya juga berkata pada diri saya sendiri. Dahulu saya fikir mudah,kalau ada non-muslim yang konfrontasi..cerita sahajalah apa yang Islam ajarkan.Tapi bila saya berada di posisi yang di mana situasi itu benar-benar terjadi..,hah,minda sana-sini mencari kata dan analogi yang sesuai diberi. Kita cakap tak boleh pakai taram je
...............
~bersambung~
[moga saya dapat sambung cepat.. ]
p/s: nanti sambungan akan dibuat dalam ruang post ini jugak..bukan tajuk bersiri yeh. Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment