Pages

Sunday, August 15, 2010

Mereka,pejuang ilmu.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

  "Selalunya orang ramai doa untuk ibu bapa mereka,kawan-kawan mereka dan keluarga. Tapi berapa ramai yang doa untuk guru-guru mereka? Maksudnya,masukkan sekali guru dalam doa yang mereka buat?"



     
     Hari yang tenang. Bicara muallimah (guru perempuan) buat saya terfikir seketika.Menyoal-nyoal diri sendiri.~ Hamdalah,sampai sekarang saya masih ingat pertanyaan spontan itu. Tetapi,tidak juga menjamin keterbiasaan saya untuk medoakan guru-guru tercinta. InsyaAllah,semoga saya ingat sentiasa lepas ini.


     Tempoh hari ketika berbual-bual dengan Taghrid,teringat pada guru-guru yang banyak berjasa selama menuntut di alam persekolahan. Pahit manis yang memang tak boleh nak lupa. Saya mahu cerita ini bukanlah kerana memuja-muja atau membangga-banggakan mereka.Tetapi, sumber memori tarbiyyah berharga ini saya nak cerita sama. Semoga kita sama-sama rasa sayang dan appreciate guru-guru kita. Aiwah!


Saya tidak menyusun turutan guru mengikut yang paling favourite (*semua pun favourite saya*),tapi mengikut mana yang paling-paling dulu muncul dalam hidup saya.InsyaAllah.Saya mula dengan muallim (guru lelaki) dahulu.

1. Ustaz Yazid.

  Guru Bahasa Arab saya masa darjah 1 di Johor. Tiap-tiap hari akan ulang nama-nama hari dalam Bahasa Arab. Ustaz inilah yang mula mengenalkan saya kembali kepada perkataan-perkataan arab selepas tamat tadika. Ada kalanya akan menyanyi-nyanyi dalam kelas (biasa,method belajar budak darjah 1~).


Belajar tentang nombor, banyak kali ulang pun tak rasa bosan. Ikut sahaja.


Kadang-kadang disoal,dapat jawab. Ada juga terkebil-kebil.


Oleh sebab sudah 10 tahun dah berlalu,saya tidak berapa ingat wajah ustaz ini. Tetapi,saya ingat dia bercermin mata. :) Mukanya tak garang,tenang sahaja.


Semoga Ustaz Yazid sentiasa dalam berkatNya.


2.Muallim Subhan.


Muallim hafazan dan jawi saya semasa darjah 3 di Al-Amin,Bangi. Suaranya tegas dan besar. Sekali pandang,memang terasa takut dengan wajah seriusnya. Tetapi rupanya muallim berperibadi lembut di sebalik ketegasannya. Beliau juga mengajar saya dari darjah 4 hingga 6. Masa saya darjah 3,saya baharu masuk sekolah Al-Amin itu dan agak tak biasa dengan silibusnya yang agak sedikit berlainan di Johor. Dahulu di Johor,kami guna buku Iqra untuk subjek Jawi tapi di Al-Amin,mereka gunakan buku Qiraati.

"Anti dah sampai qiraati berapa?",suara tegas muallim bertanya pada saya yang berumur 9 tahun.
"Aaa...tak tahu.",saya jawab sambil menggeleng kepala.
"dulu guna buku Iqra..",saya sambung bicara.

Untuk elak pening kepala,terus muallim suruh saya sambung terus Qiraati 3. :)


Muallim ini juga yang nampak saya bermain-main dengan kawan dalam solat ketika darjah 3. Takut dan malu yang teramat sangat ketika itu.Sangat nakal saya dahulu~


Makin saya meningkat usia,makin muallim baik dengan saya dan seluruh pelajar yang lain.Kalau buat salah,memang biasalah kena marah dan ditegur kerana itu semua perlu.


Moga Allah melimpahkan rahmat yang mencurah-curah pada muallim yang mengajar Al-Quran pada saya ini.










3.Muallim Syamsul/Shamsul


    Muallim yang sangat sporting,peramah dan mudah mesra dengan pelajar. Saya kira,semua orang senang dengan peribadi muallim.Mudah senyum dan berjenaka.Saya gembira, sampai sekarang muallim masih berkhidmat di Al-Amin walaupun gaji bukanlah besar mana.Tapi keikhlasan muallim dalam mendidik mengajar saya banyak benda. Sedihnya,saya tak berapa ingat memori muallim mengajar masa darjah 3-4. Darjah 5 ada mengajar,tapi tak ingat matapelajaran apa. Darjah 6,subjek Tajwid kalau tak silap saya.


    Bila naik sekolah menengah,kadang-kadang akan terserempak dengan muallim di tengah jalan dan pasti akan bertanya khabar dan bercakap apa yang patut.Walaupun boleh je nak jumpa muallim tiap hari di sekolah,tapi kerinduan tak pernah surut.


4.Muallim Zulkifli.


BarakaLLAHU'lahu.


     Muallim Zulkifli ialah antara guru yang sangat-sangat saya selesa bila bersamanya. Mengajar mata pelajaran Sirah,sampai sekarang saya masih ingat gaya penyampaian muallim bagaimana.Hehe..:). Dan tak ingat pula kalau muallim ada mengajar saya subjek lain selain Sirah.


      Ingat-ingat balik,ada juga memori pahit dengan muallim selain memori manis. Waktu darjah 5,saya didenda dan dipanggil depan kelas oleh muallim sebab.........,


memang patut saya kena tambahan pula saya pengawas ketika itu. Tak patut sungguh. Sejak hari kena denda itu,bila tiap kali jumpa muallim pasti akan terasa malu..tapi saya buat selamba je. Muallim pula hanya cool dan malah tetap melayan saya dengan baik sekali. Minda 11 tahun saya ketika itu tak dapat nak menginterpret dengan baik kasih sayang muallim pada anak muridnya.


(terlalu banyak nak dicerita..kalau berkesempatan,saya update ;) )




5.Muallim Khairul Amin


     Saya tak tahu kalau-kalau ramai kawan saya yang masih ingat lagi muallim ini. Sebab muallim ini hanya mengajar sekejap sahaja..lebih kurang setahun lebih (kejap ke lama tu?). Mula masuk semasa berada di darjah 4..dan muallim lah yang jadi guru kelas kami,4 Al-Hidayah. Eheh,saya rasa sayalah anak murid 4 Al-Hidayah pertama yang muallim jumpa. Hari muallim datang,kami semua sedang berada di makmal kecuali saya yang terpaksa patah balik ke kelas untuk mengambil barang (buku kot) yang tertinggal. Selesai saya ambil barang dan tengah nak pakai kasut (masa tu kelas bukak kasut,lantai sangat bersih!),tiba-tiba ada orang tanya


 "Ini kelas 4 Al-Hidayah ke?"


    Mungkin disebabkan saya pelajar pertama yang dia jumpa,muallim selalunya akan bercakap dengan saya.Tak ingatlah muallim cakap apa,tapi tetap ada kawan-kawan yang usik-usik saya. Apalah~ Urusan belajar juga hendaknya.


Masa darjah 4,ada pelantikan pengawas baru dan yang diberi tanggungjawab untuk memilih adalah guru kelas masing-masing. Dan tidak semena-mena,saya dan seorang lagi rakan,Hannan Othman dipilih untuk menjadi pengawas. Hah,padahal saya memang sangat-sangatlah yakin bahawa saya bukan orang yang sepatutnya dipilih lantaran perangai saya yang tidaklah begitu bagus sebenarnya. Memang tak sesuai saya cakap~.


Aduahai,betapa muallim percaya pada saya..tapi saya kebudak-budakan!
Ana pinta maaf muallim! :(

Nak tak nak, saya kena jadi pengawas...T_T.



(gmbr hiasan...;)


....to be continued...


1 comment:

zafirahMn said...

uhu.. no 4.
ana x tau nak label kenangan pahit ke kenangan manis. tapi mmg bnyk mengajar kita berdua kan?

ni la hasil didikan & tarbiahan muallim-muallimmah dulu, tanpa kita sedar.

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.