Pages

Thursday, February 21, 2013

harapan dan masa depan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


:").
alhamdulillah. bersyukur dapat mendengar suara dia di talian, akhirnya~


kadang-kadang rasa sangat haru bila memikirkan waktu yang kian berlalu. Zaman sekolah, zaman remaja, zaman kanak-kanak yang semakin menghantar kita jauh ke depan untuk menghadapi relung waktu yang bakal tiba. Fasa-fasa kehidupan yang makin bertransisi ke waktu yang seterusnya. Keadaan-keadaan yang tidak kita duga apa yang disusunNya untuk kita.


Allah,
hanya pada Dia kita menyembah
hanya dariNya kita mohon pertolongan
hanya dariNya datang kekuatan.
segala 'izzah dan kemuliaan adalah milik Dia.
La Haula Quwwata Illa Billah

Ya Allah, ya Qayyum,
sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah aku.


Bayt Israa,
Irbid, Jordan.

11:52 pm.

Saturday, February 16, 2013

Refleksi Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.
 Berperang dengan perasaan pastinya bukan mudah. Mengendali perasaan itu suatu hal lagi yang cukup rumit. Rumit bila pemandunya bukan iman yang tertanam dalam jiwa. :(. Sekalipun puas 'mengomel-ngomel', mengadu pada ukhti2, kakak2...ia bukan suatu jaminan kita akan berkata "Yes, settle!".  Bak kata seorang ukhti fillah;
"sekarang ni semua orang pun tengah mengalami tarbiyyah perasaan. Beruntunglah dan tahniah awak tak terkecuali..", ukhti itu senyum meleret~~

rezeki tiba, panggilan datang..saya ambil keputusan untuk bertolak. Uzlah. Muayasyah. Eh, tapi kadang-kadang terfikir adakah hanya sekadar mahu ambil kesempatan peluang untuk bersendirian? Lari dari 'hiruk-pikuk' kota Irbid yang tercinta? *dusy* entah berapa kali proses tajdid niat itu crucial crucial crucial untuk dilakukan.

setelah 4 jam lebih perjalanan yang penuh drama, tiba juga di tanah yang cukup sejuk itu. Seriusnya, lama saya tidak menapak dan menyapa debu-debu di situ. Tarbiyyah perasaan tu datang lagi dan lagi menguji. Susah ye bila hati sendiri tak mampu di dakwah fardhiah kan. T_T. Dalam bayt yang penuh dengan sifat malu itu, saya kalau boleh seusaha mungkin mahu mengasingkan hati dari rantai dunia. Tolonglah, biarlah saya sendiri bersama kehidupan yang Dia Redhai. Saya pergi dapur dan tolong kakak bayt itu menghiris kobis untuk dibuat popia esok hari. Saya buka topik lebat-lebat sekitar taaruf diri, waqie bumi, skill DF, cabaran 'pembentukan' (baca:takwin). Cuba longgar-longgarkan rantai2 itu yang amat menjengkelkan.

Mengenali dan bergembira bersama ukhti-ukhti di bumi itu yang malang sekali, baru kali ni saya sempat turun ke rumah mereka. Memang langkah kanan sungguh saya menjejak ke bayt itu, sebab malamnya ada surprise birthday besar-besaran dan makanan memang banyak,lazat dan yang tidak pernah anda rasa sebelum ini (terima kasih..lepas ni boleh cuba buat resepi baru kat irbid. hihi ^_^). Tika saat yang meriah-meriah itu, saya cuba buka ruang untuk hati saya merefleksi diri dan kerja-kerja selama ini. Bukan lah sambutan meriah itu yang buat hati saya girang gembira kerana dapat makan free, tapi usaha dan kejernihan hati ukhti-ukhti di situ yang membuat mereka menerima dan mencerna tarbiyyah dengan baik. Saya tahu bukan senang untuk berjuang di bumi yang kaya dengan darah kesyahidan 3 sahabat Rasulullah saw. Dan malam itu, saya lihat sebuah keajaiban perhubungan hati orang-orang yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Indah. Allah sahaja Yang Menyatukan hati-hati mereka. Allah.
*akankah hati saya sejahtera seperti itu? 

Malam itu juga sempat saya membelek satu tajuk dari buku Taujih Ruhiyyah. Mata saya terhenti pada tajuk tawakkal. Hati saya tertusuk. Tak terkata , betapa kuat jeritan yang saya tahan. 

"tawakkal ialah anda melimpahkan seluruh urusan anda kepada Allah taala. Tawakkal juga bererti percaya kepada Allah taala, beriman kepada kemampuan,kekuatan, dan ilmuNya. Jadi, tawakkal ialah bersandar secara total kepada Allah taala dan hasilnya ialah beriman secara nyata kepada sebahagian nama dan sifatNya.."

Entah berapa banyak ketakutan yang tidak saya sandarkan padaNya. Berapa besar kerisauan yang saya tidak pulangkan pada Dia. Keraguan yang saya tidak padamkan dan yakin bahawa Allah ada bersama.

Mungkin saya sangat kurang iman dan tawakkal pada Dia Yang Maha Mentadbir. Mungkin kita semua sekali *akhawatyy seperti itu.

Astaghfirullah.
syukur padaMu memberi kami sebaik-baik tarbiyyah agar kami mencari jalan pulang yang asal kembali pada Mu. Ya Rabbul-Jalil. Ya Hayyu. Ya Qayyum.
Mohon sejahterakanlah hati-hati kami sehingga kami layak bertemu denganMu di syurga kelak.
Ameen ya rabbal 'alameen.


Bayt Israa.
5.12 pm.

Wednesday, February 6, 2013

Ia ada dalam tanganmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

2013.

Allah. Allah. Allah.
Bagai baru semalam saya menginjak kaki ke tanah Jordan,menghidu bau-bauan roti dan ma3janat, semuanya  terlalu baru. Tetapi itu 3 tahun yang lalu. Hari ini februari 2013!. 
Kelmarin, saya menziarahi sebuah rumah akhawat, untuk berjumpa dengan syuyukh yang bakal pulang ke Malaysia malam itu. Rumah itu adalah rumah lama saya, rumah pertama yang saya duduk ketika first year di Jordan. Perasaan sayu tiba-tiba menyelinap.  Rumah itu dan seisinya dahulu banyak mengajar saya selok-belok kehidupan, terlalu banyak. Terutama kehidupan dakwah ini. Bergenang air mata, saya tahan. Saya teringat ahli-ahlinya. 2 orang kakak sudah lama balik ke Malaysia BFG. Tinggal kami bertiga yang sekarang masing-masing duduk berasingan rumah. Segera saya mendail nombor salah seorang dari mereka, meluahkan rasa rindu lantaran sudah lama tidak berjumpa dan 'bermain' seperti dulu.

Terimalah, 3 tahun sudah berlalu! dan keadaan sudah berbeza~

Alhamdulillah, tahun ketiga inilah saya baru berpeluang menjejaki Mesir. Paling bermakna bila berjumpa akhawat di sana dan 'ummi' saya,..merangkap murobbi saya ketika di sekolah dahulu. Murobbbi yang terlalu saya rindu...mengetahui jatuh bangun saya ketika 'zaman jahiliyyah' dahulu dan tak pernah berputus harap pada saya dan kawan-kawan. 

Dari 'ummi', saya ingin mengutip semula semangat dan inspirasi dahulu. Semangat untuk berubah. Inspirasi untuk mengubah walau kata-kata tidak enak sering dilempar dari orang sekeliling. 

Dari akhawat Mesir, saya lihat harapan yang tak pernah kalah walau cabaran mengerumuni mereka dari segenap arah. Qowiyul Jismi mereka juga tak tertanding oleh kami. Cahaya terang datang dari keikhlasan mereka bekerja dan muamalah harian. 'semoga aku dapat mencontohi kalian ya akhawatyy'..

Dari penduduk pantai Alex, saya lihat semangat dan hikmah seluas lautan Mediterranian yang terbentang membiru. Pandangan dan neraca Allah sangat penting, jauh membenamkan pandangan manusia. Sangat terinspirasi melihat kalian, akhawaty. Jauhnya tingkatan output amal kami dan kalian. Mungkinkah kerana dari iman yang berbeza?  semoga kita bakal bertemu di tengah 'lautan' itu, beraksi penuh lincah keranaNya.

untuk segala perubahan yang bakal berlaku, transformasi individu mahupun masa,
saya berharap dan bergantung, hanya berharap dan bergantung pada DIA,
untuk dibekali kekuatan dan kebijaksanaan menguruskan kamu.

Allah. Allah. Allah.
Kelak, zaman akan tetap menginjak ke depan. 
Teruslah berdoa dan berzikir, agar Allah jadikan dunia dalam tangan kita.


Bayt Israa,
Irbid, Jordan.
9:22 pm.

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.