Pages

Sunday, August 31, 2008

antara SINI dan SANA... 3

16 Syaa'ban 1429 H bersamaan 18 Ogos 2008


*Pagi itu kesejukan mencengkam hangat.Sejak malam,langit mencuka merajuk,suram tanpa cahaya.Waktu itu Nasibah baru selesai tugas hirasah jam sekian pagi.Langit gelap menunggu masa memuntahkan apa yang dikandung.Mujahidah pangkalan berkod B.B.B tidak lena tidur.Mamai-mamai bermain tepuk amai-amai.Sasarannya pelbagai,sebentar amai di kaki,sebentar amai di tangan,sebentar lagi amai di muka sendiri.




ngeeeennggg.....!ngggggeeeeeeeeeennnngg....!

Nasibah rimas.Bunyi itu hampir betul ke telinga.Entah berapa kali Nasibah beraksi lambai sebelah telinga biar hilang bunyi.Tapi,tetap ada tidak mahu berganjak.Pasrah,memang itu lumrah perkhemahan,akan ada merah-merah di tangan kejap lagi.Tetap syukur dapat tidur DALAM khemah,bukannya di LUAR.Akan tetapi,jika tidur di luar BeST sebab dapat nikmati pandangan langit ciptaanNya yang sangat lah luas dan indah.SubhanaLLAH!.Sebab itu kadang-kala Nasibah tidak kisah andai kena 'hukum' pandang langit.Heh...itu peluang keemasan!




Keadaan khemah Nasibah yang dishare 4 orang itu walau sempit,tetap muat.Sengaja Nasibah pilih tempat sebelah gerbang.Senang urus barang,tambahan..dapat lihat langit!Jam tunjuk berapa...tak pasti.Yakinnya,pagi udah buta.~Awan tak dapat tahan lagi.Sedihnya bukan main kepalang .Curah....curah......curah......sejuk!Droplet-droplet of liquid terus turun mengurut dinding pangkalan-pangkalan sekalian tentera.Entah kenapa,semuanya terbangun...lalu sambung tidur dalam keadaan duduk.Hangatkan badan mungkin.Tik!...tok!...Tik!....tok!...



Eh,apasal basah ni?.."tiba-tiba Safiyyah bersuara
.
Terbuka mata-mata yang lain yang lelap tidak ketahuan berapa minit.Safiyyah separa bangun lihat belakangnya.Sofia,Kalthum serta Nasibah segera perhati kawasan bucu khemah.Ah,ada air bertakung!Hujan makin lebat,khemah bocor.Perlahan-lahan air menitik atas riba Nasibah yang duduk dekat dengan gerbang.Kabut sedikit jadinya.Nasibah buka zip gerbang,apa kondisi khemah di sebelah sana?



'Zziip.."..kelihatan Uswah di luar khemah,sedang pakai kasut.
"Khemah korang basah jugak ke..?"
"Haah...bocor jugak."



Segera tindakan susulan diambil.Semua bagasi dibawa keluar dari khemah.Basah lencun semua nisa' Al-amin kod B.B.B pagi-pagi buta itu.Ditambah dengan sejuknya hening pagi.~Gigil~Khansa' arah angkut semua beg ke bangunan kantin di 'seberang'.Langkah cepat diatur.KotakBESAR berkandungan makanan habis basah.KotakSEDERHANA berkandungan cawan-cawan air SeaMaster turut lencun.Tak dapat diselamatkan...sistem immunenya lemah,habis hancur.Syukur KotakBESAR ada harapan lagi.Siap semua bagasi diangkut,masing-masing berlindung bawah bumbung kantin buat penawar sejuk.


"Korang tak boleh letak beg kat
sini...".Kesemua telinga yang ada di situ menangkap bunyi suara Cik Ukhti Staf Sarjan yang jadi fesi.Nasibah yang tadinya termangu-mangu toleh segera.


"Beg ni,tak boleh letak kat sini.Korang buat
la macam mana pun,kena letak kat khemah....bangunan-bangunan sekeliling ni tak
boleh guna." Cik Ukhti S.Sarjan yang familiar suaranya bagi informasi.

"Jadi..cepatlah,pindah masuk balik!Kalau boleh
secepat mungkin.Clearkan tempat ni....".


*SubhanaLLAH!UjianMu ya Allah..
"Ok...jom cepat,bawa balik beg pergi sana.."Khansa' berdawamin.Segera diangkut balik beg-beg tadi pulang ke gagangnya.Beg-beg susunSELERAK bawah redup pokok.Harapannya daun-daun mampu tahan droplets-droplets liquid dari terus melaju.Aha...idea datang.Allah kurniakan ilham.AlhamduliLLAH.Memandangkan banyak plastik-plastik biru,mesti dimanfaatkan!Nasibah segera capai satu plastik biru...BALUT BEG!Skuad nisa' Al-amin kod B.B.B jalankan operasi bungkus beg.Untuk elak beg basah...bolehla.Siap balut..plan seterusnya adalah untuk gunakan 1 khemah sebagai tempat simpan semua barang dan bagasi.Memandangkan khemah yang dihuni Sofia,Nasibah,Safiyyah dan Kalthum lebih PARAH keadaannya,khemah Khansa' jadi tempat simpan barang.Khemah Nasibah dialih posisinya ke tempat yang lebih berumput dan tinggi.

"wah,becak rupanya kat sini!...".Terlontar satu suara bila khemah diangkat.Tak hairan bagaimana air boleh masuk sesuka hati.~Resolusi,misi accomplished!ALHAMDULILLAH.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
'Drrrpp!Drrppp...!Drrrrrrrrppppppppppp....!'.
Yousef terjaga dek bunyi derapan pasirtanah.Visibility jadi kabur dilitup kabus tebal debu berterbangan.Teringat Yousef pada kalam Allah surah al-'Adiyat.
'Demi kuda perang yang berlari kencang terengah-engah,dan kuda yang memercikkan bunga api(dgn pukulan kuku kakinya),dan kuda yang menyerang (dengan tiba-tiba ) pada waktu pagi,sehingga menerbangkan debu,.....'

Apa pula itu?Sedikit kegusaran berhabitat dalam hati.Yousef selak pintu khemah lusuh.Dilihatnya sebarisan..malah,berpuluh-puluh manusia sedang berlari ke arah suatu arah.Lariannya teratur seperti sekumpulan tentera yang siap berangkat ke medan.Cumanya mereka pakai baju biasa dan dhoif.Sah,itu pemuda-pemuda di Kem Pelarian ini.Satu firasat tidak senang menerpa Yousef.Kenapa ni?Apa yang bakal berlaku pagi-pagi macam ni?Rupa-rupanya pihak >Yahudi dan Israel la'natuLLAH bakal lancar serangan lagi.Benteng pertahanan dan tenaga kerja segera dikerah untuk bertahan.Pemuda-pemuda tadi mengejar SYAHID pertahan bumi anbiya' Ard-Ribath

ALLAHU AKBAR!ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
bergema kuat laungan kalimah agung menjulang naik ke dada langit.
Zahra' terbangun.Rapat dia ke arah Yousef.
"Akhi,mereka nak bunuh orang jahat eh..?".Yousef tersenyum dengar suara comel Zahra' aju pertanyaan.Dua beradik itu hanya perhati di celahan-celahan koyak khemah.Menanti bila bakal berakhir SENGKETA ini?Bila bakal terkubur keBATILan ini?

*End story of Yousef dan Zahra'
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


*Perhimpunan pagi bermula.Tentera-tentera ansoruLLAH berbaris mengikut sekolah.Slack!Slack!


"Saya tak puas hati dengan perhimpunan pagi kamu!.."Suara Tuan A**** bergema dari pembesar suara.Memang tidak tersusun.Memang banyak kekurangan.Memang padan terima denda hukuman.Sekalian tentera ambil kedudukan tolak bumi atas permukaan yang berpasirBASAH .Siapa yang dapat area agak berair..ah..pasrah sahaja lah. Pandang langit,tolak bumi,pandang langit,tolak bumi,pandang langit,tolak bumi........ ~Selesai hukuman,Tuan kata perBAIKI!Seterusnya taklimat untuk aktiviti hari itu.Bakal ada aktiviti kayak,apung dan bina rakit dan kawad.


Tika itu semua sudah berbaris mengikut kumpulan.Sofia kump 1,Nasibah kump 2,Uswah kump 3,Khadijah kump 4,Khansa' kump 5,Kalthum kump 6,Safiyyah kump 7 dan Umme kump 8.Skuad nisa' Al-Amin kod B.B.B terpaksa berpisah memandangkan tentera tidak cukup.Harus tempuh keseorangan~


"Kadet perempuan akan buat aktiviti kayak dulu.Kadet lelaki buat kawad dulu.Mula aktiviti jam
*...(tak ingat)"




Sebaik bersurai,semuanya bersiap dengan baju yang sesuai.Kemudian ada inspection oleh Tuan A****.Segera berbaris dalam 3 barisan.Entah apa Tuan bakal kata bila melihat keadaan khemah yang penuh dengan beg sampai ke muka pintu.Ditambah dengan pasir-pasir basah.~AlhamduliLLAH.Butir bicara Tuan tak dengar sangat memandangkan Tuan hanya cakap pada ketua Kontinjen.Tapi simpulnya,Tuan tidaklah marah...mungkin Tuan faham situasi pagi tadi.Mungkin Cik Ukhti Staf Sarjan ada cerita pada Tuan.Move on!~



*Hujan mula turun kembali.dengan ....LEBAT!.Aktiviti pagi agak sedikit terganggu bila cuaca cemburu.Terutamanya aktiviti kayak yang memerlukan lokasi di pantai.Kawad,tiada masalah...agaknya seronok berkawad dalam hujan!Aktiviti pagi tidak semua dijalankan serentak.Kump 1-4 akan mula dengan aktiviti kayak manakal kump 5-8 akan bina rakit dahulu.Sebelum start kayak,kadet-kadet diberi pengAJARan dahulu mengenali bahagian-bahagian kayak.Dari kokpit,starboard,...dan seterusnya.Kemudian belajar pegang pedal dengan cepat dan langkah apung.Belajar pegang tangan ramai-ramai ,condong ke belakang secondong-condongnya,jangan kasi terlepas.Jika kuat pegangan,tiadalah akan terputus.Fikir2kan....~ Lagi belajar cara angkat kayak yang sangat BERAT.


"Kakak-kakak awak yang pergi
Staf Sarjan pun sedang buat persiapan untuk berkayak di Pulau Pangkor pagi
ni.Apa yang kamu belajar kejap lagi adalah asas kepada itu....."




Terlayar ingatan pada Staf Sarjan ...Asma',Mariah dan Qibtiyah.3 orang sahaja mujahidah dari Al-Amin kod B.B.B yang mengikuti kursus Staf Sarjan.Mereka perintis!Tok!...Nasibah kembali fokus pada realiti sebenar sekelilingnya.Tertunggu-tunggu kedatangan hari Selasa..Staf Sarjan balik!~Walau tak seBESTmana,asalkan dapat ilmu itu.Kump 1-4 terpaksa kayak hanya di kolam udang!Lantaran langit sedang berguruhGemuruh.Sebelum itu belajar apung.Sedikit sebanyak,tersedut juga air masinUdang.Hambur balik!Terus pergi lompat aktiviti bina rakit,satu kumpulan buat satu rakit.




*Nasibah atur langkah ke gazebo.Situ tempat baju no 4 tergantung.Situ KotakBESAR makanan bertempat.Di situ Uswah dan Khadijah sedang duduk makan roti.Saat itu sajian hanya roti bersapukan tuna dan sardin.Sofia tumpang sekaki.




"Mana Khansa',Kalthum,Safiyyah dgn Umme?.."
"Diorang tak habis lagi...diorang kayak dekat pantai.Bestnya...".Untungnya mereka kerana saat itu cuaca kembali tenang.Langit tidak marah-marah lagi.



~Aktiviti seterusnya kawad...dalam kumpulan.Nasibah masuk barisan.Setiap kumpulan cari port masing-masing untuk buat latihan.Kumpulam Nasibah pilih port hujung ..di pangkal jalan bertar.Sistem bergiliran laksana.Nasibah jadi orang ke-2 beri arahan selepas akhawat dari SMIH Ipoh pindah amanat.Dalam ini,belajar varietynya arahan kawad dalam setiap sekolah.Ada yang berbeza,ada yang sama!


"INTIP!"....Nasibah jadi termangu.Ha?intip semasa
jalan...apa dia tu?Nasibah sekadar agak-agak mungkin HENTI.Tapi tetap bertanya
untuk dapat lebih informasi.


"Intip ke henti?".Nasibah tanya ukhti A sebelah dari Hira' Jeram.

"Oh..ada ke dia cakap intip tadi?"...Ukhti A tak perasan.Terus terang tanya pada Ukhti Q dari
SMIH Ipoh.

"Boleh dua-dua...".Ringkas jawapan Ukhti Q yang berkongsi nama dengan Ukhti A tadi.Nama
mereka sama.
Sampai giliran Nasibah...Nasibah perhati keadaan anak buahSEMENTARA ahli kumpulan 2.Tali kasut tak terancap!.~

"SEPARA KANAN,SEPARA KANAN................PUSING!".

Masing-masing senyap.Tiada aksi yang dibuat.Wajah-wajah jadi pelik dan ha?Nasibah hairan. "Oh...tak tau ke?".Lantas,Nasibah curah ilmu,walau mungkin tidak semua sekolah bakal aplikasi nanti.Asalkan tahu.Asalkan dapat hikmahnya.






------------------------------------------------------
'pap!pap!pap!pap!pap!pap!'
Maryam khusyuk main tepuk-tepuk tangan sama kawan.Senja-senja begini terasa tiada apa yang mahu dibuat.Gelak tawa mereka pecahkan senyapnya suasana bangsal kelabu itu.Dari jauh,selangkah demi selangkah sang ibu menghampiri.


"Maryam sudah solat Asar belum?".Maryam angguk.Haul di bumi AFRIKA HUJUNG ini hanya beri ruang untuk beribadah di hamparan tanah beralaskan tikar usang.Tikar itu tikar untuk bersantap,tikar itu tikar untuk tidur,tikar itu juga tikar sembahyang.Tambahan,komuniti Muslim adalah minoriti yang ada di bumi AFRIKA HUJUNG menyebabkan tiada surau apatah masjid untuk didirikan.




"Yah....kalau macam tu,cepat bersiap pergi ke kelas malam ni.!".Maryam bangun segera patuhi kata si ibu.Seronok Maryam belajar huruf-huruf dengan cikgu.Dalam ramai-ramai budak berumur 10 tahun yang ikut kelas,Maryam paling bijak kenal huruf.Walaupun di negara lain,umur 7 tahun sudah pandai mengira.Berbeza di bumi Afrika yang sistem pembelajarannya tidak semantap negara sekelilingnya.Ilmu yang masuk juga tidak sebanyak mana.Tiada pertukaran pendapat antara mereka lantaran ilmu mereka sedikit+SAMA. Teringin juga Maryam tahu ....
------------------------------------------------------------------






*Malam pula diisi dengan kulliyyah EtiKa&AdaB dan UJIAN berTULIS.Tidak seperti semalam,malam ini harus pakai baju no 4.Ya,sekali dengan boot!Untuk itu,semua prepare SabaR untuk menghadapi nanti.Mana tidak,sudah ketahuan dewan itu panas,ditambah memakai baju kain keras.Itu baru ujian yang SANGATkecil.Suasana dalam neraka panasnya BERGANDA.~teringat bicara Khansa'~.


~Tiba saat ujian.Tentera-tentera ansoruLLAH duduk jauh-jauh,macam di sekolah.Tak boleh meniru!Belakang Nasibah,Uswah.Khansa' ambil tempat sebelah Uswah.1/2 jam masa diberi~
"Ish...ujian pun boleh tertidur jugak.".Suara Tuan A**** menerpa Khadijah.Tuan ***** pula sibuk ronda-ronda ambil gambar.Yang tidur jadi mangsa.Habis ujian,balik ke pangkalan untuk beibadah senyap.Khemah yang tak kuat tulang dibuka kembali.Cuma tukarkan tulangnya.Besar rupanya!AlhamduliLLAH khemah dihuni Nasibah yang awal tadi sudah kering.Khemah yang berisi beg tadi roboh dan lipat.Akhirnya,bagasi-bagasi dapat hirup oksigen lepas dilemaskan oleh plastik biru.Pembahagian diatur semula...khemah KecilKering Uswah,Khansa' dan Nasibah 3 orang duduk.KhemahBesar,Umme,Sofia,Safiyyah,Kalthum dan Khadijah berlima.


Terlalu banyak perkara yang berlaku.Setiap perkara pasti ada hikmahnya.!~
(to be continued)


Saturday, August 30, 2008

maafkan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
-------------------------------------------------------------------------------


"Walaupun kami tidak buat persembahan..tapi kami akan tunjukkan satu slideshow kira macam pengganti lah...."



Aku duduk berangkat lutut sambil mendengar bicara sahabat.Resah menunggu slide yang ditayangkan.Pasti lebih GEMPAK jika '10 minit' turut serta.Tidak mengapa,insyaAllah lain kali ada peluang.Video bermula.Mata-mata penikmat keAMANan menatap satu demi satu gambar penikmat keSENGSARAan dunia...Lukanya perit pedih.




-------*

"....Tidakkah Nabi berdoa untuk kita yang diseksa..?mintalah tolong kepada Allah,apakah Nabi tidak melihat(keadaan) kita?".Satu soalan dilontarkan Khabab pada RasuluLLAH sollallahu 'alaihi wassallam yang sedang berehat berdekatan Kaabah.


Jawab Nabi S.A.W;

"Ini semua merupakan tarbiyah..Kamu tahu tak?Orang dahulu sebelum kamu (menerima penyeksaan) digali lubang,lalu diletak ke dalamnya dan diletakkan GERGAJI di kepalanya sehingga terbelah dua badannya.Dan ada pula yang disikat dengan sikat besi badannya,sehingga berGUGURANLAH daging-daging yang jatuh.Tetapi tidak langsung menyebabkan mereka berpaling dari jalan Allah.Kamu perlu tahu bahawa Islam ini dibawah rahmat Allah,sehinggalah sampai saat Islam ditegakkan-orang yang berjalan dari San'a ke Hadramaut tidak takut apa-apa dan orang yang mengembala kambing tidak takut kerana serigala tidak akan memakan kambing-kambingnya........"

Wallahu 'alam.

-------*



Perasaaan itu datang kembali.Perasaan yang sama cuma tidak seHAMASAH yang dulu.

Ya Allah,betapa aku bersalah pada saudaraku di sana.Ya Allah,betapa aku terlupa pada nasib saudaraku di sana.Ya Allah,betapa aku diulit kemewahan kesenangan hingga terleka.Ya Allah,betapa aku manja mengutamakan hal diri.



Andaikan salah seorang dari kalian (palestinian) datang ke rumahku,menjadi tetamuku.Aku melayan kalian dengan baik,penuh ikhlas.Tapi,kemudiannya aku berkata;


"Ikhwah...dulu saat antum lari dari bedilan Israel dan Yahudi,aku di sini duduk senang bersembang hal kosong.
Ikhwah...saat antum menangis pahitnya ujian,aku di sini berontak memaki ujian.
Ikhwah...saat antum menangis dalam keheningan 1/3 malam,aku di sini tewas dalam kepenatan mengantuk.
Ikhwah...di kala antum mengharap pertolongan dan bantuan dari kami,aku di sini lalai bagai tidak mendengar suaramu.
Ikhwah...saat antum menjaga keselamatan dari pencerobohan tentera la'natuLLAH,aku di sini hanya menjadi penonton setia.

Ikhwah...bila ada di antara keSakiTan hilang anggota badan,aku di sini masih tidak mensyukuri ni'mat Tuhan
Ikhwah...bila ada di antara kalian sedih dan merasa kemenangan atas syahidnya MUJAHID,aku di sini gelak ketawa atas penipuan ni'mat dunia.



Ikhwah...bila ada di antara kalian menangis mengharap ampunan serta pertolonganNya,aku di sini menangis atas lemahnya iman menghadapi mehnah ketentuanNya.
Ikhwah...saat antum kalian menyaksikan sebutir peluru menembus masuk ke dalam tubuh,aku di sini terkadang lemah dalam usaha dakwahNya...
Ikwah...saat antum khusyuk ketika bertemu Tuhan kita,aku menerawang jauh hilang kekhusyukan.


Ikhwah...dan setiap masa yang antum korbankan untuk kami iaitu tetap melawan tentera Yahudi dan Israel,antum sebenarnya telah menyelamatkan kami dan memberi ruang untuk tingkatkan diri serta iman dan membuat perancangan.Tapi wahai ikhwah.....,kami rata-rata gagal berbuat sedemikian.


Maafkan kami Ikhwah...sudikah Ikhwah memaafkan?

-------------------------------------------------------------------------






Aku yang berSalah pada IBU BAPAku tatkala aku sering menyusahkan.Aku yang berSalah pada MURABBI ku tatkala aku tidak laksanakan harapan mereka.Aku yang berSalah pada SAHABAT ku bila hak kalian aku tidak tunaikan.Aku yang berSalah pada MAD'U ku ,membimbing kalian kurang keikhlasan.Aku yang bersalah pada SOF JUNDIYYAH ku,gagal laksanakn qudwah qabla da'wah.Aku yang berSalah pada RAIS ku dulu & kini...saat diri bertindak mengikut perasaan.

Aku hamba yang berDosa kepada Tuhanku kerana sering kali terlanjur berbuat dosa.Aku yang berasa Hina di hadapan kekasihNya,mutiara baginda sering aku abaikan.



Maafkan....ibu dan ayah kerana diri tidak menjadi anak yang sesolehah mungkin.

Maafkan....murabbi tercinta kerana harapan kalian sering aku kuburkan.



Maafkan....sahabat kerana tidak menghulur sepenuh dorongan dan dokongan bila keadaan mendesak,bila antunna memerlukan.



Maafkan....mad'u kerana dalam membawa kalian,terkadang aku berasa lemah.



Maafkan....sof jundiyyah kerana tidak memimpin dengan penuh amanah.


Maafkan...rais qadim & jadid kerana tidak laksanakan tugas sebaiknya.



"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kerabat(nya),orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah,dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.Apakah kamu tidak suka bahawa Allah Mengampunimu?Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang." (An-Nur:22)




Layakkah mendapat syafaatmu ya Rasulullah,sedang sunnahmu ada yang ku tertinggalkan.


Ampunkan hambaMu Ya Allah.Engkau yang Mencukupkan segala keperluanku.Engkau yang Melengkapkan kejadian diriku.Ampunkan hambaMu Ya Allah.Aku tidak kuat melaksanakan azamku.Ampunkan hambaMu Ya Allah.Semoga diri tiada pernah berputus asa dalam menjalankan kerja da'wah di jalanMu.Semoga diri tiada pernah jemu untuk terus merintih,memohon dan merayu hanya padaMu.Ampunkan hambaMu Ya Allah atas segala dosaku,kesalahanku,kealpaanku,kelekaanku,kelalaianku,keegoanku,kelemahanku,kedegilanku,
ketidak syukuranku.Ya Allah,tidak terhitung banyaknya dosa hambaMu.~
Ingin sekali memulai,menjalani dan mengakhiri Ramadhan dengan hati yang suci bersih...Harap Ramadhan tidak kecewa dengan roh-roh yang ingin menemaninya...~

Sunday, August 24, 2008

antara SINI dan SANA 2

********************************************************************
Yousef legar-legar atas bumi tandus itu.Kakinya kian terpacak,kian panas menambat kaki.Peluh tidak lagi memercik,tapi mengalir laju.Perlahan,air mata Yousef menitik.Terkenang nasibnya dan adiknya Zahra' yang terlalu kesian,kehilangan dua orang tuanya tatkala Subuh menjelang.Rumah mereka musnah,pakaian mereka hancur,mereka tiada tempat tinggal...Kadang-kadang Yousef sendiri tidak memahami kenapa ibu dan ayah,pakcik dan makcik,serta atuk dan nenek menjadi sasaran solidHITAMpanjang itu?Kini..Yousef dan Zahra' mungkin pula jadi sasaran solidHITAMpanjang.


Hanyasanya Yousef sedar tanggungjawab,hanyasanya Yousef tahu peranan sebagai abang sulung.Terngiang di telinga Yousef wasiat Abi untuk tetap jaga Zahra' walau apa yang berlaku.Apatah umurnya yang baru setahun jagung,sangat mencabar tapi hasil pendidikan IMAN mantap diterap Abi dan Umi,Yousef tahu walau Yousef masih kecil...tapi orang yang sujud pada Ilahi mampu menghadapi kesemuanya.Itu pesan Abi.Sehebat Ali yang mengganti tempat tidur RasuluLLAH s.a.w...setiap malam Yousef dengar suara Umi bercerita sebelum tidur...Yousef menangis lagi,terlalu rindu akan suara Umi.Zahra' merengek kecil di sisi abangnya.Ditariknya baju lusuh berwarna kelabu itu berkali-kali.Wajah mulus putih Zahra' dicemburui debu pasir TEBAL.Ahh..."kuatlah wahai Yousef!".Berkali Yousef bagi semangat pada diri....

******************************************************************





15 SYA'ABAN 1429,AHAD. bersamaan 17 Ogos 2008



Pagi Ahad.AlhamduliLLAH,perjalanan selamat sampai di Amir Chalet,Siti**** setelah pusingan U-turn dilakukan driver bus.Hampir-hampir kami sesat lantaran terlupa route,apatah yang pernah menjejak kaki 2 tahun lepas pun rata-ratanya hilang ingatan.Tapi akhirnya...Allah jua yang menunjuk jalan.Gerabak bas bergerak lalu berhenti memberi laluan pada tentera ansoruLLAH untuk mulakan perjuangan kecil ini.Nasibah menghela nafas panjang,menikmati udara segar pagi kawasan terpencil itu.Keadaan jadi agak janggal.Hanya Nasibah dan Khansa' yang 'lengkap',hanya Nasibah dan Khansa' syoksendirisemangat...Tapi Nasibah tidak kisah asal sahaja Khansa' beri kata yakin pada diri.Khansa',Khansa'...Nasibah sudah cukup kagum dengan pendirian sahabatnya itu.



Pagi Ahad...mula kelihatan wajah-wajah saudara ansoruLLAH yang lain datang dari pelbagai arah mata angin.Kebanyakannya baru sampai...tapi ada juga yang sudah awal sampai menghabiskan malam Nisfu Sya'ban di tanahsedarahsedaging dengan Pasir Salak tersebut.Tentera AL-AMIN kod B.B.B menjadi pasukan ketiga yang menjejak atas bumi Perak.Segera tentera ansoruLLAH mula kembara kecil-kecilan mencari rezeki yang halal dan toyyibah untuk isi perut,sebagai bekalan tenaga sebelum beraksi.Cumanya sof mujahidah yang berangkat tidak cukup 2 orang,Uswah dan Asma' tolak untuk ikut.Tiada selera makan katanya.Derap langkah bergesel dengan tanah bergabung bunyi.Kasut bootsesak mula pancar shiningnya dikilau cahaya matahari.Sof mujahidah ambil peluang kenali tempat.Menyelusuri jalan melihat sekeliling.




"Roti canai 10 ye makcik..".Sopan nada Khansa' menutur kata.Order makanan berCARBOHYDRATE itu untuk 11 orang generasi Syahadatain campur kongsi ...walau lagi 2 orang tiada bersama,tapi mereka boleh makan masa pulang nanti.Begitu perihatin mujahidah-mujahidah membuat planner.




************************************************************

"Heyy,buat apa kat sini?!".

Berdengung gegendang telinga Yousef mengabsorb suara garauPARAU lelaki tegapLEMBIK bertopi keras,berpakaian tentera itu.Yousef tenang hadapi musuh Allah itu.

"Ohh...saya cari makanan ...tu..tu..an!".Tergagap Yousef nak sebut tuan.Baginya buat apa dia memanggil lelaki tegapLEMBIK itu dengan panggilan tuan?Tidak ingin Yousef mengiktiraf musuh Allah itu.Walakin,Yousef tahu benar beza fizikalnya dgn lelaki tegapLEMBIK itu.Sekadar menyebut tuan tidak membawa makna apa-apa,hati Yousef tetap benci pada lelaki tegapLEMBIK itu.Sekadar mengelak dari terjadinya aksi binatang lelaki tegapLEMBIK.Bukan Yousef tidak tahu betapa rendahnya tahap moral lelaki yang berdiri di hadapannya.Sekadar menjaga keselamatan diri dan adiknya,Zahra'


"Cari makanan?!Mak dgn ayah tak bagi makan ke..?!!Hahaha...makanlah pasir ni budak mentah!"



Yousef tetap tenang walau darahnya mula menggelegakDIDIH.Segera Yousef capai tangan Zahra'.Jika diikutkan hati,mahu sahaja Yousef membalas dengan kata-kata yang lebih umMppH dari itu.Tapi Yousef teringat pesanan Abi agar jangan cari pasal dengan iduhaY-iduhaY durjana itu.Walhal umur Yousef sendiri pun masih kecil.Walhal tenaga Yousef masih belum mampu atasi tenaga si tegapLEMBIK.Tapi satu yang si tegapLEMBIK pasti kalah dengan si tunas mujahid Yousef...Yousef ada tali yang kukuh dan tidak akan putus dengan Rabb Yang Maha Perkasa.Yousef tetap terus berjalan menitip rahmat Pemberi Rezeki.Genggaman tangan Zahra' terasa berpeluh namun teguh!Kondisi perut makin kritikal..!..tapi Yousef teringat akan Qudwah Hasanah tercinta yang mengikat perut dengan batu dalam penat lelah menggali parit.
"Lemahnya Yousef..abi,umi..."



****************************************************************



"Nasibah...ana nak pesan,dekat sini
tak macam kat I'*** D***.Itu memang the best dari setiap sekolah.Kat sini tak
semuanya macam tu...",Khansa' bisik suara.


Nasibah sekadar angguk,faham situasi.Mungkin Khansa' mahu Nasibah sesuaikan diri.eh..bukan Nasibah,semua!Seusai melayan karenah perut,segera langkah pulang diatur kembali.Teruja hati Nasibah dan Khansa' tengok ramai dah 'lengkap',mereka dah ada kawan!Uswah dan Asma' pun rupa-rupanya ambil peluang jadi 'lengkap'.Bukan main panas lagi baju no 4 ni,tambahan tambah aksesori sunlight.Sampai port bagasi,semua buat kerja masing-masing,ada yang masih betul-betulkan baju,ada yang termenung jauh teringat kampung halaman.Lain bagi sesetengahbertuah,ambil peluang baca sejarah KRS....


Nasibah ikut Khansa' pergi sambung tali.Mendayu telinga dua mujahidah dengaq loghat orang Utara.Sambil-sambil tu tolong mereka pakaikan tali wisel merah yang berjela panjangnya.Sambil-sambil tu belajar bahasa.:)


"Apsal x boleh
masuk ni..?".Nasibah jeling-jeling ibu jari yang dah jadi merah sebab tolak besikecilsejuk.

"Sebab lubang dia ni
ha..kecik.".



Rela hati Khansa' dan Nasibah tolong kemaskan aksesori pakaian.Banyak bezanya ...kain,tali,emph..banyak!Beza baju,matlamat tetap sama.Beza tali,ukhuwah tetap sambung.~Matahari hampir tegak atas kepala...bangunan-bangunan ansoruLLAH semuanya berehat,cari tempat tidurteduh.Masih ada 2 sekolah yang tak sampai lagi.Satu dari Selatan satu lagi...Masa yang ada cuba dimanfaatkan.Tidak selalu dan kadang-kadang baru semua dapat berkumpul macam ni.Tidak selalu dan kadang-kadang baru seseorang dapat anugerah ini.Nasibah cukup bertuah berada di sini...AlhamduliLLAH.Baru seorang Nasibah tahu bagaimana rasanya halaqah ramai-ramai.Baru seorang Nasibah tahu bagaimana rasanya ada ramai kenalan.



Akhirnya,transport kemudahan awam yang dinanti tiba.Girang hati Nasibah lihat bas bernombor plat J** ***.Harapannya makin menggunung.Ternaik lambaian tangan dari dalam bas ke arah Nasibah.Dibalasnya sesemangat mungkin.Ya Allah,Kau pertemukan lagi kami di sini.Moga Kau tetap pertemukan kami di Syurga.Ameen~



#Lurus barisan mujahideen.Lurus barisan mujahidah yang berdiri di belakang.Baru terasa terik panas mentari.Beberapa pemudaRIJAL mujahid berpakaian formal berdiri di hadapan sekalian kanak-kanakMUJAHID.Selepas habis taklimat,tentera-tentera ansoruLLAH diasingkan mengikut kursus masing-masing,..Leftenan Muda bergerak ke tempatnya,Staf Sarjan bakal berangkat ke Pulau Pangkor,Sarjan setia menanti di sini...



Terus lepas lantik ketua Kontijen sekolah,pangkalanhidup sedia untuk didirikan di tempat yang ditetapkan.Segera,Nasibah,Uswah dan Umme dirikan satu khemah.Safiyyah,Sofia,Khadijah dan Kalthum dirikan lagi dua khemah berbaki.Sayang,satu khemah tak kuat tulang..Simpulnya,pasukan nisa' AL-AMIN kod B.B.B hanya ada dua khemah.Khansa' pula selaku ketua Kontijen ada syura bersama pemimpin yang lain.



************************************************************






Yousef terus berjalan kembara di atas bumiNya.Aqdamnya melecetMERAH digores panasnya haba sang pasir.Simpati Yousef lihat adik kecil Zahra'.AlhamduliLLAH,sekurang-kurangnya dua beradik itu masih mampu mengisi perut atas Ihsan seorang hamba Allah yang pemurah.Satu masalah menerjah kotak fikiran mentahMATANG Yousef.




"Di mana aku dan Zahra' harus duduk?"



Dibukanya pandangan seluas 360o mencari habitat bumi yang masih kosong dan sesuai.Apa sangat yang diharapkan dalam suasana Kem Pelarian ini.Satu Yousef simpan hasrat dalam hati,supaya dia dapat tunaikan amanat Abinya.Jaga Zahra' dengan baik!Pantas Yousef halakan seluruh anggota badan pada sebuah atapkhemah lusuh.Khemah lusuh yang terletak dalam keramaian pelarianmalang itu cukup buat Yousef dan Zahra' untuk berlindung.Mampu menyelimut mereka dari kesejukan malam,mampu melindung mereka dari panas teriklangit dan hujanlangit memadai buat dua yatim piatu.Walau tak bisa melindungi dari panas teriktanah...syukur masih ada tempat untuk istirahat.Seharian berjalan membuatkan dua tubuh kecil itu kepenatan amat.

*******************************************************



Susunan diatur mengikut Kontijen.Di hadapan ada teknologiSEBARsuara besar.Tak kelihatan yang mengucapnya.


"Saya akan bagi semua satu
kertas.Dalam ni ada nama-nama kamu mengikut sekolah.Cek nama kamu,no IC betul ke
tak...Kemudian,di tepi nama tu,ada nombor yang tertulis.Minta semua orang hafal
nombor tu kerana itu nombor kumpulan kamu....Jadi,ketua Kontijen boleh ambillah
di depan.".Suara seorang Puan jelas sampai maklumat.




Squad nisa' AL-AMIN kod B.B.B check nama sambil teruskan aktiviti kawad bertiga-tiga.Sof mujahidah ambil giliran beri arahan di depan.Untuk mantap,perlu latihan..Yang paling penting,iKHLaS!..Sayang,Uswah tolak beri arahan lantaran kondisi mulutdalam ada gangguan.Ulcer cemburu Uswah.Terus,Uswah tiada selera bercakap.La ba'sa,tohurun!insyaAllah....~Petang pula diteruskan dengan aktiviti BaSeD.Nasibah ambil posisi tepi 3 dari kanan,4 dari depan.Sebelah Nasibah,Uswah.Latihan BaSeD ditutorkan oleh Tuan A**** sendiri.Pertama kali Nasibah kenal Tuan yang banyak kali rakan-rakan Nasibah cerita....Tanggapan pertama hinggap dalam kepalaAKAL Nasibah..Benar,tak kenal maka tak cinta.




Malam pula ada kuliyyah tentang KRS dan PSFM.Arahan dikeluarkan untuk memakai baju no 3.Tapi bagi sof nisa' AL-AMIN kod B.B.B yang tiada baju no 3,mujahidah-mujahidah pakat pakai baju kurung putih dengan tudung putih.Bezanya kain cuma,3 orang pakai kain hitam...selebihnya pakai kain biru memandangkan mereka berlima tiada kain hitam.Perjalanan ke dewan tentunya dalam keadaan berkawad.


"Kenapa ada yang tak
berkawad ni?".Hati Nasibah bentaksenyap.Diam sahaja
Nasibah.



Melangkah masuk ke dewan,hati kebanyakan sof ansoruLLAH hela nafas lega lihat kipas siling bulat BESAR.Semua mengharapkan angin lalu.Aha!rupanya besar...effectnya tidak menyeluruh.Hanya mereka yang duduk di tengah sahaja angin belailembut.Ditakdirkan sof nisa' AL-AMIN kod B.B.B dapat duduk di tepi.~


"Panasnya....".Safiyyah yang
duduk di sebelah Nasibah luah sambil kipas-kipas jilbab.

"Sabar ye sabar...".Nasibah balas
seloroh.

Padahal diri sendiri berasa panas jugak.Khansa' yang duduk di sebelah kanan pun ambil aksi kipas jilbab.Nasibah tutur serta.Tidak tahan Safiyyah,dia pindah belakang sekali...sebaris dengan Kalthum dan yang lain.~Pulang dari kuliyyah Tuan A****,Khansa' dan Nasibah terus pergi khidmat diri bersih diri.Langsung pakai untuk pakaian esok.Jimat waktu,jimat masa!Mujahidah lain yang terus mahu lelap, tidur sepertimana pembahagian yang Nasibah buat spontanterpaksa petang tadi.Satu khemah dihuni Nasibah,Safiyyah,Kalthum dan Sofia.Satu khemah lagi Khansa',Khadijah,Uswah dan Umme....


(to be continued...)

Saturday, August 23, 2008

antara SINI dan SANA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terlajak ingatan seorang hamba yang lemah pada hari pengakhiran nanti..ah,21 Ogos!Hari Al-Quds....cukup bertuah.Permulaannya Nisfu Syaa'ban ....akhirnya Rememberance of Al-Quds Day,kembara 5 hari ke bumi Perak hanya satu permulaan,hanya satu rangkak bagi bayi yang masih baru belajar berjalan....itu fikir Nasibah,antara hamba Allah yang lemah ingin berangkat ke tanah utara yg ketiga dr atas...Kereta Proton **** yang kurang 5 tahun usianya itu membelok ke kanan.Suasana masih lengang.Dalam suram-suram malam...jalan hitam berturap tar masih mampu menumpang belas kasih cahaya2 rumah di sekeliling ditambah cahaya sang lampu tinggi melampai.

"SCREEETT....".Segera Nasibah buka pintu kereta sambil mencapai beg pakaian sederhana tidakbesar X-treme Sport.Berdiri 2 kelibat lembagakehitaman di pintu masuk kecil madrasah tercinta..Oh!Asma' dan Uswah!..."Diorang dua je ke baru sampai..?",desis hati Nasibah yang entah apa perasaannya ketika itu.Pantas ibu Nasibah terlebih dahulu mengorak langkah ke arah dua lembagakehitaman itu.Nasibah hanya melihat gelagat sang ibu yang begitu kerisauan akan anaknya...Nasibah faham dan cuba faham.Nasibah bakal jauh dengan keluarga....hati ibu mana yang tidak risau.Tambahan,ini kali pertama Nasibah jejak langkah jauh dalam aktivis militer...Paling jauh pun Nasibah jejak adlah di tanah yang dahulu namanya Province Wellesly semasa British masih menjajah.Bukan senang untuk Nasibah dapat peluang ini.Masih teringat Nasibah kisah 2 dan 3 tahun yang lepas....ahh!itu kisah lama..AlhamduliLLAH...kali ni Nasibah dapat bantuan Allah yang bukakan pintu hati ibu dan ayah Nasibah. 'Abdan Syakura ya Nasibah!

Tik!...Tik!...Tik!...Mata hampir-hampir terpejam.Belum berangkat sudah terasa letihnya menunggu.Ini baru menunggu.Sudah 2 jam lebih sejak kereta-kereta yang menghantar 'atom-atom' sof ansoruLLAH pulang..Mujur pagi 15 Syaa'ban tenang sejuk.Bosan duduk statik..Nasibah ajak Asma' keluar jalan2 sekejap..setakat jalan dalam puluhan langkah dan duduk di kaki lima pejalan kaki apalah sangat untuk gerak-gerakkan balik sendi yang kaku.Tapi bukan hanya semata kerana ingin jalan Nasibah ajak Asma' keluar...kondisi Asma' jadi keutamaan.Ruhulkifah Asma' perlu semarak kembali..Nasibah buntu.Memang Nasibah tak pandai menyusun kata terutama dalam memberi motivasi.Tapi rasa tanggungjawab Nasibah sebagai sahabat yang mendorong perbuatannya.AstaghfiruLLAH.....di mana ALLAH DALAM KEKUATANMU?Nasibah jadi teringat risalah siber bertazkirah yang baharu dibaca beberapa hari sebelum itu...Baharu sebentar tadi Asma' menggulung rindu dengan sahabat dalam mobil Nasibah..entah apa bual bicara mereka,Nasibah tidak tahu.Apa yang pasti,sesuatu mengganggu stabiliti Asma'..dan itu yang harus dipulihkan!Mengikut teori sains,untuk stabil tapak lah yang perlu paling kukuh.

~Alunan Asma Al-Husna berkumandang ditiup angin malam~


"keIMANan itu pendorong yang sangat kukuh.KeTAQWAan kepada Allah lah yang mengelakkan dari rasa tidak bertanggungjawab.KeTAQWAan itu lah pendorong gerak & hidup"~kesimpulan penulis sendiri dr bicara Sayyid Qutb


وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ (8:28) 8:29
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.

Segera kerja-kerja yang tadinya makin khusyuk bermain di tangan terhenti.Tentera-tentera yang siap bersedia ingin membina benteng ansoruLLAH berkemas.Bagasi-bagasi tersusun di kemudahan yang tersedia di madrasah tercinta.Akhirnya...,jam 1 lebih pagi...barisan ansoruLLAH siap naik,mengambil kedudukan selesa.Kepenatan mula terubat dek empuknya ruang duduk tersedia.Aha!Khansa' ambil langkah bijak ....dihulurnya cakera bertajuk DA'WAH IN THE WEST untuk tatapan ansoruLLAH.Moga mampu kipas anginkan obor semangat semarak obor nyalaan tentera Al-Fateh...Perjuangan yang kecil ini baharu sahaja bermula.Segera generasi-generasi SYAHADATAIN ikhlaskanlah niatmu!......


8:60 "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)."

(bersambung....insyaALLAH)

Tuesday, August 5, 2008

Layakkah hambaMu.....?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
* "Tak nak...ana tak nak tengok..".Spontan ku tutur pada sahabat.Sebolehnya,aku tidak mahu melihatnya apatah lagi mengetahuinya terlebih dahulu sebelum hari "pemberian" tiba.Tapi..kini hasrat tidak menyebelahi.Panggilan pada jam fi Zuhr,terus mematikan tekadku,..khabar mengetuk sebelum kenyataan tiba.In addition,kudrat diri tak mampu menahan untuk mendengar suara yang datang bersebelahan...apatah,hanya dari sebelah sahaja!....

Layakkah hambaMu...?mendapat apa yang Engkau tentukan itu?

Layakkah hambaMu ini...?sedang hafalan *****u aku gagal?

Layakkah hambaMu ini...?sedang banyak amanahku masih belum terlangsai?

Layakkah hambaMu ini...?sedang hatiku masih bermandi kotoran & hitam?

Layakkah hambaMu ini...?mempunyai ciri sebegini, mahu di sisiMu tinggi?

*Tentera yang mantap lahir dari iman yang mantap.Tentera yang hebat terbitsinar dari jihad yang hebat.Sebagai contoh,pendekatan yang rata-rata mengetahuinya...kader-kader pada Hassan Al-Banna.Di sebalik kelembutan dakwah Ikhwan Muslimeen yang dibina,pemikiran As-Syahid tidak hanya setakat itu.Malah,As-Syahid mempunyai Kesatuan Khusus yang merupakan supporter utama militer tentera.Dan kepala utamanya 5 orang cuma.Sepertimana mantapnya K.K ini...harus pula seiringan dengan perjuangan wazirnya.Maka,ditetapkan 5 kriteria ciri-ciri yang harus ada pada bangunan-bangunan ansoruLLAH.:::

1.SEJAUH MANA KEIMANAN DALAM MENGORBANKAN DIRINYA DI JALAN ALLAH.

2.MENGORBANKAN SEMUA YANG DIMILIKI DARI SEKECIL PERKARA ----> SEBESAR PERKARA.

3.PENTINGNYA MENJAGA RAHSIA.

4.ADAKAH TERMASUK JENIS YANG MUDAH MENYEBAR OMONGAN ATAU TIDAK..?

5.MAMPU MELAKSANAKAN AKSI-AKSI MILITER.

Lantas.....

Layakkah hambaMu ini...?sedang diri masih belum teguh.

Layakkah hambaMu ini...?sedang ujian sekecilnya pun aku hampir rapuh.

Layakkah hambaMu ini...?sedang jahiliyyah belum tentu aku dapat tangani.

Layakkah hambaMu ini...?sedang masih ada mazmumah berkarat dalam diri.

*Mereka sehebat-hebat tentera,sedang raisnya sebaik-baik raja.Apa yang menjadi ukuran itu?Kelantangan suara memberi arahan?SALAH.Keseragaman hentakan kaki yang padu?SALAH.Ketangkasan gerak langkah belasah?SALAH.Kelincahan tangan bermain memutar-belit tali?SALAH.Kecepatan akal mengesan angin kecederaan?SALAH.Mereka tentera yang tiada pernah meninggal TAHAJJUD mulia.Mereka tentera yang tiada pernah tertinggal SOLAT AWWABIN.Sedang dia,Al-Fateh...terdidik sejak berusia 12 tahun menjadi pemimpin di Pulau Magnesia.Sedang Al-Fateh bermulanya azamtekad dari awal membuat kajian terhadap kota Konstantinopel pada setiap malam selama DUA tahun.Sedang Al-Fateh teguh pendirian,mantap imannya pada Dia Yang Maha Perkasa,Maha Mencipta,Maha Menolong lagi Maha Pengasih terhadap hamba-hambaNya...Pemuda/pemudi yang mantap lahir dari iman yang mantap.Hebatnya seorang rijal/mar'ah diukur pada betapa MANTAPNYA hubungannya dengan Yang Maha Perkasa...

mungkin masihkah ada celahan ruang untukku di sini?

Layakkah hambaMu ini....?sedang untuk berdiri di hadapanMu pada 1/3 malam aku bisa terlepas.

Layakkah hambaMu ini....?sedang diri tidak punya kudrat sehebat nyalaan obor tentera Al-Fateh.

Layakkah hambaMu ini....?sedang ibadah sunat ada kala sepi.

Layakkah hambaMu ini....?sedang lapisan pengalas benteng iman belum tentu berdiri teguh.

* ~Renung sendiri.Papp!!Menjadi *****???Ya Allah,aku hamba lemah.Ya Allah,aku hamba hina.Ya Allah,aku hamba kerdil.Pasrah,permintaan murabbi aku tak ada daya menolak,entah alasan apa yang aku cipta,pasti banyak dalihnya.Konklusi,REJECT!.Aku menjauh dari kemungkinan itu dan aku menjauh dari perkara yang tak diingini.Penilaian ini...mungkin aku faham.Sekiranya jika difikirkan,tiada......tapi sebagaimana insan,aku tetap banyak dhoifnya...

Layakkah hambaMu ini...?sedang aku sering menangguh.

Layakkah hambaMu ini...?sedang Risalah AgungMu terkadang aku lalai darinya.AstaghfiruLLAH

Layakkah hambaMu ini...?sedang timbunan dosaku kian meninggi.

Layakkah hambaMU ini...?sedang hati hambaMu lemah diulit 'penyakit'.

"Ya Allah,sesungguhnya kami memohon perlindunganMu daripada kelemahan,kemalasan,sifat pengecut,kedekut,nyanyuk dan azab kubur.Ya Allah,berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia,kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan,Engkau pelindung dan memeliharanya.Ya Allah,aku memohon perlindunganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat,hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan."

Layakkah hambaMu ini...? menanam hasrat berada dalam saf-saf perbarisan mujahidahMu.

Layakkah hambaMu ini...?andai diri mahu sentiasa ingin mohon padaMu..sedang sebelum ini leka mengaburi mata..

۞ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ خُلِقَ هَلُوعًا (١٩) إِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ جَزُوعً۬ا (٢٠) وَإِذَا مَسَّهُ ٱلۡخَيۡرُ مَنُوعًا (٢١)

19. Truly man was created very impatien. Fretful when evil touches him. And niggardly when good reaches him;- (al-Maarij:19-21)

Layakkah hambaMu ini...?mahu terus thabat pada jalan da'wahMu walau ironi sering diri terlanjur berbuat dosa.

AstaghfiruLLAH(3x).Izinkan hambaMu ini sentiasa kembali padaMu,SENTIASA....Ya Allah..La haula wala quwwata illa billah.Ameen Ya Rabbal 'Alameen...~

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ (٢٨٦)


Allah tasketh not a soul beyond its scope. For it (is only) that which it hath earned, and against it (only) that which it hath deserved. Our Lord! Condemn us not if we forget, or miss the mark! Our Lord! Lay not on us such a burden as thou didst lay on those before us! Our Lord! Impose not on us that which we have not the strength to bear! Pardon us, absolve us and have mercy on us, Thou, our Protector, and give us victory over the disbelieving folk. (Al-Baqarah:286)


-Wallahu'alam-

hambaNya yg dhoif

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.