Pages

Sunday, August 31, 2008

antara SINI dan SANA... 3

16 Syaa'ban 1429 H bersamaan 18 Ogos 2008


*Pagi itu kesejukan mencengkam hangat.Sejak malam,langit mencuka merajuk,suram tanpa cahaya.Waktu itu Nasibah baru selesai tugas hirasah jam sekian pagi.Langit gelap menunggu masa memuntahkan apa yang dikandung.Mujahidah pangkalan berkod B.B.B tidak lena tidur.Mamai-mamai bermain tepuk amai-amai.Sasarannya pelbagai,sebentar amai di kaki,sebentar amai di tangan,sebentar lagi amai di muka sendiri.




ngeeeennggg.....!ngggggeeeeeeeeeennnngg....!

Nasibah rimas.Bunyi itu hampir betul ke telinga.Entah berapa kali Nasibah beraksi lambai sebelah telinga biar hilang bunyi.Tapi,tetap ada tidak mahu berganjak.Pasrah,memang itu lumrah perkhemahan,akan ada merah-merah di tangan kejap lagi.Tetap syukur dapat tidur DALAM khemah,bukannya di LUAR.Akan tetapi,jika tidur di luar BeST sebab dapat nikmati pandangan langit ciptaanNya yang sangat lah luas dan indah.SubhanaLLAH!.Sebab itu kadang-kala Nasibah tidak kisah andai kena 'hukum' pandang langit.Heh...itu peluang keemasan!




Keadaan khemah Nasibah yang dishare 4 orang itu walau sempit,tetap muat.Sengaja Nasibah pilih tempat sebelah gerbang.Senang urus barang,tambahan..dapat lihat langit!Jam tunjuk berapa...tak pasti.Yakinnya,pagi udah buta.~Awan tak dapat tahan lagi.Sedihnya bukan main kepalang .Curah....curah......curah......sejuk!Droplet-droplet of liquid terus turun mengurut dinding pangkalan-pangkalan sekalian tentera.Entah kenapa,semuanya terbangun...lalu sambung tidur dalam keadaan duduk.Hangatkan badan mungkin.Tik!...tok!...Tik!....tok!...



Eh,apasal basah ni?.."tiba-tiba Safiyyah bersuara
.
Terbuka mata-mata yang lain yang lelap tidak ketahuan berapa minit.Safiyyah separa bangun lihat belakangnya.Sofia,Kalthum serta Nasibah segera perhati kawasan bucu khemah.Ah,ada air bertakung!Hujan makin lebat,khemah bocor.Perlahan-lahan air menitik atas riba Nasibah yang duduk dekat dengan gerbang.Kabut sedikit jadinya.Nasibah buka zip gerbang,apa kondisi khemah di sebelah sana?



'Zziip.."..kelihatan Uswah di luar khemah,sedang pakai kasut.
"Khemah korang basah jugak ke..?"
"Haah...bocor jugak."



Segera tindakan susulan diambil.Semua bagasi dibawa keluar dari khemah.Basah lencun semua nisa' Al-amin kod B.B.B pagi-pagi buta itu.Ditambah dengan sejuknya hening pagi.~Gigil~Khansa' arah angkut semua beg ke bangunan kantin di 'seberang'.Langkah cepat diatur.KotakBESAR berkandungan makanan habis basah.KotakSEDERHANA berkandungan cawan-cawan air SeaMaster turut lencun.Tak dapat diselamatkan...sistem immunenya lemah,habis hancur.Syukur KotakBESAR ada harapan lagi.Siap semua bagasi diangkut,masing-masing berlindung bawah bumbung kantin buat penawar sejuk.


"Korang tak boleh letak beg kat
sini...".Kesemua telinga yang ada di situ menangkap bunyi suara Cik Ukhti Staf Sarjan yang jadi fesi.Nasibah yang tadinya termangu-mangu toleh segera.


"Beg ni,tak boleh letak kat sini.Korang buat
la macam mana pun,kena letak kat khemah....bangunan-bangunan sekeliling ni tak
boleh guna." Cik Ukhti S.Sarjan yang familiar suaranya bagi informasi.

"Jadi..cepatlah,pindah masuk balik!Kalau boleh
secepat mungkin.Clearkan tempat ni....".


*SubhanaLLAH!UjianMu ya Allah..
"Ok...jom cepat,bawa balik beg pergi sana.."Khansa' berdawamin.Segera diangkut balik beg-beg tadi pulang ke gagangnya.Beg-beg susunSELERAK bawah redup pokok.Harapannya daun-daun mampu tahan droplets-droplets liquid dari terus melaju.Aha...idea datang.Allah kurniakan ilham.AlhamduliLLAH.Memandangkan banyak plastik-plastik biru,mesti dimanfaatkan!Nasibah segera capai satu plastik biru...BALUT BEG!Skuad nisa' Al-amin kod B.B.B jalankan operasi bungkus beg.Untuk elak beg basah...bolehla.Siap balut..plan seterusnya adalah untuk gunakan 1 khemah sebagai tempat simpan semua barang dan bagasi.Memandangkan khemah yang dihuni Sofia,Nasibah,Safiyyah dan Kalthum lebih PARAH keadaannya,khemah Khansa' jadi tempat simpan barang.Khemah Nasibah dialih posisinya ke tempat yang lebih berumput dan tinggi.

"wah,becak rupanya kat sini!...".Terlontar satu suara bila khemah diangkat.Tak hairan bagaimana air boleh masuk sesuka hati.~Resolusi,misi accomplished!ALHAMDULILLAH.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
'Drrrpp!Drrppp...!Drrrrrrrrppppppppppp....!'.
Yousef terjaga dek bunyi derapan pasirtanah.Visibility jadi kabur dilitup kabus tebal debu berterbangan.Teringat Yousef pada kalam Allah surah al-'Adiyat.
'Demi kuda perang yang berlari kencang terengah-engah,dan kuda yang memercikkan bunga api(dgn pukulan kuku kakinya),dan kuda yang menyerang (dengan tiba-tiba ) pada waktu pagi,sehingga menerbangkan debu,.....'

Apa pula itu?Sedikit kegusaran berhabitat dalam hati.Yousef selak pintu khemah lusuh.Dilihatnya sebarisan..malah,berpuluh-puluh manusia sedang berlari ke arah suatu arah.Lariannya teratur seperti sekumpulan tentera yang siap berangkat ke medan.Cumanya mereka pakai baju biasa dan dhoif.Sah,itu pemuda-pemuda di Kem Pelarian ini.Satu firasat tidak senang menerpa Yousef.Kenapa ni?Apa yang bakal berlaku pagi-pagi macam ni?Rupa-rupanya pihak >Yahudi dan Israel la'natuLLAH bakal lancar serangan lagi.Benteng pertahanan dan tenaga kerja segera dikerah untuk bertahan.Pemuda-pemuda tadi mengejar SYAHID pertahan bumi anbiya' Ard-Ribath

ALLAHU AKBAR!ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
bergema kuat laungan kalimah agung menjulang naik ke dada langit.
Zahra' terbangun.Rapat dia ke arah Yousef.
"Akhi,mereka nak bunuh orang jahat eh..?".Yousef tersenyum dengar suara comel Zahra' aju pertanyaan.Dua beradik itu hanya perhati di celahan-celahan koyak khemah.Menanti bila bakal berakhir SENGKETA ini?Bila bakal terkubur keBATILan ini?

*End story of Yousef dan Zahra'
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


*Perhimpunan pagi bermula.Tentera-tentera ansoruLLAH berbaris mengikut sekolah.Slack!Slack!


"Saya tak puas hati dengan perhimpunan pagi kamu!.."Suara Tuan A**** bergema dari pembesar suara.Memang tidak tersusun.Memang banyak kekurangan.Memang padan terima denda hukuman.Sekalian tentera ambil kedudukan tolak bumi atas permukaan yang berpasirBASAH .Siapa yang dapat area agak berair..ah..pasrah sahaja lah. Pandang langit,tolak bumi,pandang langit,tolak bumi,pandang langit,tolak bumi........ ~Selesai hukuman,Tuan kata perBAIKI!Seterusnya taklimat untuk aktiviti hari itu.Bakal ada aktiviti kayak,apung dan bina rakit dan kawad.


Tika itu semua sudah berbaris mengikut kumpulan.Sofia kump 1,Nasibah kump 2,Uswah kump 3,Khadijah kump 4,Khansa' kump 5,Kalthum kump 6,Safiyyah kump 7 dan Umme kump 8.Skuad nisa' Al-Amin kod B.B.B terpaksa berpisah memandangkan tentera tidak cukup.Harus tempuh keseorangan~


"Kadet perempuan akan buat aktiviti kayak dulu.Kadet lelaki buat kawad dulu.Mula aktiviti jam
*...(tak ingat)"




Sebaik bersurai,semuanya bersiap dengan baju yang sesuai.Kemudian ada inspection oleh Tuan A****.Segera berbaris dalam 3 barisan.Entah apa Tuan bakal kata bila melihat keadaan khemah yang penuh dengan beg sampai ke muka pintu.Ditambah dengan pasir-pasir basah.~AlhamduliLLAH.Butir bicara Tuan tak dengar sangat memandangkan Tuan hanya cakap pada ketua Kontinjen.Tapi simpulnya,Tuan tidaklah marah...mungkin Tuan faham situasi pagi tadi.Mungkin Cik Ukhti Staf Sarjan ada cerita pada Tuan.Move on!~



*Hujan mula turun kembali.dengan ....LEBAT!.Aktiviti pagi agak sedikit terganggu bila cuaca cemburu.Terutamanya aktiviti kayak yang memerlukan lokasi di pantai.Kawad,tiada masalah...agaknya seronok berkawad dalam hujan!Aktiviti pagi tidak semua dijalankan serentak.Kump 1-4 akan mula dengan aktiviti kayak manakal kump 5-8 akan bina rakit dahulu.Sebelum start kayak,kadet-kadet diberi pengAJARan dahulu mengenali bahagian-bahagian kayak.Dari kokpit,starboard,...dan seterusnya.Kemudian belajar pegang pedal dengan cepat dan langkah apung.Belajar pegang tangan ramai-ramai ,condong ke belakang secondong-condongnya,jangan kasi terlepas.Jika kuat pegangan,tiadalah akan terputus.Fikir2kan....~ Lagi belajar cara angkat kayak yang sangat BERAT.


"Kakak-kakak awak yang pergi
Staf Sarjan pun sedang buat persiapan untuk berkayak di Pulau Pangkor pagi
ni.Apa yang kamu belajar kejap lagi adalah asas kepada itu....."




Terlayar ingatan pada Staf Sarjan ...Asma',Mariah dan Qibtiyah.3 orang sahaja mujahidah dari Al-Amin kod B.B.B yang mengikuti kursus Staf Sarjan.Mereka perintis!Tok!...Nasibah kembali fokus pada realiti sebenar sekelilingnya.Tertunggu-tunggu kedatangan hari Selasa..Staf Sarjan balik!~Walau tak seBESTmana,asalkan dapat ilmu itu.Kump 1-4 terpaksa kayak hanya di kolam udang!Lantaran langit sedang berguruhGemuruh.Sebelum itu belajar apung.Sedikit sebanyak,tersedut juga air masinUdang.Hambur balik!Terus pergi lompat aktiviti bina rakit,satu kumpulan buat satu rakit.




*Nasibah atur langkah ke gazebo.Situ tempat baju no 4 tergantung.Situ KotakBESAR makanan bertempat.Di situ Uswah dan Khadijah sedang duduk makan roti.Saat itu sajian hanya roti bersapukan tuna dan sardin.Sofia tumpang sekaki.




"Mana Khansa',Kalthum,Safiyyah dgn Umme?.."
"Diorang tak habis lagi...diorang kayak dekat pantai.Bestnya...".Untungnya mereka kerana saat itu cuaca kembali tenang.Langit tidak marah-marah lagi.



~Aktiviti seterusnya kawad...dalam kumpulan.Nasibah masuk barisan.Setiap kumpulan cari port masing-masing untuk buat latihan.Kumpulam Nasibah pilih port hujung ..di pangkal jalan bertar.Sistem bergiliran laksana.Nasibah jadi orang ke-2 beri arahan selepas akhawat dari SMIH Ipoh pindah amanat.Dalam ini,belajar varietynya arahan kawad dalam setiap sekolah.Ada yang berbeza,ada yang sama!


"INTIP!"....Nasibah jadi termangu.Ha?intip semasa
jalan...apa dia tu?Nasibah sekadar agak-agak mungkin HENTI.Tapi tetap bertanya
untuk dapat lebih informasi.


"Intip ke henti?".Nasibah tanya ukhti A sebelah dari Hira' Jeram.

"Oh..ada ke dia cakap intip tadi?"...Ukhti A tak perasan.Terus terang tanya pada Ukhti Q dari
SMIH Ipoh.

"Boleh dua-dua...".Ringkas jawapan Ukhti Q yang berkongsi nama dengan Ukhti A tadi.Nama
mereka sama.
Sampai giliran Nasibah...Nasibah perhati keadaan anak buahSEMENTARA ahli kumpulan 2.Tali kasut tak terancap!.~

"SEPARA KANAN,SEPARA KANAN................PUSING!".

Masing-masing senyap.Tiada aksi yang dibuat.Wajah-wajah jadi pelik dan ha?Nasibah hairan. "Oh...tak tau ke?".Lantas,Nasibah curah ilmu,walau mungkin tidak semua sekolah bakal aplikasi nanti.Asalkan tahu.Asalkan dapat hikmahnya.






------------------------------------------------------
'pap!pap!pap!pap!pap!pap!'
Maryam khusyuk main tepuk-tepuk tangan sama kawan.Senja-senja begini terasa tiada apa yang mahu dibuat.Gelak tawa mereka pecahkan senyapnya suasana bangsal kelabu itu.Dari jauh,selangkah demi selangkah sang ibu menghampiri.


"Maryam sudah solat Asar belum?".Maryam angguk.Haul di bumi AFRIKA HUJUNG ini hanya beri ruang untuk beribadah di hamparan tanah beralaskan tikar usang.Tikar itu tikar untuk bersantap,tikar itu tikar untuk tidur,tikar itu juga tikar sembahyang.Tambahan,komuniti Muslim adalah minoriti yang ada di bumi AFRIKA HUJUNG menyebabkan tiada surau apatah masjid untuk didirikan.




"Yah....kalau macam tu,cepat bersiap pergi ke kelas malam ni.!".Maryam bangun segera patuhi kata si ibu.Seronok Maryam belajar huruf-huruf dengan cikgu.Dalam ramai-ramai budak berumur 10 tahun yang ikut kelas,Maryam paling bijak kenal huruf.Walaupun di negara lain,umur 7 tahun sudah pandai mengira.Berbeza di bumi Afrika yang sistem pembelajarannya tidak semantap negara sekelilingnya.Ilmu yang masuk juga tidak sebanyak mana.Tiada pertukaran pendapat antara mereka lantaran ilmu mereka sedikit+SAMA. Teringin juga Maryam tahu ....
------------------------------------------------------------------






*Malam pula diisi dengan kulliyyah EtiKa&AdaB dan UJIAN berTULIS.Tidak seperti semalam,malam ini harus pakai baju no 4.Ya,sekali dengan boot!Untuk itu,semua prepare SabaR untuk menghadapi nanti.Mana tidak,sudah ketahuan dewan itu panas,ditambah memakai baju kain keras.Itu baru ujian yang SANGATkecil.Suasana dalam neraka panasnya BERGANDA.~teringat bicara Khansa'~.


~Tiba saat ujian.Tentera-tentera ansoruLLAH duduk jauh-jauh,macam di sekolah.Tak boleh meniru!Belakang Nasibah,Uswah.Khansa' ambil tempat sebelah Uswah.1/2 jam masa diberi~
"Ish...ujian pun boleh tertidur jugak.".Suara Tuan A**** menerpa Khadijah.Tuan ***** pula sibuk ronda-ronda ambil gambar.Yang tidur jadi mangsa.Habis ujian,balik ke pangkalan untuk beibadah senyap.Khemah yang tak kuat tulang dibuka kembali.Cuma tukarkan tulangnya.Besar rupanya!AlhamduliLLAH khemah dihuni Nasibah yang awal tadi sudah kering.Khemah yang berisi beg tadi roboh dan lipat.Akhirnya,bagasi-bagasi dapat hirup oksigen lepas dilemaskan oleh plastik biru.Pembahagian diatur semula...khemah KecilKering Uswah,Khansa' dan Nasibah 3 orang duduk.KhemahBesar,Umme,Sofia,Safiyyah,Kalthum dan Khadijah berlima.


Terlalu banyak perkara yang berlaku.Setiap perkara pasti ada hikmahnya.!~
(to be continued)


No comments:

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.