Pages

Wednesday, September 17, 2008

antara SINI san SANA...4

17 Syaaban 1429 H bersamaan 19 Ogos 2008



Pagi seventeen syaaban pancar terik,beza dengan hari semalam yang mendung.Walau yang demikian...tentera-tentera tetap diBASAHi.Betul,tak hujan tak semestinya tak basah,panas tak semestinya akan kering.BASAH kini lain dari yang lain.Lebih banyak kandungan garam dari kandungan pure.



"Dapat arahan keluar baris,semua MASUK KOLAM! (a.k.a kolam udang)". Suara Tuan jelas tak puas hati.Perbarisan pagi masih kabut,berterabur,scattered,tak ikut protokol,rosak!Ark...adakah ia termasuk salah kami?Ya!



Dasar kolam merasa satu persatu pijakan Mujahid dan Mujahidah.Sangat sejuk.Mujur terpisah oleh tali dan mesin rintis 'oxygen'.Berendamlah kami dalam keMaSinAn udang.Berendamlah kami hingga air mencapai paras dagu.Beberapa Abg Fesi jadi tukang perhati.Tak ketinggalan untuk mengadakan photo shoot!.
"Itulah....lain kali kamu tak payah tunggu kadet
lelaki ...kamu dah siap,kamu baris lah.!".
Seorang Abg Fesi yg sedang duduk bercangkung di tebing depan lontarkan kritikan.Ya,pasti akan kami INGAT itu.Tak payah tunggu kadet lelaki.!

Selang beberapa minit,baharu tentera-tentera yang sudah basah lencun except head dibenar naik semula ke tebing darat.Tuan beri masa untuk tukar baju kering semula.Maklum,pagi itu ada ujian based dan kawad.Pulak tu ujian based diadakan dalam dewan,sudah tentu tidak mahu diBaSahin dan diKotoRin oleh air udang.AlhamduliLLAH....jika jalani ujian dalam keadaan basah sukar mahu gerak + tak selesa.Terus kami bergerak ke dewan dengan langkah kaki antara getar dan tidak getar.Khansa' mungkinlah tidak merasa kaget ,pengalaman mengajarnya.Nasibah pula...ehm,tak dapat dikenal pasti.Para Mujahideen berjalan bergerak ke hadapan Chalet untuk jalani ujian kawad terlebih dahulu.

"Eh..ada feri!ada feri!Staf sarjan dah nak
balik.....!".
Asma' bersuara girang teruja

.Nasibah turut debar.Ferinya tak kelihatan cuma kedengaran bunyi.Itu pun samar-samar.Betul,hari ini hari Selasa.Hari ini Staf Sarjan bakal berpisah dengan ketenangan keHijaUan hutan.Hari ini Staf Sarjan harus ucap selamat tinggal pada Pulau Pangkor tercinta. "Dah,dah....fokus!fokus!".Nasibah cuba kembalikan tumpuan yang tadinya dirampas perasaan syoksendiri.Walhal Staf Sarjan pulang malam...lewat malam!Skuad nisa' Al-Amin kod B.B.B dapat giliran second last ...tapi nasib kami Tuan terlupa dan akhirnya jatuh ke tangga last.Tidak mengapa!
~Sharp!Gerak!Sharp!Gerak!Sharp!Gerak!.........~
AlhamduliLLAH,ujian BaSed selamat berlangsung.Semangat sekali suara Sofia mengGEGAR partikel-partikel solid dinding dewan.Tonenya KUAT AMAT.Akhirnya,ada beberapa langkah yang Tuan tegur untuk diTahsin kan lagi....

Babak seterusnya adalah ujian kawad.Ehm,testing suara!Tidak semua mujahidah berpeluang beri arahan.Hanya Khansa',kemudian Sofia dan akhir sekali Nasibah.Kami bergabung dengan seorang Mujahidah dari pangkalan Utara.Tamat sahaja,Tuan adakan perkumpulan sebentar.Mengajar arahan baru,arahan 'Mara Menghadap!'...Dalam jangka masa itu,harus mengingati secepat mungkin,biarpun bereserabut kepala akal...Cepatnya tentera-tentera ansoruLLAH ingat arahan,lantas hati ikhlas atau tidak???
Kerana apa?Untuk apa?Sebab apa?...

(maaf,bersambung...jammed!)

No comments:

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.