Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selesai satu lagi sesi hari ni,alhamdulliLLAH..Allah jua yang memberi ilmu pada saya.Moga saya istiqamah. Sedar tak sedar,tak sampai satu hari lagi yang 9 akan jadi 10.Bila teringat balik dalam 365 hari tahun masihi ini,banyak benda yang berlaku.Terlalu banyak..tapi dalam banyak-banyak hal,satu benda yang saya asyik dengar tiap hari..kisah cinta antara pasangan. Entahlah,makin hari makin menjadi sampai 'menggila' jadinya..takut saya jika saya terjebak dalam kisah percintaan itu. Na'udzubiLLAHi min zalik!
Sungguh,kita berlindung kepada Allah dalam setiap hal yang buruk lagi memburukkan.
Pada asalnya,saya tidak tahu secara mendalam kisah mereka..tapi kalau dah tiap-tiap hari ditonjolkan dan ditunjukkan sana-sini,macam manalah orang boleh tak tahu.Cukuplah saya kata mereka A dan B.Saya lihat mereka ini memang cukup sayang antara satu sama lain..tapi cinta itu dibina atas dasar apa,tak tahulah saya. Mereka dan ALLAH sahaja yang mengetahui.Yang satu tu sanggup korban apa sahaja untuk si dia,beli tu..beli ni..buat tu..buat ni..Sampaikan dalam setiap perbuatan,tak kisahlah kerja,makan,tidur,jalan-jalan,semuanya mesti ada si dia dalam fikiran. AstaghfiruLLAH..mengingat ALLAH itu berganda-ganda lebih baik! Al-maklum,si dia itu memang cantik,cantik betul! Segala apa yang ada pada dia,indah-indah belaka.Saya tahu sebab memang saya pernah jumpa dan tengok dia. SubhanaLLAH..sangat cantik ciptaan ALLAH tersebut.
Tetapi,makin hari saya lihat yang satu pihak tu makin tamak.Tamak yang bermaksud terlalu mengejar si dia,terlalu menginginkan si dia ibarat dia adalah segala-galanya..sampai perkara2 wajib juga ditinggalkan. Puja terlebih,masa terbazir,hidup di dunia sendiri (walhal roh sendiri pun tak dimiliki apatah lagi dunia) Na'udzubiLLAHi min zalik! Si dia pulak apa kisah,dia memang menginginkan pasangannya dambakan diri dia,teringat dia selalu tanpa memikirkan benda lain.Bila saya lihat mereka hari ni, saya makin mual dan bila baru nak sedar? Memanglah jika dilihat dari mata kasar,
'wah,cinta mereka itu benar-benar suci,tulus dan mulus.Kaya dengan pengorbanan!terharunya..'
Malah,pasangan itu pun fikir macam itu juga agaknya.Tapi,bagaimana riak wajah dan reaksi mereka bila dapat tahu rupanya cinta mereka itu sia-sia belaka,kotor,cetek dan jauh dari hakikat cinta yang sebenar? Ya Allah,semoga kami insaf dan tunjukilah kami jalan-jalan kebenaranMU.
Mungkin perlu kot, jadi nanti sapa-sapa yang kenal dan bertemu mereka..cakap dan nasihatlah pada mereka. Saya tak mampu dan memang tak boleh nak buat seorang.
(A dan B itu( manusia dan dunia
*saya tidak mengaibkan sesiapa kan?kalau ada,tlg tegur yeh..
Wassalam.
No comments:
Post a Comment