Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Terjadilah pada ratusan ribu detik,ribuan saat,puluhan minit dan kurang sejam akan pengumpulan warna-warna untuk berbincang...bergaduh.Isu yang menjadi perbincangan memang besar!..isu dunia!maklum,orangwarna dunia lah katakan.Iaitu tentang warna mana yang paling vital,penting,berguna,famous B-) dan digemari ramai~.Maka...
Hijau mula bicara:
"Wah,jelasnya memang aku yang paling penting! Aku kanmaskotsimbol bagi kehidupan dan harapan.Aku dipilih untuk rumput,pokok dan daun nan hijau.Kan?kan? Kalau aku takde,mesti semua binatang dah mati punya~Cubalah tengok pada pinggiran kota,nantikorangkalian semua nampak akulah yang paling banyak!Hahaha..". Hijau bernada yakin dan akhiri dengan gelak versi warna.
Sekian itu pula riuh dewan persidangan dan retaklah hati Biru.Berkatalah Biru dengan
"Wahai Hijau,anda asyik fikir tentang daratan bumi sahaja.Tetapi,jangan lupa pada langit dan laut. Air merupakan elemen asas kepada setiap kehidupan dan tersejat daripada air laut menjadi awan. Langit pula menghadiahkan pada hidupan ruang yang luas,rasa aman damai dan ketenangan. Tanpa kedamaianku, kalian semua tak bermakna apa-apa."
Kedengaran tawaan kecil dari Kuning.Dia pun menyampuk:
"Eh,kalian semua ni terlalu serius la.Cuba tengok aku,aku ceria lagi menceriakan,gembira lagi menggembirakan dan membawa kemesraan pada dunia.Matahari tu kuning,bulan kuning,bintang pun kuning. Setiap kali kalian tengok pada bunga Matahari,seolah seluruh dunia akan tersenyum. Kalau biru kata tanpa damai dia,semua warna tak bermakna,maka kalau tanpa aku,langsung takde kegembiraan tahu?~"
Gegar-gegar seketika warna-warna di tempat masing-masing gara-gara si semangat Oren mula nak bersuara
"Aku adalah warna lambang kesihatan dan kekuatan!!" (~~~geggarrr~~)
"Aku mungkin kurang danpemalutak selalu ada,tetapi aku sangatlah berharga sebab menyediakan keperluan-keperluan manusia. Kebanyakan vitamin penting aku yang in-charge. Haa..cuba fikir lobak,labu,buah oren,mangga dan betik,semua tu bervitamin dan apa yang penting?KerjasamaMereka warna oren! Aku pun memang tak selalu luang masapergi jalan-jalandi luar, tapi bila tiap kali aku bersiar-siar di langit pada masa matahari terbit dan terbenam,wahh..kecantikanku sangat menyerlah sampai semua manusia langsung tak ingat pada kamu semua."
Warna-warna jadi bertambah gegar dengan angkuhnya Oren dan Merah pun tiadalah dapat menahan lagi lalu mengeluarkan suaranya yang keras:
"Kalian silap! Aku adalah pemerintah bagi kalian semua.Aku warna darah-darah yang diperlukan untuk hidup! Jangan sekali-kali lupa,aku membawa bahaya dan keberanian.Aku akan melawan demi mendapatkan sesuatu yang aku mahu. Kalian rasa apa akan terjadi bila aku takde?heh,tentunya bumi akan menjadi kosong sama macam bulan.Aku adalah warna bagi cinta,mawar dan ros,tumbuhan poinsettia dan bunga popi.
Mendengar kata-kata Merah,Ungu jua ingin bersaing.Ungu sangat tinggi dan bercakap dengan penuh kemegahan:
"Aku adalah warna diraja (di bbrp negara..negara Malaysia taklah~) dan kekuasaan.Raja dan ketua-ketua utama selalu akan memilih aku.Sebab apa?sebab aku membawa kewibawaan dan kebijaksanaan.Orang-orang tak pernah mempersoalkan aku!Malah,mereka dengar dan patuh."
Setelah beberapa lama dan memberi laluan pada warna-warna lain untuk berkata,akhirnya Indigo (aiseh..font warna xde warna indigo.~)pula sedia bersuara.Dia lebih merendah diripendiam tapi penuh keyakinan:
"Saya mengajak kalian berfikir. Saya adalah warna yang senyap.Kalian memang susah nak perasan kehadiran saya,tapi tanpa saya kalian semua adalah superficial,cetek-cetek belaka. Saya melambangkan idea dan fikiran,pantulan,senja dan dasar air. Kalian semua memerlukan saya untuk keseimbangan dan perbandingan,serta ketenangan jiwa."
Lalu berlagak-lagaklah semua warna antara satu sama lain,semua pun meyakinkan masing-masing punya kehebatan.Makin lama,makin kuat...makin lama,makin kuat,kuat dan kuat. Tiba-tiba berdentum-dentumlah langit sambil kilat bermain sambar-menyambar dan guruh pun bergema.Anak-anak hujan mula turun rintik-rintik ,dimarahi datuk dan nenek. Semua warna-warna ketakutan yang amat,masing-masing rapat dengan yang lain.
Dalam keriuhan langit,Hujan pun berkata:
"Wahai warna-warna yang tak matang semua,kenapa mahu gaduh-gaduh antara kamu?Semua nak menundukkan yang lain. Kamu tidak tahukah bahawa setiap dari kamu diwujudkan untuk tujuan yang tersendiri,unik dan berbeza antara satu sama lain?Dahla tu,pergisalamberbaik semula dan datang pada aku."
Warna-warna yang tadi bergaduh pun patuh dan bersatu.
"Mulai hari ini,setiap kali bila hujan..setiap dari kamu akan terbentuk di dada langit dan membentuk pelangi yang indah dan cantik.Ini sebagai untuk mengingatkan kamu bahawa kamu semua hidup dalam keamanan.Pelangi ini adalah lambang harapan untuk hari esok.",sambung Hujan sambil tersenyum.
::::THE END::::
*kisah diubah suai daripada buku 'Love Stories of a Differant Kind:Series 4' terbitan CAP (Consumers' Association of Penang)
~Moga bersama ambil iktibar yang tersirat.Buang yang keruh ambil yang jernih.~
PELANGI itu CIPTAAN ALLAH YANG MAHA PENCIPTA SEGALA KEINDAHAN.
SUBHANALLAH!
SUBHANALLAH!
Wassalam.
1 comment:
menarik!
Post a Comment