Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
~ sekitar jam 5:30 petang dan selesai solat Maghrib. (waktu sudah awal, malam sudah panjang!)
(sekadar gambar hiasan....... tapi bermakna :D )
Seseorang: Terfikir siapa yang nak bawa Islam kat 'sana'?
Kita: Kenapa? Takde ya yang belajar di sana?
Seseorang: Takde. Dekat sana..sangat kesianlah tengok diorang. Pagi-pagi bangun, buat kerja macam-macam,bagi makan lembu dan binantang ternak semua..lepas itu macam tu je. Hidup tanpa arah tujuan. Kerja penat-penat tapi akhirat nanti tak bawa apa-apa. Kesian tengok mereka yang dah tua-tua...
Kita: emm..kalau nampak orang Islam kat sana, macam mana diorang layan? Pelik ke atau biasa-biasa je?
Seseorang: Biasa je...Mula-mula nampak tu macam memangla pelik..kitorang senyum je. Tapi biasa je diorang layan.
Pendengar-pendengar semua tunduk ke bawah sambil mata berpusing-pusing melihat bungkusan biru emas yang membalut coklat dengan kemas.'Kepala' sampul dipusing seakan-akan membentuk bunga. Magnet yang diukir seolah lukisan menara dan jambatan diamati dalam-dalam sambil dimain jari-jemari.
Seseorang: Kat sana perempuan-perempuan dia takde pun nak malu. Maksudnya kalau ada perempuan yang pakai dedah-dedah tepi jalan,itu perkara biasa kat sana. Tepi-tepi jalan pun ada orang minum arak.
kita semua memandang sambil tersenyap
Seseorang: Yela..negara kafir kan..(penduduknya adalah orang bukan Islam).
Kita : Ada orang mabuk tak? (kat tepi jalan)
Seseorang: Kitorang takdelah nampak pun...
Tapi negara diorang sangat bersihla. Cantik dan kemas je..
Kita: Pelik kan? Terbalik~
Soalan mula bermain-main dalam minda. Soalan yang sudah berabad lamanya..
Kami: (...mendengar dengan penuh perhatian~
Seseorang: Tapinya ada seorang ni..dia kerja jugak sebab nak cari duit kan. Dia kerja sebagai cleaner. Dia hanya kerja bila bos dia balik..maksudnya waktu malamlah baru dia kerja.
Kami: Ooo...eh,tapi kenapa? (faham tapi macam tak faham)
Seseorang: Bila bos dia balik,barulah dia boleh kerja. Sebab dia pakai tudung! (senyum). Bos dia tak nampaklah yang dia pakai tudung. :)
Kami: Memang bos dia yang suruh kerja waktu malam ke?
Seseorang: Taklah..dia sendiri yang mintak.
Kami: Kawan-kawan kerja dia yang lain tahu lah yang dia pakai tudung? Takde yang beritahu bos?
Seseorang: Tak tahu..entahlah.
Kami: Oo..jadi masa interview macam mana?
Seseorang: Oh..yang tu tak tahu macam mana interview dia.
Suasana senyap. Terasa sejuk dengan angin luar yang menceroboh masuk melalui lubang-lubang tingkap.
Seseorang: em~ tapi kita pula kat sini (hidup di negara yang 'wujud Islam') yang ada peluang banyak untuk tahu dan faham Islam, tak nak pulak dan mengeluh. Tak ambil peluang untuk diri sendiri. Orang-orang kat sana sebenarnya bukanlah dari sekolah agama..diorang kenal Islam pun bila diorang sampai kat 'sana'. Hebat kan? :D (sambil tersenyum)
Kita: iye?? (semua tarik senyum sampai ke telinga. Kagum dengan perancangan Allah yang Maha Hebat)
Seseorang: ...... pelajar-pelajar sains,medik,engineering semua ni..biasanya kata ' nak cipta satu benda yang hebat untuk Islam',macam-macam dan sebagainya...tentang ini, ~~~~ cakap "jangan harap, memang tak boleh".
Kami: (sedikit mengangkat kening = tanda pelik)
Seseorang: Sebabnya orang-orang Barat dah sangat maju dan jauh meninggalkan kita...teknologi dan kemajuan semua mereka dah kejar. Maksudnya untuk sekarang ini, bukan itu yang kita nak kejar (sebagai prioriti utama)..tapi tinggalnya pada kita adalah untuk membina peribadi. Membina rijal-rijal (peribadi Muslim yang mantap).
Sebab kalau takde peribadi yang mantap, takde semua benda tu. Bila kita bina rijal-rijal barulah ada teknologi dan segala kemajuan diwujudkan. Pendek kata, AQIDAH lah asasnya.
(Ok,cuba bayangkan kita ada teknologi yang mantap, kemajuan yang hebat-hebat bertaraf mega super..tapi peribadi kita adalah peribadi yang runtuh, hidup hanya untuk dunia, makan minum dan sebagainya. Maka kita adalah tidak ubah seperti mereka [negara yang diceritakan dalam perbualan]. Sebaliknya apabila ada orang-orang yang mantap aqidah, luas pengetahuan, kuat tubuh badan, tersusun urusannnya, bagus peribadi dan akhlak..kita akan boleh mencipta kemajuan-kemajuan yang bertaraf mega super duper. Kerana sumbernya (orang-orang yang bagus tak menahan) sentiasa ada.~)
Magnet yang seolah lukisan menara dan jambatan diamati lagi. Melihat dan berfikir.
Kita: er..siapa punya kata-kata ni tadi kak? Doktor akak?
Seseorang: Syed Qutub.
Kita: Ooohh..Syed Qutub! Em~..dan Syed Qutub mengeluarkan kata-kata itu sejak zaman dia.
Seseorang: Haah, betul! Kata-kata ni dari zaman dia lagi..kalau sekarang..
Kita: ...sekarang entah macam manalah.
~senyap.lihat.fikir.~
Seseorang: ok, dah. (dia yang merupakan pelajar sains senyum,bangun dan bergerak ke bilik..sambil menggendong harapan & kerja yang BESAR buat Islam)
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah),
Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."
(An-Nasr:1-3)
2 comments:
suka2..penuh inspirasi
Subhanallah.syukron ukhti..akak baca penuh teliti nak faham apa mesej yang enti cube sampaikan. Alhamdulillah..I got it!
Asasnya adalah AQIDAH!
syukron !
Post a Comment