Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
~cepat,cepat masa berjalan. 2010 sudah mahu sampai hujung, yang UPSR sudah selesai, yang PMR sudah lega,yang SPM masih debar (^^..teringat zaman dulu. Ma'at taufiq!), yang STAM sudah tenang, mahasiswa mahasiswi ternanti-nanti cuti aidil adha... kemudian ada yang periksa! =.=
Kali pertama saya menyambut 'hari itu' bukan di Malaysia. Terasa seperti tahun ini sedikit istimewa. Bukanlah kerana saya mendapat hadiah yang banyak (ada la sikit-sikit..^^)..tapi,
- 'Kebetulan' ia bersamaan dengan 1 Zulhijjah. Bermulanya 10 hari yang penuh barakah dan penuh ganjaran. 10 hari yang awal disediakan ganjaran yang melimpah-limpah dariNya...bonus ini buat mereka yang mahu. Sekadar berpesan pada diri saya agar lebih berkorban untukNya, banyak lagi yang harus diperbaiki dari segala aspek sama ada dalam diri atau luar diri. Juga perlu tingkatkan ibadah dan ikhlas untukNya semata. Simpulnya,perlu lebih banyak muhasabah diri...sangat banyak kekurangan & kelemahan yang perlu ditampung.
“Tidak ada hari-hari untuk beramal soleh di dalamnya yang lebih dicintai oleh Allah melebihi daripada hari-hari ini.” (iaitu sepuluh hari) Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, tidak pula jihad fî sabilillah?”. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Tidak pula jihad fî sabîlillâh melainkan seorang lelaki yang keluar jiwa dan hartanya (untuk berperang), dan dia tidak kembali membawa sesuatu apapun.” [Sunan Abi Daud: 2438, Sunan at-Tirmizi: 2438 dan beliau menyatakan ia Hasan Sahih Gharib] Penerangan: Maksudnya sepuluh hari pada awal bulan Zulhijjah.
- AlhamduliLLAH,2 hari sebelumnya, hati diisi (insyaAllah) dengan pengisian Dr. Hafidzi yang bertandang ke Irbid bersama isteri beliau, makcik Zu. Kedatangan mereka membuatkan saya terasa seolah berada di Malaysia..dan seolah 'ayah-ayah' kami melawat kami di sini. Lebih-lebih lagi dr. Hafidzi ada berkata : " Kami ni macam mak ayah jugalah yang datang melawat " . Rasa sangat bersyukur dr. dan makcik Zu sudi berkongsi peringatan buat kami di sini yang sememangnya sangat perlu kepada booster semangat (lebih-lebih lagi yang tahun 1 ni). Secara keseluruhannya, perkongsian dr. berkisar tentang GOLONGAN MUDA. Kita tahu bahawa masa depan sesebuah negara bergantung pada pemuda-pemudinya. Begitu juga dalam rentetan rekod-rekod hebat perjuangan Rasulullah, mereka yang berada di barisan hadapan adalah golongan pemuda. Tapi, apa maksud 'golongan pemuda' yang berjuang bersama Rasulullah? Umur berapa baru boleh dikatakan pemuda?..Sebenarnya, kalau kita lihat kembali pada episod sejarah Islam, golongan muda mereka adalah seawal budak berumur 10 tahun. (cth, saidina Ali r.hu), ada antara mereka yang berumur 13 tahun (cth Asma binti Abu Bakar yang menghantar makanan & minuman ke Gua Tsur) dan banyak lagi kisah2 sahabat yang 'bawah umur' ini dalam membantu perjuangan Islam * mungkin pembaca boleh belek-belek kitab Sirah ataupun search sahaja di internet canggih ni,yang popular dalam kalangan muda-mudi sekarang. :)* banyak lagi hikmahnya,insyaAllah di ruang waktu dan kesempatan yang lain ya.
Pengisian dr. membuat saya terasa saya ini sudah tua. Memang sudah 'tua'...jika dibandingkan dengan para sahabat Rasulullah yang hebat-hebat.
- Hidup di sini jauh dari keluarga, maka kawan-kawan dan kakak-kakak lah yang menjadi 'keluarga kedua' saya di sini. Tahun ini walaupun tak dapat makan kek bersama family di Malaysia..tapi di sini ada kakak yang membuat kek cheese-blueberry with digestive biscuit (main letak je nama ni..^^) untuk kami makan bersama dalam usrah. Bila pulang, dapat pula kek oren yang dihias dari dua orang kakak medik+dentist yang tinggal serumah. ^^. Alhamdulillah.
(kek cheese-blueberry with digestive biscuit....:>)
(kek oren dihias dengan skittles* tak tau apa nama gula2 tu*)
- Hari selepasnya pula ada kelas perkongsian bersama Syeikhah Umaimah. Kelas ni lebih berkonsepkan 'kelas bedah buku' dalam Bahasa Arab dan diadakan setiap minggu (insyaAllah). Kami gunakan kitab "Tanbihul Ghafilin" oleh Abul Laits As-Samarqandi. (buku ni sudah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, rasanya BM pun ada juga kot). Syeikhah mulanya menyentuh bab "Keutamaan Hari-hari Yang 10" ( باب فضل ايام العشر), kemudian berpindah pada kertas yang Syeikhah edarkan pada minggu yang sebelumnya. Juga tentang 10 hari awal Zulhijjah. Yang paling-paling 'menyentak' kami semua antara amalan yang digalakkan dalam 10 hari awal ini adalah sekurang-kurangnya untuk khatam Al-Quran sekali, caranya dengan membaca 3 juzu dalam 1 hari.
Syeikhah : "صعب؟"
Kami : " .....نعم"
Syeikhah : " cuba kamu buat dari lepas subuh sehingga matahari naik,1 juzuk. Lepas zuhur hingga terbenam matahari,1 juzuk, Dan selepas maghrib hingga terbit matahari 1 juzuk..semuanya 3 juzuk. :D"
Kami : "..................
Mungkin disebabkan ini semua saya terasa sedikit istimewa..tapi bak kata mesej yang dihantar Kak Nuha
"If only you knew even a fraction of how much God take cares of you in a single day, you would smile for eternity..maybe you think today is special because it seems like the world cares for you when everyone whishes you..but the fact is everyday is special with Allah's Love."
Tepat. Tiap-tiap hari Allah Menjaga kita, tiap-tiap saat Allah Menjaga kita. Tiap-hari juga kita mendapat hadiah dari sahabat-sahabat kita (doa yang tulus ikhlas)..Tiap-tiap masa juga Allah sediakan peringatan (Al-Quran, segala ciptaanNya) untuk kita fikir dan hayati. Maka,bukankah tiap-tiap hari juga adalah istimewa? ^_^. dan 10 hari awal ini dan seumpamanya ibarat satu bonus kepada keistimewaan hari-hari ini.
# Banyak lagi harus muhasabah,banyak sangat kena perbaiki dan perbaharui. Sungguh, saya insan lemah yang teramat. T_T
Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).
Selamat Berkorban!
Selamat Aidil Adha!
(ini replika kaabah yang dibuat sahabiyah-sahabiyah Arab di Musolla Kuliyah Syariah Yarmouk sempena raya haji. ^^ kreatif amat mereka!~)
Wassalam.
No comments:
Post a Comment