Pages

Monday, January 17, 2011

Jujur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala pujian,hanya saya pulangkan pada Allah. Yang Memberikan segalanya buat kita sekalipun kita tak selalu ingat Dia, tapi Dia akan terus Memberi ... andai tiba masanya bila kita selalu mensyukuri Dia,pasti indah belaka kan? Katakanlah Ameen~.

      Daerah ini makin sunyi, sunyi dari rakyat Malizi (malaysia) yang sedang menikmati cuti sem 1, keluar menghirup udara segar melepaskan tensi. Mereka ada yang melawat saudara-saudara di negara lain, tak kisah sama ada mereka sedang berhempas-pulas menghadapi peperiksan atau memang kosong dari agenda bersiar, keduanya senang hati menyambut saudara yang datang berziarah. Ya, seronok kan jalan-jalan? *kecualilah bagi orang yang tak suka jalan-jalan.. Namun, di belakang cuti-cuti MalaysiaJordan ini, ada insan-insan yang terus menyebar kebaikan dan meninggalkan tapak, sekalipun zahirnya seperti orang lain yang sedang berjalan,melihat-lihat alam..hakikatnya mereka berbeza. Cuti mereka bermatlamat. Cuti seolah bukan cuti. Alangkah seronok menghasilkan 1 kerja,tapi 2 hasil.eh.. atau 2 kerja dalam 1 masa.?
        tidak apa lah, yang penting hasilnya tetap berganda. :)

     Sehingga hari ini, genaplah 4 bulan saya mengharungi hari-hari di negara berjirankan Palestin ini, termasuk sekali tentera-tentera Israel (laknatullah 'alaihim) yang mungkin sekali sedang meronda-ronda di garisan perbatasan sempadan,melawan kesejukan malam yang makin memedih. Di belakang bukit itu, masih ada insan yang memerlukan kita. Di balik kabus sana, ada hero-hero yang masih tidak berhenti menunggu kita. Di seberang laut ini, ada saudara yang menunggu panggilan disahut. Ayuhlah,jangan mundur!

****katakanlah Ameen~****
==END.==


Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik RA, pembantu Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.
(HR. Bukhari dan Muslim)


    Selalu kita rasa gusar dan gundah bila melihat rakan melakukan suatu yang salah. Terasa ingin segera mahu menegur dan membetulkan. Kita ke sana dan ke sini, hangat menyebarkan risalah. Kerana sayang,kerana kasih dan kerana cinta. Indah,indah...hidup bertemankan cinta buat teman-teman istimewa. 

Di perhentian dunia ini, di mana segala amal akan dihisabNya, semua dihitung,ditimbang dan dibalas kelak di akhirat nanti, sejenak saya terfikir. 
Betulkah urusan-urusan ini kerana cinta? Jika ya, cinta pada siapa?
: 'mestilah cinta pada kawan saya'
:' yeke? atau cinta pada diri awak sendiri?'
:' apa maksudnya?'
:' awak nasihat dia kerana tanggungjawab. tanggungjawab awak untuk betulkan dia, jika tak..nanti awak pula yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kerana awak tidak nasihat dia. '
: ya, memang itu menjadi tanggungjawab saya pada teman. Jadi,apa masalahnya?'
: ' awak tidak cukup cinta pada kawan awak.'
:' kenapa? tidak, saya cinta pada kawan saya!'
: ' Ya,mungkin. Tapi awak pasti adakah perasaan takut diri awak jika disoal Allah tidak lebih tinggi dari perasaan cinta awak  pada kawan awak? '
:' saya tak faham...'
: 'bila awak cinta,awak nasihat dia kerana awak betul-betul tak sanggup melihat kawan awak menanggung dosa yang banyak. Bukan kerana awak sendiri yang takut awak pikul dosa yang banyak kerana tidak nasihat dia. Awak lebih fikirkan keselamatan dirinya di akhirat dari keselamatan diri awak...'


Tanggungjawab itu memang patut difikirkan. Tapi cinta yang jujur itu mengatasi ia. 
Cinta untuk saudara apa yang dicinta untuk diri sendiri.



Jujur kita keranaNya.
sudah cukup jujurkah kita?



Wassalam.
Rumah Pembuka.
4:53 pm, Irbid,Jordan.
mode M.D
Ya Allah, rabbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka anta al-wahhab. Ameen ya rabbal 'alameen~

No comments:

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.