Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Saya menuruni tangga bertutup marmar putih berkilat dengan senang hati. Penuh teliti agar tiada langkah yang silap. Keropok 'Buggle' sudah bertukar tangan. Saya kembali kepada 'hati-hati yang kental', khusyuk bersentuh dengan empuk-empuk sofa. Kehadiran saya disambut dengan kesunyian. Kesenyapan. Hanya beberapa pergerakan di atas sofa menangkap pandangan saya. Semua menuju kepadanya, sebahagian lagi menunduk ke bawah.
terus senyuman saya undurkan. Minda berfikir apakah yang telah berlaku.
Bukankah baharu sebentar tadi kita ceria dan gembira?
********
30 minit sebelum~
Kesejukan hampir menyelubungi satu badan. Walaupun ia belum sampai tahap sejuk berdarjahkan satu angka, kesannya sudah terasa. 3 pasang mata terus menyelusuri jalan-jalan di perbukitan,menikmati kehijauan yang jarang-jarang dapat dinikmati di bumi berpasir ini. Kereta pacuan 4 roda terus menggeser tar-tar hitam, menembus udara-udara sejuk yang menampar-nampar.
Saya menceritakan perbualan di telefon sebentar tadi kepada si driver setia.
"eh,...bila hari lahir awak?" , tanya si driver penuh innocent.
Saya menjawab sambil diiringi gelak kecil. Rakan di belakang meng-iya-kan jawapan saya.
Selain saya, ada 2 orang lagi yang join the club. Seven-eleven.
"oh..yeke?..emm..tak cukup ukhuwwah lagilah kita ni."
semangat mereka ingin membeli kek. Tetapi akhirnya tak jadi sebab tiada pilihan yang berkenan.
Kami meneruskan perjalanan melalui lorong-lorong yang sedikit simpang-siur. Ala-ala Cameron Highland.
Alhamdulillah selamat tiba di perkarangan rumah mewah sementara itu. Terus disambut dengan cerianya oleh hati-hati kental yang sedari tadi bekerja menyediakan satu ruang yang bersih dan kemas untuk hati-hati lain datang bertandang. Kesian, semuanya menahan lapar. Rezeki dari Allah telah datang. =)
Seketika masa menikmati pembekal-pembekal nutrisi (err..jajan bagi nutrisi?) untuk sekujur tubuh terus bekerja. Gembira dan gembira. Tapi, memang manusia ini diciptakan dengan fitrah bukan? Tidak sesaat mahu dibiarkan terlarut dek pesonanya rezeki-rezeki dunia. Pasti ada naluri hati yang menyentap buat mereka yang mahu berperang dengan diri sendiri. Bak kata pakcik Ar-Rasyid;
"Tenang dalam diamnya,tetapi lebih jelas dari orang yang berbicara.Bila diamnya terlalu lama,tergugahlah ia oleh keharusannya untuk bergerak."
[masyaAllah...suka sangat quote ini]
[syurga tidak bisa digambarkan..] |
Dan di sudut itu, saya melihat jiwa-jiwa yang merendah. Merendah hati pada manusia, tetapi tinggi sekali di sisi Allah. InsyaAllah.
Orang yang kata tiada ilmu berkongsi,
orang yang kata ada ilmu berkongsi,
orang yang rasa-rasa macam kurang ilmu berkongsi,
orang yang rasa-rasa macam banyak ilmu tapi tak faham sangat berkongsi..
Tiada kasta,
tiada tinggi, tiada rendah,
hanya rasa yang sama untuk melihat Islam itu indah.
hati-hati saling mengenal apa yang dirasa bersama, sehingga si driver melontar suatu persoalan
"siapa nak share perkara paling manis dia pernah lalui tentang pengorbanan? eh..maksudnya cerita pengorbanan yang dia rasakan..."
bila respon yang lain semua sunyi, si driver memulakan dulu. Pada saat itulah, suasana menjadi sunyi, Penuh kesenyapan. Hanya tangan yang mengesat menggambarkan kisah. Baharu saya tahu, pada hari raya kedua aidiladha merupakan ulang tahun pemergian bonda si driver. (saya juga tidak cukup ukhuwwah lagi dengannya.) Tangisan mengiringi ceritanya. Kisah yang datang dari hati, turut mengesan 'hati-hati kental' yang lain untuk merasa kesedihan yang sama. Tingginya pengorbanan ibu si driver digambarkan dari air matanya yang mengalir laju.
walaupun si driver tidaklah menceritakan penuh terperinci, tapi cukuplah ayat "kita ada kat sini pun dari pengorbanan mak ayah kita..banyak sangat diorang dah korbankan..". Si driver yang sangat charismatic dengan sifat ceria dan popular sanguinenya, kini membuat saya haru. Merasa bersalah pula, baru sebentar tadi ceria-ceria bercerita birthday2...tidak tahu hari ini juga merupakan hari sedihnya. Tabah sungguh si driver setia, meredah penat hari ini sedangkan malam semalam berlenguh-lenguh kaki dengannya dari Hijazi ke Syimali hampir satu hari.
*****
benar..tiap-tiap tahun kita mendengar berbagai tazkirah, ceramah AidilAdha,..mengupas dengan hebat kisah agung Nabi Ibrahim a.s dan anaknya. Tiap-tiap tahun, bertukar-tukar ustaz/ah kita dengar. Berganti-ganti masjid dan dewan kita pergi.
tetapi, kita hanya akan betul-betul merasa..
dan mengetahui erti pengorbanan itu..
bila kita meRASA SENDIRI.
LALUI SENDIRI..
terjadi pada diri sendiri.
apa yang kita tahu mungkin akan pergi dan hilang,
tapi apa yang kita lalui..selalunya akan melekat sampai bila-bila.
itulah beza orang yang diberitahu dan kata faham
dengan orang yang merasa sendiri dan kata faham.
kisah Nabi Ibrahim serta Ismail a.s anaknya bukan hanya berputar pada cerita yang sama, ('penyembelihan' Nabi Ismail yang akhirnya diganti dengan seekor kibasy),
tetapi LEBIH dari itu...
* rujuk surah Al-An'aam (antrnya).
Alhamdulillah, di tarikh hari lahir saya ini...
banyak pula tazkirah berkisar kematian yang diberi (plus tazkirah lepas zohor tadi),
antara bahagia dan teruja dan takut dengan risau,
saya semakin mendekati saat pertemuan denganNya.
rasa terima kasih tak terhingga pada ibu ayah yang melahirkan dan membesarkan saya. Eh...adik-beradik yang membantu membesarkan saya. Juga orang-orang di sekeliling yang melengkapkan hidup saya.=)
Doakan semuanya kheir lillahi taala.~
^_^
Perbukitan Ajloun,
Jordan.
tengahari + petang
2 comments:
:D
Aisya..
indahnya duduk bahasa
mencerminkan indahnya pembentukanmu di sana.
terus teruslah membentuk
lalu pulang ke malaysia
membentuk saya dan orang orang malaysia pula..
salam kerinduan, salam ulang tahun kelahiran..
chenta anti fillahi. :)
Tiada kasta,
tiada tinggi, tiada rendah,
hanya rasa yang sama untuk melihat Islam itu indah
like =)
Post a Comment