Alhamdulillah,masih diberi ruang waktu untuk bernafas dalam udaraNya.Moga tiap sedutan menjadi zikir..tiap hembusan zikruLLAH.Sedang alam sekitar di sekeliling berzikir pada Allah setiap masa...masakan kita?ASTAGHFIRULLAH...
~ToYYiB,baru-baru ini diriku kembali menjejak kaki di tanah kelahiran,walau pelbagai 'cobaan' dan tribulasi diri dihadapi ketika itu..namun ku gagahkan juga..shingga akhirnya membawa maksud lain pula bagi Shadiqi...[maaf bangat teman!x bermaksud...!]
TIAP SESUATU ADA HIKMAHNYA...
Itu konklusi awal bagi perjalanan ini..kembara yang mengINSAFkan,memberi 1001 pengajaran buat diri ini yang sering alpa dan leka akan dunia..ASTAGHFIRULLAH.Di 'sana' ia berlaku..argh!memang cukup meng'uji',hampir sepanjang perjalanan diri ini berasa loyar..waduh,!mungkinnya kerana distance yang jauh & memakan masa yang lama...tambahan acceleration yang kejap increase kejap decrease kemudian static,serta jalan yang tersangat lah rata (betul ni!bukan kiasan) yg beralun tentu sekali menghadirkan rasa mual,kurang2 bg diri ini..woh,syukur aja x vomit .
Volumn 007, Book 070, Hadith Number 544.-----------------------------------------Narated By 'Aisha : (The wife of the Prophet) Allah's Apostle said, "No calamity befalls a Muslim but that Allah expiates some of his sins because of it, even though it were the prick he receives from a thorn."
Volumn 007, Book 070, Hadith Number 548.-----------------------------------------Narated By Abu Huraira : Allah's Apostle said, "If Allah wants to do good to somebody, He afflicts him with trials."
#Ujian itu pelbagai rupa..dr rasa loya td bisa pula bertukar2 take turn dengan sakit perut!.ALLAHU AKBAR!..Namun,ujian ini terus bermujahadah moga dapat menghapus dosa yang kian mengalir dalam tubuh,ingin bertapak dalam hati!Ameen~...Sungguh,jika ujian yang seRINGAN ini x mampu utk bertahan,apatah lagi yang lebih bersifat fizikal.Layar mindaku pada nasib saudara di Palestin~
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ(153
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah)
~Terus,diIKHLASkan niat asal kembara ini..
Lepas je tidur satu mlm kat kampung,terus gi Sg Rengit,jauh gak. itulah betapa rasa x selesa badan...arggh,tetap bertahan!Tgh2 perjalanan tu..tetibe x sangka lak nampak signboard ke kiri 'Felda Taib Andak'...,terus terlayar ingatan pada artis tu..tp x teruja pon.Tahan gak ujian penguat diri (loya & sakit perut) tu sampai ayahku berhenti di masjid sbb nak solat Jumaat.Mujur,untung2 je 'Homeopathic Specialist Centre' tempat dimana bapa saudaraku ditempatkan betul2 je bersebelahan dgn masjid!Tenang sungguh..bertuahnya.Lagi best kalau ada rumah sebelah masjid!...
Perjalanan ni disertai dgn Mak Long ku..(sbnrnye x panggil Mak Long)..segan seh!Duduk dgn Mak Long 2 orang kat belakang kereta.Sampai...katil bapa saudara kat hujung sekali...kat sblh tingkap.Terus,ku lihat sekujur tubuh terbaring lemah.Rambut beruban.Raut wajah kelihatan sudah x mampu dan x berdaya.Di sisi,isterinya duduk di sebelah.Manis muka Ammiti walaupun kian bertambah usia.Jelas,di situ ku lihat raut wajah keikhlasan dan kasih sayang,tetap setia menjaga suami di sisi yang menghidap kanser...ana pun x psti kanser apa..tp,kata ayahku kanser perut.Ana salam dgn ammiti...ammi hulur tangan padaku.Eh..ammi masih mampu gerak dan memahami apa yang berlaku!
Segera di sambut tangan yang tua itu...tetibe Ammi x lepas tangan,sbaliknya tgk je wajahku.Aku sendiri x pasti knp..tp mungkin sbb selama ni mmg pernah x jumpa,cuba recognize.Tapi..ku cuba menghadiahkan senyuman semanis mungkin tanda ingin ku fahami penderitaannya,terasa sebak!Ana dgn umi duduk kat katil sebelah..byk katil kosong kat situ..Mak Long duduk dkt kerusi depan katil.Aku jd pendengar pada perbualan yg berlaku..Ammiti rancak cerita..kdang2 nada suara perlahan..kadang2 dgn nada diiringi gelak tawa.Aku jadi kagum dgn tabahnya Ammiti!Terasa hangat hati ni...lihat teletah sang isteri yg x pernah jemu layan suami.Tp cuba2 sembunyi gak x nak umi ngan Mak Long nampak...
Byk yang Ammiti citer ...antrnya psl makanan kat situ.Ttbe sampai bab tu...Ammi bersuara dgn suara yg amat perlahan dan x jelas.."Makanan kat sini,cincai jer....".tutur Ammi suara lemah.Ana,umi,Ammiti ngan Mak Long gelak.Mmg x di sangkaku Ammi mampu bersuara dan faham subjek perbualan kami...sbb biasanya...cam org2 yang hidap kanser yg dah tua..baring jer dan seolah2 x paham apa yang berlaku kat sekeliling.Tp berbeza kali neh...dan aku sgt bersyukur Allah Menggerakkan kaki ku ke sini untuk :bak kata Ukhti Hanifah "berjalan,melihat dan mentafsir...".So,tidak dilepaskan peluang untuk merenungi & mentafsir apa yang ada di hadapan mata ku ketika itu.
Terus terfikir "betapa lemahnya manusia..mula2 lahir sbg baby,kemudian remaja yg penuh dgn kekuatan dan kudrat..pastu kalau umo panjang...sempatl capai fasa tua.Dan time tu tubuh pun akan lemah dan sendi2 pun dah x kuat cam dulu....Siapalah manusia kalau menganggap dirinya tuhan,mcm Firaun..tidak!Mana ada tuhan yang lemah dan x bermaya!tuhan x jadi tua camnih.....tapi Tuhan lah Yang Maha Berkuasa dan Hidup Selama-lamanya."...~"time muda2 cam nila kena gerak selalu,menghargai ni'mat yang ada..buat ibadah byk2.."~
Suatu hari nnti,jika umur ana dipanjangkan..pasti akan menjadi tua jugak!Pasti akan tidak bermaya time tu....jd,sebelum tiba masa tu,masa nilah buat kerja dakwah byk2 dn muhasabah diri..bukannya tunggu time dah nak tua..mcm dialog yg cukup popular di kalangan pemuda-pemudi zaman kini.AstaghfiruLLAH...
Pastu dalam mcm sejam kemudian kot...anak2 Ammi dtang...3 orang,sorang tu menantu dye,lelaki.Dah ada anak dah pon...comel sangat!Perempuan..nama dia Hana Wafa.Mmg baby tu ada rupa perempuan sbb selalunya baby girl xde muka girl..susah nak agak lbh2 kalau dye pakai baju yang bukan girly..haha..Tapi muka Wafa nih mmg nampak sgt perempuan.Yang ada anak ni..em dye kerja..tp dye anak second pastu yg akak lagi sorang ni anak last..kerja cikgu,ajar Math ngan Bio!Bila baby ada,ehm..faham2 jelah mesti semua nak pgg baby & main2 ngan baby!..sampai Ammiti pun..hehe ckp "La..saya ni tok dia.."...jeles tgk Mak Long dgn yang lain usik2 Wafa..Tapi diriku x turut serta dlm usikan tu,sekadar menjenguk dan curi2 pandang je.Cuba memahami situasi.............~...~..~...~....~
"Hana Wafa"..ditanya pada si ibu hana tu maksud dye rezeki,wafa lak maksud dye setia...Jadi,em kesimpulan yang aku pandai2 buat rezeki yang tetap mengalir dan mencurah2..ameen!Baby comel baring kat katil seblh katil Ammi.Aku pulak time tu duduk lbh kurang tgh2 antara 2 katil...~Sungguh,antara 2 katil..satu berada dalam peringkat mula hidup dan satu berada dalam peringkat akhir hidup.Aku yang berada di tengah-tengah.....inilah PUTARAN HIDUP!~Dulu aku pernah seperti Wafa dan akan datang aku akan seperti Ammi...jika sempat hayatku.Ambillah pengajaran di sini.....
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah. kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, Iaitu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang; kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
dan mereka (yang kafir) itu berkata: "Adakah apabila Kami telah hilang lenyap Dalam tanah, Kami pula akan hidup semula Dalam bentuk kejadian Yang baharu? betulkah demikian? " (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan Dengan Tuhannya.. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil maut Yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".(As-Sajdah:7-11)
Tambahan,saat cikgu (anak yang last) duduk di sebelah Ammi,cikgu titiskan air mata sambil genggam erat tangan Ammi..Sungguh tersentuh melihat butiran air mata yang mengalir dr seorang anak.Moga mampu menjadi anak solehah!ameen...~Lebih kurang jam 2 lebih,ana,abi,umi ngan Mak Long teruskan perjalanan...kena singgah Batu Pahat nak hntr Mak Long...tp AlhamduliLLAH,x rasa loya sgt mcm sebelum nie,adalah sikit..tp biasa2 je.Sblum tu kitorang makan dulu kat sebuah kedai ni tepi pantai..Sangat best! ----Akhir kisah di Sg Rengit----
Mohon maaf atas kekurangan diri ini yg masih x mampu utk menulis dgn baik.:)
Barakallahu laka fi malika wa ahlika.
Wassalam.
(habis menulis pada 7 Jun 08)
No comments:
Post a Comment