Banyaknya kejadian yang menimpa,banyak pula ujian yang mendatang...banyak pula perasaan yang ingin bertandang,mohon dihidang 'air sejuk' dan 'kuih raya...'.Jika sebuah rumah didatangi tetamu,maka tetamu itu membawa rahmat bagi penghuninya...jadi,tetamu itu dilayani dengan penuh kesopanan dan kelayakannya..Aha...apa maksudku di sini?Tetamu tu seperti ujian?......Ujian walau perit dan getir,walau membeban dan menyusahkan...tapi ujianlah yang mematangkan,ujian lah yang diberi Allah untuk menghapus dosa,ujianlah yang menjadi penguat jiwa...tapi tidak ramai,tidak ramai yang sanggup untuk terima..tidak ramai yang menganggapnya sebagai 'hadiah dalam bungkusan yang cantik...'.Kata Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a :
"Aku tiada pedulikan atas keadaan susah atau senangku.Kerana aku tidak tahu,manakah diantara keduanya itu yang lebih baik bagiku"
Pahit,jangan terus dibuang.Manis,jangan terus ditelan..Ya,sebab kita memang tak tahu mana satu yang baik sebenarnya..Jika dahulu,wanita-wanita Arab jika ditimpa kesusahan atau kematian,akan meratap sehingga mengoyak baju2.Sehingga wanita tidak digalakkan untuk menghantar jenazah ke perkuburannya kerana dikhuatiri bakal menimbulkan 'keresahan'..Wallahu'alam.Tapi sebuah sunnah Rasul yang berbunyi bahwa seorang mukmin itu semuanya adalah baik.Jika dia diberi nikmat,dia memuji Allah dan bersyukur.Jika dia dia ditimpa kesusahan,dia bersabar...dan tetap mendapat pahala.Oh,diri...sudahkah engkau menjadi seperti itu?peringatan untuk diriku dan untuk kamu......
23 Jamadilakhir 142927 Jun 2008
7:23-->Seperti hari sebelum2 ni,setiap pagi sebelum 'get in' ku lontarkan senyuman..senyuman pagi.Cuma bezanya,pagi ni agak sedikit lewat kerana kekabutan pagi...ambil itu,ambil ini..buat itu,buat ini.Sebab?Malamnya tertidur awal lantaran mungkin penat yang menyelubungi.Terus soalan dr rofiq disasar pada diri.Memang sudah menduga dia akan bertanya.Serba salah jadinya.Tunduk.
"Nanti kat sekolah ana cakap...".senyum kelat.
11:xx-->Mata tertumpu,bergerak dari bawah ke atas..dari atas ke bawah.Melihat 'hati-hati' yang melekat pada badan dinding..begitu lentok sekali perjalanannya.Memang rofiqku seorang ni!Expert dalam bab2 ni.Melhat mood nya yang tgh ceria,teragak2 juga nak cakap...Ya Allah,tapi nnti bila lagi nak cakap?Buka mulut jua. "Ana ada nak bgtau nti sesuatu..".Terus,berubah wajahnya.Gamam.Suspen katanya ku kata begitu....aku cuba sembunyi emosi,mengubah topik.Tapi,rofiq ku ini pula kejap2 stop menampal selotape,curi2 pandang lak.Cuba ceriakan suasana,eissh..jeling2 lak dia.~
UKHUWWAH
~.Rofiq bungkam.Jelas terpancar kecewa di wajahnya.Senyuman tiada...Antara 2 pilihan,benar.Agak sedikit ter***** lantaran ikhlasku diragui.AstaghfiruLLAH,ikatan kerana Allah seharusnya mampu menepis su'u zhon yang bertandang,tidak begitu?.Antara 2 pilihan...aku dalam dilema.Bukan aku sengaja,bukan aku tidak mahu....Tapi peristiwa dulu jd igauan.Kata2 yang menikam kalbu.Ku cuba jelas..agar rofiq bisa memahami.Andai lah rofiq berada di tempatku,apa yang rofiq bakal lakukan?Aku terhimpit dalam 2 pilihan,perasaan mereka,perasaan dia....dilema~
Aku biarkan rofiq sendiri.Beri waktu untuk menjemput 'sakinah'.Dia perlu masa...aku perlu masa.Duduk bersama rofiq2 lain sedang rancak bekerja.Layan perasaan.Doa agar ukhuwwah ini terus dipeliharaNya...tidak mampu tergugat dengan bisikan2 syaiton yang tidak senang melihat sesuatu itu bersambung...selalu ingin melihat ia putus.Ya Allah,beri kekuan.Bagai terkena dengan halaqah semalam bersama murabbi mulia.Ukhuwah....saling percaya,saling memahami,saling bantu-membantu...ITHAR!
1:45**-->Sesekali ingin hirup udara segar.Kalau bukan di taman bunga,tepi kolam pun jadilah.Menatap ciptaan Allah.Pelbagai.Dah lama tidak bermain dengan ikan.Apatah lagi kura-kura,udang galah...Minggu ni byk main dgn fauna.Hamster pun ada.Sedang duduk di tepi kolam,datang seorang murabbi.Cakap pasal 'water-filter'.Hah,apa pulak ni?Kena buat 'water-filter'?sejak bila eh..?Terus bertubi-tubi soalan murabbi tanya pasal 'water-filter'..Aaa..aa..
2:**-->Para-para akhawat yang memenuhi ruang depan musolla semua masih menanti dengan setia.Setia untuk mendengar bicara tazkirah,apatah tajuknya agar mencabar dan mantap,tentang 5 Muwassofat yang akhir.Eeeh?er,..tiba2 rasa mcm lain pulak..Tatkala seorang rofiq mengajak aku ke depan,kerana kedudukanku di kala itu agak sedikit terkebelakang sikit."A watched pot,never boiled..",lbh kurang itu kondisi kami tika itu,apabila yang memberi tazkirah tidak muncul..em.YA ALLAH!saat itu baru ku sedar plus teringat bahawa yang kena memberi tazkirah ttg tajuk itu....adalah...aku...punya adik usrah!Ya Allah,rasa bersalah mula selubungi diri lantaran merasa tanggungjawab ku sbg naqibahnya tidak dilaksanakan sebaiknya.Tidakkah seorang naqibah patut membantunya?AstaghfiruLLAH (3x)....at the end,murabbi Tarbiyyah ambil alih...dengan revise balik 5 Muwassofat yg awal...dan mengecewakan,rata2nya tidak ingat...(termasuk diriku)...:(:(:(
2:30**-->Suasana dewan yang lebarnya kurang,panjangnya lebih itu agak hingar bingar sedikit...Duduk membentuk bulatan sehingga semuanya senyap.Wajah2 nampak letih.Semua seperti tidak sanggup.Hingga beberapa pemilihan pun..semua seperti tidak mampu.Sampai terdengar suara lantang.."satu kelas satu kumpulan..kalau ada 18 orang,18 oranglah satu kumpulan!".Haru-biru jadinya.Pasrah.Semua tekad harus bagi kerjasama yang baik.Tangan semua himpun bertingkat-tingkat.Kita kan mujahidah?AstaghfiruLLAH.....terasa semangat semula.
Suasana agak 'suadamai' di tgh2 padang.Mungkin kerana rijal2 semua hilangkan diri...kuranglah bising dan riuhnya.Cuma ada beberapa AJK yang bertanggunjawab menjaga 'kebajikan' orang ramai.Di tengah padang,berkumpul setiap orang dari setiap pelosok kelas di Al-amin Bangi.Pelbagai wajah,pelbagai karenah.Masing-masing sedang menapis air.Cuba mendapatkan air yang sejernih mungkin,air itu perlu ditapis berkali-kali.Sperti perumpamaan hati..hati juga perlu sejernih mungkin.Untuk itu,perlu dibersihkan serta dipolish selalu dengan memberi roh kenyang,bykkan membaca 'surat cinta'.Kalau boleh,tiap2 hari.
Cuaca agak tenang,ditemani sinaran terik sang mentari yang memancar.Terasa ingin berteduh...terlihat idea 'kreatif & inovatif' sekumpulan rijal muda.Ingin juga berlindung ,tertutup dr teriknya panas yang tidaklah telalu terik sebenarnya.Lantas,aku serta seorang rofiq menarik dan mengangkat sebuah pokok yang daunnya sangat lebar dan BESAR...sekali pandang seperti terbiar.Nampak seperti selesai masalah panas terik tapi sebaliknya bakal mengundang sebuah 'kisah'....~
"WOOII....!", "WOOOOOII......"
Terus kepala-kepala yang bertudung di tgh2 padang pusing mendadak 1 - 3600.Suatu kejadian yang dahsyatberlaku...peliknya,mengapa 'batu-bata' yang membentuk barisan itu menghadap arah kami?..ha?pokok...?Patah.Layu.MILIK ORANG!!!.Kami kaget tunduk,bajet seperti tiada apa-apa yang berlaku.Padahal perasaan takut,bersalah mula meRAJAi hati.Gimana harus kami lakukan ini?...Masing-masing adakan halaqah bicara konklusi di dalam dewan yang agak sepi...terus Syura dijalankan,apa yang harus diperbuat.Salah kami mengambil harta orang lain tanpa izin.Salah kami merosakkannya secara "sengaja x sengaja"...Salah kami kerana tidak mengingatkan antara satu sama lain.Salah kami tidak tahan menerima ujian panas terik yang hanya sedikit bangat.Setiap anggota Syura setuju mohon maaf..berdiri di atas prinsip SEGERA.Mulakan langkah.....~ALHAMDULILLAH...
BERSALAHNYA PADA HARI ITU...tiap ujian sebagai pengingat diri yang alpa.Setiap kejadian ada hikmahnya.Menyeru penerimanya befikir apa jalan yang terbaik sambil muhasabah diri...
Ya Allah,Engkau jualah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,ampunilah hamba-hambamu yang terlalu banyak terlanjur melakukan kesalahan2 secara sengaja atau secara tidak.."
~Ambil i'brah darinya,...Wallahu'alam~
Wassalam.
No comments:
Post a Comment