Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dengan namaNya,kita pohon kekuatan. dan denganNya kita mohon pertolongan. Sesungguhnya hanya Dia tempat manusia bergantung harap,Yang Maha Kuat,Yang Maha Diperlukan.
Tidak banyak yang saya ingin ungkapkan. Sekadar meyatakan curahan rasa dan hikmah untuk sama berfikir. Sebentar tadi saya membaca blog Kak Mawaddah & suaminya. Saya tidak pernah jumpa pun orangnya,hanya kenal melalui perhubungan maya ini. Namun,ceritanya menyentuh rasa dan hati. Post terbaru mengenai anaknya,mujahid di syurga.
Hati saya sarat dengan perasaan hiba tatkala membaca butir-butir ayat yang ditulis. Jika pembaca ada masa,bacalah kisahnya,ada saya pautkan di bahagian tepi kanan blog (pautan syeikhah) bertajuk 'Buatmu 'Ukasyah' atau klik sahaja pada tajuk post ini. Hayatilah dengan hati yang saudara/saudari ada.
"Ujian yang hebat itu untuk orang yang hebat. Semakin tinggi ujian itu..semakin tinggi (hebat) pula taraf orang yang menerima ujian (jika sabar).."
Membaca kisah Kak Mawaddah,saya mendoakan dia dan suaminya tergolong dalam mereka yang hebat. Ameen..insyaAllah. Sungguh cantik aturan Allah.Selepas ujian hebat melanda,peringatan Allah pula datang dengan penuh kasih sayang. Apabila saya membaca kisah mimpi tersebut, saya juga teringat kata-kata guru naqibah saya ketika sesi usrah,
"Orang yang sudah menjadi ahli Syurga pun merasa sangat menyesal apabila terkenangkan satu saat di dunia dahulu yang dia tidak ingat Allah..."
dan kata-kata lil mujahid syurga itu,
"“Walaupun ‘Ukasyah ahli syurga, tapi ‘Ukasyah takut sangat tengok orang kena seksa dalam kubur ni Ummi”, bicara ‘Ukasyah pada ummi.
Saya muhasabah diri saya.
Takut juga saya ingin meluah rasa.
Saya fikir,manusia ini memang mudah tertipu.Saya tak terkecuali.
Hanya fikir mengikut kesenangan hati di dunia. Asal hati dan diri rasa senang dan mudah,manusia akan buat. Walaupun perbuatan tersebut melanggar peraturanNya dan tidak selari dengan perintahNya.
Tapi senang itu tidak lama.
Sedikit sahaja,sangat sekejap.
Manusia sekarang tidak bijak seperti Ratu Balqis yang memilih kesenangan yang kekal berbanding yang sementara.
Manusia sekarang juga tidak ramai yang seperti Asiah yang memilih untuk mempertahankan iman walau diseksa dan dicerca suami yang sangat zalim.
Saudara/saudari,kembalilah. Perhatikanlah dengan baik 'bicara'-'bicara' Allah pada kalian. Usahlah lagi bergelumang dengan sifat sombong yang hanya merugikan diri sendiri.
AstaghfiruLLAH,semoga kita kembali padaNya. Kembali pada fitrah semula jadi kita.
Allahummakhtim lana bi husnil khatimah,wala takhtim 'alaina bi su' il khatimah.
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia .Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!
[89:27-30]
Wassalam.
No comments:
Post a Comment