Pages

Tuesday, August 23, 2011

23 Ramadhan 1432

Alhamdulillah….alhamdulillah~.. ramadhan makin hari makin berlalu. Tak sedar sudah angka yang ke-23. Alhamdulillah…semoga dapat melalui baki-baki Ramadhan dengan lebih efektif dan melaju dalam amalan. Ya Allah, astaghfirullah…rasa sedih pula lebih-lebih sekarang sedang hujan. Menambah feel itu..


 

Sejak 12 hari yang lalu saya sudah menapak ke Malaysia. Bumi tanah air saya. Bumi yang terlalu banyak..paling banyak mencoret sesuatu buat saya. Hehe..mestilah, dah saya tinggal di Malaysia. Bersyukur masih berpeluang menatap kehijauan di sini..Allah, banyaknya Engkau kayakan bumi ini dengan pelbagai benda. Air yang banyak, pokok-pokok hidup segar, bangunan merata- rata…satu sudut yang agak berbeza dari bumi Urdun sendiri. Bila dah melihat tempat lain, baru terasa syukur dengan nikmat yang kita ada. Manusia, manusia….:(


 

Tapi…dalam hati kerinduan saya pada Ramadhan di Urdun tetap ada. Suasananya yang tidak ada di Malaysia…ada, tapi jarang tertonjol. Basically, sebenarnya semua tempat ada keistimewaan dia masing-masing. Bumi ini kan Allah yang punya..dan Allah Maha Adil dalam menempatkan sesuatu mengikut kiraanNya. =)…so, tiada mana yang lebih pada tanah, hanyasanya terletak pada nilaian orang yang mengusahakan dan memberi nilai pada tanah.


 

Ramai kenalan dan rakan-rakan yang setahun lebih saya tidak jumpa..alhamdulillah, akhirnya mata saya bertemu mereka. Akhawat2, muallim/muallimah yang tak terkata kerinduan saya pada mereka…Alhamdulillah, rasa dah tak tau dah nak ekspresskan macam mana perasaan ini. Ini baru setahun, kalau bertahun-tahun macam mana?


 

Berpijak kembali ke bumi tempat saya menimba ilmu zaman sekolah dulu ..terkelu lidah saya dengan rakaman memori pahit manis yang terlalu banyak. Terlalu banyak. Sangat rindu zaman sekolah, walaupun memang banyak je buat salah..tapi dari situ saya banyak belajar benda. Belajar dari kesilapan yang entah apa-apa, walapun kadang-kadang malu bila terkenang balik. Betul, malu..=.=.

Saya dapat ramai 'anak-anak sedara'….dahulu yang bujang, sekarang sedang mengendong bayi di tangannya. =). Adik-adik junior dahulu yang masih bermain-main, sekarang saya nampak kematangan mereka. Terharu..mereka sudah dewasa. Proses alam ini benar- benar membuat saya rasa….masyaAllah, kerdilnya saya. Saya tidak mengawal semua ini, tapi Allah yang Menyusun semuanya. Dan saya hanya pemerhati pada sunnahNya. Masa akan berlalu dan ke depan, tak akan pernah berpatah balik ke belakang. Tanggungjawab saya terlalu banyak. Tanggungjawab kita terlalu banyak. Maka sangat mengharapkan huluran anda untuk memapah saya.


 

"Cuti" saya di Malaysia tinggal beberapa hari lagi…sungguh, banyak benda lagi yang tidak tertunai. Awalnya, memang saya agak 'mencair'….ah, baru sekejap testing me'rasa' di medan sebenar..sudah mahu cair. Maksudnya, tak cukup lagilah tu…degree celcius untuk capai tahap solid. L.


 

Allah, semoga saya diberi kekuatan sangat-sangat untuk lalui hari-hari yang bakal mendatang.

Terima kasih Allah beri kasih sayang yang banyak pada saya..sangat-sangat mengharap agar kasih sayang ini takkan pernah putus atau pudar kerana perbuatan saya sendiri.


 

Surau Al-amin Bangi,

9:54 am. Malaysia

Tuesday, August 9, 2011

8 Ramadhan 1432

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..
sudah mahu masuk bahagian kedua Ramadhan. =). Semoga amal-amal masih konsisten malah betambah-tambah lipat ganda.

alhamdulillah..semalam selamat sampai ke Irbid dari Mutah jam 7 ke atas, sempat berbuka puasa di Irbid. Sebelumnya, ingatkan akan berbuka puasa di dalam bas..maka kami dibekali kurma dan makanan yang boleh tahan banyaknya dari sahabat Mutah. =). MasyaAllah, tapi kami makan jugak makanan tu..dan yang lebih simpan untuk sahur. 3 jam lebih hanya duduk di dalam coaster [bas] dan lompat sana sini..agak sedikit letih jugak..tapi semua masih semangat-semangat lagi. Alhamdulillah ^_^

disebabkan tiba agak lewat dan tak sempat pun nak masak apa-apa untuk iftar, maka plan utk berbuka di mat'am je [kedai makan]. First time berbuka di mat'am semalam. Masa nak buat order...kami pesan nak air tamar hindi [asam jawa], dan pakcik tu kata..

"air tamar hindi free.." (dalam bahasa Arab la).

Alhamdulillah..ok, tak payah order air dah. Terus fikir nak order makanan apa...tengah-tengah nak order, tiba-tiba datang seorang pelayan dia bawa sup dan beberapa makanan lain. Kami agak pelik di situ..sejak bila kami order benda-benda ni? Rupanya itu memang dia kasi free untuk berbuka, sebelum tu pun dia dah hidangkan sepinggan kurma. Sup itu pun rupanya ada pasta dalam dia.,,bukan sup sahaja.

MasyaAllah..baiknya pakcik abu mat3am ni kasi free..bila ditambah dengan makanan yang kami sendiri pesan, rasa banyak pula. Supposely, kalau tak payah order apa-apa makanan pun takpe, just makan sup tu pun saya rasa ok dah. =) ditambah bekal dari Mutah.

menariknya, kelmarin...kami berbuka di Mutah pun dengan hidangan nasi arab maqlubah yang mama Arab (jiran kawan di mutah) beri. Sangat banyak nasi tu...kami makan 6 orang satu dulang pun ada lebih..dan terus boleh simpan untuk sahur besoknya.

catatan sedih pula untuk saya,
sebenarnya saya tertinggal sesuatu yang sangat berharga kat masjid Mutah sana. Sebelum balik, saya sempat pergi semula ke masjid ditemani seorang rakan..tapi masjid tutup dan berkunci. Pergi rumah syeikh masjid pun nak minta kunci takde orang jugak...=( Maka saya pasrah sahaja lah, kemungkinan untuk saya dapat balik barang tu bila balik Malaysia nanti. Bagi saya sangat lama...T_T..tapi takpelah, saya yakin ada hikmahnya.

Nak mengajar saya supaya tidak tersilau dengan benda-benda lain sehingga mengabaikan 'ia'. Dan tidak bermakna saya kehilangan seketika benda itu, saya tiada usaha lain yang boleh dibuat. Setiap masa pun ada usaha yang boleh dilakukan.


Alhamdulillah, segala puji untuk Allah yang sudi menegur saya. ^_^

....pagi ini, dapat mesej dari ukhti Mutah, dapat berita ada peluang besar untuk saya dapatkan semula barang saya yang tertinggal tu sebelum balik Malaysia.
Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...
^_^


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa.
[2:183]


berharap untuk terus di'cucuk' dengan sahabat Taqwa~
ameen,..ya Allah, perkenankanlah.


p/s: sangat jeles dengan soulmate saya, ilham hayaat buat diari Ramadhan tiap-tiap hari. =) hehe.


Bayt Dz,
Irbid, Jordan.

Tuesday, August 2, 2011

RKI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah,
sudah 2 Ramadhan. MasyaAllah, cepatnya masa berjalan-jalan di hadapan saya..1 Ramadhan dah pun pergi, tinggal lagi 29 hari untuk kita...


alhamdulillah, rupanya sudah mahu dekat setahun saya di bumi Jordan, dapat merasa terawih pertama di Masjid Yarmouk, buka puasa pertama di rantau orang...dan saya tidak pernah terbayang pun akan ini masa dulu-dulu. =). Alhamdulillah, moga ada barakahNya dan redhaNya di situ. Semestinya saya tak mahu ia sia-sia..


mengikut perancangan, ada 3 benda saya mahu tuliskan (di tempat yang berbeza). Tetapi, kesibukan exam, settle rumah dan etc..etc..membuat saya tangguhkan dahulu, dan kala ini..bila saya mahu menulis, 'rasa' itu tidak datang pula. =.=.Parah.


Maka, saya gantikan dahulu dengan tadabbur ayat ini..^_^, semoga hati saya dan kamu ter'energized' semula.



Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).
[41:49]


masa jumpa ayat ini tempoh hari, terasa sangat..=(
ya, manusia sentiasa mengharapkan for something good to happen. Kita doa banyak-banyak supaya lulus periksa dan melihat warna-warna indah berterbangan [baca: flying colours]. Harap-harap dapat lah menang contest hari tu. Atau dapat jejak kaki ke negara sekian..sekian..melihat alam indah nian, etc..etc..


tapi, paaaapppp!


bila semua harapan kita tak menjadi, angan-angan hancur lebur..kita down yang teramat sangat. 
Raut-raut ketensionan mula timbul dengan jelasnya. 
Angkat muka pada orang pun kita tak mahu..senyuman hambar kelat amat. 
Orang tegur, kita senyap. 
Bagai seluruh keyakinan kita pada Allah dalam doa-doa kita yang banyyaaaaaakkkkkk sebelum ni hilang begitu sahaja. Husnu-zhon [baca: bersangka baik] kita pada Allah terpadam dengan emosi-emosi celaru. Dan kita berputus asa...menjadi seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah). Tiada lagi rintihan dan rayuan hamba lemah pada Penciptanya yang Maha Kaya..

Allah...T_T


datang lagi ayat selepas, selepasnya..


Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.
[41:51]
(nampak lain pulak tak maksud ayat ni?)


atau pun kita ini jenis yang..
bila dah senang dan dapat apa yang kita nak, kita berasa sangat bahaaagiiiaaa, senang hati penuh bunga-bunga. 
Jalan pergi mana-mana pun terasa indah je. 
Bahagia, senyuman tak lekang...sehingga kita lupa untuk mengangkat tangan lagi pada Pemberi bahagia. Kita pun sibuk bercerita pada orang tentang kebahagiaan kita sehingga amat sedikit sekali kata-kata syukur kita pada Allah yang keluar...akhirnya berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur)


tapi...sekelip mata, kita diuji hilangnya nikmat kesayangan kita itu. Atau ada benda lain yang muncul yang menelan dan menutup nikmat yang kita sangaaatt sayaaangggg tu..

maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar. Tak putus-putus kita doa, doa, doa...mungkin boleh dikembalikan semula benda berharga itu. atau mungkin masa ini kita baru nak hargai Pemberi bahagia. merayu-rayu dengan panjang lebar...

Allah...T_T


untuk kita, termasuk dalam kategori yang mana? ke dua-dua sekali?
Astaghfirullah~..


Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)


*terasa banyak lagi benda tak kupas tentang dua ayat ni.
sangat-sangat mengalukan anda untuk top-up dan share. =).
* Semoga diri kita penuh bahagia Ramadhan ini dengan banyaknya muhasabah.
TAQWA, TAQWA, TAQWA.




Bayt Ar-Raqaiq,
Irbid, Jordan.
~rindu bayt Fateh...~

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.