Pages

Saturday, December 27, 2008

~"Walau diriku...jauh?"~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

-----------------------------------------------------------------


Selagi bahuku

Memikul bebannya

Selagi hayatku

Merasa siksamu

Selama senyuman

Menjadi senyumku

Ku bawa wajahmu

Walau diriku jauh...

Jauh...




(Phiuh...alhamdulillah,selesai membaca!)Buat sesiapa yang membaca kata-kata di atas,mungkinlah anda dapat mengecam kata-kata itu sekiranya anda adalah jenis 'geli badai hati' selalu..dan mungkin juga tidak.Atau-atau mungkin juga ramai yang dapat agak apa yang dimaksudkan oleh bait-bait di atas,.em..dalam segi apa,konteks apa,kepada siapa,untuk apa,kenapa,dan apa-apa punya apa.Takpelah,tidak ingin menyiksa ..itu adalah bait-bait dari lagu Ikhlas tapi Jauh yang nyanyian asalnya adalah Zainal Abidin (kot)..dan yg barunya,V.E.Seingat-ingat lagu ni sering juga keluar di TV masa sebuah filem tengah hit utk dipasarkan,tahun berapa..tak ingatlah.Nama filem?ingat-ingat sendiri...tak payah ingat pon tidak mengapa.



Kebiasaannya lagu-lagu macam inilah orang yg in 'geli badai hati' state layan untuk diiring bersama dengan angan-angan.Atau oleh mereka yang sedang jauh nan merindu pada seseorang,mungkin datuk,nenek,ibu,ayah,abang kandung,kakak kandung,adik kandung,sahabat sejantina,suami yang sah,isteri yang sah....lain-lain ada lagi ke?(hemm..).Aahh..let me straight to the point je lah.!..Begini,selalu bila orang yang berUkHuWWAH itu akan selalu merindu sahabatnya.Walau terpisah beribu-ribu batu,miles away,seolah dirinya berada 'dalam badannya'...anda faham? Ungkapan "jauh di mata dekat di hati" pun cukup popular.Seperti lirik di ataslah...
'bahu saya pikul beban dia,hayat saya merasa siksa dia,senyum dia juga senyum saya,wajah dia saya bawa je....walaupun saya jauh~~~~~'


Tapi baru ini ketka saya asyik membaca sebuah buku yang menyentuh tentang sejarah yang berlaku jauh beribu-ribu zaman dahulu...sya terfikir,'kenapa saya tak mampu nak menghayati sepenuhnya apa yang berlaku?'. Sama juga jika membaca buku tentang kisah para sahabat,kisah tabi'en,kisah Rasulullah s.aw...jd kenapa tidak terjadi sprti mana yang terungkap dalam lirik-lirik tersebut? Mungkin kah sbb kekurang feeling @ CINTA?Jadi bagaimana nih,..adakah sbb kte lbh cinta pada manusia lain lbh dr kta mencintai Rasulullah ,ahlul Bait dan para sahabatnya?Anda rasa bagaimana?Bahu turut terpikul beban yang sama,hayat turut terasa siksa yang diterima,bahagianya mereka berjuang demi Islam turut terasa walau seribu zaman memisahkan..??Sepatutnya begitu.Anda bagaimana?


Allah itu matlamatmu,Al-Quran itu pedomanmu,Rasul itu qudwahmu...maka
sepatutnya anda lebih meRASA...walau jauh~


Wednesday, December 24, 2008

U.S.R.A.H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam'alaikum.Enth tibe2 jd teringat pada tag yang dah berbulan-bulan ditag oleh Ukhti Izyan pada ana.Oh,rupanya...ana terlupa habis,tag pertengahan tahun...jawab hujung tahun.Isy2.Aasif ya Ukhti.Anyway,tag ni pasal USRAH..tp ana rasa soalan dye macam amat sikit..so,ana igt saja2 nak tambah.Supaya more question to be answered,more opinion to be told,more sharing to be shared,more 'ibrah to be grabbed by those who want to grab...InsyaAllah.

[VERSION 1]--apkah>?

1) Berapa lama anda dah sertai usrah??
Form 1 ..shingga sekarang.-4 tahun (ms sek rendah..seriously x ingat!)



2) Bagaimana anda boleh sertai usrah?
One day in year 2005 -- Tengok jadual.Tengok list nama.Heboh2,kepoh2,panggil2..Cari port ddk buat bulatan.then bgtlah titik mula sertai usrah...hehe.



3) Kenapa anda menyertai usrah?
Sbb kena ikut jadual blaja... >> Kak Naqibah panggil >> "eh..dalam usrah nnti nti ckp la pasal 'tu'.." >> nak jawab soalan >> nikmati udara segar di luar,main2 kaki ngan kawan sebelah >> boleh gerak2 badan,lepaskan kebas selepas belajar >> haa? >> ha? >> h? >> .......(undetermined)......

saya: be serious la!
saya juga : huh?...
>>Sebelum memahami,hny sekadar taqlid2 sahaja.Slepas memahami,usrah sangat penting..knp penting?utk lebih faham,cr lah bgaimana usrah blh wujud..Apa yg boleh diextract dr fikiran ini byk sekali khilafnya.Bak kata orng/pepatah, "benda yg besar asalnya adalah kecil"..tak pon.."yg kecil tu lama-lama akan jd besar."Mudahnya saya rumus,usrah ibarat benih bagi penyatuan ummah.Saya sebahagian dr ummah,jd saya tak nak terpisah dr ummah..dan tidak juga mahu yang lain terpisah. ..faham am la'?

4) Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
1.~~Give me one more!~~ (3x)
2.Dig some more pearls!
3.adoii...bnyknya aku tak tau..
4.Lebih sayangfiLLAH pada 'mereka'.
5. "taknak balik boleh tak?..." (hiperbola)
6. .....tak terkata....
7...banyak ..banyak...dan banyak.....
8......

5) Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
- plan together
-cry together
-muhasabah together
-wal 'asr.Innal insana lafi khusr.Illal ladzina amanu wa 'amilus solihati wa tawasoubil haq wa tawasoubissabr.
-kutip 'mutiara' yang berjuta di tepi pantai
-(tidak mampu digambar melalui kata2)
-changing opinion,thoughts,..etc
-hot chair
-rasa lebih berpadu,bertenaga (mengalahkan air Milo!),bersatu,bertenang,berselesai masalah,...
-banyak...banyak...banyak..dan banyak...
Peraturan Tag:
1) Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2) Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3) Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4) Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5) Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6) Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain makanya saya berbesar hati untuk tag
1.. Ukhti D
2.. Ukhti R
3.. Ukhti F
4.. Ukhti Y
5.. Ukhti2 senior
6.. Sesiapa yang rasa dia ada/pernah pegang usrah @ sertai
usrah...ye..anda!








TUNGGU DULUU! TAK HABIS LAGI!JAp..





6. Wasiat sikit untuk ummahUsrah ni..
Bila anda menyertai usrah,maka rasakan elektrik bila eratnya lutut bertemu lutut.
Bila anda menyertai usrah,maka rasakan pentingnya naqib/naqibah/murobbi yang sdg ikhlas memberiSelamatkan ilmu pd anda.
Bila anda menyertai usrah,maka rasakan getar2 hebat akrabnya anda dengan ahli usrah (jika ht anda mempelawa'nya')
Bila anda menyertai usrah,maka rasakan inertia untuk lebih maju ke hadapan!
Bila anda menyertai usrah,maka sedialah untuk mengawal perasaan ingin tahu yang membuak-buak
Bila anda menyertai usrah,maka rasailah apa yang anda belum pernah rasai!
Bila anda sertai usrah,maka jadilah seorang yang agung. "Islam itu agama yang agung,dan tidak membawanya kecuali orang yang agung".





Tapi lain pulak,bila anda TAK/BELUM sertai usrah...
JOM GI SAMA2...!^_^


p/s:igt nak tmbh lgi soalan..tp....

Sunday, December 21, 2008

Sebuah SMS~Selayang Warkah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah.Jam 12:** lebih,sampai di rumah.Ibu kepada rafik yang juga jiran saya menghantar.Pagi tadi rafik itu tumpang saya,balik saya pula tumpang rafik.:)..Pagi tadi ada liqo' Biro di sekolah,sahaja saya buat untuk bertemu jundiy-jundiy sambil memberi penerangan tentang apa-apa pembaharuan dan sebagainya.Tapi,walaupun ramai tidak dapat hadir..tapi saya cukup bersyukur dan kagum,kerana yang hadir semua adalah adik-adik junior F*.Hanya seorang je dr form tu tak ada sebab berada di kampung,saya tahu.Tengah-tengah menunggu kehadiran yang lain,ada orang memberi salam...berdiri di muka pintu sambil memegang telefon bimbit.Terus saya tak dapat tahan senyuman sebaik melihat insan tersebut.Terubat sedikit rindu di hati..tapi lain macam saya rasa ..sebab perasaan ini bercampur gembira + sayu+sebak.:(.Saya bersalaman dengan murobbi yang telah bekerja sepenuh tenaga dalam membangun tarbiyyah di bumi al-Amin ni...pastu masuk 2 orang kakak,seorang tu macam familiar sangat.Eh..kakak ni saya pernah jumpa semasa program Iktikaf di masjid KLIA dulu!dari UPM,tak sangka boleh jumpa lagi...alhamduliLLAH..:)~ Rupa-rupanya ada daurah untuk senior-senior tingkatan 5 yang baharu sahaja tamat SPM,begitu terang Ukhti 'Petunjuk'. Lama juga tak jumpa kakak-kakak senior...maklum,tahun depan pun mereka sudah tiada lagi kat sekolah.Jarang-jarang akan bertemu.Bersyukur akhirnya dapat jumpa jugak...walaupun tak semua.
"akak buat apa lepas SPM ?".
"oh..sekarang ni ana kerja kat Taska...sebab tu spek blh pecah ni..",ujar Ukhti 'Penawar' sambil tersenyum separuh gelak.
--Ketika liqo'..dalam 'segmen akhir' hampir habis,adik-adik junior rancak berceritera pada saya tentang. Saya mendengar,pasti mereka dah lama tak bermunaqosyah..jadi saya beri peluang pada mereka untuk meluah,cuti-cuti ni asyik duduk rumah ..so,jarang2 dapat berkumpul macam ni.Nak bergayut dalam telefon,meninggi pulak bil nanti/kredit habis.Tapi itu lepas dah habis perbincangan liqo'.--Bila dengar..saya teringat benda 3 hari lepas.Entah..
Hari tu perasaan mengantuk tak begitu kuat,sehingga tengah malam pun saya masih belum tidur.Cuti ni rasanya tidur lebih lambat dari masa musim periksa.Tiba-tiba telefon genggam bergetar,berbunyi..ada mesej!Saya baca,..huh?msej tu dari murobbi .Saya balas sekdar mungkin..bertanya,ber'pujuk',.Makin saya baca mesej-mesej seterusnya,terasa tersentak,sedih tapi kuat.Saya sedar,memang tak lama lagi ujian hebat bakal menerpa.Tapi cukup kuat ke sayaKita nak hadapi?InsyaAllah..Saya tak berani nak mengagak, atau menduga apa yang akan menjelma.Rangkap akhir dari mesej terakhir murobbi..saya renung..Ingin letakkan di sini,supaya para pembaca tahu..hakikatnya mesej ni untuk semua,tiada yang terkecuali,kan?:
".....Antum adlah generasi mujahid dan mujahidah yang akan
meneruskan perjuangan Rasulullah,cayo2"
Nah,antum nilai sendiri.Peribadi,amalan,hammasah,tadhhiyyah,ilmu dan hujah...cukup untuk berada di atas jalan itu?Tak cukup,tingkatkan.Cukup?,mesti tersilap tu...
Itu sebuah SMS.
Mesej dari murobbi,sebuah pertemuan 'rindu + sayu' murobbi...rupanya saya tak bersedia lagi.Mungkin.Sekadar me'MAKSA' diri untuk bersedia.
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------
Petang semalam,usai solat Asar,saya duduk di bilik sahaja.Sambil-sambil membelek majalah yang baharu dibeli seminggu lepas,lebih kurang la.Sehelai sehelai saya selak.Tak lama,tiba2 Abi memanggil sambil berdiri di muka pintu.Waktu tu tengah baca tajuk 'pembentukan jari-jemari yang unik' di bawah tajuk besar 'Keajaiban dalam Rahim Ibu',majalh I keluaran Disember 2008.Pembacaan terhenti.Pada tangan Abi ada sampul surat warna krim2 gitu.Selepas di'usik' Abi,saya buka surat tu.Pada tulisan tangan yang terpapar,saya dapat agak siapa penulisnya.Di dalamnya,ada 2 helai kertas,satu berwarna pink..satu berwarna hijau.Teringat kenangan lama,dulu memang rajin berbalas-balas surat dengan si penulis.Tapi sejak bila saya tak ingat,terstuck.Tiba-tiba ada surat setelah sekian lama,mestilah ......
alamak...!
saya fikir2 dulu.
~insyaAllah..sambung.Saya fikir dulu.~

Saturday, December 13, 2008

Tidak pernah terfikirkan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


~Siang tadi ketika duduk-duduk di ruang tamu,satu channel sedang disiarkan.Tidak ingat pula apa tajuknya,tapi ktk itu babak ada alien yang siap sedia ingin menyerang mangsanya.Manalh tahu,jika2 anda terbuka channel yang sama.Tetapi di pengakhirannya alien itu terjatuh ke dalam gaung yang dipenuhi api yang menyala-nyala.Mangsa tadi sedang bergayut-gayut di tepi tebing,menahan diri daripada jatuh.Mujur ada 2 sahabat bantu menarik dari atas.Tiba-tiba alien tadi tak hangus lagi,sempat capai kaki mangsa untuk ditarik bersama terbakar dalam kobaran api hangat.
Na'udzubillah,memang ngeri apabila fikirkan andai kita berada dalam situasi yang sama.Astaghfirullah wa na'udzubillahimin zalik.


Kat dunia sekarang ni,nak kata filem-filem yang beri unsur seram atau 18SG...mmg byk sangat.Terutama filem-filem seram,pelbagai bahasa ada,dr Jepun ke Inggeris,hingga lah Malaysia,dr yang flop hingga ke box-office.Memang tak nafi,sangat berpengaruh pada org ramai,utama2 yang tidak punya iman yang kuat.Teringat ketika perjalanan menuju ke tapak camping f4,boleh-boleh pemandu bas memasang cerita seram Indonesia,'Pocong'.Tapi..last-last kena tutup sbb anak-anak kecil tak tahan menonton ...(anak-anak kcl ke anak-anak bsr?.).Kalau filem-filem aksi,penyeksaan lebih ditonjolkan.Tak sanggup untuk ditulis di sini,anda lebih tahu.Ngeri bukan?

Itu baru di layar perfileman,layar realiti jauh lebih hebat.Negara-negara yang bergolak terutamanya,baharu sebentar tadi berita mengenai anak kecil di Iraq,bernama Syams yang jadi buta impak dari pengeboman di Iraq.Bilang datuknya,


"namanya Syams yang brmaksud
cerah tapi kini cerah itu sudah bertukar menjadi gelap".
.


Sedih sekali,anak yang comel dan tidak berdosa,tidak mengerti apa-apa jadi mangsa tangan manusia.--Kemudian di Palestin,tahanan-tahanan disembelih,ditorture sedahsyat mungkin oleh Kuffar,diserbu anjing-anjing yang lapar.Banyak lagi wahai mata-mata yang membaca...Zaman dahulu tidak terkecuali,ketika Castile berhasil meguasai Granada,sesiapa yang ter'pesong' dr ajaran Kristian,dikira melakukan bidat dan heresy.Hukumannya dibakar hidup-hidup setelah diseksa dalam penjara.Dicucuh dengan besi yang baru dipanaskan api.Jika membaca kisah-kisah sahabat,banyak sekali penyiksaan yang diterima .Ingat lagi kisah Bilal,Khabab,Masyitah,Sumayyah....?Ingat lagi tragedi di Ambon-Maluku?


ya..seperti yang saya sebut di atas,tingkah-tingkah ini sangat mempengaruhi manusia.Dari segi mental mahupun fizikal.Ramai orang yang berasa takut apabila menonton cerita-cerita seram,bila figure-figure putihhitam mula menjelmakan diri dan 'beraksi'.Ramai yang merasa gerun dan ngeri apabila melihat k**a** tercabut dari b***n,dengan jeritan kesakitan yang menggema hingga ke setiap pelosok...dibakar dan ditanam hidup-hidup.Tapi.......ini baru ciptaan manusia,rekaan dari hasil fikiran manusia yang lemah.Penyeksaan dari manusia yang lemah yang nyawanya berada dalam genggaman Al-Muhyi wal Mumit...jika begini pun sudah menakutkan,apatah azab dari.. "...waLLAHU SYADIDUL 'IQOB"?bagaimana dengan neraka Hutomah?

Ya Allah,ya Latif..Ultuf bina.Ya Rahim.


وَلَوْ أَنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا وَمِثْلَهُ مَعَهُ لَافْتَدَوْا بِهِ مِن سُوءِ الْعَذَابِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَبَدَا لَهُم مِّنَ اللَّهِ مَا لَمْ يَكُونُوا يَحْتَسِبُونَ (39:47
Even if the wrong-doers had all that there is on earth, and as much more, (in vain) would they offer it for ransom from the pain of the Penalty on the Day of Judgment: but something will confront them from Allah, which they could never have counted upon!
Dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.




----yang TIDAK PERNAH terFIKIRkan-----




وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ.وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ العَذَابُ بَغْتَةً وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ (55-39:54
39:54 "Turn ye to our Lord (in repentance) and bow to His (Will), before the Penalty comes on you: after that ye shall not be helped. 39:55 "And follow the best of (the courses) revealed to you from your Lord, before the Penalty comes on you - of a sudden while ye perceive not!- -
("Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. [55]"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. )


....Allahumma ajirna minannar...

Monday, December 8, 2008

Cerita Yang Tidak Sama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sejuknya pagi 10 Zulhijjah.Hujan rahmat mungkin.Subhanallah,walhamdulillah,wa la ilaha illallah wallahu akbar....tasbih masih meniti di bibir Salwa.Heningnya pagi itu,syukur dia termasuk dalam golongan almustaghfirina bil ashari,mudah-mudahan,moga diterima ibadahNya.Tahajjud itu kunci sebaik-baik tentera dan sebaik-baik raja.Dalam suasanana yg sejuk dan tenang,sendirian bertemu Allah Maha Mencipta..'ya Allah,layakkah berdiri di hadapanMu?Namun khusyukku sesekali terhilang,hamasah tidak sekuat dahulu...lalu aku datang padaMu lagi mengharap rahmat & kasihMu,bisakah ya Allah?Bantulah aku dlm mengingatiMu,mensyukuri nikmatMu,dan membaikkan ibadahku pdMu...'...-hati nya berbisik

Allahu akbar...Allahu akbar...Allahu akbar...la ilaha
illallah wallahu akbar..allahu akbar walillahil hamd...

Salwa amati dalam-dalam.Takbir yang terlaung dr corong radio sebaik shj azan Subuh dilantunkan.Terasa lapang hatinya,terbuka fikirannya.Beberapa hari ini Salwa seolah tidak punya kekuatan,hamasah yang cukup,selalu sahaja seperti futur...ya Allah,kenapa ni?Masalah yang tidak begitu menjadi masalah memberati fikirannya.Geresah membadai kerja-kerja yang dirasakannya banyak,urusan yang dirasakannya bertimbun dan tidak teratur,masa yang mencemburui....astaghfirullah,bukan masa itu yang dipersalahkan.Bukankah antr 10 muwassofat itu tersusun urusannya dan menepati waktu?Hatinya mrendah.Lagi bertambah sukar me'layan' karenah golongan 'nak 1000 daya, tak nak seribu dalih'.Ya Allah,su'u dzhon kah aku?Terasa tidak termampu lagi nak hadapi...tapi,Salwa sgr ingatkan diri,mujahidah sejati tidak akan mudah tumbang,..eleh,cubaan setakat ini takkan dah nak mengalah?

Salwa capai buku berbunga kilat merah-merah pink di atas meja.Lama dia tidak mencoret sejak,kira2 blh dikatakan hampir 2 tahun.Sedang buku itu dibelinya 6 tahun yang lepas.Reben merah sudah tertanda di hamparan muka kosong.Dia hanya menarik,membuka dan sudah sampai pada hamparan putih bersih.Pen biru jadi pilihan.

10 Zulhijjah 1429 @ 8 Disember 2008.

Bismillah.Alhamdulillah...saat ini terasa semangat ku kian memulih,dan moga terus begitu ya Allah.Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah, semalam aku bisa berpuasa,mengharap ampunan dosa setahun yang lepas dan setahun yg akan datang.Moga ya Allah.Allahumagh firli ma qoddamtu wa ma akhartu,wa ma asrartu wa ma 'alantu,wa ma asraftu wa ma anta 'alamu bihi minni...:).

Semalam juga aku berkesempatan melihat satu CD yang sudah lama jadi pekasam...entah,aku sendiri tak ingat bila aku membelinya,bulan 5?6?,emph...Semalam juga aku meminta ukhti membelikan sebuah buku,sempat juga aku berjalan hingga bab 4 malam tadi.Dah lama memendam hasrat sebenarnya,tapi aku tangguh dahulu.Tiba2 pula disarankan oleh Ustaz 'favourite',lagilah membuak rasa ingin memiliki...kebetulan pula Ukhti mahu keluar,sembari itu beli2kan buku.hehe...orang sudah bergaji.Cuti ini tergerak nyali membaca sejarah-sejarah Islami secara tdk sengaja.Tapi pembacaan ini emm..rasanya tidak bgtu serius spt org yang menekun mempelajari satu-satu huruf yang tercatat.Sekadar ingin naikkan kembali hamasah dan mengutip maw'izoh2 jadi bekalan dan staretegi,mungkin,insyaAllah. Allah itu Yang Maha Bijaksana...mohon ilmu hanya drNya.

Ahh..rendah diri terasa ingin mengutip mutiara-mutiara berkilau.Betapalah selama ini sedihku sedih tersia.Sedih yang tidak begitu patut disedihkan.'Abang-abang'ku,'kakak-kakak'ku,'pakcik-pakcik'ku,'makcik-makcik' ku,'datuk-datuk' ku,'nenek-nenek' ku seberang sana lebih terpayah,lebih menjerih,lebih kesakitan...aku disini ibaratnya hny sedikit tercucuk duri mawar di hujungnya kapas,mungkin bukan mawar...tapi lidi sahaja! Sekian,sekian..terasa spt aku telah berpenat lelah yang teramat,sehingga fikirnya boleh berbaringlesu sbentar krn terlalu berpayah-payah..astaghfiruLLAH..rupanya ia tidak sama.Langsung jauh beda!Hari tu melihat berita di akhbar...rakyat Yahudi, pula ingin tunjuk lagak pada saudara-saudara ku Palestin dgn membaling batu ke arah kawasan kediaman mereka..bukan tentera,tapi rakyat/pendudukharam. Oh.ingin meniru perjuangan kah?...tapi tetap tidak sama.Balingan saudara ku kuat diiringi takbir dan hamasah kepada Tuhan Pencipta Alam..sedang balingan mu rakyat Yahudi..hanya sprti membaling sehelai benang yang terkulai layu,langsung tidak punya kekuatan..lemah sekali.Air pun meluncur lebih laju dr balingan kalian!Langsung tidak menyakiti kami.Mereka tidak akan pernah menang kerana iman itu sentiasa di dalam hati dan dibawa ke mana-mana..(ameen..!)aduh..hmm,tak ingat siapa yang berkata,sama ada Syeikh Abdullah Azzam atau Osama bin Laden atau org laen..; 'sekiranya seorang muslim itu lemah,sedikit atau fakir,tapi dia yakin terhadap agamanya.pasti Allah menolong'..ya..lebih kurang mcm tu.

Jika begitu nasib saudaraku,mana bisa aku disini duduk termenung,memonyong berpanjangan,mengomel tidak sudah ....ironinya,kerana dirimu juga Salwa punya iman sprt mereka,bezanya imanmu tidak sejati dan seteguh mereka.Masakan tidak,..kerana ia tidak sama.Tidak layaknya dirimu Salwa untuk lemah sebegini...tidak patut.Begitu bila-bila aku terasa futur,segera melihat pada org yang lebih susah.

Daripada Abu Hurairah r.a,Nabi s.a.w bersabda : "Lihatlah
kepada org yang lebih bawah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu;ianya lebih wajar agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah." (Riwayat Muslim)

Sempat juga aku membelek2 tulisan Dr. Abdullah Al-Qorni,'La Tahzan'...iya,jgn sedih-sedih la Salwa!Aku membukanya random.Menghabiskan beberapa minit menelitinya...tercatat 'andai engkau tidak gembira kerana tidak beralas kaki,maka lihatlah orang yang betisnya kudung!Maka bersyukurlah kepada Allah atas kedua kakimu itu..'Benar,cerita ku ini tidak sama.

Sungguh-sungguh,cerita ini tidak sama.Agaknya aku sendiri tidak tegar setabah Saad dalam 'Rindu Andalusia' yang berlari-lari dan menangis tatkala tentera Romawi sudah memasuki Granada.Peritnya..Saad menyaksi sendiri dan sendirian.Agaknya aku juga tidak sesabar anak kecil Hassan yang ditampar ibunya kerana keluar tanpa izin.Terlalu risau ibunya sehingga menangis bimbang andai-andai Hassan diculik tentera Castile lalu dijual di pasar-pasar.Agaknya aku sendiri tidak setegar penduduk Granada yang berkurung di rumah,menahan kerisauan bakal berlakunya pindahan pimpinan kepada tentera-tentera Castile.Kota Granada,dulunya ulung dan damai...sudah dikotori tiang salib besar berwarna perak terpacak kukuh di menara Alhambra.Masakan risau,gelisah, tidak menguasai diri?Agaknya aku juga tidak setegar Abu Jaafar yang tatkala org lain sudah sprti pasrah,dia melaungkan "Aku yakin kita mampu melawan mereka!!"...Aku?negaraku spt mereka?ehm...zahiriyahnya tidak,batiniahnya ya!..ahh...generasi Syahadatain lemah?rumit2.......

Cerita ku juga tidak sekental usaha Dr. Abdullah Azzam yang mengumpul pemuda-pemuda ke Afghanistan melawan Amerika,Rusia dan Yahudi.Cerita ku tidak setulus pimpinan Osama bin Laden memimpin Al-Qaeda..membaja semangat jihad ingin menjulang panji Islam kembali.Ironinya....walau cerita ku tidak sama,tapi aku pula yang terlebih lemah dan futur...tidak setenang Osama dalam menangani masalah dan kata-katanya lembut dan tenang sekali.Tidak sesemangat Dr Abdullah Azzam yang tetap yakin pada janji Allah dan dia sentiasa ber'gerak'!Tidak seberani Mullah Muhammad Umar tetap mempertahan Afghanistan dari jatuh ke tangan kotorbusuk Yahudi....Ceritaku tidak sama.

37. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan
sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah suci Makkah) Yang
tidak tanaman padanya, di sisi rumahmu Yang diharamkan mencerobohinya. Wahai
Tuhan kami, (Mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang
(dan memakmurkannya Dengan ibadat). oleh itu, Jadikanlah hati sebahagian dari
manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan
kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil
tanaman, semoga mereka bersyukur.

aduhai Salwa....setakat mana juangmu?setakat mana lelahmu?Ia tetap beda dengan lelahnya Siti Hajar berulang-ulang mencari mata air.Sabarmu?Jauh sekali dgn sabarnya seorang ibu ditinggalkan suami di tanah yang gersang,langsung tandus.Bersama dia,seorang bayi yang kehausan.Pengorbananmu?hah...sangat-sangat jauh ketinggalan dr pengorbanan NabiNya..Ibrahim a.s yang menerima perintah wahyu untuk menyembelih anak kesayangan.Juga berapalah sangat dibandingkan dengan pengorbanan sahabat Rasulullah s.a.w yg laen?Sehingga ditanya pada Abu Bakar,apakah yang engkai tinggalkan untuk keluarga kamu?Jawab Abu Bakar,daku tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya.Pula tegarmu?....jauh sekali dengan tegarnya Ismail a.s patuh pada perintah Allah,rela pada ayahnya untuk disembelih.Aku masih ingat Ramadhan dahulu pernah 'Ulya ceritakan padaku tentang kisahnya.Waktu itu kami dalam iktikaf 10 malam terakhir...rindunya..

102. maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".

103. setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),

104. serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!

105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan.

106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian Yang nyata;

107. dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar;

108. dan Kami kekalkan baginya (nama Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian:

Salwa,salwa....bangkitlah dr angan-angan,dibuai perasaan yang ingin menyogokmu untuk terus bermanja dengannya.Baru sedikit ini!Baru sedikit ini Salwa!..em-em.Jika dibandingkan dgn 'perjuangan'ku dengan perjuangan Rasulullah dan para sahabat..entah,tiada ratio yang boleh dibuat,langsung tidak setanding.Malah futur juga kerana keyakinan ku tidak sekuat keyakinan Muhajirin yang berhijrah...~mereka tak punya apa,harta,sanak saudara,..tetapi mereka percaya hnya janji RasulNya~..Hijrah yang agung yang kini semakin dilupakan..

Cerita yang tidak sama...pengorbanan yang terlalu banyak ketara,tetapi mengharap nasib yang sama?..

pap!.Soalan di pengakhiran sengaja ditulis sebegitu.Sengaja ingin menduga dirinya sendiri.Salwa tutup buku.Disemat sekali cahaya.Sesekali memandang ke luar...langit yang gelap akan cerah juga.

"Sesiapa yang mahukan kebaikan dan membaikkan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pengorbanan,maka ia bagaikan seorang yang mimpi kosong."

Salam Eidul Adha.

Wednesday, December 3, 2008

Bila hati g......!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

(menulis dlm kecepatan)

Alhamdulillah pagi tenang.Lepas zohor ada jemputan utk membaca kalam suci bersama rafik di rumah murobbi .Moga-moga dilimpahkan rahmatNya,mencurah-curah.~Sesekali teringat peristiwa.Malm tadi bergulat dengan 3 thumbdrive minta diisi,file attachment utk didownload permintaan rafik Y,ucapan permintaan rafik I,carta dan bajet amanah dr murobbi,'diari' juga permintaan rafik Y.Rafik R juga sibuk dgn GERKO dan mencipta nama utk program (*ie*,sihat,cntk??')


Sedang membuat kerja.
Masuk satu.Dari rafik I.

Astaghfirullah...meletup nampaknya 'anonymous' .Rafik I?Segera pujuk tenang,sabar dan istighfar..


Sambung kerja.
Hantar satu.Kepada rafik I.

Baru tekan ,masuk lagi satu.



"Wei..dak ****** skunk ******* en klu yer *** r *****".ha?bhs apa ni?x faham..

Hati bara-bara.Astaghfirullah(3x).Tidaklah bgtu marah,kerana pengalaman mengajar.Cuma bila hati g......!Gigil-gigil taip luah pada rafik R yg sdg online.
Ya Allah,teringat pada hadis 'La Taghdhob!'.Kagum pd rafik I.Sebelum tu saya nasihat dye,kali ni dye nasihat saya.


"...tp ana x galakkan nti ****..Sbb kte x mampu m'jangka apa yg akan berlaku slps i2..Jgn lupa hadis hr tu,..wa atbi'is sayyiatil hasanah tamhuha wa khaaliqin naas bilkhuluqin hasan...jgn temukan api dgn api,lg marak dan sukar dikawal nnti..xpe2..kte sabar je dulu..dn doa spy kte dn dye dikurniakan petunjuk.....kte ambik wudhu'mudah2an sejuk ckit hati kte..sabar ye!:)"



'--Banyak org berkata:"Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi?"
Aku katakan pada mereka: "Menanggapi sesuatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan.Bersikap diam dalam menghadapi org bodoh atau org yg gila merupakan kebajikan jiwa.Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bg kehormatan.Tidakkah engkau lihat!Harimau-harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika mereka diam.sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari kerana selalu menggonggong." (Wasiat Imam Syafi'e)---


~Entahlah baru-baru ni pelbagai menimpa.Kelam.Kabut.Kusut.Masai..Kelmarin termasuk juga..('Mereka'?tak fhm.tak nak faham.biala..hrp matangkan diri anda!)Masing-masing dgn ujian tersendiri,baru sikit!Mmg Allah tahu apa yang diperlukan hamba-hambaNya.Peringatan,teguran untuk lebih bersemangat...tp apa perlu buat bila begini?Bila hati *geram*,terasa mahu terluah segala.Rasulullah bila kejahatan berlaku pdnya,baginda tenang dan membalasnya dgn kebaikan.Mendoakan.

Siapalah diri untuk marah-marah,x puas ht pada orang?teruskan kerja,teruskan hamasah,minta kekuatan padaNya.Jangan buka pintu untuk syaitan.


'Bila hati gerammm.....!Istighfarlah..istighfar.Ingat pada TuhanMu.Dirimu hanya hamba yang lemah yg juga perlu kemaafan drNya.Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fuu anna'




(*baik,mahu bergegas.....!)

Wassalam

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.