Pages

Sunday, December 21, 2008

Sebuah SMS~Selayang Warkah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah.Jam 12:** lebih,sampai di rumah.Ibu kepada rafik yang juga jiran saya menghantar.Pagi tadi rafik itu tumpang saya,balik saya pula tumpang rafik.:)..Pagi tadi ada liqo' Biro di sekolah,sahaja saya buat untuk bertemu jundiy-jundiy sambil memberi penerangan tentang apa-apa pembaharuan dan sebagainya.Tapi,walaupun ramai tidak dapat hadir..tapi saya cukup bersyukur dan kagum,kerana yang hadir semua adalah adik-adik junior F*.Hanya seorang je dr form tu tak ada sebab berada di kampung,saya tahu.Tengah-tengah menunggu kehadiran yang lain,ada orang memberi salam...berdiri di muka pintu sambil memegang telefon bimbit.Terus saya tak dapat tahan senyuman sebaik melihat insan tersebut.Terubat sedikit rindu di hati..tapi lain macam saya rasa ..sebab perasaan ini bercampur gembira + sayu+sebak.:(.Saya bersalaman dengan murobbi yang telah bekerja sepenuh tenaga dalam membangun tarbiyyah di bumi al-Amin ni...pastu masuk 2 orang kakak,seorang tu macam familiar sangat.Eh..kakak ni saya pernah jumpa semasa program Iktikaf di masjid KLIA dulu!dari UPM,tak sangka boleh jumpa lagi...alhamduliLLAH..:)~ Rupa-rupanya ada daurah untuk senior-senior tingkatan 5 yang baharu sahaja tamat SPM,begitu terang Ukhti 'Petunjuk'. Lama juga tak jumpa kakak-kakak senior...maklum,tahun depan pun mereka sudah tiada lagi kat sekolah.Jarang-jarang akan bertemu.Bersyukur akhirnya dapat jumpa jugak...walaupun tak semua.
"akak buat apa lepas SPM ?".
"oh..sekarang ni ana kerja kat Taska...sebab tu spek blh pecah ni..",ujar Ukhti 'Penawar' sambil tersenyum separuh gelak.
--Ketika liqo'..dalam 'segmen akhir' hampir habis,adik-adik junior rancak berceritera pada saya tentang. Saya mendengar,pasti mereka dah lama tak bermunaqosyah..jadi saya beri peluang pada mereka untuk meluah,cuti-cuti ni asyik duduk rumah ..so,jarang2 dapat berkumpul macam ni.Nak bergayut dalam telefon,meninggi pulak bil nanti/kredit habis.Tapi itu lepas dah habis perbincangan liqo'.--Bila dengar..saya teringat benda 3 hari lepas.Entah..
Hari tu perasaan mengantuk tak begitu kuat,sehingga tengah malam pun saya masih belum tidur.Cuti ni rasanya tidur lebih lambat dari masa musim periksa.Tiba-tiba telefon genggam bergetar,berbunyi..ada mesej!Saya baca,..huh?msej tu dari murobbi .Saya balas sekdar mungkin..bertanya,ber'pujuk',.Makin saya baca mesej-mesej seterusnya,terasa tersentak,sedih tapi kuat.Saya sedar,memang tak lama lagi ujian hebat bakal menerpa.Tapi cukup kuat ke sayaKita nak hadapi?InsyaAllah..Saya tak berani nak mengagak, atau menduga apa yang akan menjelma.Rangkap akhir dari mesej terakhir murobbi..saya renung..Ingin letakkan di sini,supaya para pembaca tahu..hakikatnya mesej ni untuk semua,tiada yang terkecuali,kan?:
".....Antum adlah generasi mujahid dan mujahidah yang akan
meneruskan perjuangan Rasulullah,cayo2"
Nah,antum nilai sendiri.Peribadi,amalan,hammasah,tadhhiyyah,ilmu dan hujah...cukup untuk berada di atas jalan itu?Tak cukup,tingkatkan.Cukup?,mesti tersilap tu...
Itu sebuah SMS.
Mesej dari murobbi,sebuah pertemuan 'rindu + sayu' murobbi...rupanya saya tak bersedia lagi.Mungkin.Sekadar me'MAKSA' diri untuk bersedia.
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------
Petang semalam,usai solat Asar,saya duduk di bilik sahaja.Sambil-sambil membelek majalah yang baharu dibeli seminggu lepas,lebih kurang la.Sehelai sehelai saya selak.Tak lama,tiba2 Abi memanggil sambil berdiri di muka pintu.Waktu tu tengah baca tajuk 'pembentukan jari-jemari yang unik' di bawah tajuk besar 'Keajaiban dalam Rahim Ibu',majalh I keluaran Disember 2008.Pembacaan terhenti.Pada tangan Abi ada sampul surat warna krim2 gitu.Selepas di'usik' Abi,saya buka surat tu.Pada tulisan tangan yang terpapar,saya dapat agak siapa penulisnya.Di dalamnya,ada 2 helai kertas,satu berwarna pink..satu berwarna hijau.Teringat kenangan lama,dulu memang rajin berbalas-balas surat dengan si penulis.Tapi sejak bila saya tak ingat,terstuck.Tiba-tiba ada surat setelah sekian lama,mestilah ......
alamak...!
saya fikir2 dulu.
~insyaAllah..sambung.Saya fikir dulu.~

No comments:

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.