Pages

Saturday, December 13, 2008

Tidak pernah terfikirkan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


~Siang tadi ketika duduk-duduk di ruang tamu,satu channel sedang disiarkan.Tidak ingat pula apa tajuknya,tapi ktk itu babak ada alien yang siap sedia ingin menyerang mangsanya.Manalh tahu,jika2 anda terbuka channel yang sama.Tetapi di pengakhirannya alien itu terjatuh ke dalam gaung yang dipenuhi api yang menyala-nyala.Mangsa tadi sedang bergayut-gayut di tepi tebing,menahan diri daripada jatuh.Mujur ada 2 sahabat bantu menarik dari atas.Tiba-tiba alien tadi tak hangus lagi,sempat capai kaki mangsa untuk ditarik bersama terbakar dalam kobaran api hangat.
Na'udzubillah,memang ngeri apabila fikirkan andai kita berada dalam situasi yang sama.Astaghfirullah wa na'udzubillahimin zalik.


Kat dunia sekarang ni,nak kata filem-filem yang beri unsur seram atau 18SG...mmg byk sangat.Terutama filem-filem seram,pelbagai bahasa ada,dr Jepun ke Inggeris,hingga lah Malaysia,dr yang flop hingga ke box-office.Memang tak nafi,sangat berpengaruh pada org ramai,utama2 yang tidak punya iman yang kuat.Teringat ketika perjalanan menuju ke tapak camping f4,boleh-boleh pemandu bas memasang cerita seram Indonesia,'Pocong'.Tapi..last-last kena tutup sbb anak-anak kecil tak tahan menonton ...(anak-anak kcl ke anak-anak bsr?.).Kalau filem-filem aksi,penyeksaan lebih ditonjolkan.Tak sanggup untuk ditulis di sini,anda lebih tahu.Ngeri bukan?

Itu baru di layar perfileman,layar realiti jauh lebih hebat.Negara-negara yang bergolak terutamanya,baharu sebentar tadi berita mengenai anak kecil di Iraq,bernama Syams yang jadi buta impak dari pengeboman di Iraq.Bilang datuknya,


"namanya Syams yang brmaksud
cerah tapi kini cerah itu sudah bertukar menjadi gelap".
.


Sedih sekali,anak yang comel dan tidak berdosa,tidak mengerti apa-apa jadi mangsa tangan manusia.--Kemudian di Palestin,tahanan-tahanan disembelih,ditorture sedahsyat mungkin oleh Kuffar,diserbu anjing-anjing yang lapar.Banyak lagi wahai mata-mata yang membaca...Zaman dahulu tidak terkecuali,ketika Castile berhasil meguasai Granada,sesiapa yang ter'pesong' dr ajaran Kristian,dikira melakukan bidat dan heresy.Hukumannya dibakar hidup-hidup setelah diseksa dalam penjara.Dicucuh dengan besi yang baru dipanaskan api.Jika membaca kisah-kisah sahabat,banyak sekali penyiksaan yang diterima .Ingat lagi kisah Bilal,Khabab,Masyitah,Sumayyah....?Ingat lagi tragedi di Ambon-Maluku?


ya..seperti yang saya sebut di atas,tingkah-tingkah ini sangat mempengaruhi manusia.Dari segi mental mahupun fizikal.Ramai orang yang berasa takut apabila menonton cerita-cerita seram,bila figure-figure putihhitam mula menjelmakan diri dan 'beraksi'.Ramai yang merasa gerun dan ngeri apabila melihat k**a** tercabut dari b***n,dengan jeritan kesakitan yang menggema hingga ke setiap pelosok...dibakar dan ditanam hidup-hidup.Tapi.......ini baru ciptaan manusia,rekaan dari hasil fikiran manusia yang lemah.Penyeksaan dari manusia yang lemah yang nyawanya berada dalam genggaman Al-Muhyi wal Mumit...jika begini pun sudah menakutkan,apatah azab dari.. "...waLLAHU SYADIDUL 'IQOB"?bagaimana dengan neraka Hutomah?

Ya Allah,ya Latif..Ultuf bina.Ya Rahim.


وَلَوْ أَنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا وَمِثْلَهُ مَعَهُ لَافْتَدَوْا بِهِ مِن سُوءِ الْعَذَابِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَبَدَا لَهُم مِّنَ اللَّهِ مَا لَمْ يَكُونُوا يَحْتَسِبُونَ (39:47
Even if the wrong-doers had all that there is on earth, and as much more, (in vain) would they offer it for ransom from the pain of the Penalty on the Day of Judgment: but something will confront them from Allah, which they could never have counted upon!
Dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.




----yang TIDAK PERNAH terFIKIRkan-----




وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ.وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ العَذَابُ بَغْتَةً وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ (55-39:54
39:54 "Turn ye to our Lord (in repentance) and bow to His (Will), before the Penalty comes on you: after that ye shall not be helped. 39:55 "And follow the best of (the courses) revealed to you from your Lord, before the Penalty comes on you - of a sudden while ye perceive not!- -
("Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. [55]"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. )


....Allahumma ajirna minannar...

No comments:

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.