Pages

Sunday, December 15, 2013

Di Sebalik Tirai


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


*Lama sangat tidak menulis, terasa sangat skill penulisan makin tumpul. Allahu yusahhil


Makin jauh masa berlari ke depan, semuanya bakal menghambat. Dan tenaga itu akan dikerah-kerah. Sedang hati masih tenggelam dalam selaput hitam dosa-dosa yang entah tidak disedari bila hadirnya.
Di sebalik semua ini, manusia masih terus terfikir dan berharap , berharap untuk menyimpan secebis harapan agar semuanya bakal baik, dan sempurna.

Mencari sebab, hikmah dan kekuatan mungkin boleh dengan cara bertanya pada ukhti-ukhti, murobbiah dan sesiapa di sekeliling. Menuai keikhlasan , menanam kekuatan dan mempasakkannya dengan kukuh bukan semudah bertanya mencari hikmah. Ia adalah kerja mukmin yang kuat, amanah dan suci.

Di sebalik tirai ini,
sungguh tidak ketahui apa yang menanti.
Hanya berharap ikhlas dan taqwa sentiasa sudi menjadi pendamping diri yang lemah ini setiap masa, seiizinNya.


اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah"
Ameen ya rabbal 3alameen.


Bayt Israa
2313
14 Disember 2013.

Monday, July 22, 2013

sentap

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


"bila pemilik fikrah mula serius..lalu akan terbukalah mata dan kesedaran bahawa ummat ini leka kerana mempunyai ramai da'ienya yang leka.."
quoted

T.T

Bayt Israa
3.25pm,
13 Ramadhan 1434

Iman

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Alhamdulillah, Ramadhan masih sudi bersama saya hingga ke hari yang ketiga belas setakat ini. Saya tahun tiga di Jordan, tapi baru kali ini saya betul-betul merasa Ramadhan di sini, kerana tahun pertama hanya sekadar merasai kurang dari 10 hari sebelum saya pulang ke tanah air, dan tahun kedua memang fully berpuasa di Malaysia. 

jujurnya, saya sungguh teruji Ramadhan ini, batin dan zahir.  masih mencari-cari sinar bahagia hati yang memancar.
 rasa sedikit lain sebaik bersurai dari medan perkumpulan berdekatan 'baitul-maqdis' beberapa hari lalu. kerja memang banyak, itu sentiasa. lebih kepada menyesali kecetekan dan kependekan akal diri memandang jauh visi dan misi sebuah amal. dan 'terharu' sebenarnya melihat mereka yang meskipun letih saban hari pagi malam setiap masa berfikir untuk manusia dan umat Rasulullah ini. saya pula masih banyak pemberat pada kaki , tangan, mata, telinga etc...

"wake up! wake up! on every and night!"

besarnya kecintaan pada sebuah iman, pasti menghasilkan besarnya keikhlasan dan kesungguhan mengumpul bekal dan bergembira di syurga.

Allahumma, tunjukkan aku jalan mengembalikan semuanya padaMu.
dan mengharapkan ampunan dan rahmatMu ,
sekalipun begitu banyak dosa dan salah menari-nari dalam diri.

Astaghfirullah.
# mengharap aku bisa rasa penghayatan mereka. mereka yang terdahulu dan sekarang, sehingga yang memenuhi mata ku hanyalah yang dalam pandanganMu  T.T

Bayt Israa
6.11 am
13 Ramadhan 1434H

Saturday, June 1, 2013

Tolak lari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

pernah rasa 'alergik' bila terasa diri tenggelam dengan benda-benda kecil. Kemudian, pasti akan ingat ingat apa yang berlaku di palestin. Terus, rasa malu dengan perkara yang disibukkan.  tapi, manusia...
berulang kali tenggelam , kemudian berulang kali jugalah ingatkan diri semula.

lebih-lebih bila sampai tanah Jordan, jarak antara kita dengan Palestin makin mendekat. Dekat sangat. Pernah juga jadikan pernyataan ni untuk bina tembok dari terbuai-buai keadaan senang mahupun 'dinangiskan' oleh keadaan susah.

Terkadang kita akan ingat, tapi di waktu lain pula kita akan lupa...but most of the time, yang mana satu?

Kenapa setiap masa,walau sejauh mana jarak kita dengan mama/ummi/ibu/mak...kita akan selalu mengingati mereka terkadang sehingga mengalirkan air mata yang begitu deras...?
. boleh tak terjadi perkara yang sama untuk saudara kita di Palestin, Syria... etc..? .

saya benar-benar terasa diri 'tak berharga' bila ada perkara yang membuat saya emo, malas, etc.. dan ternyata ia tak pernah menyumbang kebaikan dalam hidup saya. Picisan.
Oh, tolonglah.

Jangan biarkan waktu-waktu sukar menerobos masuk dan menguasai diri, dan terdengar gelak tawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan.

Cinta pada Allah akan menang. Percayalah.
tapi anda harus kuat, menolak untuk lari dan binalah cinta itu.
Love will prevail.



Bayt Israa, Irbid, Jordan
12.25 am.

Saturday, May 11, 2013

Kontra

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Musim exam muncul lagi, kali ini bersama permulaan musim panas yang kian menyengat.
Tidak terfikir sebenarnya untuk update blog ketika ini, tetapi berjalan-jalan menggelintar blog adik-adik, sahabat-sahabat di benua sama mahupun benua lain, rasa itu sedikit sebanyak ada. Tapi tenggelam timbul.

"terus buatlah! kenapa susah sangat? tajdid niat~". hati monolog sorang-sorang. T.T

Jika ditanya orang, apa hobi saya? Sebenarnya susah saya nak jawab, tapi mungkin jawapan yang paling hampir adalah membaca. Dan dulu memang sejak dari sekolah rendah, saya suka ambil mana-mana novel untuk saya baca. Masa itu tidak fikir baik buruk sesebuah novel, buat kerja tak berhadaf. (aduh!) Sampai ke sekolah menengah, selera mode pembacaan saya berubah. Selepas lama membaca buku-buku yang penuh bayangan, perasaan-perasaan, tidak berada dalam alam realiti, saya bosan dan kering. Even yang novel cinta islami pun saya makin kurang minat.

 (Of course, nampak tak jiwa kita sebenarnya memerlukan suatu yang membasahkannya? :] )


 I crave for something more serious. More realistic. Saya memilih untuk membaca buku tentang tokoh-tokoh. And I remember, salah satu buku yang saya cukup minat dan kagum adalah "Ahmadinejad: Singa Baru Dunia Islam". Uhukk..yes, without knowing ketika itu beliau adalah seorang syiah!. Juga mungkin kerana faktor suasana ketika itu, media sibuk mencanangkan berita AS-Iran berkenaan konflik nuklear Iran, dan di saat itu Ahmadinejad seorang figure 'negara Islam' yang saya nampak begitu berani melawan AS.

Juga yang menjadi minat saya adalah Trilogi: Rindu Andalusia. Menceritakan suasana ketika Sepanyol mula-mula ditekan-tekan pihak Kristian. Sangat menyayat hati. Ada sambungannya Cinta Granada dan yang ketiga saya tak tahu tajuknya apa. Dek kerana lama menunggu sambungannya keluar, semangat saya kian pudar untuk menghabiskannya, mungkin kerana faktor lenggok bahasanya agak tinggi (huhu)..dan juga amal hati saya yang kurang sehingga hilang perhatian pada sejarah islam. T_T Kemudian, saya baca buku-buku yang ruuhi, tapi tak semua pun habis. Eh, memang jarang yang betul-betul habis. Banyaknya saya baca sekerat-sekerat. Setiap buku ada penanda buku dia masing-masing.

Ini kes tak istiqamah ke apa ye? Eh,ok, terpanjang pula saya cerita tentang perkara ini..

So, untuk sekarang...saya masih suka membaca apa yang ditulis orang. Alhamdulillah. Bila blog-walking, atau status-walking, I tend to read words that are written based on experience. Kerana ia ditulis dengan perasaan dan pengamatan sendiri, rasa ia lebih hidup. Jika ada orang bertanya apa-apa pada saya, saya juga lebih selesa kalau saya mampu bercakap dan menjelaskan kerana saya ada pengalaman tersebut.
Bacaan yang berkisar pengalaman DnT terutamanya. Kenapa? Kerana ia akan selalu menembak-nembak saya yang sangat kurang amal ini.


 Membaca amal dan usaha yang ditulis ikhwah akhawat sepajang jalan yang mereka tempuhi, serta pemikiran, idea-idea, cabaran dan exhaustednya mereka, sangat merefleksi diri sendiri. Rasa macam diri sendiri tidak buat amal langsung dibanding dengan orang lain. Kurang sangat. T__T
Tapi side positifnya, ia sangat mentrigger minda kita supaya jangan rasa selesa dengan amal sendiri dan biah tempat kita berada. 
There is a lot more to go. Lot things that yet unlearned. 
If we choose to feel those feelings.
 Kerana ada orang, dibentangkan dengan apa pun, tak rasa apa-apa even to be motivated. Na'udzubillah.
Teruslah beristighfar setiap masa duhai diri! Hidupkan hati.

Sampai suatu saat , mungkin bila adik-adik atau ukhti-ukhti bertanyakan nasihat, pendapat atau taujihaat..mungkin kita mampu memberi dan berkata. But dari sudut amalnya, Allah sahaja yang tahu betapa lemah diri kita. Rasa bersalah dan berdosa yang teramat, tapi cuba dibendung-bendung. AstaghfiruLLAH..


"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya?!"

*boleh tengok sambungan ayatnya dalam surah As-Saff * T_T



ok, cukuplah saya tulis sampai di sini dahulu. Just sharing one more point to remind myself especially, ingatlah mati selalu. dan...


"tangisan dan penyesalan kerana ingat kematian dan akhirat tidak bererti banyak bagi pelakunya jika tidak disusuli dengan amal perbuatan" - [taujih ruhiyyah , jilid 1, Abdul Hamid Al-Bilali]



Ya Allah, Yang Maha Kuat, semoga kader-kader dikurniakan kekuatan untuk sembuh dari segala penyakit hati dan kekuatan untuk beramal. Ameen ya rabbal 'alameen
12.27 am,
Bayt Israa, Irbid.

Monday, March 11, 2013

terus positif

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
........................
Alhamdulillah, alhamdulillah. Berkali-kali saya berpesan pada diri, agar bersyukur sahaja walau bagaimana keadaan sekalipun. Entah kenapa, kali ini saya sedikit pasrah, untuk apa benda pun yang berlaku. Sebenarnya saya agak sedikit kecewa , selesai menjawab exam tadi. Kecewa dengan diri sendiri kerana tak berusaha sehabis baik. Kadang-kadang rasa...' oh ruginya,!! kenapa aku tak jawab macam ni..macam ni..jawapan dia yang ni laaahh~~' Tapi perasaan itu kendur semula bila memikirkan kertas sudah pun dihantar, tinggal tunggu doktor bagi markah sahaja, dan tawakkal. Fiuuh~~ Dan saya, terima sebaiknya ..Allah akan Memberi apa yang terbaik untuk saya. 
*knp ayat macam penuh unsur kesedihan? T.T*


Saya rasa,...bukanlah result itu nanti yang utamanya menjadikan diri saya muram. Tapi, more to keadaan hati saya yang kotor ini. Saya rasa tak dapat mencerna ilmu dengan baik, bila mana hati saya sendiri tidak sihat, membusuk dengan jahiliyyah-jahiliyyah yang berkarat. Bukankah ilmu itu cahaya Allah, dan cahayaNya tidak akan menembus hati yang penuh maksiat? Naudzubillahimindzalik~ Istighfar banyak2.


Saya teruskan langkah, matlamatnya adalah pulang ke rumah. Sebelum itu, saya singgah sebentar ke kedai makan berdekatan, membeli sandwich falafil buat mengisi perut yang lapar. Sepanjang perjalanan, mungkin orang-orang Arab di tepi jalan , kalau melihat muka saya..pasti nampak sangat saya ni orang yang ada masalah. (dusy!). Memang, ketika saya mengaturkan nikmat kaki ini untuk berjalan, banyak benda saya fikirkan. Semuanya bercampur baur, mengarah otak saya untuk berfikir dan mengambil jalan terbaik. DnT, keluarga, study, akhawatyy, murobbi-mutarabbi, masa depan, kehidupan...there are too many things to think of!~. Sungguh, kehidupan ini sungguh serius, dan bukan main-main. Sungguh, kehidupan ini adalah sebuah misteri. Bukankah sememangnya kita diciptakan di dunia ini bukan untuk bergembira berfoya-foya ?

Firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 115.
"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu bermain-main (tanpa ada maksud) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

hampir lemah semangat bila saya sampai di hadapan pakcik Arab yang menjaga kaunter. Seusai bayar dan menyerahkan kertas order, saya duduk di kerusi menunggu dan tertangkap alunan suci ayat Al-Quran yang terpasang di television di kedai tersebut. Tenang sekali. Seluruh jiwa saya diresapi kerehatan yang sungguh menyenangkan. Saya terpempan, mata saya khusyuk melihat makna ayat yang tertera, telinga saya fokus mendengar. Tidak tersedar bila air mata saya mula bergenang. Mengutip kembali semangat-semangat yang hilang. Masakan tidak, bila ayat-ayat cintaNya menyapa kita, memberi pujukan dan semangat...baru teringat bahawa Dia sentiasa ada dengan kita. Allahu Allah, alpa dan lekanya saya untuk mengingati dan memohon petunjuk dariNya.. Ayat surah At-Taubah:105 benar-benar mengusik iman saya yang meronta-ronta mahu 'disegar-bugarkan'..

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".


:"). Cukuplah kematian dan kembali padaNya mejadi peringatan terbesar buat saya, untuk terus berusaha dan 'bersangka baik' pada kehidupan. Hakikatnya, kehidupan adalah anugerah dan ujian daripadaNya. Hujungnya, tetaplah DIA yang akan 'menyambut' kepulangan saya. Ya Allah, semoga pertemuan aku denganMu dalam suasana yang penuh redhaMu dan kasih sayangMu padaku. Ameen ya rabbal 'alameen~~


* seka air mata, ambil falafil dan pulang ke rumah....



Bayt Israa, Irbid, Jordan
3.10 pm.


Thursday, February 21, 2013

harapan dan masa depan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


:").
alhamdulillah. bersyukur dapat mendengar suara dia di talian, akhirnya~


kadang-kadang rasa sangat haru bila memikirkan waktu yang kian berlalu. Zaman sekolah, zaman remaja, zaman kanak-kanak yang semakin menghantar kita jauh ke depan untuk menghadapi relung waktu yang bakal tiba. Fasa-fasa kehidupan yang makin bertransisi ke waktu yang seterusnya. Keadaan-keadaan yang tidak kita duga apa yang disusunNya untuk kita.


Allah,
hanya pada Dia kita menyembah
hanya dariNya kita mohon pertolongan
hanya dariNya datang kekuatan.
segala 'izzah dan kemuliaan adalah milik Dia.
La Haula Quwwata Illa Billah

Ya Allah, ya Qayyum,
sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah aku.


Bayt Israa,
Irbid, Jordan.

11:52 pm.

Saturday, February 16, 2013

Refleksi Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.
 Berperang dengan perasaan pastinya bukan mudah. Mengendali perasaan itu suatu hal lagi yang cukup rumit. Rumit bila pemandunya bukan iman yang tertanam dalam jiwa. :(. Sekalipun puas 'mengomel-ngomel', mengadu pada ukhti2, kakak2...ia bukan suatu jaminan kita akan berkata "Yes, settle!".  Bak kata seorang ukhti fillah;
"sekarang ni semua orang pun tengah mengalami tarbiyyah perasaan. Beruntunglah dan tahniah awak tak terkecuali..", ukhti itu senyum meleret~~

rezeki tiba, panggilan datang..saya ambil keputusan untuk bertolak. Uzlah. Muayasyah. Eh, tapi kadang-kadang terfikir adakah hanya sekadar mahu ambil kesempatan peluang untuk bersendirian? Lari dari 'hiruk-pikuk' kota Irbid yang tercinta? *dusy* entah berapa kali proses tajdid niat itu crucial crucial crucial untuk dilakukan.

setelah 4 jam lebih perjalanan yang penuh drama, tiba juga di tanah yang cukup sejuk itu. Seriusnya, lama saya tidak menapak dan menyapa debu-debu di situ. Tarbiyyah perasaan tu datang lagi dan lagi menguji. Susah ye bila hati sendiri tak mampu di dakwah fardhiah kan. T_T. Dalam bayt yang penuh dengan sifat malu itu, saya kalau boleh seusaha mungkin mahu mengasingkan hati dari rantai dunia. Tolonglah, biarlah saya sendiri bersama kehidupan yang Dia Redhai. Saya pergi dapur dan tolong kakak bayt itu menghiris kobis untuk dibuat popia esok hari. Saya buka topik lebat-lebat sekitar taaruf diri, waqie bumi, skill DF, cabaran 'pembentukan' (baca:takwin). Cuba longgar-longgarkan rantai2 itu yang amat menjengkelkan.

Mengenali dan bergembira bersama ukhti-ukhti di bumi itu yang malang sekali, baru kali ni saya sempat turun ke rumah mereka. Memang langkah kanan sungguh saya menjejak ke bayt itu, sebab malamnya ada surprise birthday besar-besaran dan makanan memang banyak,lazat dan yang tidak pernah anda rasa sebelum ini (terima kasih..lepas ni boleh cuba buat resepi baru kat irbid. hihi ^_^). Tika saat yang meriah-meriah itu, saya cuba buka ruang untuk hati saya merefleksi diri dan kerja-kerja selama ini. Bukan lah sambutan meriah itu yang buat hati saya girang gembira kerana dapat makan free, tapi usaha dan kejernihan hati ukhti-ukhti di situ yang membuat mereka menerima dan mencerna tarbiyyah dengan baik. Saya tahu bukan senang untuk berjuang di bumi yang kaya dengan darah kesyahidan 3 sahabat Rasulullah saw. Dan malam itu, saya lihat sebuah keajaiban perhubungan hati orang-orang yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Indah. Allah sahaja Yang Menyatukan hati-hati mereka. Allah.
*akankah hati saya sejahtera seperti itu? 

Malam itu juga sempat saya membelek satu tajuk dari buku Taujih Ruhiyyah. Mata saya terhenti pada tajuk tawakkal. Hati saya tertusuk. Tak terkata , betapa kuat jeritan yang saya tahan. 

"tawakkal ialah anda melimpahkan seluruh urusan anda kepada Allah taala. Tawakkal juga bererti percaya kepada Allah taala, beriman kepada kemampuan,kekuatan, dan ilmuNya. Jadi, tawakkal ialah bersandar secara total kepada Allah taala dan hasilnya ialah beriman secara nyata kepada sebahagian nama dan sifatNya.."

Entah berapa banyak ketakutan yang tidak saya sandarkan padaNya. Berapa besar kerisauan yang saya tidak pulangkan pada Dia. Keraguan yang saya tidak padamkan dan yakin bahawa Allah ada bersama.

Mungkin saya sangat kurang iman dan tawakkal pada Dia Yang Maha Mentadbir. Mungkin kita semua sekali *akhawatyy seperti itu.

Astaghfirullah.
syukur padaMu memberi kami sebaik-baik tarbiyyah agar kami mencari jalan pulang yang asal kembali pada Mu. Ya Rabbul-Jalil. Ya Hayyu. Ya Qayyum.
Mohon sejahterakanlah hati-hati kami sehingga kami layak bertemu denganMu di syurga kelak.
Ameen ya rabbal 'alameen.


Bayt Israa.
5.12 pm.

Wednesday, February 6, 2013

Ia ada dalam tanganmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

2013.

Allah. Allah. Allah.
Bagai baru semalam saya menginjak kaki ke tanah Jordan,menghidu bau-bauan roti dan ma3janat, semuanya  terlalu baru. Tetapi itu 3 tahun yang lalu. Hari ini februari 2013!. 
Kelmarin, saya menziarahi sebuah rumah akhawat, untuk berjumpa dengan syuyukh yang bakal pulang ke Malaysia malam itu. Rumah itu adalah rumah lama saya, rumah pertama yang saya duduk ketika first year di Jordan. Perasaan sayu tiba-tiba menyelinap.  Rumah itu dan seisinya dahulu banyak mengajar saya selok-belok kehidupan, terlalu banyak. Terutama kehidupan dakwah ini. Bergenang air mata, saya tahan. Saya teringat ahli-ahlinya. 2 orang kakak sudah lama balik ke Malaysia BFG. Tinggal kami bertiga yang sekarang masing-masing duduk berasingan rumah. Segera saya mendail nombor salah seorang dari mereka, meluahkan rasa rindu lantaran sudah lama tidak berjumpa dan 'bermain' seperti dulu.

Terimalah, 3 tahun sudah berlalu! dan keadaan sudah berbeza~

Alhamdulillah, tahun ketiga inilah saya baru berpeluang menjejaki Mesir. Paling bermakna bila berjumpa akhawat di sana dan 'ummi' saya,..merangkap murobbi saya ketika di sekolah dahulu. Murobbbi yang terlalu saya rindu...mengetahui jatuh bangun saya ketika 'zaman jahiliyyah' dahulu dan tak pernah berputus harap pada saya dan kawan-kawan. 

Dari 'ummi', saya ingin mengutip semula semangat dan inspirasi dahulu. Semangat untuk berubah. Inspirasi untuk mengubah walau kata-kata tidak enak sering dilempar dari orang sekeliling. 

Dari akhawat Mesir, saya lihat harapan yang tak pernah kalah walau cabaran mengerumuni mereka dari segenap arah. Qowiyul Jismi mereka juga tak tertanding oleh kami. Cahaya terang datang dari keikhlasan mereka bekerja dan muamalah harian. 'semoga aku dapat mencontohi kalian ya akhawatyy'..

Dari penduduk pantai Alex, saya lihat semangat dan hikmah seluas lautan Mediterranian yang terbentang membiru. Pandangan dan neraca Allah sangat penting, jauh membenamkan pandangan manusia. Sangat terinspirasi melihat kalian, akhawaty. Jauhnya tingkatan output amal kami dan kalian. Mungkinkah kerana dari iman yang berbeza?  semoga kita bakal bertemu di tengah 'lautan' itu, beraksi penuh lincah keranaNya.

untuk segala perubahan yang bakal berlaku, transformasi individu mahupun masa,
saya berharap dan bergantung, hanya berharap dan bergantung pada DIA,
untuk dibekali kekuatan dan kebijaksanaan menguruskan kamu.

Allah. Allah. Allah.
Kelak, zaman akan tetap menginjak ke depan. 
Teruslah berdoa dan berzikir, agar Allah jadikan dunia dalam tangan kita.


Bayt Israa,
Irbid, Jordan.
9:22 pm.

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.