Pages

Sunday, March 2, 2008

Awwal Al-Kalam

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah...hasrat yang selama ini ku tahan dapat dilaksanakan.Syukur padaNya yang masih memberi aku kesempatan sihat tubuh badan,duduk di atas kerusi menghadap sebuah teknologi makhlukNya untuk melakar wacana hikmah buat diri ku,diri kamu dan diri semua..

Ter'layang' fikiran ku pada kata-kata seorang Ustaz yang aku dengar di I.K.I.M...tentang "menulis".Topik pada hari tu ada menyelitkan kenapa perlu menulis?....

"Jika kita lihat pada wahyu yang mula-mula diturunkan...adalah Iqra'."Ustaz
tersebut mula memberi penerangan.

Aku mula berfikir,ehm?apa kaitan Iqra' dgn menulis?kan ke Iqra' itu membaca?takpe2...ku teruskan mendengar..

"Maksudnya adalah "Bacalah"...dan apa yang kita baca?Adalah tulisan..jadi
kalau tiada tulisan,kita nak baca apa?."
Aku tersentak..eh,betul jugak!Kalau xde tulisan,nak apa kan?Aku mula berfikir ttg kepentingan menulis ni berdasarkan point2 yang disebut Ustaz td..ttg Para sahabat,Ulama2,Imam2 terdahulu menulis ilmu,panduan,hukum fiqh dan segala lagi untuk menjadi sumber rujukan Umat Islam,sumber rujukan kita semua....
Hasilnya...sekarang ni dah ada byk buku2 Islam..penerangan tentang itu ini,sebab itu ini,cara itu ini....amatlah byknya rujukan dan ilmu utk kita kutip...maka tidakkah kita mahu menjadi 'golongan yang sedikit' itu??

Dengan byknya sumber rujukan utk Umat Islam sekarang ni,but still x bermakna kta dah x perlu menulis dah...generasi Islam dahulu menyumbang utk kita,kita menyumbang utk sapa?Of course la utk Generasi Islam yg akan datang.....tambahan di akhir zaman ini, makin kuat dugaan dan bahaya yang menimpa dan menguji ...


Sabda Rasulullah S.A.W: "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara.Kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya.Iaitu Al-Qura'n dan Sunnahku"

Maka berpautlah padaNya dan thabatkan
hati!


Harapanku
moga2 penulisan ku di blog
ini mampu memberi manfaat
kepada semua yang sudi
membaca..agar dapat
dikutip ibrah dan mawizzah ....dan
tegurlah daku apabila
ku tersalah.Sebarang
komen,cadangan atau apa2 buah fikiran
yang mampu
mendatangkan kebaikan
amat
dialu2kan.

Sekian,Wassalam
.

No comments:

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.