Pages

Saturday, December 27, 2008

~"Walau diriku...jauh?"~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

-----------------------------------------------------------------


Selagi bahuku

Memikul bebannya

Selagi hayatku

Merasa siksamu

Selama senyuman

Menjadi senyumku

Ku bawa wajahmu

Walau diriku jauh...

Jauh...




(Phiuh...alhamdulillah,selesai membaca!)Buat sesiapa yang membaca kata-kata di atas,mungkinlah anda dapat mengecam kata-kata itu sekiranya anda adalah jenis 'geli badai hati' selalu..dan mungkin juga tidak.Atau-atau mungkin juga ramai yang dapat agak apa yang dimaksudkan oleh bait-bait di atas,.em..dalam segi apa,konteks apa,kepada siapa,untuk apa,kenapa,dan apa-apa punya apa.Takpelah,tidak ingin menyiksa ..itu adalah bait-bait dari lagu Ikhlas tapi Jauh yang nyanyian asalnya adalah Zainal Abidin (kot)..dan yg barunya,V.E.Seingat-ingat lagu ni sering juga keluar di TV masa sebuah filem tengah hit utk dipasarkan,tahun berapa..tak ingatlah.Nama filem?ingat-ingat sendiri...tak payah ingat pon tidak mengapa.



Kebiasaannya lagu-lagu macam inilah orang yg in 'geli badai hati' state layan untuk diiring bersama dengan angan-angan.Atau oleh mereka yang sedang jauh nan merindu pada seseorang,mungkin datuk,nenek,ibu,ayah,abang kandung,kakak kandung,adik kandung,sahabat sejantina,suami yang sah,isteri yang sah....lain-lain ada lagi ke?(hemm..).Aahh..let me straight to the point je lah.!..Begini,selalu bila orang yang berUkHuWWAH itu akan selalu merindu sahabatnya.Walau terpisah beribu-ribu batu,miles away,seolah dirinya berada 'dalam badannya'...anda faham? Ungkapan "jauh di mata dekat di hati" pun cukup popular.Seperti lirik di ataslah...
'bahu saya pikul beban dia,hayat saya merasa siksa dia,senyum dia juga senyum saya,wajah dia saya bawa je....walaupun saya jauh~~~~~'


Tapi baru ini ketka saya asyik membaca sebuah buku yang menyentuh tentang sejarah yang berlaku jauh beribu-ribu zaman dahulu...sya terfikir,'kenapa saya tak mampu nak menghayati sepenuhnya apa yang berlaku?'. Sama juga jika membaca buku tentang kisah para sahabat,kisah tabi'en,kisah Rasulullah s.aw...jd kenapa tidak terjadi sprti mana yang terungkap dalam lirik-lirik tersebut? Mungkin kah sbb kekurang feeling @ CINTA?Jadi bagaimana nih,..adakah sbb kte lbh cinta pada manusia lain lbh dr kta mencintai Rasulullah ,ahlul Bait dan para sahabatnya?Anda rasa bagaimana?Bahu turut terpikul beban yang sama,hayat turut terasa siksa yang diterima,bahagianya mereka berjuang demi Islam turut terasa walau seribu zaman memisahkan..??Sepatutnya begitu.Anda bagaimana?


Allah itu matlamatmu,Al-Quran itu pedomanmu,Rasul itu qudwahmu...maka
sepatutnya anda lebih meRASA...walau jauh~


Wednesday, December 24, 2008

U.S.R.A.H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam'alaikum.Enth tibe2 jd teringat pada tag yang dah berbulan-bulan ditag oleh Ukhti Izyan pada ana.Oh,rupanya...ana terlupa habis,tag pertengahan tahun...jawab hujung tahun.Isy2.Aasif ya Ukhti.Anyway,tag ni pasal USRAH..tp ana rasa soalan dye macam amat sikit..so,ana igt saja2 nak tambah.Supaya more question to be answered,more opinion to be told,more sharing to be shared,more 'ibrah to be grabbed by those who want to grab...InsyaAllah.

[VERSION 1]--apkah>?

1) Berapa lama anda dah sertai usrah??
Form 1 ..shingga sekarang.-4 tahun (ms sek rendah..seriously x ingat!)



2) Bagaimana anda boleh sertai usrah?
One day in year 2005 -- Tengok jadual.Tengok list nama.Heboh2,kepoh2,panggil2..Cari port ddk buat bulatan.then bgtlah titik mula sertai usrah...hehe.



3) Kenapa anda menyertai usrah?
Sbb kena ikut jadual blaja... >> Kak Naqibah panggil >> "eh..dalam usrah nnti nti ckp la pasal 'tu'.." >> nak jawab soalan >> nikmati udara segar di luar,main2 kaki ngan kawan sebelah >> boleh gerak2 badan,lepaskan kebas selepas belajar >> haa? >> ha? >> h? >> .......(undetermined)......

saya: be serious la!
saya juga : huh?...
>>Sebelum memahami,hny sekadar taqlid2 sahaja.Slepas memahami,usrah sangat penting..knp penting?utk lebih faham,cr lah bgaimana usrah blh wujud..Apa yg boleh diextract dr fikiran ini byk sekali khilafnya.Bak kata orng/pepatah, "benda yg besar asalnya adalah kecil"..tak pon.."yg kecil tu lama-lama akan jd besar."Mudahnya saya rumus,usrah ibarat benih bagi penyatuan ummah.Saya sebahagian dr ummah,jd saya tak nak terpisah dr ummah..dan tidak juga mahu yang lain terpisah. ..faham am la'?

4) Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
1.~~Give me one more!~~ (3x)
2.Dig some more pearls!
3.adoii...bnyknya aku tak tau..
4.Lebih sayangfiLLAH pada 'mereka'.
5. "taknak balik boleh tak?..." (hiperbola)
6. .....tak terkata....
7...banyak ..banyak...dan banyak.....
8......

5) Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
- plan together
-cry together
-muhasabah together
-wal 'asr.Innal insana lafi khusr.Illal ladzina amanu wa 'amilus solihati wa tawasoubil haq wa tawasoubissabr.
-kutip 'mutiara' yang berjuta di tepi pantai
-(tidak mampu digambar melalui kata2)
-changing opinion,thoughts,..etc
-hot chair
-rasa lebih berpadu,bertenaga (mengalahkan air Milo!),bersatu,bertenang,berselesai masalah,...
-banyak...banyak...banyak..dan banyak...
Peraturan Tag:
1) Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2) Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3) Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4) Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5) Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6) Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain makanya saya berbesar hati untuk tag
1.. Ukhti D
2.. Ukhti R
3.. Ukhti F
4.. Ukhti Y
5.. Ukhti2 senior
6.. Sesiapa yang rasa dia ada/pernah pegang usrah @ sertai
usrah...ye..anda!








TUNGGU DULUU! TAK HABIS LAGI!JAp..





6. Wasiat sikit untuk ummahUsrah ni..
Bila anda menyertai usrah,maka rasakan elektrik bila eratnya lutut bertemu lutut.
Bila anda menyertai usrah,maka rasakan pentingnya naqib/naqibah/murobbi yang sdg ikhlas memberiSelamatkan ilmu pd anda.
Bila anda menyertai usrah,maka rasakan getar2 hebat akrabnya anda dengan ahli usrah (jika ht anda mempelawa'nya')
Bila anda menyertai usrah,maka rasakan inertia untuk lebih maju ke hadapan!
Bila anda menyertai usrah,maka sedialah untuk mengawal perasaan ingin tahu yang membuak-buak
Bila anda menyertai usrah,maka rasailah apa yang anda belum pernah rasai!
Bila anda sertai usrah,maka jadilah seorang yang agung. "Islam itu agama yang agung,dan tidak membawanya kecuali orang yang agung".





Tapi lain pulak,bila anda TAK/BELUM sertai usrah...
JOM GI SAMA2...!^_^


p/s:igt nak tmbh lgi soalan..tp....

Sunday, December 21, 2008

Sebuah SMS~Selayang Warkah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah.Jam 12:** lebih,sampai di rumah.Ibu kepada rafik yang juga jiran saya menghantar.Pagi tadi rafik itu tumpang saya,balik saya pula tumpang rafik.:)..Pagi tadi ada liqo' Biro di sekolah,sahaja saya buat untuk bertemu jundiy-jundiy sambil memberi penerangan tentang apa-apa pembaharuan dan sebagainya.Tapi,walaupun ramai tidak dapat hadir..tapi saya cukup bersyukur dan kagum,kerana yang hadir semua adalah adik-adik junior F*.Hanya seorang je dr form tu tak ada sebab berada di kampung,saya tahu.Tengah-tengah menunggu kehadiran yang lain,ada orang memberi salam...berdiri di muka pintu sambil memegang telefon bimbit.Terus saya tak dapat tahan senyuman sebaik melihat insan tersebut.Terubat sedikit rindu di hati..tapi lain macam saya rasa ..sebab perasaan ini bercampur gembira + sayu+sebak.:(.Saya bersalaman dengan murobbi yang telah bekerja sepenuh tenaga dalam membangun tarbiyyah di bumi al-Amin ni...pastu masuk 2 orang kakak,seorang tu macam familiar sangat.Eh..kakak ni saya pernah jumpa semasa program Iktikaf di masjid KLIA dulu!dari UPM,tak sangka boleh jumpa lagi...alhamduliLLAH..:)~ Rupa-rupanya ada daurah untuk senior-senior tingkatan 5 yang baharu sahaja tamat SPM,begitu terang Ukhti 'Petunjuk'. Lama juga tak jumpa kakak-kakak senior...maklum,tahun depan pun mereka sudah tiada lagi kat sekolah.Jarang-jarang akan bertemu.Bersyukur akhirnya dapat jumpa jugak...walaupun tak semua.
"akak buat apa lepas SPM ?".
"oh..sekarang ni ana kerja kat Taska...sebab tu spek blh pecah ni..",ujar Ukhti 'Penawar' sambil tersenyum separuh gelak.
--Ketika liqo'..dalam 'segmen akhir' hampir habis,adik-adik junior rancak berceritera pada saya tentang. Saya mendengar,pasti mereka dah lama tak bermunaqosyah..jadi saya beri peluang pada mereka untuk meluah,cuti-cuti ni asyik duduk rumah ..so,jarang2 dapat berkumpul macam ni.Nak bergayut dalam telefon,meninggi pulak bil nanti/kredit habis.Tapi itu lepas dah habis perbincangan liqo'.--Bila dengar..saya teringat benda 3 hari lepas.Entah..
Hari tu perasaan mengantuk tak begitu kuat,sehingga tengah malam pun saya masih belum tidur.Cuti ni rasanya tidur lebih lambat dari masa musim periksa.Tiba-tiba telefon genggam bergetar,berbunyi..ada mesej!Saya baca,..huh?msej tu dari murobbi .Saya balas sekdar mungkin..bertanya,ber'pujuk',.Makin saya baca mesej-mesej seterusnya,terasa tersentak,sedih tapi kuat.Saya sedar,memang tak lama lagi ujian hebat bakal menerpa.Tapi cukup kuat ke sayaKita nak hadapi?InsyaAllah..Saya tak berani nak mengagak, atau menduga apa yang akan menjelma.Rangkap akhir dari mesej terakhir murobbi..saya renung..Ingin letakkan di sini,supaya para pembaca tahu..hakikatnya mesej ni untuk semua,tiada yang terkecuali,kan?:
".....Antum adlah generasi mujahid dan mujahidah yang akan
meneruskan perjuangan Rasulullah,cayo2"
Nah,antum nilai sendiri.Peribadi,amalan,hammasah,tadhhiyyah,ilmu dan hujah...cukup untuk berada di atas jalan itu?Tak cukup,tingkatkan.Cukup?,mesti tersilap tu...
Itu sebuah SMS.
Mesej dari murobbi,sebuah pertemuan 'rindu + sayu' murobbi...rupanya saya tak bersedia lagi.Mungkin.Sekadar me'MAKSA' diri untuk bersedia.
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------
Petang semalam,usai solat Asar,saya duduk di bilik sahaja.Sambil-sambil membelek majalah yang baharu dibeli seminggu lepas,lebih kurang la.Sehelai sehelai saya selak.Tak lama,tiba2 Abi memanggil sambil berdiri di muka pintu.Waktu tu tengah baca tajuk 'pembentukan jari-jemari yang unik' di bawah tajuk besar 'Keajaiban dalam Rahim Ibu',majalh I keluaran Disember 2008.Pembacaan terhenti.Pada tangan Abi ada sampul surat warna krim2 gitu.Selepas di'usik' Abi,saya buka surat tu.Pada tulisan tangan yang terpapar,saya dapat agak siapa penulisnya.Di dalamnya,ada 2 helai kertas,satu berwarna pink..satu berwarna hijau.Teringat kenangan lama,dulu memang rajin berbalas-balas surat dengan si penulis.Tapi sejak bila saya tak ingat,terstuck.Tiba-tiba ada surat setelah sekian lama,mestilah ......
alamak...!
saya fikir2 dulu.
~insyaAllah..sambung.Saya fikir dulu.~

Saturday, December 13, 2008

Tidak pernah terfikirkan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


~Siang tadi ketika duduk-duduk di ruang tamu,satu channel sedang disiarkan.Tidak ingat pula apa tajuknya,tapi ktk itu babak ada alien yang siap sedia ingin menyerang mangsanya.Manalh tahu,jika2 anda terbuka channel yang sama.Tetapi di pengakhirannya alien itu terjatuh ke dalam gaung yang dipenuhi api yang menyala-nyala.Mangsa tadi sedang bergayut-gayut di tepi tebing,menahan diri daripada jatuh.Mujur ada 2 sahabat bantu menarik dari atas.Tiba-tiba alien tadi tak hangus lagi,sempat capai kaki mangsa untuk ditarik bersama terbakar dalam kobaran api hangat.
Na'udzubillah,memang ngeri apabila fikirkan andai kita berada dalam situasi yang sama.Astaghfirullah wa na'udzubillahimin zalik.


Kat dunia sekarang ni,nak kata filem-filem yang beri unsur seram atau 18SG...mmg byk sangat.Terutama filem-filem seram,pelbagai bahasa ada,dr Jepun ke Inggeris,hingga lah Malaysia,dr yang flop hingga ke box-office.Memang tak nafi,sangat berpengaruh pada org ramai,utama2 yang tidak punya iman yang kuat.Teringat ketika perjalanan menuju ke tapak camping f4,boleh-boleh pemandu bas memasang cerita seram Indonesia,'Pocong'.Tapi..last-last kena tutup sbb anak-anak kecil tak tahan menonton ...(anak-anak kcl ke anak-anak bsr?.).Kalau filem-filem aksi,penyeksaan lebih ditonjolkan.Tak sanggup untuk ditulis di sini,anda lebih tahu.Ngeri bukan?

Itu baru di layar perfileman,layar realiti jauh lebih hebat.Negara-negara yang bergolak terutamanya,baharu sebentar tadi berita mengenai anak kecil di Iraq,bernama Syams yang jadi buta impak dari pengeboman di Iraq.Bilang datuknya,


"namanya Syams yang brmaksud
cerah tapi kini cerah itu sudah bertukar menjadi gelap".
.


Sedih sekali,anak yang comel dan tidak berdosa,tidak mengerti apa-apa jadi mangsa tangan manusia.--Kemudian di Palestin,tahanan-tahanan disembelih,ditorture sedahsyat mungkin oleh Kuffar,diserbu anjing-anjing yang lapar.Banyak lagi wahai mata-mata yang membaca...Zaman dahulu tidak terkecuali,ketika Castile berhasil meguasai Granada,sesiapa yang ter'pesong' dr ajaran Kristian,dikira melakukan bidat dan heresy.Hukumannya dibakar hidup-hidup setelah diseksa dalam penjara.Dicucuh dengan besi yang baru dipanaskan api.Jika membaca kisah-kisah sahabat,banyak sekali penyiksaan yang diterima .Ingat lagi kisah Bilal,Khabab,Masyitah,Sumayyah....?Ingat lagi tragedi di Ambon-Maluku?


ya..seperti yang saya sebut di atas,tingkah-tingkah ini sangat mempengaruhi manusia.Dari segi mental mahupun fizikal.Ramai orang yang berasa takut apabila menonton cerita-cerita seram,bila figure-figure putihhitam mula menjelmakan diri dan 'beraksi'.Ramai yang merasa gerun dan ngeri apabila melihat k**a** tercabut dari b***n,dengan jeritan kesakitan yang menggema hingga ke setiap pelosok...dibakar dan ditanam hidup-hidup.Tapi.......ini baru ciptaan manusia,rekaan dari hasil fikiran manusia yang lemah.Penyeksaan dari manusia yang lemah yang nyawanya berada dalam genggaman Al-Muhyi wal Mumit...jika begini pun sudah menakutkan,apatah azab dari.. "...waLLAHU SYADIDUL 'IQOB"?bagaimana dengan neraka Hutomah?

Ya Allah,ya Latif..Ultuf bina.Ya Rahim.


وَلَوْ أَنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا وَمِثْلَهُ مَعَهُ لَافْتَدَوْا بِهِ مِن سُوءِ الْعَذَابِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَبَدَا لَهُم مِّنَ اللَّهِ مَا لَمْ يَكُونُوا يَحْتَسِبُونَ (39:47
Even if the wrong-doers had all that there is on earth, and as much more, (in vain) would they offer it for ransom from the pain of the Penalty on the Day of Judgment: but something will confront them from Allah, which they could never have counted upon!
Dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.




----yang TIDAK PERNAH terFIKIRkan-----




وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ.وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ العَذَابُ بَغْتَةً وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ (55-39:54
39:54 "Turn ye to our Lord (in repentance) and bow to His (Will), before the Penalty comes on you: after that ye shall not be helped. 39:55 "And follow the best of (the courses) revealed to you from your Lord, before the Penalty comes on you - of a sudden while ye perceive not!- -
("Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. [55]"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. )


....Allahumma ajirna minannar...

Monday, December 8, 2008

Cerita Yang Tidak Sama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sejuknya pagi 10 Zulhijjah.Hujan rahmat mungkin.Subhanallah,walhamdulillah,wa la ilaha illallah wallahu akbar....tasbih masih meniti di bibir Salwa.Heningnya pagi itu,syukur dia termasuk dalam golongan almustaghfirina bil ashari,mudah-mudahan,moga diterima ibadahNya.Tahajjud itu kunci sebaik-baik tentera dan sebaik-baik raja.Dalam suasanana yg sejuk dan tenang,sendirian bertemu Allah Maha Mencipta..'ya Allah,layakkah berdiri di hadapanMu?Namun khusyukku sesekali terhilang,hamasah tidak sekuat dahulu...lalu aku datang padaMu lagi mengharap rahmat & kasihMu,bisakah ya Allah?Bantulah aku dlm mengingatiMu,mensyukuri nikmatMu,dan membaikkan ibadahku pdMu...'...-hati nya berbisik

Allahu akbar...Allahu akbar...Allahu akbar...la ilaha
illallah wallahu akbar..allahu akbar walillahil hamd...

Salwa amati dalam-dalam.Takbir yang terlaung dr corong radio sebaik shj azan Subuh dilantunkan.Terasa lapang hatinya,terbuka fikirannya.Beberapa hari ini Salwa seolah tidak punya kekuatan,hamasah yang cukup,selalu sahaja seperti futur...ya Allah,kenapa ni?Masalah yang tidak begitu menjadi masalah memberati fikirannya.Geresah membadai kerja-kerja yang dirasakannya banyak,urusan yang dirasakannya bertimbun dan tidak teratur,masa yang mencemburui....astaghfirullah,bukan masa itu yang dipersalahkan.Bukankah antr 10 muwassofat itu tersusun urusannya dan menepati waktu?Hatinya mrendah.Lagi bertambah sukar me'layan' karenah golongan 'nak 1000 daya, tak nak seribu dalih'.Ya Allah,su'u dzhon kah aku?Terasa tidak termampu lagi nak hadapi...tapi,Salwa sgr ingatkan diri,mujahidah sejati tidak akan mudah tumbang,..eleh,cubaan setakat ini takkan dah nak mengalah?

Salwa capai buku berbunga kilat merah-merah pink di atas meja.Lama dia tidak mencoret sejak,kira2 blh dikatakan hampir 2 tahun.Sedang buku itu dibelinya 6 tahun yang lepas.Reben merah sudah tertanda di hamparan muka kosong.Dia hanya menarik,membuka dan sudah sampai pada hamparan putih bersih.Pen biru jadi pilihan.

10 Zulhijjah 1429 @ 8 Disember 2008.

Bismillah.Alhamdulillah...saat ini terasa semangat ku kian memulih,dan moga terus begitu ya Allah.Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah, semalam aku bisa berpuasa,mengharap ampunan dosa setahun yang lepas dan setahun yg akan datang.Moga ya Allah.Allahumagh firli ma qoddamtu wa ma akhartu,wa ma asrartu wa ma 'alantu,wa ma asraftu wa ma anta 'alamu bihi minni...:).

Semalam juga aku berkesempatan melihat satu CD yang sudah lama jadi pekasam...entah,aku sendiri tak ingat bila aku membelinya,bulan 5?6?,emph...Semalam juga aku meminta ukhti membelikan sebuah buku,sempat juga aku berjalan hingga bab 4 malam tadi.Dah lama memendam hasrat sebenarnya,tapi aku tangguh dahulu.Tiba2 pula disarankan oleh Ustaz 'favourite',lagilah membuak rasa ingin memiliki...kebetulan pula Ukhti mahu keluar,sembari itu beli2kan buku.hehe...orang sudah bergaji.Cuti ini tergerak nyali membaca sejarah-sejarah Islami secara tdk sengaja.Tapi pembacaan ini emm..rasanya tidak bgtu serius spt org yang menekun mempelajari satu-satu huruf yang tercatat.Sekadar ingin naikkan kembali hamasah dan mengutip maw'izoh2 jadi bekalan dan staretegi,mungkin,insyaAllah. Allah itu Yang Maha Bijaksana...mohon ilmu hanya drNya.

Ahh..rendah diri terasa ingin mengutip mutiara-mutiara berkilau.Betapalah selama ini sedihku sedih tersia.Sedih yang tidak begitu patut disedihkan.'Abang-abang'ku,'kakak-kakak'ku,'pakcik-pakcik'ku,'makcik-makcik' ku,'datuk-datuk' ku,'nenek-nenek' ku seberang sana lebih terpayah,lebih menjerih,lebih kesakitan...aku disini ibaratnya hny sedikit tercucuk duri mawar di hujungnya kapas,mungkin bukan mawar...tapi lidi sahaja! Sekian,sekian..terasa spt aku telah berpenat lelah yang teramat,sehingga fikirnya boleh berbaringlesu sbentar krn terlalu berpayah-payah..astaghfiruLLAH..rupanya ia tidak sama.Langsung jauh beda!Hari tu melihat berita di akhbar...rakyat Yahudi, pula ingin tunjuk lagak pada saudara-saudara ku Palestin dgn membaling batu ke arah kawasan kediaman mereka..bukan tentera,tapi rakyat/pendudukharam. Oh.ingin meniru perjuangan kah?...tapi tetap tidak sama.Balingan saudara ku kuat diiringi takbir dan hamasah kepada Tuhan Pencipta Alam..sedang balingan mu rakyat Yahudi..hanya sprti membaling sehelai benang yang terkulai layu,langsung tidak punya kekuatan..lemah sekali.Air pun meluncur lebih laju dr balingan kalian!Langsung tidak menyakiti kami.Mereka tidak akan pernah menang kerana iman itu sentiasa di dalam hati dan dibawa ke mana-mana..(ameen..!)aduh..hmm,tak ingat siapa yang berkata,sama ada Syeikh Abdullah Azzam atau Osama bin Laden atau org laen..; 'sekiranya seorang muslim itu lemah,sedikit atau fakir,tapi dia yakin terhadap agamanya.pasti Allah menolong'..ya..lebih kurang mcm tu.

Jika begitu nasib saudaraku,mana bisa aku disini duduk termenung,memonyong berpanjangan,mengomel tidak sudah ....ironinya,kerana dirimu juga Salwa punya iman sprt mereka,bezanya imanmu tidak sejati dan seteguh mereka.Masakan tidak,..kerana ia tidak sama.Tidak layaknya dirimu Salwa untuk lemah sebegini...tidak patut.Begitu bila-bila aku terasa futur,segera melihat pada org yang lebih susah.

Daripada Abu Hurairah r.a,Nabi s.a.w bersabda : "Lihatlah
kepada org yang lebih bawah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu;ianya lebih wajar agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah." (Riwayat Muslim)

Sempat juga aku membelek2 tulisan Dr. Abdullah Al-Qorni,'La Tahzan'...iya,jgn sedih-sedih la Salwa!Aku membukanya random.Menghabiskan beberapa minit menelitinya...tercatat 'andai engkau tidak gembira kerana tidak beralas kaki,maka lihatlah orang yang betisnya kudung!Maka bersyukurlah kepada Allah atas kedua kakimu itu..'Benar,cerita ku ini tidak sama.

Sungguh-sungguh,cerita ini tidak sama.Agaknya aku sendiri tidak tegar setabah Saad dalam 'Rindu Andalusia' yang berlari-lari dan menangis tatkala tentera Romawi sudah memasuki Granada.Peritnya..Saad menyaksi sendiri dan sendirian.Agaknya aku juga tidak sesabar anak kecil Hassan yang ditampar ibunya kerana keluar tanpa izin.Terlalu risau ibunya sehingga menangis bimbang andai-andai Hassan diculik tentera Castile lalu dijual di pasar-pasar.Agaknya aku sendiri tidak setegar penduduk Granada yang berkurung di rumah,menahan kerisauan bakal berlakunya pindahan pimpinan kepada tentera-tentera Castile.Kota Granada,dulunya ulung dan damai...sudah dikotori tiang salib besar berwarna perak terpacak kukuh di menara Alhambra.Masakan risau,gelisah, tidak menguasai diri?Agaknya aku juga tidak setegar Abu Jaafar yang tatkala org lain sudah sprti pasrah,dia melaungkan "Aku yakin kita mampu melawan mereka!!"...Aku?negaraku spt mereka?ehm...zahiriyahnya tidak,batiniahnya ya!..ahh...generasi Syahadatain lemah?rumit2.......

Cerita ku juga tidak sekental usaha Dr. Abdullah Azzam yang mengumpul pemuda-pemuda ke Afghanistan melawan Amerika,Rusia dan Yahudi.Cerita ku tidak setulus pimpinan Osama bin Laden memimpin Al-Qaeda..membaja semangat jihad ingin menjulang panji Islam kembali.Ironinya....walau cerita ku tidak sama,tapi aku pula yang terlebih lemah dan futur...tidak setenang Osama dalam menangani masalah dan kata-katanya lembut dan tenang sekali.Tidak sesemangat Dr Abdullah Azzam yang tetap yakin pada janji Allah dan dia sentiasa ber'gerak'!Tidak seberani Mullah Muhammad Umar tetap mempertahan Afghanistan dari jatuh ke tangan kotorbusuk Yahudi....Ceritaku tidak sama.

37. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan
sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah suci Makkah) Yang
tidak tanaman padanya, di sisi rumahmu Yang diharamkan mencerobohinya. Wahai
Tuhan kami, (Mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang
(dan memakmurkannya Dengan ibadat). oleh itu, Jadikanlah hati sebahagian dari
manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan
kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil
tanaman, semoga mereka bersyukur.

aduhai Salwa....setakat mana juangmu?setakat mana lelahmu?Ia tetap beda dengan lelahnya Siti Hajar berulang-ulang mencari mata air.Sabarmu?Jauh sekali dgn sabarnya seorang ibu ditinggalkan suami di tanah yang gersang,langsung tandus.Bersama dia,seorang bayi yang kehausan.Pengorbananmu?hah...sangat-sangat jauh ketinggalan dr pengorbanan NabiNya..Ibrahim a.s yang menerima perintah wahyu untuk menyembelih anak kesayangan.Juga berapalah sangat dibandingkan dengan pengorbanan sahabat Rasulullah s.a.w yg laen?Sehingga ditanya pada Abu Bakar,apakah yang engkai tinggalkan untuk keluarga kamu?Jawab Abu Bakar,daku tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya.Pula tegarmu?....jauh sekali dengan tegarnya Ismail a.s patuh pada perintah Allah,rela pada ayahnya untuk disembelih.Aku masih ingat Ramadhan dahulu pernah 'Ulya ceritakan padaku tentang kisahnya.Waktu itu kami dalam iktikaf 10 malam terakhir...rindunya..

102. maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".

103. setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),

104. serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!

105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan.

106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian Yang nyata;

107. dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar;

108. dan Kami kekalkan baginya (nama Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian:

Salwa,salwa....bangkitlah dr angan-angan,dibuai perasaan yang ingin menyogokmu untuk terus bermanja dengannya.Baru sedikit ini!Baru sedikit ini Salwa!..em-em.Jika dibandingkan dgn 'perjuangan'ku dengan perjuangan Rasulullah dan para sahabat..entah,tiada ratio yang boleh dibuat,langsung tidak setanding.Malah futur juga kerana keyakinan ku tidak sekuat keyakinan Muhajirin yang berhijrah...~mereka tak punya apa,harta,sanak saudara,..tetapi mereka percaya hnya janji RasulNya~..Hijrah yang agung yang kini semakin dilupakan..

Cerita yang tidak sama...pengorbanan yang terlalu banyak ketara,tetapi mengharap nasib yang sama?..

pap!.Soalan di pengakhiran sengaja ditulis sebegitu.Sengaja ingin menduga dirinya sendiri.Salwa tutup buku.Disemat sekali cahaya.Sesekali memandang ke luar...langit yang gelap akan cerah juga.

"Sesiapa yang mahukan kebaikan dan membaikkan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pengorbanan,maka ia bagaikan seorang yang mimpi kosong."

Salam Eidul Adha.

Wednesday, December 3, 2008

Bila hati g......!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

(menulis dlm kecepatan)

Alhamdulillah pagi tenang.Lepas zohor ada jemputan utk membaca kalam suci bersama rafik di rumah murobbi .Moga-moga dilimpahkan rahmatNya,mencurah-curah.~Sesekali teringat peristiwa.Malm tadi bergulat dengan 3 thumbdrive minta diisi,file attachment utk didownload permintaan rafik Y,ucapan permintaan rafik I,carta dan bajet amanah dr murobbi,'diari' juga permintaan rafik Y.Rafik R juga sibuk dgn GERKO dan mencipta nama utk program (*ie*,sihat,cntk??')


Sedang membuat kerja.
Masuk satu.Dari rafik I.

Astaghfirullah...meletup nampaknya 'anonymous' .Rafik I?Segera pujuk tenang,sabar dan istighfar..


Sambung kerja.
Hantar satu.Kepada rafik I.

Baru tekan ,masuk lagi satu.



"Wei..dak ****** skunk ******* en klu yer *** r *****".ha?bhs apa ni?x faham..

Hati bara-bara.Astaghfirullah(3x).Tidaklah bgtu marah,kerana pengalaman mengajar.Cuma bila hati g......!Gigil-gigil taip luah pada rafik R yg sdg online.
Ya Allah,teringat pada hadis 'La Taghdhob!'.Kagum pd rafik I.Sebelum tu saya nasihat dye,kali ni dye nasihat saya.


"...tp ana x galakkan nti ****..Sbb kte x mampu m'jangka apa yg akan berlaku slps i2..Jgn lupa hadis hr tu,..wa atbi'is sayyiatil hasanah tamhuha wa khaaliqin naas bilkhuluqin hasan...jgn temukan api dgn api,lg marak dan sukar dikawal nnti..xpe2..kte sabar je dulu..dn doa spy kte dn dye dikurniakan petunjuk.....kte ambik wudhu'mudah2an sejuk ckit hati kte..sabar ye!:)"



'--Banyak org berkata:"Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi?"
Aku katakan pada mereka: "Menanggapi sesuatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan.Bersikap diam dalam menghadapi org bodoh atau org yg gila merupakan kebajikan jiwa.Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bg kehormatan.Tidakkah engkau lihat!Harimau-harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika mereka diam.sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari kerana selalu menggonggong." (Wasiat Imam Syafi'e)---


~Entahlah baru-baru ni pelbagai menimpa.Kelam.Kabut.Kusut.Masai..Kelmarin termasuk juga..('Mereka'?tak fhm.tak nak faham.biala..hrp matangkan diri anda!)Masing-masing dgn ujian tersendiri,baru sikit!Mmg Allah tahu apa yang diperlukan hamba-hambaNya.Peringatan,teguran untuk lebih bersemangat...tp apa perlu buat bila begini?Bila hati *geram*,terasa mahu terluah segala.Rasulullah bila kejahatan berlaku pdnya,baginda tenang dan membalasnya dgn kebaikan.Mendoakan.

Siapalah diri untuk marah-marah,x puas ht pada orang?teruskan kerja,teruskan hamasah,minta kekuatan padaNya.Jangan buka pintu untuk syaitan.


'Bila hati gerammm.....!Istighfarlah..istighfar.Ingat pada TuhanMu.Dirimu hanya hamba yang lemah yg juga perlu kemaafan drNya.Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fuu anna'




(*baik,mahu bergegas.....!)

Wassalam

Monday, November 24, 2008

Gift from 2007 Orientation Week


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Just a few days ago,I was sorting all my stuff inside the drawer.Actually it was a 'body part'of my desk.Phew...!(don't know what to say..).Then,I found a CD...huh?I'd labelled there "Tips~Al-Quran,Minggu Orientasi Tahun 2007"...em,yes I remember it was a gift from one of the penceramah..(lost the word).At past,I've just opened up one file from the CD.,actually it contains a lot!..so,I decided to put (copy-paste) the file here to the blog's space.Very useful though!Enjoy it...as I'm still travelling the CD...wait till I finish it,insyaAllah..so,I can give more copy-paste wordS here..hehe...~nothing serious~

-------------------------------------------------------------
A Guide for Memorising the Noble Qur'aan English Translation and Compilation by Amjad ibn Muhammad Rafiq Edited and Supplemented by Muhammad al-Jibali
Copyright 1996 by AIM - University of Essex Islamic Society

Practical Steps for Memorising

1. Correcting Pronunciation and Recitation
The next step in memorising the Qur'aan is to correct the pronunciation. This cannot be fulfilled unless one listens to a good and precise reciter or memoriser of the Qur'aan. The Qur'aan cannot be learned without a teacher.


The Messenger (sallallaahu 'alaihi wa sallam) was the most eloquent of all the Arabs. Yet, he (sallallaahu 'alaihi wa sallam) learned the Qur'aan from Jibreel orally. Also the Messenger (sallallaahu 'alaihi wa sallam) used to recite the Qur'aan to Jibreel once in every year - in Ramadan. And in the year that he dies, he recited it to him twice.
Likewise, the Messenger (sallallaahu 'alaihi wa sallam) taught the Qur'aan to his Companions orally; and he heard it from them, after they had learned it from him, time and again.


Therefore, one is required to learn the Qur'aan from a good reciter, to correct ones recitation on a first occurrence basis. Also, one should not rely solely on oneself in learning the recitation of the Qur'aan, even if one is knowledgeable on the Arabic language and its principles. This is so because in the Qur'aan there are many ayaat that occur in a way uncommon in the rules of the Arabic language.


2. Adhering to a daily Limit for Memorisation
One must set a daily limit for the amount of Qur'aan that one wishes to memorise. This limit should be reasonable and possible to fulfil. It varies in its amount from one person to another; it can be a number of ayaat, a page, two pages, an eighth of a juz, etc. One should resist the temptation to move to move to a new portion of the Qur'aan before perfecting the memorisation of the current portion that agrees with the set limit. This is a disciplinary measure that helps one concentrate on one thing at a time, reducing interruption, and enabling one to firmly establish one's current portion in one's mind.



3. Continual Recitation and Review
Once one has corrected his recitation and set his daily limit, one should begin his memorisation process by continual recitation and repetition of his daily portion. The memorizer must occupy himself with this through the hours of the day and night. He should recite it:


  • * In the fard (obligatory) as well the nafl (optional) prayers,
  • * While sitting in the Masjid (mosque) awaiting the jama'ah (congregational) prayer,
  • * For a few minutes after the jama'ah prayer,
  • * Before going to sleep.
  • * While waiting for anything (bus, dentist, etc.),
  • * While riding a bus, car, etc.
In this way, it is possible for a person to practice his memorisation even when occupied with other matters, because he is not restricted to just one specific time for memorising the Qur'aan. And with approach of night one will find that his set limit is memorised and firmly established in his mind. And if something unusual happens to occupy the memorzer during the day, preventing him from completing his set limit, he should not move onto his next portion of the Qur'aan on the following day. Rather, he should continue with what he had started the day before, until his memorisation is perfected.


4. Reciting in a Melodic Tone
During memorisation, one should recite the Qur'aan in a melodic tone, beautifying his reading as much as possible. It is important the one reads melodically. This is important for the following reasons:
  • 1) Melodic recitation conforms with the Sunnah of the Prophet (sallallaahu 'alaihi wa sallam) who used to recite the Qur'aan in a melodious and tranquil manner.
  • 2) It conforms with Prophet's command who said; "Whoever does not chant the Qur'aan (recite it melodiously) is not of us."15 (from me:really don't know this hadith)
  • 3) It is pleasing to one's ears, providing incentive to continue with the memorisation.
  • 4) It helps make one's memorisation firm and strong.
  • The tongue will always return to a specific tone of voice, and would thus detect a mistake whenever the balance or harmony in one's recitation becomes disordered. The reciter's tongue will not comply with him in making a mistake when he is unmindful.


5. Using the Same Copy of the Qur'aan (Mushaf)
A memoriser of Qur'aan should have a specific mushaf (copy of the Qur'aan) from which he reads all the time. A person memorises using vision as he does using hearing. The script and form of the ayaat, and their places in the mushaf leave an imprint in the mind when they are recited and looked at frequently. The positions of the ayaat would be different in different types of mushafs, and the script may be different also. This confuses the memory and makes memorising more difficult.



6. Understanding Is the Way to Memorising

An important thing that greatly aids the process of memorising Qur'aan is to understand the meaning of the ayaat one is memorising, and know how they are linked to each other. Thus the memoriser should read the tafsir (explanation) of the ayaat that he desires to memorise, and should bring their meanings to mind while he is reciting them. This makes it easy easier for him to remember them. Knowing the meaning of the ayaat is extremely important for memorisation, and to increase the rewards of reciting Qur'aan.

However, one should not merely rely on this for memorisation. Rather, as explained earlier, the repetition of these ayaat should be the foundation. He should repeat them many times, until the tongue can recite them easily - even if the mind drifts away from the meaning. As for the one who relies upon the meaning alone, he will forget often, and his recitation will be disrupted as soon as his mind wanders, which is a common occurrence with lengthy readings.

---------------------------------------
I just give you'll 6 steps out of 12..so giving a time for you (also me)to practice it slowly.
Istiqomah and practice with this...and hit me back if you want the 6 more steps ..
Ma'at Taufiq!
and..remind me if I forget this

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
103: 1. By (the Token of) Time (through the ages), 103: 2. Verily Man is
in loss, 103: 3. Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.

Yusuf Ali's Quran Translation



Wassalam~

Monday, October 20, 2008

~Jangan SoMBoNG wahai diri!~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
---------------------------------------------------------------------------
"Wahai kaumku...!Jauhilah sikap sombong dan takbur
kepada Allah dan terhadap makhlukNya.Kenalilah kemampuan dirimu sendiri dan
rendahkanlah hatimu.Awal kejadianmu adalah air mani yang kotor dan hina,manakala akhir dari kehidupanmu adalah bangkai yang terbuang....."

-Al-Sayyid Syaikh
Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani.


Jangan sombong wahai diri!Jangan sombong.Kadang-kadang mungkin engkau bisa terfikir bahawa engkau mampu buat segalanya.Engkau mampu selesaikannya sendiri.Engkau menganggap ia mudah....walhal ia tidak semudah yang engkau sangkakan.Padahal ia bukan dapat dicapai oleh jalan 'shortcut' yang engkau cipta sendiri.Lupakah bahawa segala perkara dalam lingkungan takdirNya?Lupakah engkau bahawa Dia Yang Maha Berkuasa Menentukan segalanya?Lupakah bahawa Dia Al-Muqtadir??Maka...tiada kekuatan melainkan dariNya.Jka engkau tidak berusaha,kemudian Allah memberi kemenangan padamu..adakah engkau mampu menerima kemenangan itu??,jangan sombong wahai manusia!Jangan sombong wahai diri!

*>>>*Manusia sering memasang angan-angan.Jangan kata tekad..azam,cita-cita malah wawasan pun sudah difikirkan.Tapi sayang,..sering harapan memuncak,tetapi usaha tidak setimpal mana.Alhajatu tufattiqu alhiilah!(keazaman diikuti dengan usaha).Ibaratnya seorang pemain ice hockey.Memang bagi stp pemain mengimpikan sebuah kemenangan.Anggapkan sahaja mahu mendapat trofi.Persoalannya.....pernah lihat tak pemain yang main dalam 10 minit je gitu,kemudian dye duduk di bangku,tiba-tiba dia dapat juara?Tidak..tapi untuk mendapatkan kemenangan tersebut ,pemain itu haruslah turun ke gelanggag,mengharungi permukaan ais yang licin yang bisa buat org terjatuh,berusaha merebut bola dari lawan...berusaha untuk memukul bola masuk gawang walaupun ada sang 'goalkeeper' menanti.Kemudian baharulah...memungkinkan kejayaan itu hadir padanya.~ini sekadar aircond pemanas.~

69. dan orang-orang Yang berusaha Dengan
bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah
berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.

(Al-Ankabut)

---Seorang mu'min itu orang yang cerdik,begitu sabda Rasulullah s.a.w.Ya..cerdik dalam segala hal.Cerdik dalam menyelesaikan masalah..kerana orang Mu'min itu punyai Al-Fattah!Cerdik dalam berhujah..kerana orang Mu'min itu punya Al-Mubin!..Lantas,seorang Mu'min itu sepatutnya seimbang ...atau tawassut.Sederhana.Tidak kurang..dan tidak terlebih.Sama juga dalam hal pelajarannya.Nah!ini yang saya cuba bawakan...Kesibukannya dalam perkara yang lain sepatutnya tidak mengganggu hal2 yang lain.Misalnya seorang yang bekerja part-time tapi pelajarannya sedikit pun tidak terganggu....Sidang pembaca,lihat sahaja pada para sahabat.Kisah yang selalu kita dengar di telinga,tapi mungkin tidak di hati.Mari...

  • Abdul Rahman bin 'Auf ..seorang peniaga yang Allah limpahkan harta yang banyak padanya.SubhanaLLAH!Tapi langsung Abdul Rahman tidak mengacau kerja-kerja da'wahnya.
  • Imam Abu Hanifah..antara Imam mazhab yang terkemuka.Tapi Imam Abu Hanifah juga adalah seorang peniaga....tapi tidak mengganggu akan kerja-kerja tafsirnya,pencarian hukumnya,malahan..sangat teliti.

Itu generasi Syahadatain yang sangat hebat!Sangat mantap!..Berbalik pada tadi,spertimana kerja tidak mengganggu da'wah,maka da'wah juga tidak mengganggu kerja-kerja yang lain.Tapi saya nyatakan di sini,skop yang ingin dibicarakan sebenarnya bukanlah tentang da'wah dan kerja....tapi tentang keSEIMBANGAN urusan dalam hidup seorang Muslim itu!Terlayar ingatan saya pada serangkap kata seorang penceramah.,tidak ingat ucapannya,tp penafsirannya lbh kurang mcm ini...

'Sekiranya kalau seorang Muslim itu kerja
dia tak buat
..dia belum lagi seorang yang benar-benar Muslim yang
berjaya.'


---Terkadang insan hanya menanggap satu benda sahaja yang penting,sehingga terabai yang lain.Tidak...sbenarnya semua benda adalah penting.Andaikata lah seorang menganggap bahawa belajar EST tidak membantu dalam da'wah...maka itu suatu yang salah!Mungkin sekali pandang..'haa?apa kaitan techonolgy2 ni dengan nak Islahkan orang?'...ada kaitan sama sekali sidang pembaca. Sekiranya seorang Muslim wa Mu;min dalam bidang EST ataupun panjangnya English for Science & Techonology,..dalam era teknologi kini,sudah tentu ia mampu membuka mata dunia!Apatah lagi,dia adalah seorang Muslim wa Mu'min...dan tidakkah ini akan mnarik minat sang mad'u?untuk lebih mendalami Islam.Di situ,ada 2 kebaikan padanya...kejayaan di dunia dan kejayaan untuk agamanya sendiri...Qad aflahal Mu'minuun...Tidakkah ia juga membantu dalam agama ALLAH?Ihfazillaha yahfazka!Jadi,jangan SoMBoNG wahai diri.!---Belajar juga penting---*<<<*

Imam Syafie mengatakan 6 syarat untuk menuntut ilmu. Cerdik,SUngguh-sungguh,rajin,kena cari,berkawan dengan ustaz (org soleh/ahli ilmu)..dan ia masa yang panjang. Termasuk juga meninggalkan perkara2 yang syubhah.Itu kata seorang Imam besar!.Imam Ghazalie ;

"Kamu tidak akan mendapat sebahagian dari ilmu sehinggalah kamu membri
keseluruhan dari diri kamu........barulah kamu m'dapat sebahagian dari ilmu
Allah.."
wallahu'alam.

//Cubalah untuk berusaha..dan
berusahalah untuk cuba.Ikhlaskan dasar niat mu.Kerna jika bangunan
bergoncang,tapi dasarnya pasak dan teguh,maka tentu ia dapat
tampung!//

57. "Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang Yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab) ".58. (kemudian ia berkata kepada rakan-rakanya Yang sedang menikmati kesenangan di syurga bersama): " Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi, -
59. "Selain dari kematian kita Yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?"60. Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan syurga) Yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan Yang besar.61. untuk memperoleh (kejayaan) Yang seperti Inilah hendaknya orang-orang Yang beramal melakukan amal usahanya Dengan bersungguh-sungguh (di dunia).(Ash-Shaffaat
)
++berusahalah sungguh-sungguh dalam setiap hal dan saling
mengingatkan anatara satu sama lain &...jangalah sombong pada dirimu,pada yang lain apatah pada
TUHANmu++
Renugan bersama hari ini : "kalau antum x buat kerja rumah..malas,sebenarnya antum tak beradab pada guru!"
-puan pengetua Sekolah *** **-**** **ngi,Murobbi Chemistry..aasif jiddan muallimah!!
-Ada manisnya!wa syukuriLLAH atas teguranMu ,ya Allah.^_^-

Saturday, October 11, 2008

Jalan Da'wah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
"Jalan ini adalah jalan yang
takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan
kesempitan rezeki & masa depan.
Jalan yang takkan sanggup dilalui
oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu.
Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada
dan tiada kekuatan.
Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang
mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah.
Tak mampu dilalui
dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan
sesuatu kepada Allah."
-Fathi Yakan-
~
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya Dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
-Al-Kahfi:104-

Tuesday, September 23, 2008

Jangan berlalu pergi....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
----------------------------------------------------------------------------
Ketenangan bertamu mendengar alunan bacaan Yaasin oleh Imam As-Sudais.Saya perhati Uswah di sisi,sedang sambung tilawahnya mungkin.Terasa mahu menfaati masa,saya buka 'Surat Cinta' yang tersedia di tangan.Bacaan Imam As-Sudais dituruti,dibaca maksudnya ayat demi ayat.KalamuLLAH sungguh indah bahasanya,bisa mengetuk hati-hati yang leka.bisa memberi ketenangan yang mahsyuk.InsyaAllah.Cakera padat dimainkan terus,lanjutnya Surah Ar-Rahman.Uswah,Asma' sudah terlena..Khansa' di depan kelihatan seperti begitu..tapi tidak tahulah.Mulanya mahu tidur juga,tapi..ah,hayati dulu KalamuLLAH INDAH ini,tidak mampu saya tolak.Entah berapa jarak perjalanan mahupun masa ke Masjid KLIA saya tidak tahu.Baharu sahaja mahu jejak kaki..~


Saat kaki melangkah ke rumahNya..hati,jiwa,diri terasa damai,sejuk,aman ...gambarkan apa sahaja yang menenangkan hati.Sudah terlalu banyak qisoh2 al-hawa manusia sesakkan dada..kali ni,biarlah saya luluhkan segalanya.Saya ingin rehatkan minda,hati, dan jiwa dari hal-hal dunia.Cukup!Terlalu sesak sudah! AlhamduliLLAH,Allah masih beri peluang menganugerahkan kudrat pada diri untuk ber'Itikaf di rumahNya.Allah Maha Mengetahui perihal hamba-hambaNya.Malam itu berbuka puasa dahulu dengan sebiji kurma dan segelas air,kemudian Solat Maghrib.Usai,tiba saatnya untuk makan.Sangat berbeza apabila berada di rumah.Suasana ini saya senang.Tenang.Terurus.Malam yang ke-20!Mengapa terlalu cepat?Sedang diri tidak mahu Ramadhan berlalu pergi....

Esoknya habis satu hari Murobbi Tahsin conquer.1 HaRi dipenuhi slot Daurah Al-Quran atau lebih spesifik Tahsin Qiraat.Memperbetulkan bacaan,makhraj,baris,kenal tanda bacaan...hamba ini rupanya masih belum kenal ayat-ayat CintaNya.Apatah lagi untuk memahami 100 %...harus elok dulu sebutannya.Allahumma alhimni rusydi wa a 'izni min syarri nafsi.Ya Allah,dhoifnya hambaMu.Ceteknya hambaMu.


~Tenangnya hati tika tiba saat untuk berjumpa Tuhan.Melaporkan segalanya.Meluahkan segalanya.Sedang Dia Maha Mengetahui.Meminta petunjuk dariNya.Mengharap secebis pertolonganNya.Dia Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati.Apa dia yang menyesak di dada ini.Apa dia yang mengecewa hati ini.Sedalam mana luka yang berbekas dalam diri.Moga saya mampu laksana resolusi.Saya minta penyembuhan.Saya minta belaian kasih sayangNya,kelembutanNya.Qiamullail itu menguatkan bukannya melemahkan!




Ya Latif,ultuf bina...Ya Latif,ultuf
bina...Ya Latif,ultuf bina..

Terasa hari begitu singkat.21 Ramadhan kami harus pulang.Hamba-hambaNya harus pulang dari rumahNya..beratnya hati ini.Bicara Ustaz Ika Nazran (dr Indonesia) sarat hikmah,sarat ketenangan.Ya,persis kata Ustaz enaknya suatu itu hanya dapat dialami oleh yang merasainya.Seperti itulah ketenangan,tidak mampu digambar dengan butir bicara!AlhamduliLLAH,sehingga diri ini tidak terasa kantuk sama sekali.Bicaranya menyentuh hal 'Surat Cinta' menarik perhatian.Bagaimana mahu bermuamalat dengan Al-Quran.Bagaimana mahu beramal dengan Al-Quran.Waduh,peluang ini bukan senang untuk dapat!Bukan senang mahu dengar secara live begini!Ilmu yang tercurah terasa tidak menang tangan untuk menadah.Apatah,lanjutannya pula oleh Ustaz Muntaha.Bicaranya lembut penuh kesopanan.Tapi tetap diri ini tidak bisa kantuk lagi....AlhamduliLLAH,la haula wa quwwata illa biLLAH..Tapi apa guna kalau saya tidak mengantuk pun,jika saya tidak mendengar?jika saya tidak amalkan apa yang saya dapat?Allahumma faqqihna fiddin,wa'allimna bittakwil wa'allimna bilhikmah.~

Esoknya melangkah kaki kembali ke sekolah.Terasa baru sampai sejam sahaja di Masjid KLIA kemudian terus balik.Apakan daya,terpaksa jugalah pergi ke sekolah walau baju tidak sempat dibasuh,kerja sekolah apatah lagi!Sungguh,terasa kehilangan sesuatu.KeTenanGan tidak seperti hari sebelum.Cukuplah,pertemuan di gazebo membuat hati ini terasa ingin berlari semula ke Masjid KLIA.Ingin capai kembali ketenangan,kedamaian hati saat ber'Itikaf,saat bermunajat kepadaNya,saat merintih kepadaNya,saat menceritakan segala perkara kepadaNya.Ingin memberi telinga pinjamanMu ini kembali mendengar perkara-perkara yang menyenangkan hati tentang 'Surat Cinta' Mu,bukan perkara-perkara yang......Saat itu terurusnya masa.Tersusunnya urusan.Damainya hati.Tenangnya iman. ..Di sini,ujian terasa memberat di dada.Ya Allah,tidak bolehkah aku bersabar seSAAT bersamaMu sedangkan ni'mat yang Engkau berikan padaku tiada pernah terhenti?Allahumma inni dho'ifun faqowwini.Fasbir sabran jamiila!


~Telah lama aku perhatikan
segala.Ombak nafsu menghancurkan fitrah dunia Pedih,luka meresah jiwa Memusnahi
impian indah Biarkan ku tempuhi segala halangan pasti mendatang dengan sepenuh
jiwa.Biarkan aku pergi meninggalkan dunia yang dicalar
kerakusan manusia~(dendangan hati)


23 Ramadhan 1429 H.Pantas masa berlalu.Hati seorang hamba yang lemah ini sayu memikirkan Ramadhan ingin meninggalkan.Ramadhan bakal berangkat..tempoh untuk menziarah hampir tamat.Manik-manik jernih terus mengalir laju sedang hati tidak mahu ia berlalu pergi.Sedang hati seakan mahu masa terhenti.Sedang hati masih belum bina keKUATan yang ampuh untuk menghadapi.Tidak tertanggung rasanya menunggu Ramadhan tiba lagi..Ya Allah,semoga Engkau sudi pertemukan lagi kami hambaMu yang sangat lemah ini dengan Ramadhan.

Ya Allah berikan sedikit tempoh lagi untuk diri ini memanfaatkan baki-baki Ramadhan ini dengan sempurna.Walau sedikit tempoh lagi..Ya Mujib,ajib du'a ana.~



~Sesungguhnya yang mulia di sisi-Nya hanya ketaqwaan diri
kita Iringilah sayangku
semua PENGORBANAN dengan doa .Harapan yang bermakna .Tempatkan Ya
Tuhanku, di singgahsana terindah di syurga dengan
para syuhada
(dendangan hati)~

Wednesday, September 17, 2008

antara SINI san SANA...4

17 Syaaban 1429 H bersamaan 19 Ogos 2008



Pagi seventeen syaaban pancar terik,beza dengan hari semalam yang mendung.Walau yang demikian...tentera-tentera tetap diBASAHi.Betul,tak hujan tak semestinya tak basah,panas tak semestinya akan kering.BASAH kini lain dari yang lain.Lebih banyak kandungan garam dari kandungan pure.



"Dapat arahan keluar baris,semua MASUK KOLAM! (a.k.a kolam udang)". Suara Tuan jelas tak puas hati.Perbarisan pagi masih kabut,berterabur,scattered,tak ikut protokol,rosak!Ark...adakah ia termasuk salah kami?Ya!



Dasar kolam merasa satu persatu pijakan Mujahid dan Mujahidah.Sangat sejuk.Mujur terpisah oleh tali dan mesin rintis 'oxygen'.Berendamlah kami dalam keMaSinAn udang.Berendamlah kami hingga air mencapai paras dagu.Beberapa Abg Fesi jadi tukang perhati.Tak ketinggalan untuk mengadakan photo shoot!.
"Itulah....lain kali kamu tak payah tunggu kadet
lelaki ...kamu dah siap,kamu baris lah.!".
Seorang Abg Fesi yg sedang duduk bercangkung di tebing depan lontarkan kritikan.Ya,pasti akan kami INGAT itu.Tak payah tunggu kadet lelaki.!

Selang beberapa minit,baharu tentera-tentera yang sudah basah lencun except head dibenar naik semula ke tebing darat.Tuan beri masa untuk tukar baju kering semula.Maklum,pagi itu ada ujian based dan kawad.Pulak tu ujian based diadakan dalam dewan,sudah tentu tidak mahu diBaSahin dan diKotoRin oleh air udang.AlhamduliLLAH....jika jalani ujian dalam keadaan basah sukar mahu gerak + tak selesa.Terus kami bergerak ke dewan dengan langkah kaki antara getar dan tidak getar.Khansa' mungkinlah tidak merasa kaget ,pengalaman mengajarnya.Nasibah pula...ehm,tak dapat dikenal pasti.Para Mujahideen berjalan bergerak ke hadapan Chalet untuk jalani ujian kawad terlebih dahulu.

"Eh..ada feri!ada feri!Staf sarjan dah nak
balik.....!".
Asma' bersuara girang teruja

.Nasibah turut debar.Ferinya tak kelihatan cuma kedengaran bunyi.Itu pun samar-samar.Betul,hari ini hari Selasa.Hari ini Staf Sarjan bakal berpisah dengan ketenangan keHijaUan hutan.Hari ini Staf Sarjan harus ucap selamat tinggal pada Pulau Pangkor tercinta. "Dah,dah....fokus!fokus!".Nasibah cuba kembalikan tumpuan yang tadinya dirampas perasaan syoksendiri.Walhal Staf Sarjan pulang malam...lewat malam!Skuad nisa' Al-Amin kod B.B.B dapat giliran second last ...tapi nasib kami Tuan terlupa dan akhirnya jatuh ke tangga last.Tidak mengapa!
~Sharp!Gerak!Sharp!Gerak!Sharp!Gerak!.........~
AlhamduliLLAH,ujian BaSed selamat berlangsung.Semangat sekali suara Sofia mengGEGAR partikel-partikel solid dinding dewan.Tonenya KUAT AMAT.Akhirnya,ada beberapa langkah yang Tuan tegur untuk diTahsin kan lagi....

Babak seterusnya adalah ujian kawad.Ehm,testing suara!Tidak semua mujahidah berpeluang beri arahan.Hanya Khansa',kemudian Sofia dan akhir sekali Nasibah.Kami bergabung dengan seorang Mujahidah dari pangkalan Utara.Tamat sahaja,Tuan adakan perkumpulan sebentar.Mengajar arahan baru,arahan 'Mara Menghadap!'...Dalam jangka masa itu,harus mengingati secepat mungkin,biarpun bereserabut kepala akal...Cepatnya tentera-tentera ansoruLLAH ingat arahan,lantas hati ikhlas atau tidak???
Kerana apa?Untuk apa?Sebab apa?...

(maaf,bersambung...jammed!)

Sunday, September 14, 2008

Sejauh Mana?

Dengan Nama Allah Yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG
Assalamua'laikum WarahmatuLLAH Wabarakatuh

Alhamdulillah..saat diri saya menulis ini,hati sudah kian tenang berbanding tadi yang berkecamuk pelbagai perasaan.Baru sahaja meneliti 'surat cinta' yang TERINDAH.Kata-kataNya cukup memujuk untuk buat hati hambaNya damai dan sejuk.SubhanaLLAH,segala pujian hanya bagiMU ya Allah.~Saya berlindung kepadaNya dari kejahatan dunia dan seisinya.Saya berlindung kepadaNya dari terbabasnya niat saat mencoret sedikit lakaran hati ini.Ya Allah,selamatkan hambaMu ini.Afrig 'alaina sabran wa tsabbit aqdamana wansurna ala qoumilkafirin...~

Takkan terhidu harum mewangi jika
tak dinyalakan setanggi

Takkan terasa manisnya hidup andai
tak dilambung gelora~

Ramadhan kali ini seperti berbeza berbanding dahulu.Pantas masa berlalu sehingga saya sendiri tidak percaya malam ini malam 15 Ramadhan. 1/3 lebih dari masa Ramadhan saya sudah berlalu?Selama itu,apa natijah yang saya dapat?Para pembaca bagaimana?Terasa ingin berhentikan masa..agar Ramadhan ini tidak berakhir,tidak berlalu meninggalkan saya.Cukuplah dengan kotoran jahiliyyah dan karat-karat hati yang menerjah sebelum ini,tidak mahu saya tertipu lagi dengan musuh Utama yang sekarang ini sedang diikat rantai.AllahuAkbar!Tapi kehendak Al-Muqtadir,Dia Memberi 30 hari kepada sekalian hambaNya.30 hari untuk hamba-hambaNya tingkatkan fastabiqul khairat..ila maghfirahNya dan rahmatNya.Tidak bermaksud hanya 30 hari Ramadhan sahaja yang kita tingkatkan stamina ibadah...TIDAK!Malah selagi mana nafas masih mahu menemani dan degupan jantung masih sudi berkhidmat mengepam darah...~

Peristiwa yang berlaku begitu menusuk hati.Rentetan demi rentetan kisah saya lalui adalah sebenarnya pengalaman yang mematangkan.Tarbiyyah dariNya.Seperti kata sahabat saya,

"mungkin itulah dia 'perasaan' Allah pada
kita...".

Sedar saya 6 Ramadhan bermulanya cerekerama yang menguji hati dan iman serta UkHuWWaH.Tarbiyyah dari Ar-Rasyid.AstaghfiruLLAH. Lebih kurang 5 hari hati diulit gundah gulana.Memikirkan asalnya mana?Hanya Al-'Alim sahaja Yang Maha Mengetahui.Hampir 1/3 Ramadhan habis saya bazirkan atas sesuatu yang 'sia'.AstaghfiruLLAHalAdzhiem! Mujur segera saya check balik apa yang tidak kena.Azam saya tidak saya tunaikan haknya.Ramadhan ini tidak saya tunaikan haknya.Tarawih saya turut terjejas~.Suu-dzhon mula jadi teman setia.Saya tangis pohon kekuatan hanya dariNya.Dia Yang Maha Kuat tahu betapa saya sangat lemah.Sahabat di sisi jadi pendokong,pendorong,penguat semangat yang sudi menghulurkan telinga pinjamanNya buat dengar rengekan diri. Bukan saya seorang menerima ujian ini,ada lagi sahabat yang turut bingung memikirkan.Malah,Srikandi UP ,Srikandi KRS dan Srikandi U.B turut alirkan semangat .

Hadis riwayat Nukman bin Basyir ra ia
berkata :
Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal
saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh,
jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain
ikut merasakan sulit tidur dan demam.
[HR. Bukhari ; Muslim ;
Ahmad]

Dalam pada itu,diri yang sangat tidak kuat ini menghadapi pula ujian yang lain.Tarbiyyah dari Al-Hakiim.AstaghfiruLLAHalAdzhiem!.Ketidak puasan hati pula mula bertandang pada beberapa pihak tertentu.Ramadhan kali ini sangat menguji akan pengendalian emosi.Saya akur,memang diri lemah dalam bab itu.Hatta kertas jadi mangsa untuk saya tuliskan "Jangan Bertindak Mengikut Perasaan".Saya tunjukkan pada Srikandi UP.Dia memahami.~

*Hari itu ditunggu saya.Sekian lama tidak bersama membaca kalam Allah secara talaqqi,hari itu 10 Ramadhan peluang hadir.Terasa damai petang itu mendengar alunan ayat suci Al-Quran sambil diTahsin murobbi.Srikandi KOKU di sisi.Petang itu,saya 1 giliran dan Srikandi KOKU 1 giliran.Kemudian,murobbi aju soalan cepumas masa depan.Ooo...nampaknya murobbi ada agenda!..Terus,saat Murobbi ingin langkahkan kaki,kami kejar dengan kelajuan sederhana maksima.Tidak ingin dibiarkan hati terus diasak su'u-dzhon,tidak ingin diri dibiarkan terus dalam keraguan kebingungan.Kami minta tunjuk ajar Murobbi yang sudi luangkan masa untuk mendengar masalah mad'unya. Seusai bercerita,Murobbi sudi hulur bantuan untuk turut selesaikan 'kes CSI' ini.Waktu itu,terasa beban yang sarat di dada mula menjadi ringan.Mind disetting semula untuk tidak fikir lagi hal itu.Malam itu malam iftar fi madrasati.Biarlah malam ini tenang.Cukuplah malam-malam yang sebelumnya lalai dan leka dari mengingatiNya.Cukuplah 1/3 Ramadhan yang begitu berHARGA......

Hadis Keduabelas. Dari Abu Hurairah
r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam seseorang itu
adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya

SubhanaLLAH.WalhamduliLLAH.WallahuAkbar! Dia Al-Haqq ingin jadikan malam itu malam bongkar kebenaran.Bila Allah mengkehendaki sesuatu,maka tiadalah yang dapat menahannya.Tarbiyyah dari Al-Fattah! Senyuman di muka kaburi segala,di hati kami tiada siapa yang tahu melainkan Allah.Srikandi BADAR turut terkejut.Saat itu hati bergejolak.Saat itu bagai tidak percaya.Sehingga pelbagai yang datang di minda untuk menidakkannya.

*STOP!sampai disini qisoh mehnah ini saya ceritakan.Tidak perlu lebih-lebih*

Hadis Keenambelas. Dari Abu Hurairah
r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah
kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali
meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : "
Jangan marah ! "
(muzik).Satu pesanan ringkas saya terima dari Srikandi KRS.
"Kulihat laut,ku berdoa moga-moga ikatan ukhwah ini x akan spertinya.Pasang & surut silih berganti,lalu ku doa agar ia sperti Sg Nil yang tetap mengalir deras hingga ke saat ini."
Ameen~Faham benar saya maksud sahabat saya.Sungguh,ujian ini yang Allah pilih untuk kami.Bila Allah Menentukan sesuatu,pasti ada mutiara yang tersingkap di sebaliknya.Kerana Dia yang paling Memahami hamba-hambaNya lebih dari hamba itu sendiri.AstaghfiruLLAHalAdzhiem.! Saya hantar mesej peringatan buat teman 'seujian' agar kendalikan marah dengan cara yang paling hikmah.Tatkala dalam situasi ini,buntu kami mahu buat apa.Buntu kami mahu melayan bagaimana.Terlalu banyak persoalan berasak-asakan di minda minta untuk dijawab. Srikandi itu tetap manusia biasa.Srikandi itu tetap hambaNya.Srikandi itu tetap sahabat susah senang kami harung bersama.Arghhh!...AstaghfiruLLAHalAdzhiem..!AstaghfiruLLAHalAdzhiem..!
Saya gelintar kembali mesej-mesej lama dalam mobil. Peti 'saved messages' dibuka,satu pesanan ringkas dari Cik Ukhti Al-Arman saya buka;
"Apabila kau ingin berteman...Jgnlah pandang pd kelebihannya krn mungkin dgn 1 kekurangan,kau akan menjauhinya.Andai kau ingin berteman...Jgnlah pula dinilai kebaikannya krn mungkin dgn 1 kelemahan kau akan membencinya.Andai kau inginkan teman...Jgnlah diuji ilmunya krn apabila dia buntu,kau menyisihkannya...Andai kau ingin b'teman...Terimalah dia seadanya krn dia hny seorang teman yg hanya manusia biasa...spt dirimu jua.Jalinla hubungan krn ALLAH..mga hubungan yg dibina snts d'berkatiNya."
Saya renung sendiri.Maka
hubungan ini dalam kategori mana?Kategori mana wahai sidang
pembaca?
*Saya letakkan beg laptop yang memberat di bahu di atas lantai.Sandar pada dinding.Tengahari itu saya dan Srikandi UP luang masa di bilik sakit selesai mengikuti bengkel 'kedaigambar'.Sedikit sebanyak kami bincang tentang tribulasi yang berlaku kini.Topik perbincangan jadi campur aduk.Satu yang ingin saya sentuh disini.Saya setuju bangat dengan bicara Srikandi UP.Rasanya tidak perlu untuk saya tuliskan dialognya kerana saya sendiri sudah tidak ingat.Tapi secara simpulnya,tidak boleh benda yang BESAR diceritakan seolah-olah benda itu kecil.Begitu pula benda yang kecil seolah-olah diBESARkan.
~selingan*Fahamkah wahai sidang pembaca?Luaskanlah pemikiran kalian..kerana tidak dapat saya huraikan disini.InsyaAllah akan saya create post lain mengenai
itu...doakan~.*selingan~
[Saya sendiri sudah muak dengan perangai manusia A.K.A saya muak dengan perangai saya.Saya muak dengan sikap ke'AKU'an manusia A.K.A saya muak dengan sikap saya.Saya mual dengan tujahan tuduhan manusia yang sesuka hati lagi melulu A.K.A saya mual dengan tuduhan dibuat saya sendiri.Saya muak dengan interpretasi manusia atas sesuatu peristiwa yang dibuat berdasarkan cara berfikir yang cetek lagi dangkal A.K.A saya muak dengan interpretasi saya sendiri.Ambil perhatian di sini wahai sidang pembaca!Saat pembaca membaca ini adakah sidang pembaca sedang berfikir tentang seseorang yang mempunyai ciri2 seperti ini?.Jika ya,maka sidang pembaca sudah silap.Saya tujukan ini kepada SIDANG PEMBACA sendiri dan diri ini sendiri...fikir2kanlah!]~bersama kOreKSi.
Hadis Ketigabelas Dari Abu Hamzah,
Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada
beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia
menyintai dirinya sendiri.
(muzik).1 pesanan ringkas saya terima.Kali ini dari Srikandi BADAR.
">>Abu Hurairah r.a berkata:Rasulullah S.A.W bersabda: amal perbuatan akn dihidangkan dlm pemeriksaan tiap Isnin dan Khamis,maka Allah Mengampunkan pada tiap org yg x menyekutukan Allah dgn suatu apapun,kecuali seorang yang masih terjadi sengketa dengan saudaranya,maka dikatakan:"Tundalah 2 org itu hingga damai...
>>Djabir r.a b'kata.saya tlh mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:syaitan telah pth harapan untuk dismbh kembli di jazirah Arab,ttp ia tdk pth hrpn utk merosak hubngan 1 pd yang laen..
Wallahu'alam...Mudah2an kte dlm gol org yg mendapat rahmat dan keampunanNya..."
Srikandi UP di sebelah turut tumpang mengambil hikmah.Rasa takut dia
luahkan.AstaghfiruLLAHalAdzhiem!
*Waktu Subuh itu....saya curi sedikit waktu untuk membaca Ma'thurat.Seusai sahaja,saya baca doa Rabitah.Saya bayangkan wajah dia.Wajah sahabat-sahabat tercinta.Moga Allah redakan kemarahan di hati.Moga Allah sembuhkan luka pedih di qalbi.Moga Al-Wadud tambahkan kecintaan antara kami.Hanyasanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui apa bakal terjadi.Dia menentukan perjalanan kami.Ya Rahim,Ya Rahman,Ya Malik,Ya Quddus,Ya Salam,Ya Mukmin wa Ya Muhaimin....pohon pengharapan kami hanya padaMu.Syukur padaMu di atas ujian yang Engkau selitkan padanya keindahan untuk kami gapai.Allahumma innaka 'afuwun tuhibbul 'afwa fa'fu anna.Sentiasa berharap pada petunjuk Ilahi dan contoh ditunjuk Rasulullah s.a.w
31. Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 32. Katakanlah: "Ta'atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.“
[3. Ali Imran]
Hadis Ketigapuluh Lima.
Dari Abu Hurairah r.a, katanya : "
Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan
kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan
jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu
sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah
bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya
tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu
berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah
memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang
Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan
kehormatannya. ' "

Sejauh mana saya menjaga kesucian hati ini dari anasir-anasir jahat?Sejauh mana saya menjaga kesucian Ramadhan ini dengan menahan nafsu saya?Sejauh mana saya imarahkan Ramdhan ini dengan kehusyukan ibadah saya?Sejauh mana saya indahkan Ramadhan ini dengan bersabar atas setiap musibah bencana yang menimpa?Sejauh mana?Sejauh mana saya islahkan diri saya ke arah kebaikan?Sejauh mana?.....

(Tulisan ini ditulis bukan untuk membangkitkan kebencian mana-mana pihak.Malah sebagai peringtan buat diri.Andai suatu hari bakal tiba situasi sama,saya dapat rujuk pada pengalaman yg mendidik ini dan petujunk yang Allah kurniakan.BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH.)
Coretan hati insan yang lemah lagi dhoif dan sangat perlu kepada Dia Allahu Somad.

:::ShareThis:::

Tanya-tanya.